Sunday, December 30, 2007

Ayat-ayat Cinta

Setelah beberapa hari akhirnya aku abis membaca Ayat-ayat cinta versi Bahasa Melayu. Perasaan? Hati aku gerimis membacanya. Malah sehingga kini aku terbayang-bayang kisah itu. Dan tak dinafikan keromantikan novel itu turut mempengaruhi aku untuk berintonasi yang sama.

Kawan aku kata dia menangis waktu Fahri diseksa di dalam penjara. Tapi aku nangis sewaktu Fahri terlantar sakit, bibirnya tidak henti mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dalam keadaan diluar sedar. Bermimpi bertemu sahabat Nabi, Abdullah bin Mas'ud. Dan sewaktu Aisha menyuruh Fahri berkahwin dengan Maria, demi menyelamatkan nyawa Maria dan suaminya sendiri. Juga yang menyebakkan sewaktu Maria menceritakan mimpinya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan sempat berwudhu'. Betul-betul memberi penangan yang hebat bagi siapa yang membaca novel ini. Ada akhawat tanya, "Akak, kalau kita baca kita sedihla kan..tapi kalau orang biasa-biasa baca agaknya derang sedih tak?" Akupun tak tahu nak jawab apa. Tapi yang pastinya sejak aku baca Ayat-ayat cinta, aku jadi lebih bersemangat untuk menjadi seorang muslimah sejati, dan mempertahankan nikmat Iman dan Islam yang Allah bagi padaku.

Memang tak mudah menjadi sang Fahri. Tapi tak mudah menjadi seorang mukmin sejati andainya memahami Islam. Kebijaksanaan Kang Abik mengolah watak Fahri benar-benar membuat hati aku luluh. Salah satunya sewaktu dia terlantar sakit dan Maria menyentuh pipinya, lantas cepat-cepat Fahri kata, "Jangan Maria tolong, ja..jangan sentuh!"

Ayat-ayat Cinta The Movie
Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang selayaknya buat Kang Abik yang mencipta novel sebagus ini. Aku sarankan sapa yang tak baca lagi, bacalah kerana anda pasti tidak rugi memilikinya. Sekarang ia telah difilemkan dan akan menyusul tak lama lagi, Ayat-ayat Cinta The Movie. Sudah tentu aku takkan ke panggung semata-mata nak menonton filem ini. Matlamat tak menghalalkan cara. Yang pasti trailernya memang best banget! Oleh kerana aku menyaksikan trailernya terlebih dahulu dari membaca novel ini, aku kerap dibayangi perjalanan filem itu sendiri.

Thanks to Aida sebab bagi link pengarah filem ini iaitu Kisah di balik Ayat-ayat Cinta. Terkesan aku membaca blog dia.

Terasa kerdilnya hamba Allah di muka bumi ini. Apabila aku baca novel tu, aku terasa seolah-olah aku berada di Mesir, menjadi Fahri Abdillah. Dan perjalanan Fahri sebagai seorang muslim yang menjaga akhlak sangat aku kagumi. Teringat sewaktu mula-mula aku dapat hidayah dulu, asalnya aku termasuk blog seorang ikhwah. Buat pertama kalinya aku tergamam membaca ayat-ayatnya yang sungguh terjaga tata tertibnya. Sampai aku tergerak untuk bertanya dengan lebih lanjut kepada beliau supaya aku dapat seorang kawan perempuan dari kalangan beliau. Dan aku terkejut dengan budi bahasanya yang sopan sekali. Tatkala tu aku jadi malu sendiri dan hati aku berkata, "Masih ada rupanya lelaki yang baik kat muka bumi ni"

Dan aku suka dengan watak Fahri yang menjaga masa dan berdisiplin. 10 tahun kehadapan sudah disiapkan perancangan hidupnya.

Kisah Fahri bertemu dengan Aisha juga buat aku teringat sewaktu aku bertemu dengan suami ku. Cara yang sama tapi situasi yang berbeza. Oh ya cuma yang bezanya Fahri pernah bertemu Aisha tapi aku tak pernah bertemu suami aku. Tidak bercinta apalagi tak wujud istilah couple. Lantas aku bersyukur kerana melalui semua ini. Yang diharapkan pernikahan yang barakah dan suci.

Jika aku ditempat Aisha aku juga akan melakukan hal yang sama. Benar apa yang diceritakan Penulis, sebaik-baik Aisha yang mengizinkan Fahri menikah dengan Maria, pasti cemburu tetap ada kerana itulah fitrahnya wanita. Maria seorang gadis kristian yang bertingkahlaku seperti wanita Islam. Di sinilah Penulis berupaya menawan hati non-Muslim untuk mendekati Islam yang mulia. Novel ini banyak menjelaskan kekeliruan mengenai wanita dalam Islam. Hakikatnya Islam memandang mulia kaum wanita dan mengangkat taraf wanita yang dulunya dijadikan hamba, dijadikan objek seks dan ditanam hidup-hidup. Subhanallah, indahnya Islam digambarkan penulis.

Syabas buat Kang Abik atau Habiburrahman el-Shirazy, novelis Sarjana Al Azhar University Cairo. Semoga sentuhan beliau lebih kreatif dan menarik ramai lagi masyarakat khususnya golongan belia untuk membaca karya beliau seterusnya memperolehi 'sesuatu' yang ingin disampaikan oleh penulis..

Jazakallah buat suami tersayang yang menghadiahkan novel ini sebagai tanda ingatan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 pada 26 Disember 2007. Dapat 2 hadiah dan of course yang ini paling bermakna. Hadiah yang ada 'ruh'nya tersendiri.

Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah. Ya Allah, aku mohon redhaMu dan syurgaMu. Amiin.

What did you have for breakfast?

