Alhamdulillah dengan berbesar hati penulis ingin mengumumkan bahawa blog ini masih hidup lagi. Sila klik sini untuk ke Perindu Cinta Ilahi yang sudah berpindah domain.
Harap maaf diatas kelewatan pengumuman ini.
Ukhuwwah fillah,
am0i Ida
Sunday, June 21, 2009
Perindu Cinta Ilahi masih hidup!!!
Posted by am0i Ida at 10:11 AM 0 comments
Sunday, August 10, 2008
Tamatnya Perindu Cinta Ilahi
Dengan ini dimaklumkan blog Perindu Cinta Ilahi telah ditamatkan riwayatnya bermula hari ini. Mohon maaf diatas segala kesilapan dan kekurangan penulis sepanjang blog ini hidup.
Sekian, wassalam.
Emel : n.syahida@yahoo.com
Posted by am0i Ida at 10:17 AM 4 comments
Friday, July 25, 2008
Aku dan diriku
Assalamualaikum...
Sekian lama aku membiarkan blog ini bersawang dek kerana kesihatan yang tidak menentu beberapa bulan lepas. Selain itu, modem di rumah juga rosak dan aku juga berada di rumah mak beberapa minggu lepas sejak tak sihat nie.
Bila dah lama tak online, mood nak berblogpun semakin hambar. Sepanjang aku tak online nie, macam-macam perkara yang berlaku terhadap kehidupan ku dan sekeliling. Aku juga ketinggalan berita terkini kawan-kawan blog dan website yang biasa aku kunjungi. Kadang-kadang aku rasa seperti nak berhenti saja dari dunia blogging ini. Mungkin emosi yang tak berapa menentu. Tak mengapalah...
Baru-baru ini juga satu peristiwa telah berlaku dalam hidupku..bukan satu tetapi dua peristiwa yang peribadi. Satu sudah ku selesaikan, cuma satu lagi aku tak mampu selesaikannya.
Aku mendapat satu mimpi. Tah mengapa mimpi tersebut membuatkan aku mencari dan tak sangka pula aku temui apa yang aku cari. Walaupun sudah berbelas-belas tahun aku tinggalkannya, dengan izin Allah aku bertemu semula...dia ialah kenanganku...
Memang susah nak lupakan kenangan silam lebih-lebih lagi jika perkara tersebut membawa perubahan dalam diri kita dan meninggalkan kesan terhadap hati. Tapi perkara silam itu aku yakini ada hikmah yang tersirat disebaliknya. Aku redha dan tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya perkara-perkara lepas menjadikan aku muhasabah diri...
Seronok aku tengok kawan baik aku shimah yang dah sampai ke tanah suci mengerjakan umrah bersama ibunya yang tersayang. Semoga aku juga diizinkan oleh Allah untuk ke sana bersama keluarga. Ayah aku kata apa yang kita nak kita kena mintak..even nak pegi ke Mekah...patutla aku tak sampai-sampai lagi sebab tak mintak dulu...ish...kena banyak-banyak doa nie mudah-mudahan sampai sana satu hari nanti...
Posted by am0i Ida at 9:20 PM 0 comments
Wednesday, May 21, 2008
Pilihlah aku!

Apakah ini suatu anugerah pada ku?
Atau sekadar ujian untuk menguji iman ku?
Apakah ini satu destinasi akhir?
Atau satu perhentian sementara?
Semoga Kau tunjukkan aku jalan yang benar...
Tanpa kasih-sayangMu,
Tanpa belas dan rahmatMu,
Tak mungkin aku di sini
Tak mungkin aku masih di jalan ini...
Berilah aku kekuatan,
Ketabahan hati dan kesabaran yang luar biasa
Agar aku tidak tercicir diantara parajurit yang berbaris itu
Agar aku sebahagian dari cerucuk bangunan itu
Yang saling mengukuhkan antara satu sama lain
Semoga aku ada fungsinya
Walaupun sekadar pemijak kaki...
Ya Allah,
Pilihlah aku!
Moga Kau tempatkan aku dikalangan hamba-hambaMu terpilih
Moga aku akan berada di sana
Di tempat dimana tiada lagi penat dan lelah
Tiada lagi bising dan hiruk pikuk
Yang ada hanyalah ketenangan dan kenikmatan...ameen
Posted by am0i Ida at 10:27 AM 0 comments
Labels: mardhatillah
Monday, May 19, 2008
Trailer: Sang Murobbi (Ustaz Rahmat Abdullah)
Posted by am0i Ida at 6:21 PM 1 comments
Labels: isu semasa, tazkirah, video
Sunday, May 18, 2008
Bila waktu telah berakhir
Akan dunia yang sementara...
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggal kan diri mu...
Bagimanakah bila saat nya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagi mu
Untuk kembali mengulang ke masa lalu...
Dunia....dipenuhi dengan hiasan
Semua..dan sgala yang ada akan kembali pada-Nya...
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal...
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi...
Nyanyian : Opick
Posted by am0i Ida at 10:48 PM 1 comments
Tuesday, May 13, 2008
Coretan buat adik

Ummi masih ingat saat-saat adik dilahirkan. Ummi menahan sakit selama 3 jam dan dalam waktu itu penuh dengan kesakitan yang teramat sangat, tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Sebaik saja ummi melihatmu, ummi rasa gembira dan bersyukur, kerana adik lahir secara normal. Masa tu, ummi lihat adik sedang tidur, badan adik putih bersih tanpa secalit darah kecuali sedikit di bahagian kepala. Selepas tu doktor kejutkan adik suruh adik bangun. Adikpun nangis, "Uwaaa...uwaa..."
Sebaik saja adik lahir, ummi cepat-cepat beritahu doktor ummi nak susukan adik secara eksklusif. Doktorpun senyum dan menyokong sepenuhnya niat ummi.
Pengalaman membesarkan adik memang mencabar. Ummi mendodoimu dengan penuh kasih-sayang, walaupun adik tetap menangis dan menangis. Ummipun tak faham kenapa dengan adik tetapi ummi kesiankan adik kerana adik seolah-olah sedang sakit. Bila adik dah penat baru adik tidur, tetapi tak lama kemudian adik nangis kembali. Ummi sudah ikhtiar berjumpa doktor dan ustaz tetapi adik masih begitu juga. Akhirnya ummi redha dan tawakkal pada Allah bahawa kedatangan adik merupakan ujian buat ummi untuk menguji sejauhmana kesabaran dan pengorbanan ummi sebagai seorang ibu.
Ummi merasakan adik insan yang paling bertuah dibandingkan dengan abang kerana adik mendapat susu ibu sepenuhnya dan adik membesar dengan keringat ummi 24jam. Walaupun ummi menghadapi dugaan sewaktu menyusukan kamu, tetapi ummi gagahkan jua kerana ummi yakin akan khasiat dan keajaiban susu ibu dibandingkan susu formula. Ummi kesian sangat kat para ibu di luar sana yang mampu menyusukan anak tetapi masih tak faham dan tak nak menuntut ilmu tentang hal ini. Mereka hanya mahukan senang saja dan ambil jalan mudah. Mereka lebih suka memberikan anak mereka susu lembu dari susu mereka sendiri. Sedih juga ummi kerana keluarga ummi sendiripun tak titikberatkan hal ini walaupun ummi dah beritahu banyak kali kebaikan susu ibu. 
