Monday, March 10, 2008

Tamparan hebat

Sejak berita keputusan PRU yang disiarkan semalam dan kelmarin, ada sorakan besar yang mengiringi setiap kejutan yang diberitakan beserta dengan senyuman sinis. Ternyata keputusan PRU kali ini benar-benar menguji 'kesabaran' di pihak BN dan menguji kredibiliti BA selepas ini. Sama-sama kita nantikan apakah bentuk perubahan yang dijanji-janjikan sebelum ini serta tindakan yang bakal diambil oleh kedua-dua belah pihak.

Nurul Izzah?
Semalam sewaktu berhenti sebentar di RnR Tapah, aku disapa oleh seorang gadis yang ku jangka dalam usia belasan tahun. Waktu itu aku tengah beratur beli makanan sementara anak-anak dengan abi. "Puan Nurul Izzah?" Dia bertanya dengan wajah yang ceria. "Bukan," jawab ku. Dengan secepat kilat dia terus beredar, mungkin kerana malu akibat tersalah orang. Terkejut juga walaupun bukan pertama kali orang menyangka aku Nurul Izzah cuma first time disapa secara berdepan. Sebelum ni ada juga kenalan perempuan yang berkata sedemikian, sampaikan gambar perkahwinan Nurul Izzah disangkanya gambar perkahwinan ku. Tak tahu tang mana yang ada iras. Mungkin sekali pandang, dua kali pandang tentulah muka aku cam muka mak aku kan. :) Rasa-rasanya bentuk tudung yang aku pakai pun memang berbeza dengan Nurul Izzah. Mungkin adik tu excited agaknya. Maafkan akak yer dik kerana menghampakan adik. Yang pasti kemenangan Nurul Izzah menewaskan Shahrizat memang diluar jangkaan especially di kawasan bertanding tersebut.


Masa untuk berubah
Keputusan kali ini juga mencipta sejarah pilihan raya negara kerana BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga seperti kebiasaan sebelum ini. Tertarik dengan salah satu tajuk berita di Utusan.com.my mengenai BN harus muhasabah diri.


Keputusan kali ni gak telah menunjukkan BN mencatatkan rekod kehilangan kerusi di Dewan Undangan Negeri paling banyak kepada parti pembangkang termasuk kerusi-kerusi utama. Tak sangka Datuk Seri S. Samy Vellupun tewas.

Dalam suara Malaysiakini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak langsung mengakui bahawa Umno telah kehilangan kepercayaan rakyat.

Ini berdasarkan kenyataannya yang berbunyi: "Kita akan terus berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat".

Turut memberi komentar iaitu Dr. M yang meminta PM meletakkan jawatan. Baca di sini

 
design by Free Blogger Designs