Kena tag dengan Rin mengenai topik di atas. Afwan katheera sebab lambat bonar yer Rin :)

Best juga topik nie. Walaupun kebiasaan kat rumah masa bujang dulu selalu ambil sarapan berat macam nasik lemak segera yang dibeli di kedai :) Kalau tak makan nasik rasa macam tak cukup kenyang. Mungkin sebab aku nie memang jenis kena makan nasik, kalau tak cepat lapar semula. Mungkin juga disebabkan aku ada gastrik dan lebih-lebih lagi EBM.

Tapi kalau pagi sediakan sarapan roti, so lunch kena awal. Dulu roti sandwich tu just disapu dengan kaya tapi sekarang nie minat benar disapu dengan telur hancur@scrambled eggs yang dicampur dengan mayonis dan sedikit lada hitam sebagai perisa (tak buhpun takpe). Kalau abi ada di rumah, abi prefer buat sendiri roti yang dicelup dalam telur dan digoreng menggunakan mentega.

Paling senang nak cepat quaker oat perisa strawberry bubuh dengan susu + air suam. If nak makan nasik lemak jugak malam sebelum tu kena siap-siap buat sambal dan nasik so sok pagi just panaskan je dan just prepare telur rebus, ikan bilis goreng dan timun. Tapi kadang-kadang kukus pau segerapun ok juga. Maklumlah kanak-kanak mudah jemu so kena variasikan sarapan.

Nak tag sapa ya? Takde sapa :)

Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha

Pagi ini aku akan meninggalkan kediaman ku di sini untuk ke rumah keluarga ku yang tersayang. Doakan perjalanan kami dalam lindungan Allah dan dipermudahkanNya.

Penutup tahun masehi nie, aku tak terasa apa-apa seperti kebanyakan orang rasa seperti tak dapat penuhkan azam dan sebagainya. Mungkin sebab aku tak keja dan mungkin sebab aku memang tak berazam orangnya. Yeke? Dan mungkin aku dah terbiasa dgn azam tahun hijrah. Sebut hijrah, memang tak leh lupa hijrah Rasulullah saw yang amat-amat aku sayang.

Tapi akupun tanak ketinggalan dan mengatakan aku ada perasaan seperti ada sesuatu yang aku tak penuhi lagi, impian mahupun angan-angan aku kat dunia nie. Teringat pulak kat wishlist aku.

Tapi yang aku nak untuk diri aku, nak tunaikan haji di Makkah..nak ziarah maqam Rasulullah saw dan menjejaki kesan peninggalan Baginda. Tak dapat aku bayangkan if Kaabah ada depan mata aku. Adakah aku akan berteriak menangis? terkedu? terkejut besar? Allahu'alam...nak tengok telaga zam-zam yang ajaib itu, yang masih mengeluarkan airnya sejak zaman Nabi Ibrahim lagi...subhanallah, tak ke antara menda ajaib di dunia tu..takde yang mustahil dengan izin Allah...

Walopun aku tau aku tak cukup duit nak kesana, dan takde menyimpanpun kat Tabung Haji (tapi akaun adala...simpanpun tak banyak) tapi aku tanak lupa untuk mengharap dan berdoa untuk ke sana. Sebab aku penah dengar dalam radio Ikim.fm (kalau tak silap) tentang kisah seorang pakcik nie yang tak berduit tapi setiap hari berdoa untuk tunaikan haji. Dengan izin Allah dia dapat durian runtuh (adalah satu cerita tu...) so dapatla dia ke sana. Dari situ aku dapat pengajaran yang paling berguna. Kuasa doa tu...at least niat kita ke sanapun Allah dah bagi pahala kebaikan kan...aku harap aku dapat pegi dengan suami aku. Jika di izinkan Allah...

Semalam aku jenguk blog kawan lama aku masa sesama study dulu. Zaman aku dapat nick amoi. Tak sangka dia ada mention nama aku. Siap declare akula kepala paling gila skali kat Itm dulu, hahaha..katanya...memang itula aku dulu..ngee. Teringat perangai lama aku yang semprit (perkataan favourite aku dulu) dan hal-hal yang aku cetuskan sehingga membuat mak aku sangat pening kepala dengan anak dara dia nie (time tu la, single lagi)..dengan kawan aku tu rumahnya seperti jadi port tempat sementara aku melepak dan sebagainya. Teringat suasana rumahnya dan zaman tersebut, penghujung belasan tahun. 10 tahun ke kita berkawan Intan? Memang lama..teringat plak aku kat kawan aku dari skolah..tu lagila berbelas tahun. ALlah masih panjangkan umur..tapi satu masa kita akan 'ke sana'..mudah-mudahan sempatlah kita sediakan bekalan...

Sempena raya korban nie teringat aku akan pengorbanan aku buat Islam. Alahai kesiannya aku. Tak rasa ada buat pengorbanan...... Masa, wang, lelah yang aku korbankan terlalu sedikit nak dibandingkan pengorbanan para sahabat, yang sanggup meninggalkan HARTA DAN KELUARGA demi Allah dan RasulNya. Layak ke aku nie nak bersama-sama mereka di akhirat nanti. Ya Allah, malunya aku sendiri...nak dapat syafaat Nabipun belum tentu, sedangkan masalah riba masih berleluasa dan kefahaman orang Islam terhadapnya pun sangat sedikit. Kalau baca cerita Uzar kat blog dan dengar dari youtube beliau kita akan jadi malu sendiri.

masuk penjara :P
Cuma yang sedih sket tu sebab tak dapat aqiqahkan anak aku raya nie disebabkan masalah banjir yang melanda kg suami aku. Sama-sama kita doakan keselamatan mereka, mangsa-mangsa banjir. Semoga diberi ketabahan dan kesabaran. Teringat pulak banjir yang Allah timpakan atas kaum Nabi Nuh. Lagi dahsyat.

