Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Sunday, May 18, 2008

Bila waktu telah berakhir



Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara...
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggal kan diri mu...
Bagimanakah bila saat nya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagi mu
Untuk kembali mengulang ke masa lalu...

Dunia....dipenuhi dengan hiasan
Semua..dan sgala yang ada akan kembali pada-Nya...
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal...
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi...

Nyanyian : Opick

Tuesday, April 29, 2008

Muhammad Utusan Terakhir

Alhamdulillah akhirnya jumpa juga video kisah Muhammad utusan terakhir. Walaupun tayangan ini sudah sekian lama tapi aku yakin ada juga yang masih belum pernah menontonnya. Ini adalah antara tayangan kegemaran aku. Aku sendiri tak pernah jemu dan setiap kali menonton video ini, aku pasti sebak, walaupun ia sekadar kartun animasi...kita dapat saksikan betapa besarnya pengorbanan junjungan Rasulullah saw yang kita cintai...betapa dahsyatnya iman para sahabat...

Belum lagi kalau baca wasiat terakhir Rasulullah saw..lagilah sedih dan terharu :(

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung. (At-Taubah : 111)

Selamat menonton...























Friday, April 11, 2008

Tuesday, March 25, 2008

Saat-saat kewafatan Rasulullah saw

Video yang sangat menyentuh hati dan sangat terkesan...Semestinya ditonton oleh semua umat Islam yang mengaku mencintai Rasulullah saw.








Monday, March 03, 2008

Hiburan yang menenangkan jiwa

Seperti biasa aku akan cari kat yahoo atau google koleksi video Sheikh Mishary. Walaupun you tube masih aku tak dapat access tapi dengan cara tertentu aku dapat juga tengok dan dalam waktu yang sama download untuk koleksi. Tetiba aku dapat satu video baru..Sharjah Competition, antara nasyid yang beliau pernah lagukan tapi yang ni versi live. Tanpa muzik dan tanpa tarian tapi tetap menghiburkan malah mendapat ketenangan..orang kata 'sejuk hati'. Kalau kat Malaysia ada 'artis' sebegini agak-agaknya apa sambutan rakyat Malaysia? Yang pertama tu nasyid berjudul Ella Solati bersama Ali Bobar dan kedua Tola'al badru.


Thursday, February 28, 2008

Pengakuan berani...

Mungkin orang akan menyangka aku mengambil kesempatan berbicara mengenai politik. Terpulang kepada masing-masing tetapi yang membuatkan aku tergerak letak video nie kat entry kali ini kerana kisah yang dulu-dulu pernah sampai ke pengetahuan aku akhirnya terbongkar jua kebenarannya. Mungkin ramai seperti ku seakan tidak percaya dengan apa yang anda lihat tetapi itulah yang berlaku. Mungkin video ini boleh dibawa ke makmal untuk mengetahui sejauhmana kualiti dan kesahihannya bagi sesiapa yang masih meragui kebenarannya.

Untuk melihat lebih banyak lagi isu-isu semasa yang sudah berlaku dan sedang berlaku di Malaysia nie, boleh ke Izoblog.com


Akhirnya Dr. Mahathir mengaku menzalimi Anwar.




~ Artikel yang disaran oleh Amoi Ida ♥ Nasihat Dr. Mahathir dan mari mengundi dengan bijak

Friday, February 22, 2008

Santapan Jumaat



"Diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dizalimi. Dan sungguh, Allah Maha Kuasa menolong mereka itu, iaitu orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya kerana mereka berkata, "Tuhan kami ialah Allah." Seandainya Allah tidak menolak(keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang didalamnya banyak disebut nama Allah. Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa." (Al-Hajj: 39-40)

Tuesday, February 19, 2008

Hari Kiamat: sudah bersediakah kita?



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Aku bersumpah dengan hari Kiamat
2. dan Aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri)
3. Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?
4. (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.
5. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus.
6. Dia bertanya, "Bilakah hari Kiamat itu?"
7. Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),
8. Dan bulan pun telah hilang cahayanya,
9. lalu matahari dan bulan dikumpulkan,
10. Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang telah dilalaikannya.
14. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri*


(Surah Al-Qiyamah : Ayat 1-14)

* ertinya aggota badan manusia menjadi saksi terhadap pekerjaan yang telah mereka lalukan seperti tersebut dalam surah AnNuur ayat 24.

Sesungguhnya Allah swt telah bersumpah dengan hari Kiamat dan terhadap manusia yang selalu menyesal. Jangan mempermain-mainkan sumpah Allah. Janji Allah itu sendiri adalah benar. Sedangkan tanda-tanda kiamat kecil sudah berleluasa disekeliling kita sama ada kita sedari atau tidak antaranya banyaknya berlaku pembunuhan, manusia tidak tahu kenapa dia membunuh, bermewah-mewah dalam membangunkan masjid dan sebagainya. Sama-sama ambil ibrah, sama-sama muhasabah...sudah tentu video tersebut tidak sama dengan hari kiamat yang sebenarnya, yang sudah tentu amat dasyat lagi. Yang penting sejauh mana kita sudah mempersiapkan diri kita menghadapi hari yang tidak ada lagi perkataan taubat dari Allah swt...

