Monday, February 11, 2008

Edisi khas sempena Valentine's Day! "Inni akhafullah!" - Sesungguhnya aku takutkan Allah!

Say NO to Valentine's Day

Islam tidak melarang umatnya berkasih sayang malah mengharuskan dan Islam tidak sezalim sesetengah agama lain yang jika dilihat pengabdi kepada Tuhan mereka tidak boleh berkahwin dan membujang hingga ke akhir hayat. Sudah semestinya Allah yang Maha Agung dan Maha Bijaksana tidak akan menyuruh hamba-hambaNya melakukan sesuatu yang berlawanan dengan fitrah manusia itu sendiri, kerana Allah swt zat yang menjadikan kita.

Tapi sayangnya kita selalu tersilap perhitungan hingga mempertikaikan hukum dan ketentuan Allah. Kita marah kalau kita dituduh munafik tapi hakikatnya begitulah kita, mencerminkan Islam yang bukan sebenarnya Islam.

Islam tidak melarang umatnya berkasih sayang tetapi SELEPAS NIKAH. Selepas nikah, terpulanglah pada empunya diri untuk berkasih-sayang dan secara automatiknya perhubungan antara lelaki dan perempuan yang diharamkan sudah HALAL.

Apa tujuan Islam meletakkan peraturan sebegini? Adakah saja-saja nak menyusahkan manusia. Hendak membuat persiapan pernikahan, nak buat kenduri, nak buat itu dan ini. "Lecehla, dah ada orang nak kan kita, apa salahnya kita terima cinta dia. Lagipun kami bukan buat apapun, kuar skali skala tapi kat public. Takde buat perkara yang tak senonoh. Mak ayahpun sokong, siap bawa balik umah tunjuk kat derang." (Dialog diatas terpakai sepuluh tahun dulu, tapi sekarang kebanyakan couple telah diadvancekan dengan zina)

Jangan tak tahu, masyarakat Islam kini sudah banyak yang tidak ikut acuan Islam. Lihat saja berapa ramai ibubapa sekarang turut dipengaruhi oleh pendidikan yang tidak berlandaskan Islam, sehingga mereka secara tidak sedar memberi anak mereka masuk ke dalam jurang kehancuran, bak kata pepatah, meng'offer' anak mereka masuk ke dalam mulut buaya atau singa yang kelaparan.

Tujuan Islam meletakkan peraturan atau syarat demikian adalah untuk memelihara keturunan umat Islam itu sendiri. Apa akan jadi sekiranya perhubungan itu membawa kepada zina dan lahirnya anak luar nikah. Bukankah akan mencemarkan institusi masyarakat Islam itu sendiri. Lalu lahirkan anak-anak luar nikah yang ditinggalkan di dalam tandas, longkang, dibuang merata-rata tanpa belas kasihan. Jangan marah jika umat Islam dilabelkan lebih teruk dari haiwan kerana haiwanpun tidak membuang anak mereka merata-rata. Sudahlah dosa zina itu sendiri tidak tertanggung, kini menambahkan lagi dosa membunuh. Sesungguhnya Allah melaknat manusia yang membunuh manusia lain tanpa sebab. Ingatlah, semua itu akan dihisab di padang Mahsyar nanti.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kepada kerosakan)" (Al-Isra': 32)