Selamat hari raya aidil adha buat semua

"Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah yang paling banyak membantah" (18:54)

Friday, December 07, 2007

Ujian dunia

abang dan adik kena kuat semangat ye!
Salam. Afwan lama tak update blog nie. Selain penyakit M yang melanda dalam diri aku nie, macam-macam yang berlaku lately. Tak dinafikan tugas sebagai seorang hamba di muka bumi ini juga perlu difikirkan. Kebelakangan nie aku anak beranak travel je kejanya...biasalah namapun perantau kan :)

So diam tak diam Iemaan cuma ke taska selama 4 hari je! The rest just stay at home melayan dia yang demam termasuk 'Iffah yang berjangkit dan juga travel. Aku rasa ini ujian paling getir penutup tahun nie. Aku tak dapat nak citer panjang just yang terfikir dan penting je...Lagipun nak melayan si kecik yang manja nie..orang baru baik sakit la katakan...

Hari tu ikut abinya kursus ke Terengganu, tapi aku tak la sampai Ganu, just lepak kat umah Mak mertua semestinya. Aku pikir banyak kali nak bawak budak-budak nie ke Kerteh, dalam keadaan depa yang tak sihat nie. So better aku duk umah Mak Mertua aku diam2. Lagipun anak aku kadang-kadang muntah, dan kesian kat derang.

Lebih kurang seminggu gakla, dan aku dapat singgah bermalam kat umah family ku yang tercintan. Sangat rindukan suasana keluarga yang ramai-ramai. Pastu nak melayan anak saudara aku yang kiut miut dan tembam tu, sapa lagi kalau bukan Aqiel Muizz bin MOhd Azhiim Muizz. Aqielpun tak sihat aritu masuk wad sebab cirit birit. La nie musim la katakan.

Pastu seminggu lak travel ke Ipoh. Nie paling haru bagi aku. Dalam 2 minggu derang demam tak kebah nie, time tu 'Iffah sayang menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit. Makan takmo, susu takmo, keja dia muntah-muntah je. Iemaan lak aritu minum susu dutch lady coklat yang dah rosak (tapi tak expired lagi). Dia tak cirit birit tapi muntah dan dok "aket iyuttt.." (sakit perot)...so moral of the story is, next time ibubapa kena rasa dulu air minuman sebelum diberikan pada anak anda...

Satu malam tu aku memang dah tak bole tido apabila tengok 'Iffah yang dah tak bermaya..walaupun dia tak menangis menunjukkan kesakitan, tapi keadaan dia yang duk muntah-muntah tu membuatkan aku rasa nak je bawak dia gi hospital waktu tu...pastu tiba-tiba dia cirit...lagila buat aku suspen...Ya Allah ampunkan dosa-dosaku, jangalah Kau hukum anak-anak ku atas kesalahan yang aku lakukan, itu je la yang terlintas dalam hati aku time tu.

So esoknya pas Subuh, minta akhawat antarkan ke Hospital Pantai Putri Ipoh, terus dok sana 4 hari. Dua2 adik beradik masuk wad. Bagusla, sebab derang nie susah nak makan ubat. Abang kena masukkan air, dekat 3 botol setengah, pastu dia ngadu tangan dia sakit..nurse pertama tengok takde apa, panggil nurse lain lak, rupanya tangan dia bengkak. Terus cabut dan tak pakai dah. Yang paling sedih 'Iffah la sebab kena x-ray selain dari ujian darah...dan diapun tonsil skali..walaupun abg dia pun kena tonsil tapi tak seteruk adik. Doctor kata darah dia sangat kotor, 43.++, biasa budak dia kata 18.++..terkejut gakla aku dapat tau. Doctor kata jangkitan kuman dari tonsil dia. Sekarang nie 'Iffah dah fobia, nampak doc dan nurse dah jerit siap-siap, "Takmo bat..." (Takmo ubat)

Menjaga dua orang anak sekaligus memang mencabar, cuma aku takla rasa kalut sebab dah biasa handle mereka tanpa abinya. Alhamdulillah doctor suh sekalikan wad derang walaupun pada mulanya nurse kata tak boleh sebab sakit tak sama..bila dah dapat single room, kitorang combine katil derang so jadi queen size, alhamdulillah Allah permudahkan. Asal aku masuk bilik air je adik sure nangis panggil aku walaupun bilik air dalam tu juga...suara derang nie memang paling top la kat situ..nurse pun dah kenal, sebab adik memang paling mencabar,kena 3 orang nurse pegang dia, sampai bedung badan dia sebab dia tak bagi tangannya dicucuk jarum..derang kata nampak je kecik, tapi kuat. Aku jawab, "susu badan..." Nurse angguk-angguk dan ulang apa aku cakap. Doctor setiap kali jumpa adik dia cakap, "Ini cili padi" ehe...bayangkanla camna aku sorang nak pegang dia bagi makan ubat, memang macam wrestling.

Syukurlah walaupun hubby tak dapat temankan disebabkan terpaksa keja (takde orang nak ganti) akhawat ada teman dan abang aku yang duk Sg. Siput dua tiga kali datang. Abi dapat stay sehari je. Jazakumullah, hanya Allah yang dapat membalas..tak terhingga kepada akhawat yang concern..yang sudi ziarah dan doa-doa yang dipohonkan, saat aku menaip nie pun aku tak dapat tahan sebak aku...sambil ku tengok anak-anak aku yang dah ketiduran...benarlah anak-anak ini salah satu dari ujian Allah swt.

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar" (8:28)


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barangsiapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi" (63:9)


Aku tahu semua nie ada hikmah disebaliknya, dan sebagai kaffarah dosa aku yang seringkali lalai dan alpa, kebelakangan nie aku banyak menghabiskan masa dengan urusan keduniaan, sedangkan bekal akhirat aku tak seberapa...

Kesian kat anak-anak aku yang susut time sakit aritu. Kini, insya Allah mengambil masa untuk pulih kembali. Alhamdulillah sejak kuar wad, derang berselera makan dan minum, aktif semula. Dan satu yang aku dapat dari peristiwa nie, sememangnya anak-anak mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri. Baru aku terperasan kepekaan bapa terhadap anaknya yang jauh.

