Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Monday, May 05, 2008

Tagging Game

Kena tag dari Pn Aini, insya Allah akan cuba jawab...

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:

Apa ya, sebenarnya sejujurnya aku tak pernah impikan hadiah kerana mungkin sudah dididik dengan tak mengharap tapi jawab jugaler...

1. Tiket menunaikan haji di Makkah
2. Jubah kosong yang berkualiti tapi selesa dipakai
3. Kain untuk buat tudung labuh yang dibeli di Ban Foong, Petaling Street
4. Stoking khas dari Indonesia
5. Sebuah kereta auto yang jimat minyak


Senaraikan alasan atas pilihan anda itu:

1. Setakat nie tak mampu nak pergi dengan duit sendiri sebab tu kalau dapat hadiah berupa tiket memang sangat gembira
2. Kerana jubah sekarang tak menepati citarasa sendiri dan banyak yang lari dari syariat sebab jarang dan heavy dengan manik dan corak-corak yang boleh menarik lagi perhatian kaum lelaki.
3. Inilah satu-satunya kedai yang aku tahu menjual kain untuk buat tudung labuh berkualiti tinggi, tebal tetapi tidak panas dan susah berkedut, jadi hargapun agak mahal. Oh ya, dengan kad diskaun sekali untuk dapat potongan harga. Difahamkan kain itu datang dari China
4. Stoking ini tidak perlu di tanggalkan untuk mengambil wuduk, kerana ada belahan di tapak kaki untuk dibuka dan ditarik ke atas (Paham ke?)
5. Memudahkan menyusukan anak semasa memandu disamping praktikal sebagai kereta dakwah


5 impresi terhadap orang yang diminati:

Tidak terkecuali keluarga dan kawan-kawan,

1. Menjadikan Allah dan Rasul sebagai tujuan hidup
2. Tidak mudah hanyut dengan kemewahan dunia lebih-lebih lagi di zaman ini memang payah nak lihat manusia yang tidak terpengaruh dengan keduniaan...
3. Terima kekurangan diri ini dan anak-anak serta menghargai dengan menunjukkan kasih-sayang
4. Orang yang istiqamah puasa Isnin dan Khamis dan susah nak miss tahajud - tabik spring kat orang sebegini
5. Zuhud, sabar dan tabah atas ujian dunia-respek betul dengan insan sebegini


Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda:

Mendidik aku menjadi zaujah solehah, ummi murobbiyah dan sabar di atas kerenah aku yang masih memerlukan sentuhan tarbiyah dan menerima keluarga ku seadanya. Mereka yang memberikan contoh terbaik kepada ummat. Selain itu segolongan tertentu yang berjaya mentarbiyah diri ini secara tak langsung...


5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):


1. Baju untuk muslimah yang direka khas untuk menyusukan anak
2. Pinkayu
3. Wallpaper di bawah ini



4. Mesin ultrasound 3D
5. Internet


Apakah perkara yang paling dibenci?

1. Futur, iman ditahap paling 'hampas' sekali sehingga merasakan hilang nikmat tahajud dan tak dapat jaga mutaba'ah dengan baik
2. Orang yang menyalahgunakan tanggungjawab seperti sumbang mahram- bapa rogol anak.
3. Orang yang takde sensitiviti terhadap umat Islam di negara sendiri dan negara lain yang tertindas
4. Orang yang tak rasa malu buat dosa tetapi malu nak buat kebaikan
5. Apabila hilang sabar


5 Orang yang yang mahu anda tag:

Err..takde sapa kerana ramai silent reader dalam nie ehe...

Thursday, January 03, 2008

Tag lagi

Untuk tidak menghampakan sahabat lama, aku akan try juga jawab tag nie walopun terpaksa kerana bagi aku banyak na soklan cepu emas.

Tag oleh Shimahz

First Name - Nor Syahida
Nickname – Ida, Amoi, Anyu (nama nie hanya abah aku je bole panggil yer)
Name you wish you had – Nor Syahida jugak
What do people normally mistake your name as – Shida [ni memang biasa, even family angkat aku biasa panggil..tapi tak kisah je]
Birthday – 18 April 1980
Birthplace – KL
Time of Birth – 6.13 pm
Parents together or divorced – together
Get along with them – yes
Single or taken - taken
Zodiac sign – Aries

yOuR aPperance
How tall are you – 160cm
Wish you were taller – alhamdulillah, suka apa yang ada
Eye color - dark brown
Eye color you want – b'syukur dgn apa yg ada
Hair color – kaler kebiasaan orang melayu timur
Current Hair color – sama je macam dulu
Short or long hair – rahsia, only mahram layak tahu
Ever dye your hair a bizarre color – x penah
Curly,Straight,Wavy – rahsia gak
Last time you did something dramatic with your hair – potong layer.. bkn potong kat kedai tp potong sndiri <--walaupun copy ayat shimahz tp memang betul pun
Glasses or contacts – neither
you wear make-up – dah tinggalkan dunia mekap 5thn yang lalu
Ever had hair extensions – nauzzubillah~hi miin zalik'
Paint your nails - nope, tak sah wudhu', betul tak? tapi kalo inai tu penah la...

