Tuesday, February 19, 2008

Hari Kiamat: sudah bersediakah kita?



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Aku bersumpah dengan hari Kiamat
2. dan Aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri)
3. Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?
4. (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.
5. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus.
6. Dia bertanya, "Bilakah hari Kiamat itu?"
7. Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),
8. Dan bulan pun telah hilang cahayanya,
9. lalu matahari dan bulan dikumpulkan,
10. Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang telah dilalaikannya.
14. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri*


(Surah Al-Qiyamah : Ayat 1-14)

* ertinya aggota badan manusia menjadi saksi terhadap pekerjaan yang telah mereka lalukan seperti tersebut dalam surah AnNuur ayat 24.

Sesungguhnya Allah swt telah bersumpah dengan hari Kiamat dan terhadap manusia yang selalu menyesal. Jangan mempermain-mainkan sumpah Allah. Janji Allah itu sendiri adalah benar. Sedangkan tanda-tanda kiamat kecil sudah berleluasa disekeliling kita sama ada kita sedari atau tidak antaranya banyaknya berlaku pembunuhan, manusia tidak tahu kenapa dia membunuh, bermewah-mewah dalam membangunkan masjid dan sebagainya. Sama-sama ambil ibrah, sama-sama muhasabah...sudah tentu video tersebut tidak sama dengan hari kiamat yang sebenarnya, yang sudah tentu amat dasyat lagi. Yang penting sejauh mana kita sudah mempersiapkan diri kita menghadapi hari yang tidak ada lagi perkataan taubat dari Allah swt...

Dari Hudzaifah bin Asid Al Ghifari r.a katanya: "Rasulullah saw menengok kami ketika kami sedang berbincang-bincang seraya bertanya: "Apa yang sedang kalian bincangkan?" Jawab para sahabat, "Kami berbincang-bincang mengenai hari kiamat." Sabda beliau, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum terlihat sepuluh macam tanda:
(1) Ad Dukhan (asap dan kabut)
(2) Dajjal (si penipu besar)
(3) Dabbah (binatang melata)
(4) Matahari terbit di barat
(5) 'Isa anak Maryam r.a turun
(6) Ya'juj dan Ma'juj
(7) Gerhana di timur
(8) Gerhana di barat
(9) Gerhana di Jazirah Arab
(10) Api menyala di Yaman menghalau manusia ke mahsyar (tempat berkumpul)"

(Hadith sahih Muslim)


Dari Sahal bin Sa'ad r.a katanya Rasulullah saw bersabda: "Kelak di hari kiamat umat manusia berkumpul di suatu lapangan tanah yang putih mengilat bagaikan seloka tanpa tanda-tanda petunjuk" (Hadith Sahih Muslim)


Dari Aisyah r.a katanya, "Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang firman Allah 'Azza Wa Jalla: "Pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (begitu pula langit langit..." (Ibrahim 14:48), maka dimanakah manusia ketika itu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Di titian!" (Hadith Sahih Muslim)





Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku...terimalah taubat ku Ya Allah, tiada tuhan selain Engkau, Maha suci Allah, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim... :(

Kelahiran suatu keajaiban

Tahniah buat seorang teman di atas kelahiran anak sulong yang diberi nama Aisyah Humaira'. Ramai minat nama nie, maklumlah nama seorang tokoh yang bukan calang-calang orang. Zaujah Rasulullah yang juga merangkap sebagai Ummul Mukminin, yang dinikahkan atas arahan Allah swt. Kerana Aisyah jugalah, banyaknya turun hukum dan maslahat ummat contohnya seperti tayammum. Oleh kerana excited dengan berita kelahiran, aku terus call sahabat ku itu dan bertanya pengalamannya melahirkan anak pertama. Memang menguji kesabaran dan ketahanan mental, fizikal dan ruhani. 12 jam jugaklah beliau bertarung nyawa. Air ketuban pecah sendiri tapi bukaan begitu lambat sekali. Sudahnya terpaksa ambil epidural untuk menahan sakit kerana badan pun dah lemah (atas nasihat doktor pakar). Sebenarnya kepala bayinya senget, jadi agak sukar nak mengeluarkan bayi sehingga doktor terpaksa betulkan kedudukan kepala bayi. Pastu kena vacum pulak, beberapa kali kerana kepala bayi terlepas. Tapi syukurlah dapat juga bersalin normal. Tahniah kepada sahabat ku itu dan kepada doktor bertugas di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Sahabat ku kata memang doktor kat situ akan usaha sedaya upaya membantu pesakit melahirkan anak secara normal. Gembira betul. Kalau dekat PUSRAWI Jalan Tun Razak tu anak sulong yang ada masalah sket jer gerenti kena operate. Bukan nak tuduh sebarangan tapi begitulah yang berlaku terhadap aku dan kawan-kawan yang bersalin di sana. Memanglah bagus kemudahan dan hospital baru yang selesa tapi tak bermakna jika si ibu tak dapat melahirkan anak secara normal. Apalagi kelahiran anak pertama adalah sesuatu yang amat berharga. Disebabkan itulah aku terpaksa black list Pusrawi dan bersalin anak kedua di Kampong Baru Medical Centre.

Pasni kalo anak seterusnya nak bersalin kat Kedah la pulak. Jadi orang Kedah na.. :) Teringat masa aku bersalin 'Iffah dulu. Walaupun 3 jam tahan sakit tapi sakit tu teramat-amat-amat-amat-amatlah sakitnyaaa. Tak cukup amat tu patut beratus-ratus lagi amat. Tapi aku bersyukur sangat sebab dapat melahirkan anak secara normal. Di bawah nie kelahiran seorang bayi secara caesarean section. Kalau takut darah jangan tengok.



"Sungguh rugi mereka yang membunuh anak-anaknya kerana kebodohan tanpa pengetahuan, dan mengharamkan rezeki yang dikurniakan ALlah kepada mereka dengan semata-mata membuat kebohongan terhadap Allah. Sungguh, mereka telah sesat dan tidak mendapat petunjuk." (6: 140)

 
design by Free Blogger Designs