Gambar-gambar kat sini sumernya baru upload. Alhamdulilah dapat hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke-4..walaupun lambat lagi (26hb) tapi dah terkantoi sebab aku duk tanya pasal digital camera je, pastu nak bawak derang nie ke Taman Ular dan Reptilia kat Kangar, Perlis. Jadi dapat awal la hadiah. Jazakallah to my beloved zauj. Tak sangka orang nak bagi buat hadiah rupanya....

Baru baik

Muka-muka ceria setelah 4 hari bermalam di wadstyle abg senyum dr dulu tak berubah
adik sengih
kat masjid negeri di alor star

Friday, November 16, 2007

Abang dah 3 tahun

Semalam abi beli kek untuk birthday Iemaan yang ke 3 thn pada 11hb Nov lepas. Terlewat beberapa hari. Beli kat Fatimah Bakery kat Gurun. Abi dan aku sendiri memang suka makan kek kat situ sebab kedai muslim dan keknya sedap lak tu.

Sayangnya takde hp camera nak tangkap gambar. Hp Samsung abah aku dah rosak jadi tak dpt nak upload kat sini. Abang Iemaan terpinga2 tengok kek tu, ada kolam dan patung bear dan rabbit. Abang amik satu, adik amik satu dan makan! Sebelum tu suh abang baca doa tapi dia tadah tangan tau la...dan ku doakan dia jadi anak yang soleh dan hamba Allah yang bertaqwa dan sayangkan umat satu hari nanti.

Pastu malam tu ada satu ayat baru Iemaan baru belajar. Masa tu aku sound 'Iffah sebab dia takmo dengar cakap aku. Aku kata kat adik, "Tak baik degil..." Pastu abang menyampuk, "Degil nanti masuk neraka...neraka panas, gelap..." Pastu abi yang ada kat situ terkejut sat dan tanya, "Ummi ajar dia ke?" "Neraka tu ajar tapi ayat tu dia buat sendiri.." Sebelum ni dia dengar je kalau aku cakap tapi kali nie dia sebut sendiri dan olah ayat sendiri.

Pastu aku tanya kat dia, "Dalam api neraka ada apa lagi?" "Ular ada tak?"
Pastu Iemaan kata, "Ada ular...ada kambing...ada monkey..." Aku dengan abi apalagi, gelak la...

Yang pasti versi pelatnya ada lagi...

Tuesday, October 30, 2007

Forex dan nasihat untuk gadis ini

Sekarang nie aku tengah tengok youtube pasal forex. Macam pelaburan internet. Walaupun isu ni dah basi tapi aku saje buh sebab adik aku dah berjinak-jinak dengan forex. Silalah tengok best apa.

Lagi satu artikel terbaru dalam website Uzar pasal Gadis hampir terlanjur minta nasihat. Bagus betul untuk anak-anak muda sekarang yang dah tak rasa takut tentang hal-hal macam nie walaupun depa kata tahu salah dan ada kesedaran nak bertaubat. Sama-sama kita muhasabah diri kita. Allahkan Maha Pengampun. Macam bait-bait nyanyian The Zikr di bawah...

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terhiritlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukur ku hanyalah setitis nikmatMu di bumi
Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Insya Allah nak upload nasheed yang best2 untuk santapan telinga semua.

Artikel lain yang disaran amoi di dalam website Uzar:


Syahwat dan Gejala Onani: Bakal Menghancur Umat Islam

Saya, kisah benar dan motivasi diri

Tuesday, October 23, 2007

Salam Syawal

ramai2 kat umah Ateh gambar ihsan adik

Alhamdulillah selamat tiba di Jitra malam Ahad yang lalu. Banyak kali gak la berenti kat Petronas sebab suami ku mengantuk. Kita nak drive lesen takde. Maklumlah time raya nie speed trap dan sekatan jalan raya. Aku lak bawak keta cam pelesit. Maklumlah tak abih belajar lesen lagi, bawak ikut dan je. Tapi aku memang kena bawak laju sebab bawak anak2..nanti bawak slow lambat sampai. Oleh kerana si kecik nie masih lagi EBM, jadi memang menjadi kebiasaan dia bole demand bila je dia nak. Kalau time memandu tu dia nak susu, ha nak tak nak kena bagi kalau tak suara dia satu keta amatlah membingitkan. Sejak dia dilahirkan nurse pun dah boleh detect suara dia nyaring time nangis.

Sebenarnya dah beberapa hari aku melengah2kan update blog. Dah perenggan atas aku kiv dulu. Biasalah orang ada anak nie camtu la. Lagipun memang takde mood langsung nak update blog tapi baca blog orang memang best :) Cuma mana yang sempat aku teringat time nie aku citer sket2...nie pun hero dan heroin nie keliling nie..maklumlah abinya keja malam.

abang, atuk dan adik
Raya tahun nie first time rasanya aku celebrate kat bandar iaitu di rumah mak aku di Sg. Buloh. Eh tapi dulu aku penah beraya kat Kl waktu pantang pas bersalinkan si abang. Tapi ada kelainan tahun nie sebab raya di rumah mak..sebelum nie rumah arwah nenek kat Pekan, Pahang dan mak mertua kat Pekan gak. Rasa lengang je jalan raya dan rasa tetap best sebab dapat berkumpul dengan adik beradik aku. Sebelum nie berkumpul dengan adik beradik ipar je...rasa cam dah besar dah family aku nie...yerla aku dah ada 2 orang anak, abang dan adik lelaki aku dah ada sorang...riuh umah mak aku...abah aku kata macam arwah nenek aku dulu rumahnya riuh dengan cucu2...tu baru cucu 4, lum 40! kata abah ku laa...