Say NO to Valentine's Day
Kan indahnya Islam. Mendekati zinapun Allah tak bagi, apalagi berzina. Kerana Allah tidak mahu hamba-hambaNya hanyut dengan mainan nafsu dan hasutan syaitan yang tidak akan berhenti menyesatkan kita. Tambahan pula berkasih-sayang dan bercouple sebelum nikah tidak menjamin seseorang itu akan berkahwin dengan pasangannya kerana jodoh itu sendiri bukan kita yang menentukan. Ya, kita boleh kata, sekurang-kurangnya kita berusaha menjalinkan hubungan tersebut, boleh..tetapi bukan dengan cara couple! Couple lebih kepada budaya barat yang mengheret remaja ke sana ke mari tanpa tujuan yang pasti. Adakah kita pasti pakwe atau makwe kita tu sungguh-sungguh nak kan kita? Adakah cukup dengan ke'gentleman' dia datang ke rumah bersua dengan parents kita? Apa motifnya kita usaha hanya kerana memberi keyakinan kepada dia, sedangkan sekiranya Allah berkehendakkan yang lain, dan dia akhirnya meninggalkan kita atau bukan dia jodoh kita, tidak kah kita akan frust tertonggeng??? Lebih-lebih lagi perempuan yang mana nilainya sudah tidak nampak lagi dimana. Adakah pada kecantikannya atau ke'famous'an dia dikalangan kawan-kawan kita yang menjadikan dia itu perlu dimiliki? Atau adakah agama dia? Ingatlah, secara logiknya kaum lelaki itu akhirnya dia mahukan perempuan yang baik, yang ada kefahaman agama.

Bukankah Islam itu indah, dari hal berpasanganpun sudah diletakkan terma-terma yang harus dipenuhi. Bukalah Al-Quran! Bacalah Al-Quran! Terjemahannya ada dijual dimana-mana. Tolonglah, jangan biarkan kita diperbodohkan oleh agama lain. Jangan biarkan mereka mentertawakan kita. Ingatlah, hal-hal yang kita lakukan yang kita sangka up to date, mengikut trend terkini, dan atas dasar kalo tak couple tu pelik, hanya membawa kepada kehancuran diri kita sendiri, kerana Allah tidak menghalalkan perkara sedemikian. Ingatlah jangan gunakan istilah, Muda lagi, enjoy dulu, kendian barula taubat tetapi gunalah ini, Muda lagi sebab tu aku kena sungguh-sungguh beramal kerana aku tak tahu bila aku mati.


Janganlah kita pelik kalau orang Islam yang sejati itu tidak couple malah tidak langsung berhubung dengan kaum lawannya jika tidak ada hal yang mustahak. Ber'sms' itu sendiri boleh membawa kepada dosa jika hanya sekadar bertanya khabar. Untuk apa dan apa tujuannya. Bukankah itu salah satu dari penyakit hati dan secara kita tidak sedari kita sendiri yang mencari penyakit, kerana membiarkan diri kita terus-terusan mengangankan kasih-sayang darinya.

"Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi, zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" (Riwayat Bukhari dan Muslim

Oops, jangan merasakan Islam itu berat dan menyusahkan umatnya kerana Islam tidak sekali-kali demikian cuma kita sendiri yang merasakannya kerana perkara seperti ini memang jarang-jarang dilihat. Kerana apa? Kerana persekitaran kita itu sendiri sudah tercemar, jadi kita sendiri perlu beralih mencari persekitaran yang baik, yang membantu kita melakukan amal-amal tersebut.

Jadi janganlah kalau kita nak berbuat kebaikan itu kita buat sorang-sorang, kita hanya ikut diri kita. Time kita rajin kita pergi dengar tazkirah di surau dan masjid, time kita ada mood nak kan kebaikan kita cari kawan-kawan yang baik tetapi time iman kita down kita buat semula perkara yang dilarang Allah. Pergilah kepada golongan yang istiqomah memperjuangkan Islam, yang istiqomah menjaga akhlak dan teruslah berada dikalangan mereka. Carilah golongan yang matlamatnya semata-mata untuk mencari redha Allah dan Rasul bukan yang didasari politik atau kepentingan gerakan itu semata-mata. Ingatlah, serigala hanya akan memakan kambing yang terpisah dari kumpulannya. Begitu jugalah dengan manusia. Jika kita seorang, syaitanpun mudah menghasut kita tetapi jika kita didalam kumpulan, kita akan lebih kuat kerana kita satu sama lain mengingatkan kepada kebaikan dan mencegah kejahatan. Jangan gunakan alasan tidak punya masa dan tidak dapat bagi komitmen kerana kita boleh melakukannya. Jika kita masih ada masa untuk ber'sms' dan menghubungi 'kesayangan' kita itu, dan sempat memikirkan tentang masa depan kita dan dia, itu bermakna kita ada banyak masa yang kita tidak gunakan seoptimal mungkin. Jika kita ada masa untuk berjumpa kawan-kawan melepak di hari minggu atau tiap-tiap minggu kita dapat balik kampung jumpa family kita, bermakna kita ada banyak masa.