Ummi tidak tahu dari mana ummi dapat kekuatan melakukannya. Pernah saja ummi hampir berputus asa kerana tidak tahan sakit apabila mengalami bengkak susu dan jangkitan kuman tetapi melihat saja wajahmu yang bersih tanpa dosa, ummi batalkan niat ummi. Memang hebat ujian pada ketika itu disebabkan kamu selalu saja menangis, jadi mereka mengganggap ummi tidak mempunyai susu yang secukupnya. Tapi syukurlah Allah permudahkan ummi dan ummi dapat menyelamatkan anak ummi dari minum susu lembu.
Selamat hari lahir sayang...
Pada 11 Mei yang lalu, genaplah adik 2 tahun. Ummi tak dapat nak beritahu perasaan ummi betapa ummi bersyukur dan gembira kerana usaha dan pengorbanan ini mencapat targetnya. Alhamdulillah ummi berjaya menyempurnakan susuan kepadamu sehingga kamu berumur 2 tahun. Kini kamu masih menyusu. Walaupun kamu kecil dibanding abangmu tetapi kamu tetap istimewa dan bijak kerana minum susu ibu. Bahagianya ummi sekarang. Ummi rasa nak buat pengumuman pada satu dunia yang ummi berjaya melakukannya. Ummi rasakan para ibu bekerja tentulah lebih gembira lagi kerana mereka bekerja tetapi dalam masa yang sama berjaya juga menyusukan anak mereka.
Diusia 2 tahun, adik sudah pandai mengira walaupun adik masih tak ingat susunan nombor 6 dan 10. Adik sangat petah berkata-kata dan adik suka ikut apa yang abang cakap. Ummi risau juga kerana adik seorang perempuan sedangkan abang lelaki. Ummi harap adik contohi yang baik saja dari abang ya. Ummi juga perasan adik dah pandai memberontak dan dah tak suka naik pengangkutan awam. Baru-baru ini adik buat perangai dalam bas dan komuter sehingga kita terlepas komuter yang datang. Adik jerit dan tak dengar kata-kata ummi. Semua orang pandang kat kita masa tu tapi ummi tabahkan hati dan bersabar. Akhirnya berjaya jugak ummi pujuk adik. Ummi harap adik tak ulangi lagi ya.
Adik juga pernah buat ummi terharu. Pernah satu hari adik telah tumpahkan nasik dan tanpa melihat ummi, adik terus pergi ke dapur dan mencapai sebatang penyapu. Adik terus sapu nasik-nasik tersebut walaupun adik tidaklah tahu cara menyapu. Adik sapu saja tanpa sedikitpun pandang kat ummi yang sedang tanya kat adik kenapa tumpahkan nasik. Ummi tahu kamu takut sebab tu kamu tak berani pandang ummi. Sebenarnya ummi tak jadi nak marah apabila tengok kesungguhan adik, malah ummi nak nangis kerana terharu...
Sekarang kalau tangan kamu kotor je kamu akan berjalan sendiri ke bilik air dan basuh tangan sendiri sama ada dengan panjat kerusi dan menggunakan sinki atau kamu ceduk air di dalam baldi untuk membasuh tangan. Selepas itu kamu akan beritahu ummi kamu dah basuh tangan sendiri sambil menunjukkan tanganmu. Ummi akan cakap, "Pandai anak ummi..."
Ummi perasan adik sebenarnya seorang yang berdikari walaupun adik dilihat tidak boleh berenggang lama dengan ummi. Adik suka melakukan perkara sendiri tanpa bantuan ummi. Selain itu, adik suka tolong ummi buat kerja rumah seperti menyidai kain, melipat kain ataupun menguruskan abang yang buang air besar. Sedikitpun adik tak geli malah adik ringan tulang membantu. Ummi bangga dengan adik...
Buat anak ummi, 'Iffah Amaanillah, semoga kamu menjadi anak solehah dan mujahidah sejati..moga kamu akan mewarisi jalan Rasulullah dan moga kamu meletakkan Allah dan RasulNya ditempat teratas. Umi doakan kamu tabah menghadapi ujian dunia dan berlumba-lumba melakukan kebaikan. Semoga satu hari nanti kamu akan menjadi seorang jutawan....jutawan AKHIRAT...ameen...
Posted by am0i Ida at 1:09 PM 4 comments
Labels: 'Iffah, pengalaman hidup
Monday, May 05, 2008
Tagging Game
Kena tag dari Pn Aini, insya Allah akan cuba jawab...
Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:
Apa ya, sebenarnya sejujurnya aku tak pernah impikan hadiah kerana mungkin sudah dididik dengan tak mengharap tapi jawab jugaler...
1. Tiket menunaikan haji di Makkah
2. Jubah kosong yang berkualiti tapi selesa dipakai
3. Kain untuk buat tudung labuh yang dibeli di Ban Foong, Petaling Street
4. Stoking khas dari Indonesia
5. Sebuah kereta auto yang jimat minyak
Senaraikan alasan atas pilihan anda itu:
1. Setakat nie tak mampu nak pergi dengan duit sendiri sebab tu kalau dapat hadiah berupa tiket memang sangat gembira
2. Kerana jubah sekarang tak menepati citarasa sendiri dan banyak yang lari dari syariat sebab jarang dan heavy dengan manik dan corak-corak yang boleh menarik lagi perhatian kaum lelaki.
3. Inilah satu-satunya kedai yang aku tahu menjual kain untuk buat tudung labuh berkualiti tinggi, tebal tetapi tidak panas dan susah berkedut, jadi hargapun agak mahal. Oh ya, dengan kad diskaun sekali untuk dapat potongan harga. Difahamkan kain itu datang dari China
4. Stoking ini tidak perlu di tanggalkan untuk mengambil wuduk, kerana ada belahan di tapak kaki untuk dibuka dan ditarik ke atas (Paham ke?)
5. Memudahkan menyusukan anak semasa memandu disamping praktikal sebagai kereta dakwah
5 impresi terhadap orang yang diminati:
Tidak terkecuali keluarga dan kawan-kawan,
1. Menjadikan Allah dan Rasul sebagai tujuan hidup
2. Tidak mudah hanyut dengan kemewahan dunia lebih-lebih lagi di zaman ini memang payah nak lihat manusia yang tidak terpengaruh dengan keduniaan...
3. Terima kekurangan diri ini dan anak-anak serta menghargai dengan menunjukkan kasih-sayang
4. Orang yang istiqamah puasa Isnin dan Khamis dan susah nak miss tahajud - tabik spring kat orang sebegini
5. Zuhud, sabar dan tabah atas ujian dunia-respek betul dengan insan sebegini
Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda:
Mendidik aku menjadi zaujah solehah, ummi murobbiyah dan sabar di atas kerenah aku yang masih memerlukan sentuhan tarbiyah dan menerima keluarga ku seadanya. Mereka yang memberikan contoh terbaik kepada ummat. Selain itu segolongan tertentu yang berjaya mentarbiyah diri ini secara tak langsung...