Tapi raya ke 3 aku dah ke umah mak mertua..aku dan sume family termasuk mak ayah dan adik beradik beserta ipar dan anak saudara konvoi ramai2...mak ayah aku gi Pahang sebab nak ziarah kubur arwah nenek dan atuk aku serta adik beradik ayah aku..dulu time aku kecik2 tiap2 tahun takde tempat lain kami balik melainkan kat kg ayah aku kat Pekan. Sebab belah mak aku kat Klate dah takde sapa2 dah...

Yang paling mengharukan tahun nie ialah pertemuan semula antara mak ayah kandung ku dengan mak ayah angkat ku...selama 16 tahun tak bertemu atas sedikit konflik yang berlaku akhirnya Allah temukan mereka semula..tapi sayangnya terlepas untuk merakamkan adegan yang menyayat hati itu..bila ayah (ayah angkat) nampak je abah masuk ke rumahnya terus dia peluk abah sambil bertakbir dan macam2 kalimah yang kuar sebab terharu dapat jumpa abah aku. Sedih sangat time tu..Sebelum nie just aku dan abang aku yang jenguk ayah bila ada waktu terluang. Aku sendiri tak sangka abah aku nak pegi umah ayah. Memang miracle betul, sebab abang aku ajak tak bersungguhpun. Aku lagila time tu memang dah tahu dah abah aku takmo gi nyer...nanti dia suh kami adik beradik jer yang pegi...tapi itulah kuasa Allah mengatasi segala2nya..tiba2 abah aku tergerak nak ikut kami...masa tu aku berdebar2 gak takut abah tak jadi ikut ke tapi selamat jugak abah menjejakkan kaki ke rumah baru ayah di Rinching.

Panjang nak citer kisah nie. Takpela kalau takde sapa pahampun. Cuma aku rasa bersyukur sangat2 abah aku dapat jumpa ayah yang dah uzur tu..abah aku pun bergenang mata dia aku tengok..bayangkan 16 tahun tak jumpa, hari tu punyala banyak citer ayah kat abah aku...yang mak (mak angkat) dengan mami aku duk citer gak...dan yg memang best hari tu sume ahli keluarga aku ada..dapat ayah jumpa sumer...allahu akbar..kekuasaan Allah membolak balik kan hati manusia, boleh relate seperti dalam FirmanNya;

dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfaqkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana (8:63)


Sekian saja catatan hari ini..tak larat nak taip panjang2 sebab nak uruskan si abang dan si adik.Eid Mubarak buat semua..taqabballah minna wa minkum ^__^

Sunday, October 07, 2007

Balik kampung!

Insya allah jika tiada aral malam nie aku dan anak2 serta driver yang diterbangkan khas dari Selangor (naik bas jer) akan berangkat ke KL. Minta doa semua agar perjalanan dipermudahkan ALlah dan selamat.

Kebelakangan nie aku begitu kemaruk dengan Uzar@Ustaz Hj. Zaharuddin bin Hj. Abdul Rahman. Sejak tengok pengisiannya dalam You Tube, aku begitu kagum akan kehebatan beliau. TEngok je dekat profile beliau hati begitu teramatlah kagum. Berguru dengan Prof. Dr. Syeikh Dr Yusoff Al-Qaradawi, Dr Abd Sattar Abu Ghuddah dan Dr Ahmed Mohiedin Ahmed (Kedua-duanya merupakan Ahli Majma’ Fiqh Dunia), Syeikh Atiyyah Saqar dan Mufti Mesir Syeikh Dr. Ali Jumaat. Subhanallah hebat bukan :) Mudah2an aku dapat mencontohi beliau. Dan yang paling aku tersentuh beliau sanggup bertukar profesion yang memperolehi gaji 5 angka turun kepada 4 angka kerana mahu memperluaskan dakwahnya terhadap masyarakat Islam Malaysia khususnya. Lagi di sini.

Dikesempatan ini aku nak mohon maaf atas segala keterlanjuran dan sebarang yang tak sepatutnya aku lakukan terhadap semua sahabat di mana saja berada. Sebarang hak yang terambil oleh ku minta dihalalkan. Insya Allah berjumpa dalam episod Syawal pula yer..Doakan amal2 kita yang tak seberapa ini diterima Allah.

Wednesday, October 03, 2007

Another tag

Terpanggil nak buat tag sebab tak penah buat. Dapat dari blog sahabat tersayang yang jauh, Rin. Dulu tak paham apa kejadah tag nie, ehe...Mari kita lihat sapa yang kena....

5 things in my bag
1. Diapers Iemaan dan 'Iffah
2. At least sepasang baju Iemaan dan 'Iffah
3. Beg duit
4. Handphone
5. Al-Quran terjemahan

5 things that are in my wallet
1. IC
2. Kad-kad ING anak beranak
3. Duit sket
4. Pen drive
5. Kad nikah

5 favourite things in my bedroom
1. Kipas duduk
2. Tilam
3. Bantal
4. Almari pemberian mertua
5. Penyidai tuala yang nak roboh

5 things I wish to do
1. Ikhlas dan istiqamah dalam beramal
2. Haji ke Baitullah
3. Hadiahkan mami peti ais Raya ni
4. Setelkan lesen memandu (sekerat jalan)
5. Set up my own business

5 things that I am doing now
1. Update blog
2. Menyusukan 'Iffah yang tak lena tido nie...
3. Setelkan tilawah
4. Nak sms mami tanya "Hadiah apa budak2 nie (adik-beradik) bagi kat mami? (Kami share duit beli hadiah)
5. Update program ilmiah dengan kawan-kawan

5 people I would like to tag
1. Shimah
2. Aida
3. Aini
4. Kak Najah
5. Orang yang sedang baca blog nie...

:)

Ramadhan: diskaun hebat!

