Tuesday, February 26, 2008

Seimbang ke?

Bisnes online

Sejak aku melibatkan diri dalam kelas online membina laman web untuk bisnes, tak dinafikan masa banyak habis kat situ jer..bab buat banner lagila, berejam-jam...maklumlah takde basic, pakai redah jer..mana yang dah reti tu buat sket-sket. Syukurlah belajar kat portalniaga nie sentiasa berterusan walaupun kita dah berjaya siapkan web tu. Yurannya hanya RM25 selama selagi kita memerlukan mereka. Apabila dah berjaya dapat 5 bintang berdasarkan prestasi, kita akan diberi sub domain percuma. Tapi sudah tentu sapa-sapa yang nak mengukuhkan lagi bisnes online, mereka akan dapatkan domain sendiri. Itu sudah pasti kena bayar. Alhamdulilah aku dah dapat sub domainnya tapi tak bersedia lagi nak gitau kat sini. Insya Allah bila dah ok nanti aku akan iklankan. Kadang-kadang risau juga ralik dengan menda-menda gini sampai mutaba'ah tah kemana. Nauzubillah. Janganlah aku disibukkan dengan dunia melebihi sibuknya aku dengan urusan akhirat.

Nak pegang duit sendiri?

Semoga apa yang aku buat nie ikhlas semata-mata kerana Allah dan mendapat keberkahanNya, dan sebagai salah satu platform dakwah, bukan kerana semata-mata nak duit. Kalau ikutkan aku rasa dah memadai dah dengan pendapatan suami. Walaupun banyak yang mempertikaikan zaman sekarang nie isteri kena ada pendapatan sendiri dengan alasan macam-macam termasuklah mempertikaikan jika apa-apa jadi pada suami apa akan terjadi pada isteri dan anak-anak. Ya sebahagiannya adalah benar tapi yang kena diberi penekanan pendidikan rumahtangga dan anak-anak kerana itulah tugas utama yang diperintahkan kepada wanita Islam.

"Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana ALlah telah menjaga (mereka)" (4: 34)


Tapi sekarang nie memang ramai yang dah menokok tambah dengan alasan mahukan kepuasan, mahu kuasa berbelanja, mahu berdikari sehingga peranan dan tugas mereka hampir-hampir sama seperti lelaki. Ada juga yang memang jenis tak suka duduk rumah dan pening dengan kerenah anak-anak. Anak-anak diserahkan kepada pembantu rumah untuk uruskan sehingga nak tidurpun anak-anak tak mahu tidur dengan ibubapa tetapi tidur dengan pembantu rumah. Seorang ibu itu tidak sedar perkembangan anaknya, kadang-kadang dah lama baru pasan anaknya dah tumbuh gigi. Bagi anak yang dah dewasa tak tahu anaknya berkawan dengan siapa, apabila anaknya nak menceritakan tentang problem di sekolah, mak nya tak balik rumah lagi atau dah tidur kepenatan. Belum lagi kalau kena pergi kursus berhari-hari. Bila balik dari kursus, anakpun dah tak serasi dengan ibunya sendiri. Tidak mustahillah di dalam berita suatu ketika dulu di Singapura kaum wanitanya lambat kahwin dan tidak berkahwin kerana mereka terlalu berdikari sehingga 'menakutkan' kaum lelaki untuk mengahwini mereka. Itu adalah sebahagian kisah benar.

Memang ada yang memberi alasan membantu suami dan tidak cukup dengan pendapatan suami lebih-lebih lagi mereka yang hidup di bandar. Itu memang wajar tetapi sejauhmana tuntutan kerja dan masa di tempat kerja itu perlu difikirkan kerana yang dikhuatiri pengabaian anak-anak itu sendiri. Jalan alternatif terbuka luas seperti yang diaplikasikan oleh golongan ibu yang bekerja di rumah. Di rumah, masa lebih fleksibel terhadap rumahtangga dan anak-anak. Duit boleh dicari tetapi kasih-sayang tidak boleh dijual beli. Masa perkembangan anak-anak berlaku sekali seumur hidup. Tidak rugikah kita terlepas saat-saat yang membahagiakan bersama-sama anak-anak dibandingkan dengan gaji yang cukup waktu akan habis jua? Ini sekadar luahan peribadi, terpulang kepada individu kerana masing-masing mempunyai keupayaan membezakan kebaikan dan keburukan. Perkara ini bukan semua orang faham apalagi yang tak ikut tarbiyah.