5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):
1. Baju untuk muslimah yang direka khas untuk menyusukan anak
2. Pinkayu
3. Wallpaper di bawah ini
4. Mesin ultrasound 3D
5. Internet
Apakah perkara yang paling dibenci?
1. Futur, iman ditahap paling 'hampas' sekali sehingga merasakan hilang nikmat tahajud dan tak dapat jaga mutaba'ah dengan baik
2. Orang yang menyalahgunakan tanggungjawab seperti sumbang mahram- bapa rogol anak.
3. Orang yang takde sensitiviti terhadap umat Islam di negara sendiri dan negara lain yang tertindas
4. Orang yang tak rasa malu buat dosa tetapi malu nak buat kebaikan
5. Apabila hilang sabar
5 Orang yang yang mahu anda tag:
Err..takde sapa kerana ramai silent reader dalam nie ehe...
Posted by am0i Ida at 10:41 PM 0 comments
Labels: tag
Penat tapi teruskan usaha
Suntikan Iman
Afwan lama tak update blog nie..baru je balik dari sebuah negeri malam tadi. Masih terasa kepenatan. Bukan penat mengikuti program, tapi penat menguruskan anak-anak yang pelbagai kerenah nie ehe...baru dua yer..memang meletihkan tapi di situlah pahala dan ganjaran yang besar buat seorang ibu. Aku akui bukan mudah menjadi ibu yang sabar, sabar dan sabar apatah lagi apabila mempunyai anak-anak yang pelbagai kerenah. Semoga ia menjadi kaffarah dosa ku nan lalu. Moga menjadi pendinding dari api neraka.
Banyak suntikan ruhaniyah yang aku dapat di sana. Betapa ramai yang memerlukan sentuhan-sentuhan kebaikan. Ya Allah, mampukah aku menggalas amanah ini, yang semakin lama semakin berat di bahu ku..hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan dan harapan. Semangat dan keazaman ku membara untuk terus tegar di jalan ini, walaupun kelak dikelilingi anak-anak yang ramai. Semoga Allah berikan tenaga dan nikmat kesihatan agar aku terus dapat berbuat, dapat mengencarkan lagi dakwah ini.
Pin kayu sudah berada di Utara!



Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 2 bulan membuahkan hasil. Pin kayu kini sudah berada di utara semenanjung, Kedah dan Perlis. Pin kayu yang pelbagai jenis dan bentuk ini dari brooch, key chain, handphone tag, tuding Qur'an, dan magnet bertujuan membawa mesej dakwah tersendiri. Boleh baca cabaran dan ujian yang kami hadapi di pinkayu.blogspot.com Sebagai prime distributor di sini, aku ingin mewar-warkan sesiapa yang berminat menjadi dealer/reseller bolehlah menghantarkan emel di admin@muslimahshop.com. Harga istimewa menanti anda!
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" (Al-Kahfi:46)
Posted by am0i Ida at 5:59 PM 0 comments
Tuesday, April 29, 2008
Muhammad Utusan Terakhir
Alhamdulillah akhirnya jumpa juga video kisah Muhammad utusan terakhir. Walaupun tayangan ini sudah sekian lama tapi aku yakin ada juga yang masih belum pernah menontonnya. Ini adalah antara tayangan kegemaran aku. Aku sendiri tak pernah jemu dan setiap kali menonton video ini, aku pasti sebak, walaupun ia sekadar kartun animasi...kita dapat saksikan betapa besarnya pengorbanan junjungan Rasulullah saw yang kita cintai...betapa dahsyatnya iman para sahabat...
Belum lagi kalau baca wasiat terakhir Rasulullah saw..lagilah sedih dan terharu :(Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung. (At-Taubah : 111)
Selamat menonton...
Posted by am0i Ida at 3:01 PM 1 comments
Labels: Islam dan sejarah, sirah tokoh, video
Monday, April 28, 2008
Teman sebaik-baiknya
Manusia yang cenderung melakukan kejahatan
Bagi mereka, mereka tak jahat mana
Sebab mereka tak bunuh orang, tak rompak orang...
Mereka cuma merosakkan iman mereka sahaja
Mereka inginkan syurga juga
Tapi mereka nak enjoy lagi...
Bagi yang sukakan kebaikan
Mereka cenderung melakukan amal-amal soleh
Bagi mereka, dunia ini sementara
Mereka takut terpesona dengan keindahan dunia
Lalu mereka sering menangis kerana takutkan Allah...
Mereka yang cenderung berbuat maksiat,
Mereka pernah jua buat amal soleh
Tapi mereka acapkali gagal untuk istiqamah
Mereka digagalkan oleh nafsu,
Oleh kawan-kawan yang sedunia dengan mereka...
Mereka sukakan santai-santai
Suka berhibur dan berpesta
Mereka menjadikan nafsu tuhan mereka
Mereka menjadikan artis idola dan kesayangan mereka
Mungkin mereka belum terfikir
Idola mereka itu belum tentu menjadi penolong buat mereka kelak
Bagi yang cenderung kepada kebaikan
Mereka sukakan jalan yang susah
Mereka tidak kisah dianggap pelik
Mereka memang lain dari yang lain
Kerana mereka golongan minoriti
Mereka hanya suka diperdengarkan ayat-ayat Allah
Mereka menjadikan Allah dan Rasul tujuan hidup mereka
Mereka menyayangi ulama' dan orang-orang beriman
Tidak mengapa mereka berkorban di dunia
Mereka yakin akan janji ALlah buat mereka
Di dunia ini...
Mereka sekadar musafir yang singgah di sepohon pokok
Lalu akan meneruskan perjalanan lagi...
Satu perjalanan yang panjang, yang sukar
Penuh ujian, penuh rintangan
Mereka tak harapkan redha manusia
Hanyalah redha Allah mereka dambakan...
Mereka kadangkala terlalai jua
Terjatuh lalu bangun kembali meneruskan langkah
Dalam perjalanan mereka
Ada saja diantara mereka yang tidak dapat meneruskan perjalanan itu
Lantaran sudah luntur nikmat iman
Lantaran tidak berdaya dan berputus asa
Tinggallah mereka yang masih lagi tegar
Mereka tetap teruskan perjalanan
Walaupun mereka juga mahukan kerehatan
Tapi mereka yakini rehat yang abadi hanya di sana....
"Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (yaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (An-Nisa : 69)
Posted by am0i Ida at 11:07 AM 0 comments
Jika terdesak boleh je...
Baru-baru nie buat pertama kalinya aku memandu seorang diri dari Penang ke Kedah yang memakan masa lebih kurang satu jam setengah atau bersamaan lebih kurang 90km lebih. Maksud aku, aku seorang yang dewasa ini memandu ditemani hanya anak-anak ku yang kecil nie. Aku tak punya pilihan sebenarnya walaupun aku boleh saja menaiki bus. Sebab dah kelam kabut waktu itu. Kalau ikutkan aku tak menggunakan kereta kerana tingkap cermin telah pecah akibat terkena batu sewaktu pakcik mesin rumput menjalankan tugasnya. Tapi selepas ditampal dengan plastik pembalut buku, takde masalah lagi jika terlopong atau terkena hujan. Cuma bunyi agak bising apabila memandu.