IKLAN: Supermarket RAMADHAN akan mengadakan jualan runtuh bermula 20 hingga 30 Ramadhan. Diskaun hebat sehingga 100% pengampunan dosa. Anda juga berpeluang menikmati hadiah istimewa berupa doa dikabulkan dan lailatul qadar. Rebutlah peluang ini yang datang setahun sekali. Ajak orang di sekitar anda untuk ber'shopping' bersama.

Jumpa anda di sana...

*Menarik tentang Lailatul qadr di Us. Zaharuddin.net

Friday, September 28, 2007

Promosi Hari Raya keluarga En. M

Promosi Hari Raya sudah bermula,
siapa yang paling awal pulang beraya di rumah En. M dan Pn. Y akan memenangi penginapan percuma sebuah master bedroom selama beberapa lama yang disukai.

Pemenangnya ialah Pn. Amoi dan anak-anak kerana paling awal pulang iaitu 8hb Oktober 2007.

* Bertuah, tapi yang tak best abinya tak dapat balik dulu, maklumla terikat dengan keja. Mak siap antarkan adik suh datang sini untuk teman aku balik Sg. Buloh nanti.

Lagi satu nak siapkan tempahan kek coklat dari sorang kawan opis lama. Mak dah pencen buat jadi aku amik alih. ALhamdulillah, dapat duit raya dah :P

Abang aku lak sedang bertungkus lumus menjual serunding bilis, RM6 untuk 200g. Sok dia nak pos ke sini untuk adik dia nie pulak buat promosi. Walaupun macam dah suntuk je masa tapi belum cuba belum tahu.

Seronok bisnes makanan nie. Lagi satu menjadikan kita kreatif, dapat apply bagi seorang daie.

Tuesday, September 25, 2007

Cuai?


Tak tahulah napa sejak kebelakangan ni malas benar nak update blog sendiri. Baca blog orang lain rajinla. Mungkin sebab takde topik yang best nak diceritakan. Sekarang nie bila online je mesti carik berita pasal al marhumah Nurin. Rasanya satu Malaysia pun duk sibuk search perkara yang sama di internet. Blog kengkawan pun bercerita hal yang sama. Tak tahulah manusia sekarang dah tak de kewarasan dalam bertindak. Apalagi apabila luruhnya iman untuk dijadikan benteng dari melakukan kemungkaran. Nauzubillah...

Teringat beberapa bulan lepas Iemaan hilang kat pasar malam kat area Taman Mahsuri. Punyalah cuak aku walaupun kehilangannya dalam 15 minit. Syukurlah ada sepasang suami isteri yang prihatin tolong jaga dia waktu aku tengah dok carik dia. Masa tu memang diri sendiri yang cuai walaupun sebenarnya tak sengaja. Asalnya tukar dengan abinya, aku pegang tangan Iemaan dan abi dukung 'Iffah tapi tah camna aku berperasaan Iemaan ada kat depan abi. Skali dah jauh jalan, sampai kat tempat orang jual ikan Iemaan still tak bersuara. Sebab selalu if Iemaan nampak lecak atau air bertakung kat jalan nanti dia akan merungut sebab geli nak lalu. Tapi aku pelik apsal senyap je dia. Pusing tengok takde! Time tu apalagi patah balik ke tempat saat kami bertukar jaga budak. Masa tu terus wonder, agaknya macamanala orang yang hilang anak lebih dari 24 jam? Tengok Iemaan tengah nangis-nangis sambil kepala dia duk carik kami. Alhamdulillah syukurla dan terima kasih pada pasangan suami isteri yang tolong jaga Iemaan. If takde sapa masa tu tak tahulah apa jadi kat dia. Masa tu sampai kat umahpun aku duk sebut je pasal kehilangan dia kat pasar malam. Macam mimpi ngeri di siang hari.

*Al-Fatihah buat Nurin.

Tuesday, September 18, 2007

Target Ramadhan

Lupa nak share sesama, apa target Ramadhan korang sumer tahun nie er? Macam aku selain dari nak katam quran aku jugak nak setelkan juz amma. Sepatutnya juz amma dah patut hafal bagi seorang daie kan...

Untuk memudahkan kita dapat mencapai target atau azam kita Ramadhan kali nie, kita buatlah dalam bentuk kalendar untuk sebulan nie. If nak khatam quran kita bahagikan siap-siap dan tolak bagi yang uzur tu..jadi dalam sehari kita dah set kena abihkan bapa juz. Amal-amal lain pun bole letak kat kalendar tu macam nak kurangkan marah bapa persen, nak sedekah seminggu at least bapa kali dan sebagainya. Jadi bila kita dapat melaksanakannya untuk hari tersebut, kita tick right kat situ. Habis Ramadhan nanti kita bole buat post mortem bapa persen tercapai. So the next Ramadhan kita boleh improve lagi, Insya Allah. Itupun jika Allah izinkan kita bertemu dengan Ramadhan lagi sekali.

Template baru la

Lupa nak inform blog ku sudah berwajah baru...template design dari caz. Kali nie tak mo letak macam-macam sangat dalam blog. Sesuai dengan peningkatan umur ;) tag board pun tak letak. Sebenarnya suka template nie sebab sejuk mata memandang walaupun purple takde la minat sangat walaupun minat sket2...