Dari Hudzaifah bin Asid Al Ghifari r.a katanya: "Rasulullah saw menengok kami ketika kami sedang berbincang-bincang seraya bertanya: "Apa yang sedang kalian bincangkan?" Jawab para sahabat, "Kami berbincang-bincang mengenai hari kiamat." Sabda beliau, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum terlihat sepuluh macam tanda:
(1) Ad Dukhan (asap dan kabut)
(2) Dajjal (si penipu besar)
(3) Dabbah (binatang melata)
(4) Matahari terbit di barat
(5) 'Isa anak Maryam r.a turun
(6) Ya'juj dan Ma'juj
(7) Gerhana di timur
(8) Gerhana di barat
(9) Gerhana di Jazirah Arab
(10) Api menyala di Yaman menghalau manusia ke mahsyar (tempat berkumpul)"

(Hadith sahih Muslim)


Dari Sahal bin Sa'ad r.a katanya Rasulullah saw bersabda: "Kelak di hari kiamat umat manusia berkumpul di suatu lapangan tanah yang putih mengilat bagaikan seloka tanpa tanda-tanda petunjuk" (Hadith Sahih Muslim)


Dari Aisyah r.a katanya, "Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang firman Allah 'Azza Wa Jalla: "Pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (begitu pula langit langit..." (Ibrahim 14:48), maka dimanakah manusia ketika itu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Di titian!" (Hadith Sahih Muslim)





Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku...terimalah taubat ku Ya Allah, tiada tuhan selain Engkau, Maha suci Allah, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim... :(

Kelahiran suatu keajaiban

Tahniah buat seorang teman di atas kelahiran anak sulong yang diberi nama Aisyah Humaira'. Ramai minat nama nie, maklumlah nama seorang tokoh yang bukan calang-calang orang. Zaujah Rasulullah yang juga merangkap sebagai Ummul Mukminin, yang dinikahkan atas arahan Allah swt. Kerana Aisyah jugalah, banyaknya turun hukum dan maslahat ummat contohnya seperti tayammum. Oleh kerana excited dengan berita kelahiran, aku terus call sahabat ku itu dan bertanya pengalamannya melahirkan anak pertama. Memang menguji kesabaran dan ketahanan mental, fizikal dan ruhani. 12 jam jugaklah beliau bertarung nyawa. Air ketuban pecah sendiri tapi bukaan begitu lambat sekali. Sudahnya terpaksa ambil epidural untuk menahan sakit kerana badan pun dah lemah (atas nasihat doktor pakar). Sebenarnya kepala bayinya senget, jadi agak sukar nak mengeluarkan bayi sehingga doktor terpaksa betulkan kedudukan kepala bayi. Pastu kena vacum pulak, beberapa kali kerana kepala bayi terlepas. Tapi syukurlah dapat juga bersalin normal. Tahniah kepada sahabat ku itu dan kepada doktor bertugas di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Sahabat ku kata memang doktor kat situ akan usaha sedaya upaya membantu pesakit melahirkan anak secara normal. Gembira betul. Kalau dekat PUSRAWI Jalan Tun Razak tu anak sulong yang ada masalah sket jer gerenti kena operate. Bukan nak tuduh sebarangan tapi begitulah yang berlaku terhadap aku dan kawan-kawan yang bersalin di sana. Memanglah bagus kemudahan dan hospital baru yang selesa tapi tak bermakna jika si ibu tak dapat melahirkan anak secara normal. Apalagi kelahiran anak pertama adalah sesuatu yang amat berharga. Disebabkan itulah aku terpaksa black list Pusrawi dan bersalin anak kedua di Kampong Baru Medical Centre.

Pasni kalo anak seterusnya nak bersalin kat Kedah la pulak. Jadi orang Kedah na.. :) Teringat masa aku bersalin 'Iffah dulu. Walaupun 3 jam tahan sakit tapi sakit tu teramat-amat-amat-amat-amatlah sakitnyaaa. Tak cukup amat tu patut beratus-ratus lagi amat. Tapi aku bersyukur sangat sebab dapat melahirkan anak secara normal. Di bawah nie kelahiran seorang bayi secara caesarean section. Kalau takut darah jangan tengok.