Tapi masih ada ibu-ibu yang bekerja tapi dapat memberi perhatian yang sebaiknya terhadap anak mereka dan sedar tanggungjawab sebenar mereka. Sudah tentu persekitaran kerja itu sendiri banyak yang khilaf...percampuran lelaki dan perempuan, gosip tempat keja, fitnah dan sebagainya. Itulah jadinya apabila 'negara Islam' tidak didirikan, sekadar terkenal dengan majoriti penduduknya yang beragama Islam sahaja. Sama macam Festival Fesyen Islam Kl-Jakarta (IFF 2007) yang patut dimuntahkan. Bunyi Islam tu macam gah tapi isinya tah hapa hapa. Bercampur aduk hak dan batil. Secara tak langsung masyarakat Islam yang jahil tentang Islam mengangguk angguk tanda betul dan bijaksana tindakan mereka itu.

Seimbang ke?



Tertarik dengan pendekatan matematik yang diaplikasikan oleh seorang akhwat. Betapa kita dengan tak logiknya mengatakan kita seimbang antara dunia dan akhirat sedangkan kalau dihitung jumlah kita berbuat amar makruf nahi mungkarpun berapa persen agaknya ya. Kita sendiri tidak dapat memberi jaminan amalan kita itu sudah cukup disisi Allah ataupun tidak. Sudah tentu kita tidak seharusnya mempersoalkannya kerana itu urusan mutlak Allah. Urusan kita berlumba-lumba berbuat kebaikan, "fastabiqul khairat". Jadi kerana itu kitalah yang secara lojiknya juga kena melebihkan akhirat dari dunia. Dunia kita hidup pun paling 'koman' 60 ke 70 tahun, tetapi di akhirat kita akan hidup selama-lamanya. Sanggupkah kita nak tinggal di dalam siksaan selama-lamanya? Dunia sudah pasti dalam genggaman kita yang melihat tetapi alam akhirat? Siapa yang dapat memberi jaminan dia akan hidup esok hari?

Kaya bole tapi...

Berapa ramai manusia yang mendirikan rumah yang besar dan mewah seperti dia akan hidup selama-lamanya. Berhabis beribu-ribu dengan menggunakan istilah "Rumahku syurgaku" sedangkan rumah itu seperti lubang-lubang kubur kerana tidak dibacakan ayat-ayat Allah di dalamnya (maksud Hadith). Bukan bererti cukup dengan baca quran atau yang paling senang gantung sahaja ayat-ayat Al-Quran tetapi sejauh mana penghuni rumah itu menjalankan amanah yang diberi kepadanya, sejauh mana rumah itu dihidupkan dengan amal islami dan yang sewaktu dengannya. Nak kaya bukan tak boleh, kayalah macamanapun tapi bermewah tu yang dilarang. Dalam quran, orang-orang yang bermewah-mewah mendapat siksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih serta naungan asap hitam.

"Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu.

Mereka dalam siksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih,

dan naungan asap yang hitam,

tidak sejuk dan tidak menyenangkan.