Dengan mengantuknya toksah cakap tapi syukurlah sewaktu dalam perjalanan pulang, kurang pulak rasa mengantuk tu. Perasaan? Takut dan agak risau tak sempat sampai rumah kerana tak bercadang membawa laju walaupun ada jugak terlajak hingga 130km. Aku dah set dalam kepala kalau ngantuk sangat aku akan benti kat RnR tapi syukurlah selamat juga sampai rumah dengan sorang anak sudah terlelap atas pangkuan ketika menyusu dan sorang lagi disebelah tempat duduk pemandu.
Tapi keberanian ini terjadi disebabkan atas keadaan yang mendesak, boleh je walaupun agak takut. "Kak ida bawak sorang?" Terbeliak mata sorang akhawat tu. "Terpaksa," Maklumlah aku sorang je yang available time tu. Pernah juga terdetik apa-apa terjadi terhadap kereta kepada siapa aku hendak minta tolong di tengah-tengah jalan raya yang gelap gelita tu, lebih-kebih lagi aku pulang pada waktu malam tapi syukurlah takde apa yang berlaku, hanya tawakal kepada ALlah yang ku sandarkan.
Tapi aku tak bercadang pula menjadikan pengalaman pertama ini sebagai perkara biasa walaupun mungkin if terdesak aku akan mengulanginya...
Posted by am0i Ida at 2:30 AM 0 comments
Labels: pengalaman hidup, personal
Saturday, April 26, 2008
Mulakan langkah sekarang

Sudah tentu sebagai seorang yang bernama manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Apabila terlintas untuk membetulkan kesilapan dan melakukan perbaikan, janganlah ditunggu-tunggu lagi dan berfikir panjang lagi. Teruskan langkah dan jangan menoleh lagi.
Aku bukanlah seorang yang pandai mengolah ayat, walaupun tidak dinafikan suatu waktu dulu aku boleh dikategorikan sebagai 'minah jiwang'. Pernah hantar cerpen kat majalah, hantar puisi dan tak ketinggalan di alam siber. Dulu, aku biarkan saja karangan-karangan merapu aku itu sebagai kenangan. Tapi oleh kerana aku tidak mahu membawa 'saham' di akhirat kelak, aku terus buang kesemua nukilan ku itu. Memang takde manfaatpun. Hanya mengajak orang berkhayal dan hanyut adala...Apabila aku membaca sepintas lalu, aku berkata, "Eh nie ke aku dulu? Iskk sungguh tak tahu malu..." Entah macamana aku boleh survive dalam dunia yang sebegitu aku pun tak tahu tetapi aku sudah melaluinya lebih lama dari alam tarbiyah ku ini...
Asyik kalau dilayan
Bukan tidak asyik, malah dunia yang penuh dengan hiburan dan persekitaran yang sosial tentu saja menjadikan kita leka dengan dunia. Aku yakin semua yang pernah mengalaminya dan sedang mengalaminya pasti mempunyai kesukaran untuk meninggalkan semua itu dalam masa yang singkat, lebih-lebih lagi sekiranya perubahan itu bukan dengan rela hati tetapi atas desakan luaran.
Fikirkan boleh
Percayalah, jika orang lain mampu melakukannya mengapa tidak anda yang masih menunggu-nunggu dengan menggunakan alasan, satu masa nanti..atau bila sampai seru...atau dah tua nanti...Kitapun tak tahu sempat atau tidak kita merasai zaman tua kita..
Jangan anggap remeh
Antara tips untuk konsisten dalam perubahan kita ialah dengan memekakkan telinga tetapi mengambil positif diatas sindiran, persoalan atau sebarang perli dari oranglain. Semua itu walau atas apa saja tujuan sama ada memang niat untuk membantutkan usaha kita atau sekadar usikan sahaja tetapi tetap memberi kesan terhadap kita untuk melakukan kebaikan. Walau sekecil manapun perubahan yang cuba kita lakukan, jangan mengganggap ia remeh pada pandangan Allah. Jangan anggap enteng terhadap iman kita.
Pernah je seorang kakak di pejabat berkata kepada aku sambil ketawa, "Hari tu akak mimpi kau berubah kembali kepada asal...". Aku senyum je. Tengah orang ramai lak tu. Tapi aku anggap kata-katanya sebagai motivasi.
Ikut keutamaan
Tetapi harus diingat kebaikan yang kita ingin lakukan perlulah mengikut keutamaan. Contohnya jika solat adalah perkara yang kita sendiri abaikan sebelum ini, kita hendaklah usaha untuk tidak meninggalkan solat lagi, kerana solat adalah perkara asas yang kita kena setelkan dulu. Soalan yang mula-mula akan ditanya di akhirat nanti. Kita harus menjadikan solat sebagai target pertama dan utama untuk kita perbaiki.
Jangan bertangguh
Bagi yang bekerja, sebelum balik dari kerja petang tu kita solat Asar dulu. Jangan berura-ura untuk solat di rumah. Kitapun tidak tahu sempat ke kita tiba di rumah sebelum Maghrib dan kitapun tak tahu apa yang akan berlaku di dalam perjalanan pulang dari pejabat. Jangan tangguh-tangguhkan solat dan merasa payah untuk solat di awal waktu. Disebabkan itulah ALlah meletakkan penghargaan dan ganjaran yang tinggi buat kaum lelaki yang konsisten solat berjemaah di masjid, kerana displin mereka dalam mendirikan ibadah solat. Mereka yang hatinya 'tergantung' di masjid merupakan antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak, dimana tiada naungan pada waktu itu selain naungan Allah swt. (Hadis sahih)
Memang biasa jika kita lihat orang yang tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu tetapi dalam waktu yang sama masih melakukan maksiat. Jangan melihat itu sebagai alasan untuk kita tidak mahu solat. Setiap amal yang kita lakukan itu pasti memberi kesan walaupun sedikit. Periksalah betul-betul disisi mana solat itu yang tidak sempurna, adakah niat kita sendiri yang tidak benar atau kita sendiri solat tanpa ilmu.
Apabila kita mendengar azan dan terdetik di hati untuk bersolat juga merupakan satu peningkatan iman dalam diri kita.
Zaman kegemilangan hanya sementara
Memang berat untuk meninggalkan alam yang sudah sebati dengan darah daging kita. Aku juga tidak terkecuali, lebih-lebih lagi zaman itu aku sedang dalam keadaan merasai hidup sebagai seorang yang popular dan dalam perhatian. Sempat beberapa kali merasa gelaran queen of the bla..bla..bla..dalam dua komuniti siber yang berbeza. Dapat kenal manusia yang pelbagai ragam dan latar belakang hidup. Tapi oleh kerana aku sudah bulatkan tekad, aku tinggalkan juga zaman itu dengan menyepikan diri disamping mencari kekuatan diri dalam mengenal Allah
Tapi sekarang, aku lebih suka menjadi orang-orang yang tidak dikenali apabila datang, dan tidak disedari apabila pergi...aku hanya mahukan perhatian Allah dan RasulNya...tapi layakkah aku? Imanpun hanyalah secebis, dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang hebat-hebat belaka, apalagi nak dibandingkan dengan sahabiah Nabi, tak terkejar aku. Aku selalu merasa malu apabila berhadapan dengan komuniti masyarakat yang berkasih-sayang kerana ALlah ini. Maklumlah boleh dikatakan majoriti mereka pangkat adik-adik belaka, tapi aku gagahkan jua kerana aku mahukan pengislahan dalam diri.
