Saturday, February 09, 2008

Kita fikirkan masalah umat tak?

Waktu nie rumah lengang, suami dan anak-anak sudah nyenyak tidur bertemankan nyamuk yang kelaparan...aku pula sebelum tidur, kepala ligat memikirkan mad'u..yer mad'u..tau ke apa mad'u? mad'u tu objek dakwah..kalau Rasulullah saw, sebelum para sahabat memeluk Islam, mereka merupakan mad'u Rasulullah saw. Kiranya camtu le.

Sekarang baru aku tahu, baru dapat rasakan, betapa berat dan berat dan beratnya tanggungjawab Rasulullah saw, betapa baginda yang merupakan insan mulia yang diamanahkan oleh Allah swt untuk memicu dakwah, menghadapi pelbagai rintangan dan ujian. Kini aku rasa gembira dapat ikut jejak baginda..Rasulullah saw itu bukan sedikit yang hendak baginda fikirkan, masalah umat! Bayangkan umat baginda sekarang yang dah berjuta-juta nie? bukankah mengajak kepada makruf dan menegah yang mungkar itu mewarisi jalan Rasulullah saw? Jadi kita kena rebut peluang nie.

Seorang daie itu apabila dia kehilangan mad'unya, dia pasti akan bersedih. Lalu ubatilah kesedihan itu dengan memikirkan kesedihan Rasulullah saw saat-saat kaum kuffar mempulaukan baginda, dan orang-orang yang memeluk Islam berlagak seperti Islam tetapi sebenarnya munafik. Sekarang nie kita pulak dah ramai penganut Islam, cuma tang Islam tu tak tahu la kat mana. Nak kata tang akhlak, macam tak serupa je akhlak muslim, nak kata tang penampilan dan pakaian, macam takde langsung..dah campur western sket..nak kata Islam tang amal, tak berapa sangat, malah lebih teruk lagi ada. Orang Islam tapi yang tak solat memang ramai. Ada yang solat kat umah je, bila kuar jumpa kawan-kawan yang tak solat tu dengan kita-kitapun tak solat, padahal surau dan masjid merata-rata. Nak kata Islam pun tang nama je yang tinggal kat dalam IC...

Cuba bayangkan Rasulullah saw saat nak wafat pun bole lagi ingatkan umatnya tapi kita? Nak sambut selawat pun payah. Siap malu. Kalo time makan, kita prefer makan kat meja dari makan atas lantai. Memangla kita kata dah ada kemudahan, meja ada..tapi apa salahnya kalau kita praktikkan kat rumah kan...dah save kos tak yah beli meja...lagi satu makan dalam satu talam, lagila payah nak tengok skarang...kalo ada pun kat masjid tu pun skrg masjid dah ada banyak pinggan mangkuk wakaf..Bukan maksudnya di sini buang segala nikmat yang Allah bagi..tapi cuba la kita tengok tempat2 standard macam tu banyak membazirkan duit kita, tu satu..satu lagi banyak keraguan dalam penyediaannya sebab guna ramuan luar negara..contoh senang kentaki yang kita suka makan tu...rempah dia bukan ke resepi dari negara barat..sapa nak gi peksa bahan-bahan tu? kadang-kadang kat food court shopping complexpun takde status halal Jakim tapi kita bedal je..ini yang menimbulkan masalah dikendian hari, yang kita tak sedar secara langsung...sb tu biar kita makan macam orang kampung dulu-dulu ...secara logiknya banyak sunnah Nabi yang sangat tak perlukan kos yang tinggi..tapi kita lak prefer menghabihkan duit kita...makan kat tempat high class, standard..sama kelas dengan artis...untuk apa? Adakah kita nak jawab, sebab dah kawan-kawan kita suka makan tempat cenggitu...abih tu Rasulullah nak letak katne...nanti kat akhirat adakah kawan-kawan kita tu nak syafaatkan kita nanti? Cuba teka, sapa bagi syafaat nanti? Kawan kita ke Rasulullah saw? Er..soklan nie adik tadikapun tahu.

Lagipun makanan tu nanti yang akan menjadikan kita nie apa. Inilah indahnya Islam, setiap satu ada peraturan dan kesucian yang harus dijaga, agar umat Islam itu sendiri berkualiti. Cuba tengok realitinya masyarakat yang kian rosak sekarang adalah kerana mereka makan pakai makan je tanpa menyelidiki status makanan tersebut. Asalkan sedap di kerongkong kita, kita makan je..samalah dari mana datang duit kita untuk membeli makanan dan keperluan...semua tu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kalau makan duit riba, adakah kita dapat masuk syurga, jika makan menda haram, badan kitapun haram la jadinya...so camne nak dapat syafaat Nabi kalo dah diri kita sendiri bersumberkan haram...tu lagi soklan sapa nak jawab tu...