Sesungguhnya mereka sebelum itu (dahulu) hidup bermewah-mewah," (Al-Waqi'ah : 41-45)


Kalau dalam sirah para sahabat, mereka yang kaya raya ramai antaranya Abdurrahman bin Auf dan menantu Rasulullah saw sendiri iaitu Uthman bin Affan tetapi kekayaan mereka itu mereka infakkan kepada Islam sehinggakan mereka mengenepikan kepentingan mereka sendiri. Kenapa Rasulullah saw prefer duduk dikalangan orang-orang miskin daripada kalangan orang-orang kaya sedangkan kita sekarang nie nak kawan dengan orang miskin takut tetapi bangga dapat kawan dengan orang kaya. Kalau kita lihat Rasulullah saw sendiri memang boleh hidup mewah tetapi Rasulullah tak nak. Kenapa Rasulullah menolak sewaktu diganjarkan dengan harta, pangkat dan wanita? Adakah dengan menerima semua itu Rasulullah saw dapat membina akidah para sahabat yang sangat-sangat mantap itu? Kalau diikutkan mereka yang baru menerima Islam, mereka cuma tahu beberapa ayat sahaja tapi iman mereka, subhanallah..cuba kita lihat bagaimana Bilal bin Rabah hanya mengimplemenkan 'Ahad' dengan penyeksaan yang sangat dahsyat. Berbeza dengan kita yang dah diberi Al-Quran yang lengkap dan sunnah Rasulullah saw tapi kualitinya 'hampas' sekali. Sama-sama kita renungkan.

Masuk syurga dengan rahmat Allah

"Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah saw sabdanya, "Tidak seorang pun diantara kamu, yang amalnya akan dapat menyelamatkannya." Tanya seorang laki-laki, "Amal Anda juga begitu, Ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Ya, aku juga. Tetapi Allah melindungi ku dengan rahmatNya. Kerana itu tambah giatlah kamu meluruskan amalmu!" (Hadith Muslim)

Kalau berdasarkan hadith ini terang-teranglah Nabi memberitahu kita amal kita ini masih tak akan cukup-cukup untuk melayakkan kita masuk ke syurga kalau bukan kerana rahmah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tetapi bukan beerti kita kena duduk diam dan tak buat apa-apa. Manusia lumrahnya begitulah, nak senang je dan suka ambil jalan mudah. Samala macam orang nak buat loan. Sanggup ambil konvensional dari Islamik loan dengan alasan Islamik loan mahal. Perumpamaanya seperti ayam bangkai (cth: A) dan ayam sembelih (cth: B) yang halal. Ayam A murah RM5 ringgit sekilo sedangkan ayam B RM20 sekilo. Manusia sanggup beli ayam A asalkan murah tanpa kisah ayam itu adalah bangkai. Yang halal dan berkat tak mahu semata-mata kerana mahal. Samalah macam loan itu tadi. Sedangkan loan konvensional itu adalah riba. Hukum riba adalah haram dan Allah telah mengistiharkan perang kepada orang yang mengambil riba.

Konvensional loan -vs- Islamik loan

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang beriman."

"Jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkanlah perang dari Allah dan RasulNya. Tetapi jika kamu bertaubat, maka kamu berhak atas pokok hartamu. Kamu tidak berbuat zalim (merugikan) dan tidak dizalimi (dirugikan)" (Al-Baqarah : 278-279)


Sanggupkah kita mempertaruhkan loan konvensional yang tak seberapa tu dengan Allah dan RasulNya? Kalau Allah dah terang-terangkan istihar perang, bagaimana nak masuk syurga Allah, bagaimana nak dapat syafaat Nabi? (Copy cat ayat Uzar)

Jadi marilah kita sama-sama muhasabah diri kita, dan beralihlah kepada Islamik banking. Dah banyak bank Islamik sekarang. Nak tahu list pergi kat web Uzar. Logiklah kalau Islamik bank tu mahal sedikit, baru nak bertatih di Malaysia ni. Kita kena lah bagi support yang sepenuhnya. Ni tidak, produk bumiputrapun kita tak pandang, kalau produk import laju je beli. Samalah macam fast food. Kita lebih nampak brand dari berkat. So lahirlah generasi yang liat sana liat sini.


"Apapun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada disisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal" (Asy-Syura: 36)


*Artikel yang disaran oleh Amoi Ida Wanita, Aurat, Kerjaya dan Suami Nusyuz

Hukum wanita kerjaya beserta keputusan Majlis Fiqh Sedunia

Pendapatan, Kerjaya, Akhirat & "Too Good To Be True"?

 
design by Free Blogger Designs