Nak jadi insan bertaqwa
Aku hanya fikirkan, Allah hanya melihat kepada orang-orang yang bertaqwa, tanpa melihat latarbelakang orang itu sama ada kaya, miskin, bijak, dungu atau sebagainya. Itu sudah cukup menjadi booster buat aku teruskan langkah ini.
Satu perkara yang cukup mencabar apabila melakukan perubahan ini ialah apabila suasana sekeliling tidak membantu langsung untuk kita terus istiqamah. Pernah je waktu aku belajar part time dulu, kawan aku nie lah satu-satunya kawan perempuan yang aku ada, selalu gi kelas sesama, makan sesama, cuma solat je sendirian berhad. Waktu dia menyaksikan perubahan drastik ku, dia sendiri berkata pada aku, "Dah berubah la kau, bertambah baik kau, aku nie bila la.."
Secara fitrahnya memang manusia itu inginkan kebaikan tapi ia tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Kawan aku itu tidak pernah pun aku melihat dia solat tetapi ada satu waktu tu dia tergerak nak ikut aku solat. Memang aku yang lemah iman kerana membiarkan saja dia solat untuk hari itu saja.
Selemah-lemah iman
Balik dari kelas, aku jugak yang menumpang kereta teman lelakinya sambil terpaksa akur dengan situasi tersebut. Tapi kini kami dah terputus hubungan walaupun aku pernah jua bertanya khabar. Sudah berkahwin dengan orang lain dan sudah punya anak. Semoga Allah memberi kesempatan untuknya melakukan perubahan ke arah kebaikan...itu doa aku. Aku tetap menyayanginya dari jauh kerana aku pernah bersama-sama dia berkongsi cerita, berkongsi ilmu..tapi adakah aku cukup sayang kepadanya hingga membiarkan saja dia terus-terusan dengan dunia yang telah aku tinggalkan itu?
Ada juga antara kawan ku yang asalnya seorang yang bertudung walaupun tidak sempurna menutup aurat. Dan aku turut menyaksikan perubahannya yang meninggalkan terus tudungnya itu. Ada yang berasalan untuk dapatkan client Cina dalam perniagaan dan sebagainya. Apa saja alasan mereka, aku hanya menjadi penonton...melihat saja kawan ku 'meninggalkan Islam' dengan mudah.
Di mana hendak mula?
Untuk permulaan bagi yang baru mendapat kejutan nur dari Allah, jangan terus biarkan diri dibelenggu dengan rasa dosa-dosa yang lepas. Mulakan dengan bertawbat dan beristighfar, disamping memulakan hari dengan penuh persangkaan baik kepada Allah.
Amalkan matsurat setiap pagi dan petang, usahakan solat sunat dhuha, istiqamah membaca al-quran sekurang-kurangnya seminggu 3 juz dan meningkat sedikit demi sedikit. Selain itu istighfar 100x sehari atau jika tak mampu seminggu 3 kali. Tahajud seminggu 3 kali dan meningkat sedikit demi sedikit. Insya Allah jika kita istiqamah buat sedikit demi sedikit kita akan perlahan-lahan merasai kemanisan melakukan ibadah tersebut.
Antara buku yang sesuai dibaca ialah Apa ertinya saya menganut Islam oleh Fathi Yakan.
Segalanya menjadi saksi
Debu-debu yang mengiringi setiap langkah kita jua akan menjadi bukti di akhirat kelak. Daki-daki atau bekas yang kita tinggalkan jua tidak terkecuali menjadi saksi. Sehingga pernah ku dengar pacat-pacat yang pernah menghisap darah kita jua akan ditanya untuk apa kita berada di situ, adakah mengikuti aktiviti kebaikan atau sebaliknya. Allah swt yang Maha Teliti akan menyoal kita sehingga tiada sekuman langsung yang tertinggal.
"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka lakukan.
Dan mereka berkata kepada kulit mereka, "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?: (Kulit) mereka menjawab, "Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah, yang (juga) menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan." (Fussilat :21)
Jadi adakah kita tak takut jika kita merasakan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang tidak halal itu sebagai biasa-biasa saja?
Rasailah kebersamaan Allah
Sesungguhnya segala pengharapan hanyalah kepada Allah. Mulakan langkah dari sekarang dan banyak-banyaklah memohon bantuan dari Allah agar dipermudahkan. Renung balik sejauhmana kita merasakan muraqabatullah atau kebersamaan Allah terhadap kita. Jika kita merasakan pengawasan Allah sentiasa ada 24jam, kita tidak akan sekali-kali berani untuk melakukan hatta satu maksiat sedikitpun.
Ibn Qayyim pernah berkata, kita tidak akan mampu mengubah sifat-sifat jahiliyah melainkan dengan ihsan Allah. Jika kita tidak merasakan hubungan, kebersamaan dan pengawasan Allah terhadap diri kita, masakan kita dapat meletakkan pengharapan untuk mendapat ihsan dari Allah.
'Abayah bin Rifa'ah r.a mengabarkan, bahawa ia bertemu dengan Abu 'Abbas ketika dia pergi ke Jum'at. Abu 'Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi saw bersabda, "Siapa berdebu dikedua kakinya kerana berjalan di jalan ALlah, nescaya diharamkan Allah baginya api neraka." (Hadis sahih Bukhari)
p/s: Maaf penulisan ku yang tidak seberapa ini...
Posted by am0i Ida at 5:44 PM 0 comments
Labels: mardhatillah, pengalaman hidup
Tips bagi yang berhutang
Masih lagi demam kursus kewangan. Aku hanya nak share satu je dari apa yang aku dapat dalam kursus tersebut, iaitu apa perlu dibuat bagi mereka yang berhutang. Aku suka sebab ia sangat praktikal, dan sejarah keluarga aku juga tak terkecuali mengalami masalah ini.