Apabila nak outing duk pikir duit cukup ke tak, nak makan kat cafe macam highclass tu rm10pun tak cukup..ice blended pun dah berapa ringgit dah skrg...tapi semalam aku dapat minum ice blended pasar malam, baru rm2...sedappun sedap... :) Alhamdulillah...

Pastu dressing lak..pikir nak match baju dengan suar mana...nak pesen camnie ke camtu ke..siap mendedahkan aurat...tapi skarang tak yah pening, sarung je baju kurung, atau t-shirt labuh dan suar slack jer..jubah lagi senang nak sarung, sunnah lak tu...kiranya banyakla membantu dari segi ekonomi...niat berpakaianpun kerana nak mendapat redha Allah dan nak menjaga diri dari kemaksiatan. Bukan setakat pakaianpun kena menutup aurat tapi diri kita sendiripun kena jaga dari memandang kepada yang haram, menahan pandangan dan menjaga hati. Kalau kita tutup auratpun tapi mata kita duk pandang je apa yang ada kat luar sana, serupa kita tak tutup aurat kita sebenarnya. Indah tak Islam? Tapi sekarang nie nak tengok perempuan dan lelaki yang menjaga pandangan memang payah..kerana apa? Kerana iman kita bermasalah...penyakit hati yang tidak dicari ubatnya, kerana kita sendiri tidak berusaha untuk membanteras nafsu yang dah bermaharajalela dalam diri kita, kerana kita tidak paksa diri kita keluar dari kemaksiatan itu sendiri.

Macam kawan-kawan yang stadi kat ipta, dia bole makan sehari tak sampai rm5...cuba bayangkan apa yang dia makan? lauk apa? Sampai pakcik cafe tu siap offer nak bagi lauk lebih sebab kesian macam tak cukup lauk...itulah gambarannya bila dah biasa hidup dengan serba sederhana...jadi semacam satu nikmat yang harus disyukuri..duit lebih simpan...

Jangan tak caya ada student ipta nie dia survive kat kampus tanpa harapkan duit dari parents diapun...dia buat apa? dia bisnes, jual apa je yang bole dijual, selagi tak langgar syariat. Itulah kemurahan rezeki dan keberkatan yang Allah bagi pada mereka yang menjaga niat dan berusaha sendiri untuk berdikari..tapi student moden skrg nie mak ayah bagi rm100 sebulanpun tak cukup....

Nak memulakan kebaikan memang susah tapi once kita bertekad nak berubah, insya Allah, Allah tunjukkan jalan. Tapi terlebih dahulu kita bersihkan niat kita dulu, setting niat sangat penting, sebab niatla akan menentukan amalan kita diterima atau tak dan menentukan langkah-langkah kita selepas ini. Dalam hadis 40 An Nawawiyah, niat menduduki tempat pertama. Pastu bila kita dah mulakan kita jangan pikir lagi sama ada kita buat nie tepat pada masanya atau kita malu atau tak..kita tutup lubang-lubang syaitan..kita istighfar bila kita teringat semua nie. Dan kita kena usahakan untuk keluar dari environment lama kita kepada environment yang lebih baik...bi'ah solehah..jangan kita harap orang berubah untuk kita, tapi kitala kena berubah demi orang lain...demi maslahat umat juga...manala tau bile kita dah berubah tu rupa-rupanya ada diantara kawan kita juga dah lama nak tinggalkan dunia gelapnya itu untuk mencari dunia yang baru, yang menjanjikan rahmat Allah swt.

Nie 14 Februari nie lagilah pasti berlumba-lumba umat Islam nak sambut Valentine's Day dengan insan tersayang, especially yang bercouple sedangkan mereka dah tahu asal usul Valentine nie...bercouple itu sendiri dah haram...istilah couple islami pun tak wujud...mereka bangga dapat celebrate budaya omputih, tapi bila tang sunnah Rasul, yang dapat pahala bila buat, takde lak nak ikut ramai-ramai. Biasa-biasa je. Harap-harap tahun nie kita pakat berubah sama-sama tinggalkan perkara yang sia-sia. Barangsiapa mengikut budaya sesuatu kaum maka dia tergolong dalam kaum tersebut, nauzubillah...

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamupun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih." (Ibrahim: 22)

 
design by Free Blogger Designs