"Sungguh rugi mereka yang membunuh anak-anaknya kerana kebodohan tanpa pengetahuan, dan mengharamkan rezeki yang dikurniakan ALlah kepada mereka dengan semata-mata membuat kebohongan terhadap Allah. Sungguh, mereka telah sesat dan tidak mendapat petunjuk." (6: 140)

Tuesday, January 29, 2008

Sepi tapi terisi

fulltime muslim
Lama aku tak post apa-apa citer tentang diri aku. Balik-balik post you tube, sampai pc aku dah kena virus yang cemburu dengan you tube. Bila aku bukak je you tube nanti ada amaran bagitau you tube kena ban pastu siap ada suara gelak besar. Terkejut gak memula tu. Sedih gak aku sebab sekarang nie aku tengah kemaruk dengan Al-afasy@Mishary Rashed Al-Afasy. Dulu biasa aku dengar kemerduan suara dia dalam kaset je..sekarang nie dapat tengok kat you tube lak. Punyala terharu mendengar suara beliau melontarkan ayat-ayat suci Al-Quran. Aku suka dengar dia baca surah Al-Mulk, pastu masa dia jadi imam dia baca surah As-Sajdah. Ada satu video tu dia sedang mengimami solat dalam bacaan Qunut, pertengahan doa tu dianya kemerduan hilang sebab dia menangis. Kalau tak silap aku yang tak pandai bahasa Arab nie time tu tengah berdoa agar Allah pelihara dan selamatkan umat Islam dimanapun mereka berada. Kalau kawan-kawan nak tengok taip je nama Mishary atay Al Afasy kat you tube tu. Sekarang nie alternatif yang aku ada tengok video kat google, tu pun terhad je.

Bila dah hari-hari duk dengar rasanya memang bole hafal satu surah Al-Mulk nie. Kadang-kadang time tak dengar, terngiang-ngiang suara Al-Afasy kat telinga. Samala macam kalau hari-hari kita dengar lagu kat radio atau kat mp3..memang bole hafalkan lagu artis tu. So, kesimpulannya rajin-rajinla dengar orang mengaji, insya Allah moga terang hati dengan ayat-ayat Allah. Itukan lagi bagus dan ada keberkatannya, betul tak?

Beberapa hari kebelakangan nie aku memang busy bebenor, mengalahkan bisnesman. Mungkin bagi orang lain aku takla bz macam mereka tapi bagi diri aku sebaliknya. Ini adalah kerana buat pertama kalinya aku rasakan aku benar-benar bergerak sebagai seorang daie. Allahu akbar, indahnya aku rasakan. Sebenarnya aku sedih, sebab baru tahun nie aku benar-benar 'bekerja'. Selama nie apa keja yang aku buat, akupun tak tahu.

Sebenarnya hati aku sedang menjerit, jiwa aku sedang tersiksa. Seolah-olah ada perkara yang aku tak setelkan lagi. Memang banyak keja yang aku tak setelkan lagi. Semoga aku sempat melakukannya sebelum kematian datang menjemput. :( Semoga amal-amal yang tak seberapa mampu menyelamatkan aku dari api neraka.

Sunday, January 27, 2008

Ask the muslim woman

Dengan rasminya aku menamakan minggu lepas dan minggu nie sebagai minggu video bagi blog aku. So sila menikmatinya dengan penuh berlapang dada ye.



"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali kepada ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada ALlah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung" (An-Nur:31)


Pakaian wanita zaman sekarang?

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda: "Ada dua macam penghuni neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakannya untuk memukul orang. (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi sama juga dengan bertelanjang (kerana pakaiannya terlalu minim, terlalu nipis atau tembus pandang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana sebahagian auratnya yang terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh." (Hadith sahih Muslim)

Monday, January 21, 2008

Emosi hamba terhadap Pencipta

"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah hati mereka bergetar, orang yang sabar atas apa yang menimpa mereka dan orang yang melaksanakan solat dan orang yang menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka (Al-Hajj:35)


Syaikh Sudais-very emotional Surah Taha 113-135

"Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri" (As-Sajdah:15)


Shaykh Shuraim-Emotional Du'a

"Katakanlah (Muhammad), "Berimanlah kamu kepadanya (Al-Quran) atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang yang telah diberi pengetahuan sebelumnya, apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan wajah, bersujud,

dan mereka berkata, "Mahasuci Tuhan kami, sungguh, janji Tuhan kami pasti dipenuhi"

Dan mereka menyungkurkan wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (Al-Kahf:107-109)

Sunday, January 20, 2008

Adakah aku anak yang soleh?

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur" (An-Nahl:78)

Tanya pada diri, sejauhmana kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Adakah kita dapat menolong ayah dan ibu kita di akhirat kelak atau adakah kita hanya menjadi beban dan menyeret mereka ke dalam neraka? Nauzubillah...Tanya pada diri, "Adakah aku anak yang soleh?"



"Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula)"(Al-Ahqaf: 15)

 
design by Free Blogger Designs