♥ Ubah gaya hidup kita. Contohnya berhenti minum air selain ais kosong ataupun air suam di luar
♥ Beli barangan dapur menggunakan tunai bukannya kad kredit- jika kita ada tabiat kurang elok menggunakan kad kredit. Di mana bukan kita yang kawal kad kredit, kad kredit itu yang kawal kita
♥ Hentikan membeli barangan / servis yang diluar kemampuan kita. Contohnya surat khabar, majalah, saluran tv berbayar jika perlu
♥ Kurangkan 'window shopping', cari aktiviti riadah seperti membawa keluarga ke padang
♥ Downgrade barangan keperluan daripada yang berjenama A kepada jenama C dengan syarat ianya halal, berkualiti dan harga yang lebih rendah
♥ Downgrade pakaian seluruh ahli keluarga kepada yang lebih rendah
♥ Bentangkan belanjawan baru di meja makan, wajibkan seluruh ahli keluarga yang sudah boleh 'berfikir' (4 tahun ke atas) untuk turut sama menyediakan dan mengamalkan apa yang telah dipersetujui bersama
** kredit to Uzar
Posted by am0i Ida at 5:34 PM 0 comments
Wednesday, April 23, 2008
Berita-berita gembira
Berita gembira 1
Dapat ke Kursus kewangan Uzar di Kelana Jaya beberapa hari lepas. Alhamdulillah baru faham dengan jelas tetapi untuk menjelaskan kepada orang lain memang sedikit tak mahir. Harap maafla ya. Lebih baik ke blog Uzar sendiri untuk faham. Tak dinafikan memang pening kepala juga nak faham, maklumlah tak pakar dalam bidang nie. Tapi yang seronok tu dapat lagi buku Wang, Anda dan Islam versi baru, lebih tebal dari yang sebelum nie. Macam biasa ada autograf, sempat mintak tolong sorang adik tu amikkan...:)
Memang profesional sungguh pentadbiran dan pengurusan Masjid Nurul Yaqin kerana peserta diberikan tag nama dan juga sijil penyertaan, tempat duduk juga sungguh selesa dan berhawa dingin.
Duduk sebelah akak nie, bila dia tau aku mai dari Kedah dia terus tanya, "You ke yang dalam website Uzar yang citer datang dari Kedah gi kursus solat tu?" Erk, aku tak jawab ya atau tak sebab rasa macam tak patut aku mengatakan ya, sayalah orang itu. Tapi rasa-rasanya akak tu bole agak sendiri kut. Tapi tiap kali aku nak daftar je orang mesti ingat aku ni student padahal surirumah dan punya anak 2!
Berita gembira 2
Kelmarin setelah sekian lama berjaya juga aku dapatkan akaun Maybank Islamik atau wadi'ah, itupun terpaksa menggunakan helah. Bagi aku mudaratnya sedikit dibandingkan dengan mudarat di alam barzakh kelak. Memula tu buat kat Maybank Jalan Raja Laut, sekali sistem down pulak..dah ok sistem terlupa lak dulu buka akaun di Wangsa Maju...terus bergegas ke Maybank Wangsa Maju dan syukurlah dapat siapkan hari tu juga. Alhamdulillah...gembira sangat. Tapi sempat saudari bank tu tanya untuk apa dan bla..bla..bla.. Akupun explain nak bisnes dan dia tanya bisnes apa. Setelah aku terangkan dengan ringkas diapun tanya nama suami, tempat keja dan no. tel..mungkin disebabkan aku nie tak bekerja agaknya, nak kata studentpun bukan, kerja pun bukan...memula dia panggil aku adik pastu bila dia tanya student ke dan aku jawab bukan, kerja ke aku jawab bukan jugak..aku kata surirumah, automatik dia panggil aku akak...
Tak kisahla tu janji aku dah rasa selamat bila dah bertukar ke akaun Wadi'ah nie. Alhamdulillah siap mereka daftarkan maybank2u untuk aku gunakan nanti. Tapi kali nie mereka dah tak gunakan buku simpanan dah, terus gunakan kad atm je...
Syukurlah Allah telah memberi bantuan dan mempermudahkan urusan ku. Alhamdulillah...
Sebenarnya kebelakangan ni aku agak tak keruan sket. Istilahnya jiwa kaco sebab aku rasakan seperti cinta kepada Allah tu dah turun rankingnya..tengah setelkan masalah nie dan harap ianya tak berpanjangan dan untuk sementara waktu je. Aku yakin apa yang berlaku nie datang dari Allah, sebab aku tak pintapun jadi camni tapi aku anggap ia ujian dan untuk memperbaiki iman aku juga. Tapi muhasabah diri tu amat penting kerana kadang-kadang kita kata kita tak buat apa-apa sedangkan ada tindak tanduk kita yang terlepas pandang dan membawa kepada kemudaratan diri sendiri juga.
Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan...
Posted by am0i Ida at 2:10 PM 0 comments
Labels: mardhatillah, personal
Friday, April 18, 2008
Hidup penuh perjuangan dan pengorbanan
"Sesungguhnya Kami jadikan manusia sentiasa dalam perjuangan yang sukar dan penat." (90:4)
Kenapa aku kena bersusah-payah dan berkorban untuk mendapatkan kemanisan iman? Baru aku tahu, fitrah manusia itu sendiri adalah dalam keadaan susah dan payah. Kita nak makan, kita perlu mencari rezeki, takkan ada makanan turun dari langit atau kita akan mendapatkan makanan di depan mata hanya melalui lintasan hati. Kita perlu keluar dan bekerja.
Penciptaan manusia itu sendiri adalah dalam keadaan yang penuh kesukaran. Sebaik sel pertama dari benih manusia menetap di dalam rahim, ia terus mula menghadapi perjuangan dan kesukaran untuk mendapatkan makanan dan suasana hidup yang sesuai dengan izin Allah. Ketika ia melalui proses kelahiran, si ibu akan bersusah payah mengumpul sekuat tenaga melahirkannya. Dari kecil dia dididik dengan penuh pengorbanan sang ibu, kelelahan dan pelbagai kerenah hingga anak itu dewasa.
"Wahai manusia, sesungguhnya engkau berjuang dengan penat lelah (dalam kehidupanmu) sehingga engkau kembali kepada Tuhanmu, maka waktu itu engkau akan menemui hasil usahamu." (84:6)
Orang-orang yang berjuang untuk mencari sesuap nasi begitu ramai di muka bumi ini. Lihat saja pendatang asing yang berhijrah ke negara ini, sanggup meredah segala macam kepayahan untuk apa? Mereka sanggup bergadai nyawa datang ke sini semata-mata mencari rezeki yang halal dan berkat. Tetapi kita pula bersenang lenang dan memilih pekerjaan sedangkan fitrah untuk memperolehi sesuap nasi itu tidak semudah menukar channel di t.v.
Ada yang berjuang untuk mendapatkan harta, pangkat, kedudukan dalam masyarakat, meraih perhatian manusia. Semua itukan memerlukan pengorbanan dan kelelahan. Penuh ancaman dan kesukaran. Orang-orang yang baru memulakan perniagaan, perlukan modal yang besar dan perlu berhadapan dengan risiko sekiranya perniagaan tersebut tidak berjaya. Bukankah kehidupan itu sendiri penuh dengan kesukaran, tetapi begitulah kita ini, cepat lupa diri bila dah berjaya lalu melupakan kesusahan yang lepas-lepas. Tak pun kita generasi yang sedang menikmati hasil susah payah orang-orang terdahulu.
Ada yang berjuang untuk jalan Allah dan ada juga yang berjuang untuk mencapai kepuasan nafsu. Sudah tentu kesukaran berjuang kerana nafsu berlainan dengan berjuang di jalan ALlah. Ada yang berjuang menuju ke syurga dan ada yang berjuang menuju ke neraka.