Semalam dan kelmarin

[1] Baca utusan online tadi dan tertarik dengan satu artikel agama bertajuk Urus rumah tangga juga ibadat. Memang setakat nie tak dapat lagi pergi jemaah tarawih di surau berhampiran. Walaupun diketahui solat tarawih berjemaah hanya dilakukan pada zaman Khalifah Umar dan di sepanjang hayat Rasulullah saw hanya 3 kali Rasulullah melakukannya secara berjemaah. Tapi tentulah berjemaah itu mendapat lebih keberkatan kerana dilakukan di bawah pimpinan imam yang lebih expert. Cuma skang nie takde peluang umminya nak berjemaah di surau yang baru didirikan. Pulak tu imamnya seorang hafiz. Kelmarin bawa anak-anak iftar di masjid agak kelam kabut juga sebab Iemaan buat perangai. Selain melepuk-lepuk adik-adik ipt yang berbuka dia juga turut menumpahkan air dan membuat bising. Bagi yang faham takpela tapi bagi yang tak faham sudah tentu akan sound seperti yang pernah berlaku di satu masjid di sini dulu. Tapi aku teringat zaman Baginda dulu cucu-cucu Rasulullah biasa memanjat belakang badan Rasulullah sewaktu Baginda mengimamkan solat berjemaah, dan kadangkala Baginda sujud begitu lama untuk membolehkan cucunya bermain seketika. Jika tak dilatih budak-budak ke surau dan masjid dari sekarang jadi bila lagi mereka akan membiasakan diri ye tak? Especially solat berjemaah Subuh.

[2] Skang dalam proses nak bawa Iemaan ke taska cuma tadi masa chat dengan nenek, dia kata terlalu awal, nanti boring lak si abang. Hmm betul gak tapi dengan gelagat Iemaan sejak akhir2 nie yang agresif dan aktif luar biasa menyebabkan aku dan suami terpikir yang dia nak berkawan-kawan kat skolah. Hari tu dah survey satu tempat CIC namanya. Memang bagus tapi yuran agak mahal. Si abang sampai menangis takmo balik. CIC nie banyak penekanan dalam Bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu dan Islam. Selain itu ia bagus kerana turut mengajar solat, doa harian dan iqra. Satu lagi tempat yang baru disuggest ialah taska kelolaan Isma. Ini gerenti guru-gurunya ada fikrah dan penekanan pertama ialah Quran dan bahasa Melayu sebelum Bahasa Inggeris. Tapi tak pegi lagi tengok tempat tu. Agak jauh dari rumah.

[3] Oh ya, hasrat nak buat muffin coklat terbantut sejak kelmarin gara-gara telur tak cukup. Nak keluar Kedah skang musim hujan. Hari-hari hujan, alhamdulillah mujur sini tak banjir. Bahan-bahan dah tersedia sampaikan telur yang ada dah busuk sebab tak masuk peti ais. Bukan apa, tak sure nanti membantatkan muffin tu atau tak jika dimasukkan dalam peti ais?

Sunday, September 16, 2007

Kau

Dulu,
Kau selalu menundukkan pandanganmu
Matamu sentiasa kau jaga dari memandang kepada yang haram
Apabila kawan kau menghidangkan gambar-gambar porno di internet
Kau istighfar dan kuatkan iman
malah kau tegur kawan mu itu
"Ingatlah sahabat, Allah Maha Melihat, takutlah kau pada ALlah."

TV ko tolak ke tepi,
Mc D's, dan KFC sanggup ko tak jamah
Nestle ko tak makan
Coca-cola jauh sekali
Kau support Palestine dengan memboikot barang-barang tersebut
Syabas ku ucapkan
Sedangkan dulu itulah makanan kegemaran kau

Dulu,
Telinga mu selalu kau dengarkan alunan Al-Quran
Nasheed yang cinta islami kau tak rela mendengarkan
Apa yang kau tahu there is no couple in Islam
Kau hanya menyanyi lagu yang memuji kepada Allah dan Rasul
Kau menghijab diri mu dari bergaul bebas dengan kenalan lelaki
Kau takut azab Allah itu amat pedih

Dulu,
Lidah mu sentiasa suci dengan kalamullah
Istighfar dan mathurat kau jadikan amalan
Target amal harian kau amat baik sekali
Seminggu sekali 3 ke 4 juz kau mampu habiskan

Dulu,
Kau rajin mengajak kawan mu solat berjemaah
Kau kuat menegur kawan mu dari bermaksiat kepada Allah
Kau takut nanti di akhirat kau dan kawan-kawan mu saling berbantah-bantah
Kerna kau tak mahu kawan mu itu menjadi penghalang untuk kau ke syurga
Kau tak jemu-jemu mengingatkan solat di awal waktu kepada teman mu
Marilah kawan, ikut aku...tinggalkan lah kenikmatan dunia yang fana ini,
kata mu pada dia sambil berlinangan air mata mu

Dulu,
Kau lah muslimah sejati, mukminah hakiki,
Syahid cita-cita mu
Dari memuja artis kau memuja Nabi
Dari membaca majalah hiburan kau membaca sejarah Islam
Dari menyanyi lagu Korea yang kau tak faham sepatah haram
Kau menyanyi nasheed Arab Thoyyibah
Dari Linkin Park kau minat ke The Zikr
Kau tinggalkan dunia IRC kau yang penuh kepura-puraan
Kau tinggalkan gath sana gath sini
Sedangkan di saat itu kau di ambang kemasyhuran
Semuanya kau lakukan demi redha Allah
Allahu Akbar! Nikmatnya kemanisan imaan

Kini,
Kau masih istiqomah dan tegar
Walaupun kau lihat kawan-kawan internet mu masih seperti dulu
Kau sedih, kau jejaki mereka...
Mereka masih dengan kelalaian
Mereka masih seperti dulu...
Ya Allah, selamatkan kawan-kawan ku
Bukankah mereka pernah suka dan duka bersama ku?
Apa peranan ku?
Membiarkan dan terus meninggalkan mereka tanpa berbuat sesuatu???

Kau bertanya pada diri mu apa kekuatan yang kau ada?
Apa tanggungjawab mu sebagai daieyah?
Bukankah amar makruf nahi mungkar tanggungjawab mu?
Kau perlu lakukan sesuatu...
Kau tidak mahu hanya kau saja yang memperolehi kebaikan
Kau mahu berkongsi dengan mereka
Kau menyayangi mereka seperti kau menyayangi akhawatmu

Biarlah nanti mereka memutuskan persahabatan dengan mu
Hanya kerana semata-mata kau menegur mereka
Kau tetap akan lakukannya walau seberat mana
Jangan berprasangka lagi!
Bukankah sebahagian prasangka itu dosa..