Say NO to Valentine's Day
Jangan bandingkan diri kita dengan orang-orang yang biasa-biasa saja tapi bandingkanlah kita dengan insan yang 'luar biasa', pengabdi-pengabdi Allah begitu ramai di luar sana yang kita tidak mahu dekati dan tidak mahu ambil tahu. Betapa kita akan rasa terkesan apabila mendekati mereka, betapa...subhanallah, kita sendiri akan rasa pelik bagaimana mereka mampu membahagikan masa. Tidak kira mereka itu student, engineer, doctor, businessman atau pekerja biasa. Kita patut malu dengan mereka kerana mereka insan luar biasa yang meletakkan Allah dan RasulNya ditempat teratas, walaupun dalam masa yang sama mereka juga sibuk dengan urusan keduniaan. Bukankah akhirat juga yang akan menjadi kampung kita yang abadi?

Bukankah Rasulullah saw bersabda, "Islam itu datang secara dagang (asing), maka beruntunglah golongan yang asing itu".(Sahih Muslim) Maknanya sesiapa yang mengamalkan Islam sebenarnya memang akan dipandang pelik oleh masyarakat Islam itu sendiri, kerana begitulah sunnatullah. Jadi biarkan kita dianggap pelik bagi manusia sekarang, tetapi kitalah sebenarnya yang 'istimewa' bagi Allah dan RasulNya, bagi penghuni-penghuni langit. Tidak terkecuali penghuni di bumi iaitu orang-orang mukmin dan haiwan-haiwan yang turut mendoakan kita, cuma kita je tak tahu dan tak boleh dengar.

APA SOLUSI???

Tiada jalan lain melainkan nikah.

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang dikalangan kamu, dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahayamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), lagi Maha Mengetahui" (An-Nuur: 32)

Indah tak Islam? Ayat tersebut merupakan perintah Allah Azza Wajalla kepada kita sebagai solusi dari berlakunya perkara yang tidak diingini seperti couple dan zina. Andai kita masih belum yakin dengan janji Allah untuk mencukupkan keperluan bagi mereka yang tidak mampu, maka kita telah mempertikaikan kudrat dan zat Allah swt.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah saw bersabda, "Allah berhak menolong tiga golongan: Orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya" (Hadith riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Al-Hakim dan at-Tirmizi berkata, "Hadith ini hasan sahih")

Janganlah kita memilih untuk membujang hingga ke tua dengan alasan tidak mampu memikul beban jika berkeluarga. Sanggupkah kita menjadi umat yang tidak diiktiraf Nabi sebagai umatnya kerana tidak mengikut sunnah Baginda? Dengan berkahwin juga menyempurnakan sebahagian dari agama selain merupakan salah satu ibadah dan merupakan cara untuk mendapat pengampunan Allah, peningkatan darjat dan istiqomah (kemantapan iman dan kelurusan sikap).

Marilah kita sama-sama bermujahadah agar kita tetap dengan amal kebaikan dan mudah-mudahan kita digolongkan oleh Allah sebagai golongan kanan, iaitu golongan yang beruntung disisi Allah. Wallahu'alam

"Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka, kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang-orang yang beriman dan kelak ALlah akan memberikan pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman" (An-Nisa: 145-146)






Sila lihat.

Sejarah Valentine's Day

Bicara agama Utusan Online

Rujukan:
Risalah akhwat Inni Akhafullah
Apa ertinya saya menganut Islam oleh Fathi Yakan
Mutiara perkahwinan menurut ajaran Islam oleh Muhammad Ali Quthb.

 
design by Free Blogger Designs