Hakikatnya perjuangan dan penderitaan itulah sifat kehidupan di dunia. Walau atas apa saja objektif atau motif perjuangan itu, ia tetap memerlukan kesusahan, penderitaan dan pengorbanan untuk memperolehinya.
Akhirnya orang-orang yang berjuang kerana mencari keredhaan Allah, mereka akan berehat di syurga dengan tiada lagi penat dan lelah. Mereka akan memperolehi janji Allah kepada mereka. Tetapi orang-orang yang berjuang hanya mencari keindahan dan kemewahan dunia, mereka akan bersedih dan menangisi nasib mereka dengan ditemani ulat-ulat, ular dan segala macam penyeksaan yang tidak tergambar dek akal fikiran, yang amat pedih azabnya.
Ukhuwwah imaniyah yang manis
Seorang ukhti sanggup datang dari Perlis menaiki motor ke Kedah semata-mata untuk memberi sekeping kad ucapan hari lahir. Terharunya. Kalau orang biasa mungkin akan mengatakan ukhti ni melakukan kerja yang tak masuk akal yang kebiasaannya dilakukan oleh mat romeo yang sedang mabuk asmara. Tetapi itulah dia ukhuwwah kerana Allah. Segalanya terasa ringan dan penuh kasih-sayang. Semoga ALlah membalas kasih-sayangnya dengan kasih-sayang Allah dan rahmatNya yang tidak pernah putus. Jazakillah ukhti kerana mengingati diri ini.
Umur bertambah lagi tetapi amal...
Terima kasih dan jazakumullah pada semua yang mengingati dengan menghantar ucapan melalui kad, sms dan telefon. Apa yang aku harapkan hanyalah sepotong doa agar aku beroleh keampunan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka dan azab kubur seperti apa yang dinyatakan oleh Baginda kepada Ummu Habibah r.a
"Dari 'Abdullah r.a katanya: "Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri Nabi saw berdoa: "Wahai Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suami ku Rasulullah saw, dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudara ku Mu'awiyah." Maka Nabi saw, "Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah), memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi, yang tak dapat disegerakan sebelum waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan semula. Seandainya engkau mohon kepada Allah Ta'ala perlindungan dari siksa neraka atau siksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus." (Hadis Riwayat Muslim)
Apakah sumbangan aku pada Islam setakat ini? Umur saja meningkat tetapi amal?
Perjuangan ku belum selesai...
Posted by am0i Ida at 2:58 AM 0 comments
Labels: mardhatillah, tazkirah
Jika benar ikut Rasul
Dulu aku tak faham dan hanya mengikut-ikut. Rupa-rupanya dakwah ini ialah sunnah terbesar Rasulullah saw yang sudah lama ditinggalkan orang. Orang ingat berdakwah hanya buat ustaz dan ustazah saja sedangkan ia wajib buat semua orang. Amar makruf nahi mungkar. Sekarang memang ada je orang mengajak kepada kebaikan tetapi yang menegah kepada kemungkaran tak ramai, kerana tak cukup berani. Kenapa tak cukup berani? Mungkin disinilah masalah iman yang membelenggu, lalu hanya mampu menegah di dalam hati, itulah selemah-lemah iman. Akulah itu...
Jika benar aku ikut Rasul, tentu aku mampu mencintai Allah sebagaimana Rasul meletakkan cinta kepada ALlah di tempat teratas dan pertama. Aku akan lakukan semuanya kerana Allah dan tidak lain melainkan Allah. Hatta dalam berukhuwwahpun aku berukhuwwah kerana Allah. Aku suka kerana Allah, marahpun kerana Allah. Adakah aku benar-benar meletakkan Allah ditempat pertama?
Jika benar aku ikut Rasul, aku akan meletakkan kecintaan selepas Allah kepada kecintaan kepada ummat. Siapa yang dapat menandingi kecintaan kepada ummat melainkan Baginda seorang? Banyak sirah menceritakan betapa cinta dan sayangnya Baginda terhadap ummatnya, tetapi aku pula bagaimana? Adakah nampak tanda-tanda aku kasihkan saudara sesama Islam sebagaimana kasihnya Baginda? Kalau tiba-tiba dari sudut mana datang seseorang yang tidak dikenali menarik tudung ku dengan ganasnya dan meminta wang, adakah aku akan bagi sewenang-wenangnya? Akupun tak mampu nak berkata ada apabila diminta pertolongan oleh orang yang tidak dikenali. Aku akan pandang dulu atas bawah, dan berfikir banyak kali untuk memberi pertolongan. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang amat sulit untuk membalas kejahatan dengan kebaikan. Cintakah aku pada ummat? Selepas aku solat, pernah ke aku doakan kesejahteraan ummat atau aku doakan untuk diri ku sendiri saja?
Sekiranya aku benar-benar ikut Rasul, tentu aku akan ikut akhlak Baginda. AKhlak Baginda semulia al-Quran. Aku pasti dapat menunjukkan sifat seorang muslimah yang benar-benar menjaga akhlak, pandangan dan mempunyai budi pekerti yang mulia. Aku akan beracuankan Khadijah dan Siti Fatimah, dan aku akan buang semua tabit buruk ku. Sebagus-bagus muslim ialah apabila dia mampu meninggalkan percakapan dan perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat langsung bagi dirinya. Sedangkan aku?
Betul ke tak betul aku nie ikut Rasul? Ya ke? Sedangkan dalam kehidupan seharian ku terasa seperti jauh sekali dari kehidupan Baginda. Adakah aku tegar di jalan ini, jalan yang penuh onak dan duri, suatu jalan yang panjang, yang tidak mampu digalas melainkan oleh orang-orang yang hebat...atau sampai masa aku akan berundur dan menyerah kalah walaupun aku tahu dakwah tidak memerlukan aku tetapi akulah yang memerlukan dakwah...sebagaimana Allah tidak memerlukan aku tetapi akulah yang memerlukan Allah.
"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah Yang MahaKaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji (35:15)
Posted by am0i Ida at 12:51 AM 0 comments
Labels: dakwah, mardhatillah
Wednesday, April 16, 2008
Syurga Allah bukan mudah dan murah
Hendak dapatkan redha Allah dan syurga Allah bukan mudah dan murah. Perlukan pengorbanan, perlukan susah payah, perlukan tenaga dan harta. Berjuang bermati-matian pun kadangkala tak dapatpun pahala jika tidak disertakan dengan niat yang benar. Begitulah aku selalu ingatkan diri aku. Kena berdisplin, kena kurangkan tidur yang enak-enak. Sewaktu Rasulullah saw telah dilantik menjadi Rasul, Rasulullah saw berkata kepada Khadijah lebih kurang begini bunyinya, "Masa untuk bersenang lenang sundah habis,"
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan). Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar? (90:10-11)
Jadi, kalau kita merasa sedikit lelah dalam mencari kebaikan, dalam mencari redha Allah, itu memang wajar. Tengok Rasulullah saw. Seorang Nabi, seorang Rasul yang banyak bersusah payah dan berkorban di dunia, bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk ummat. Tapi kita, kita menyongsang arus. Kita banyak bersenang lenang pula kat dunia ni. Banyak makan, banyak tidur, banyak buang masa dan banyak berceloteh hal yang sia-sia.