Yakinilah kau mampu melakukannya!

Friday, September 14, 2007

Salam Ramadhan Kareem

Salam rindu buat sahabat seiman yang dikasihi kerana Allah, maafkan serta halalkan segala khilafan diri ini sempena ramadhan yang mulia, semoga ramadhan kali ini dapat mendidik diri dan menundukkan nafsu kita dalam menggapai cintaNya.

Salam shahrul mubarak buat semua di sana...

Wednesday, September 12, 2007

Kita ummat terbaik

Apa perasaan anda sekiranya orang yang anda sangkakan baik atau 'perfect' di mata anda, tiba-tiba melakukan perkara di luar jangkaan? Aku rasa perkara seperti ni biasa berlaku dalam masyarakat kita. Selalunya dalam bersahabat la kan? Aku pernah mengalaminya dulu sejak sekolah rendah lagi. Tapi itu zaman budak-budak. Bukan nak highlight sesapa dalam hal nie juz nak share tentang bagaimana kita hendak berhadapan situasi begini. Yang kita perlu buang dalam pemikiran kita ialah daripada menganggap dia perfect kepada biasa-biasa saja. Kerana dia juga manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Cuma apa yang menyebabkan sesetengah dari kita sukar menerimanya ialah bentuk kesalahan yang dilakukan. Mungkin si A nie pada kita seorang yang alim yang selalu menasihati kita dan menegur kita. Selama kita berkawan dengan dia, tak pernah kita nampak dia buat perkara yang tidak manis dipandang. Satu hari kita ternampak dia berdua-dua dengan seorang yang bukan mahramnya, berpegangan tangan pula tu? So apa yang kita akan buat di waktu itu? Marah dia selepas itu? Mendiamkan diri tanda protes? Atau bertanya dengan sapa dia di waktu itu? Mata kita sendiri melihatnya, seolah-olah tidak memerlukan penjelasan kerana mata menceritakan segala-galanya, kata orangla.

Waktu itu kita tidak lagi mempercayai dia seratus-peratus dan persepsi kita terhadapnya sudah berubah. Kita merasakan kita tertipu dengan tingkah lakunya sebelum ini. Hanya kerana satu kesilapan yang dia telah lakukan. Atau mungkin kita belum kenal siapa dia sebenarnya. Aku rasa perkara nie mungkin perlukan penelitian yang mendalam, sebelum menilai seseorang itu. Sama seperti diri kita sendiri, dulu mungkin kita tidak seperti sekarang. Kita akan berubah mengikut dengan sapa kita berkawan, environment disekeliling kita. Masa akan terus berjalan dan teknologi akan terus maju ke hadapan. Dengan kita kita sekalipun akan turut merasai dan mengikuti gelombangnya. Kerana itulah Rasulullah saw bersabda bahawa sesiapa yg berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah, dia tidak akan sesat selama-lamanya. Jadi sejauh mana kita mempraktikkannya akan menyelamatkan diri kita.

Menda-menda macam ni nampak je remeh bagi kita tetapi sebenarnya membawa impak yg besar. Contohnya jika seseorang itu ketagih merokok, sudah pasti dia mengalami kesukaran untuk membuang habit itu walaupun dia sendiri tahu merokok itu haram. Setiap hal yang membawa kepada kemusnahan diri adalah haram. Contoh yang lain jika seseorang itu ketagihan pornografi. Tentu tidak ada sesiapa pun yang dapat menyekat ketagihannya itu melainkan jika dia merasa ALlah itu maha melihat apa yg dia kerjakan. Kita disuruh menyuruh yang makruf dan mencegah pada yang mungkar tetapi pelaksanaannya sudah tentulah diri kita sendiri. Jangan pula kita hanya menyuruh orang berbuat kebaikan tetapi kita pula sebaliknya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (61:1-2)

Walaupun begitu bukan bermakna kita lepas tangan kerana kita disuruh untuk saling nasihat menasihati kepada kebaikan, kebenaran dan kesabaran seperti dalam surah Al-Asr. Cuma yang paling selalu kita dengar orang selalu berkata, "Aku tak layak lagi nak berdakwah, banyak yang kurang, tak mampu..." dan sebagainya. Takkan kita nak tunggu ilmu penuh di dada baru nak menasihati orang? Sampai kiamatpun ilmu Allah itu tidak akan habis. (18:109)

Bukankah kita ini umat terbaik yang diciptakan Allah, kerana kita disuruh untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran (3:110) Jadi tugas berdakwah bukan hanya terletak di bahu ustaz, ustazah semata-mata tetapi tanggungjawab setiap hamba Allah yang berada di muka bumi ini.

Jadi berbalik kepada isu di atas, janganlah hanya kerana seseorang itu yang kita nampak pada pandangan kita baik seperti malaikat tetapi hanya kerana satu kesilapan yang dia lakukan kita terus sisihkan dia dan berprasangka yang bukan-bukan terhadapnya. Dia juga manusia biasa. Sedangkan Nabi Yusuf a.s pun jika tidak mendapat teguran dari Allah sudah pasti melakukan zina. (12:24) Wallahu'alam

Monday, September 10, 2007

i'm back



Bunyi macam apa je..tp itulah kenyataannya..alhamdulillah akhirnya aku dapat online dari kediaman sendiri...teratak amoi sdn bhd. :)

Baru je pasang streamyx ptg semalam...so tak perlu ke CC lagi dengan membawa anak2 nie...sampai tokey cc tu pelik je..buat apa la mak orang nie asik dok cc je...tp tokeynya pun dah bekeluarga...anak2 mekapun dah kenal dengan anak2 aku...

insya Allah pas nie akan aktif semula memblog...dengan matlamat yang insya allah masih sama sejak kenal blog....

doakan :)

 
design by Free Blogger Designs