iN tHe oPpOsItE gEnDeR
What color eyes - kaler dark brown
What color hair - kaler itam
Shy or Outgoing – shy ..
Looks or personality - alhamdulillah syukur atas hadiah Allah
Sexy or Cute - hmmm..agak2?
Serious or Fun – balance
Older or Younger than you – tak kesah..but he's younger than me
Turn on - penyabar dan tenang
Turn off - last minit bagitau ehe

-tHiS oR tHaT-
Flowers or Chocolate – both
Pepsi or Coke – sorry, boikot er
Rap or Rock – neither
Relationship or One night stand – halal relationship
School or Work – work
Love or Money – love
Movies or Music – music
Country or City - either
Sunny or Rainy days – rainy
Friends or Family – both

Have you ever-Lied – penah
Stole something – penah, barang mekap anak-anak..bedak er..
Smoked – Tak Nak! (macam iklan tu)
Hurt someone close to you – penah gak
Broke someones heart – ermm penah gak
Had you heart broken – penah..
Wondered what was wrong with you – buat nak cepat dan result nak cepat, pastu menyesal, tak sabar
Wish you were a prince/princess – puteri Rasulullah yang bernama Fatimah Az-Zahra
Liked someone – a'ah.. ada..
Liked someone who was taken – Rasulullah saw..bole tak?
Shaved your head - erk? macam tak waras je kalo buat
Been in love – penah
Used chopsticks – suker
Sang in the mirror to yourself - biasa buat masa kecik-kecik

Favourite Flower - rose
Candy – xde yg spesifik..
Song – instrumental filem Ayat-ayat Cinta-yang korang dengar waktu mula-mula bukak blog nie (kerana mengingatkan aku tentang novel hebat ini)
Scent – lavender
Color – biasalah kaler kebanyakan budak-budak perempuan suka, pink
Movie - skang dah jumpa! Ayat-ayat Cinta :">
Singer - tak dapat dinafikan-Nazrey Johani
Word – latest.. "tu tengok cat tu" (cakap kat Iemaan)
Junk food – macam budak-budak, suka kopok yang biasa derang makan
Website – http://amoisy.blogspot.com
Lotion – Aloe Vera jelly bole consider tak?
Animal - haiwan kesayangan Rasulullah saw-kucing
Ever cried over someone – penah..
Is there anything you wish you could change about yourself – nak jd seorang yg tenang dan selalu bersabar..selalu senyum..
Your biggest fear – jatuh dr tpt tinggi... (dalam mimpi)
Do you think you're attractive – no idea
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose – nak jadi huril'aen...bidadari dalam syurga
Do you play any sports - macam-macam dengan anak-anak

Lupa lak, nak tag sapa pulak yer...hmmm..tak de sapa! kesian pulak sapa yang kena jawab nanti...^__^

Sunday, December 30, 2007

What did you have for breakfast?

Kena tag dengan Rin mengenai topik di atas. Afwan katheera sebab lambat bonar yer Rin :)

Best juga topik nie. Walaupun kebiasaan kat rumah masa bujang dulu selalu ambil sarapan berat macam nasik lemak segera yang dibeli di kedai :) Kalau tak makan nasik rasa macam tak cukup kenyang. Mungkin sebab aku nie memang jenis kena makan nasik, kalau tak cepat lapar semula. Mungkin juga disebabkan aku ada gastrik dan lebih-lebih lagi EBM.

Tapi kalau pagi sediakan sarapan roti, so lunch kena awal. Dulu roti sandwich tu just disapu dengan kaya tapi sekarang nie minat benar disapu dengan telur hancur@scrambled eggs yang dicampur dengan mayonis dan sedikit lada hitam sebagai perisa (tak buhpun takpe). Kalau abi ada di rumah, abi prefer buat sendiri roti yang dicelup dalam telur dan digoreng menggunakan mentega.

Paling senang nak cepat quaker oat perisa strawberry bubuh dengan susu + air suam. If nak makan nasik lemak jugak malam sebelum tu kena siap-siap buat sambal dan nasik so sok pagi just panaskan je dan just prepare telur rebus, ikan bilis goreng dan timun. Tapi kadang-kadang kukus pau segerapun ok juga. Maklumlah kanak-kanak mudah jemu so kena variasikan sarapan.

Nak tag sapa ya? Takde sapa :)

 
design by Free Blogger Designs