Teringat zaman aku kerja dulu, mengumpat tu perkara biasa. Sewaktu aku mula berjinak-jinak meninggalkan era mengumpat ni, aku cuba lari dari mendengarnya kerana tidak mahu bersubhat tetapi aku tewas. Masakan tidak, kiri kanan orang duk bercerita hal yang kalau dia bercerita tidak akan mengubah duniapun. Tidak membawa apa-apa manfaat malah menjadikan orang yang mendengar berburuk sangka pula akan berita yang diceritakan itu. Walaupun aku cuba meninggalkan mereka tetapi kadangkala aku tertarik sama. Mungkin waktu itu aku tidak cukup kuat untuk menegah mereka. Tetapi yang anehnya lelaki yang bekerja di pejabat tidak pula seperti perempuan, datang ke meja dan start buat 'ketupat'!
Banyak juga dosa yang aku dapat ketika kerja. Belum lagi dalam hal menguruskan urusan kerja, belum tentu aku kerja dengan baik. Sampai waktu, tau pulak nak balik awal tapi kualiti kerja? Aku sendiri ingat. Mencuri-curi waktu membaca al-Quran dan dhuha di surau. Sedih juga melakukannya berseorangan. Aku tidak cukup kuat waktu itu. Cuma yang masih meninggalkan kesan, tiap-tiap sekian petang, aku dan seorang kawan sepejabat akan belajar mengaji di IQRA, Kampung Baru. Free je belajar mengaji situ cuma nak atau tak nak je. Kalau aku teruskan di situ, mungkin dah macam-macam aku faham dah. Walaupun pernah berlaku satu cerita terhadap aku di situ. Aku sendiri tidak menduga akan diuji tetapi syukurlah Allah menyelamatkan aku. Tidak perlulah aku cerita nanti lain pula persepsi orang terhadap orang-orang yang hafaz Quran atau bergelar hafiz ni.
Benar, betul lah seperti yang diceritakan di dalam al-Quran,
"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan." (6: 116)
Paling mencuit hati apabila kawan sepejabat menegur, "Ida, kau pakai stoking kat tangan?" "Ni bukan stokingla, sarung lengan." Tergelak sekejap aku. Tapi zaman tu tak ramai orang memakai sarung lengan. Tak macam sekarang, tapi seperti biasa sarung lengan sekarang disalah guna. Biasa saja aku lihat pemandangan gadis memakai t-shirt sendat berlengan pendek dan memakai sarung lengan. Aduih, geleng kepala jap. Dulu orang pelik tengok tapi sekarang aku pulak yang pelik tengok.
Memang wajarlah kalau kita ajak orang buat baik mereka akan memberi 1001 alasan. Sedangkan sewaktu aku berada diposisi itu yang inginkan perubahan, aku bermati-matian mencari jalan, agar aku dapat mendengarnya, agar aku tidak ketinggalan seperti orang lain yang berebut-rebut nak kan rahmat dan redha Allah, fastabiqul khairat...
Memang susah kita nak tarbiyah kawan-kawan, ajak mereka kepada yang benar, lebih-lebih lagi mereka dah biasa dengan kehidupan mereka sejak kecil lagi, jadi tentulah sukar. Silap-silap mereka pulak yang berjaya menarik kita kepada kejahilan semula.
"Dan wahai kaumku! Bagaimakah ini, aku menyerumu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru ku ke neraka?" (40: 41)
Tetapi jangan kerana itu membuat kita merasa jemu, merasa penat. Sepayah-payah mentarbiyah kawan-kawan, payah lagi mentarbiyah famili.
Mungkin belum ditimpa kepayahan, kesakitan dan kesengsaraan. Pernah aku lihat insan-insan disekeliling ku. Dahulunya mereka ceria, sihat dan gembira. Tetapi sekarang mereka sudah tidak ada lagi di dunia ini. Yang mengharukan, mereka muda dari aku. Tidak nampak tanda-tanda mereka sakit dan mereka memang tidak sakit. Tidak semena-mena mereka diserang sakit jantung dan rupa-rupanya hasil kajian doktor, mereka banyak kolestrol. Ada juga yang aktif bersukan dan sihat tubuh badan tetapi tiba-tiba diserang sakit jantung juga lalu pergi meninggalkan alam yang fana ini. Dari ALlahlah kita datang dan kepadaNya lah kita akan dikembalikan.
"Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong), tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa" (41:51)
Kalau kita nak berniaga dan dapatkan keuntungan yang berlipat ganda, berniagalah dengan Allah nescaya kita tidak akan dirugikan. Pesanan buat diri sendiri juga. Perbaharui iman dan niat kita kerana Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (61:10-11)
Posted by am0i Ida at 9:45 PM 0 comments
Labels: mardhatillah, tazkirah
If you ask me
Mungkin ada yang biasa dengar tapi aku baru pertama kali mendengarnya. Subhanallah bestnya, simple tetapi tenang halwa mendengarnya.
If you ask me by Yusuf Islam
In Sa'altu an Ilaahi
Fa hua Rahman ar-Raheem
Anzala Shara'a Haneefa
Rahmatal il-'Alameen
Rahmatal il-'Alameen
In Sa'altu an Kitaabi
Fa hua Qur'an ul-Kareem
Damma Dustur al-Hayaathi
Wa hawa nur al-Mubeen
Wa hawa nur al-Mubeen
If you ask me who my God is
On whose Name I call
If you ask me who my God is
He's the God of us all
Allah, The Merciful
If you ask me what my Book is
That I hold in my hand
If you ask me what my Book is
It's the Holy Qur'an
The Holy Qur'an
In Sa'altu an Nabi
Fa hua Isaan un-Adheem
Allaman ma Saluman
Jama'a dun Ya Wadeen
Jama'a dn Ya Wadeen
In Sa'altu an Naduwi
Fa hua Shaytaan ur-Rajeem
Khailun yadu'uli Kufurin
Wa yu'id ul-Mu'tadeen
Wa yu'id ul-Mu'tadeen
If you ask me who my Prophet is
I will say "Haven't you heard?"
His name is Muhammad (Salallahu 'Alayhi Wa Sallam)
A Mercy to the Worlds
A Mercy to the Worlds
If you ask me who my enemy is
I will say "Don't you know?"
If you ask me who my enemy is
It's that same old devil
That same old devil
In Sa'altu an Ilaahi
Fa hua Rahman ar-Raheem
In Sa'altu an Kitaabi
Fa hua Qur'an ul-Kareem
In Sa'altu an Nabi
Fa hua Isaan un-Adheem
In Sa'altu an Naduwi
Fa hua Shaytaan ur-Rajeem
Posted by am0i Ida at 6:45 PM 0 comments
Labels: nasyid
Friday, April 11, 2008
A Young Indian Woman testified Her Shahadah In Public After Satisfied With Zakir Naik’s Answer
Sebak tengok video nie. Allahu akbar...
Posted by am0i Ida at 4:27 PM 4 comments
Labels: video
