Tuesday, February 05, 2008

Jaulah ke Klate

Al-Kahf:109
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mengecap nikmat dunia yang bersifat sementara ini. Walaupun dunia ini dianggap satu nikmat oleh kebanyakan manusia tetapi perlu diketahui sebenarnya dunia ini nak dibandingkan dengan nikmat di akhirat sangatlah sedikit. Dunia ini ibarat seorang nenek yang telah terlalu tua dikejar oleh ramai orang. Tanpa kita sedari dunia ini akhirnya akan mati dan kampung akhirat menanti kita untuk menghisab segala amalan sepanjang usia kita di dunia ini.

Berbalik kepada jauhlah ke Klate baru-baru ini. Alhamdulillah, walaupun penat tapi gembira dan seronok kerana dapat pegi bersama-sama dengan akhwat tercinta. Walaupun hanya 3 hari 2 malam tapi tetap membahagiakan. Apatahlagi jika didasari atas ukhuwwah imaniyah dan bukan sekadar bertujuan untuk berjalan-jalan semata-mata. Sesungguhnya kita akan dapat apa yang kita niatkan. Mudah-mudahan niat aku ke sana semata-mata kerana mencari redha Allah dan mengeratkan ukhuwwah sesama akhwat tersayang.

As-Saff:4
Pertama kali merasa perjalanan melalui Grik. Kami berlima yang boleh pandu keta memudahkan urusan perjalanan yang menggunakan 2 buah keta. Melalui beberapa daerah di Kelantan seperti Jeli, Tanah Merah, Ketereh dan lain-lain memang menyeronokkan. Esoknya pagi-pagi sebelum pergi lebih jauh, aktiviti pertama kami ialah gotong royong masjid berdekatan. Tapi nampaknya tak banyak yang dapat dibuat memandangkan pintu masuk masjid dikunci. Kami dapat sapu di balkoni dan laman masjid, itupun dah bersih. Masjid nie memang terjaga dengan baik. Pastu ke Pasar Siti Khadijah, gi kedai kain kepunyaan family akhwat dan gi borong keropok. Petangnya pula singgah ke Pantai Irama di Bachok dan ke rumah seorang sahabat akhwat. Sempat snap beberapa keping gambar especially candid untuk diabadikan, lebih-lebih lagi salah sorang diantara kami akan terbang ke Australia tak lama lagi..(hehe..sapa tu ye?) Apapun, memang sampai hari nie masih terasa kepenatannya. Mungkin kerana penat melayan kerenah anak-anak dalam keta. Mekapun lama-lama travel mahu tak boring. Uwaa sana, uwaa sini, menguji kesabaran seorang ibu dan bakal ibu yang lain :) Juga kepada akhwat, jazakumullah diatas kerjasama dan kasih-sayang, namapun akhwatkan..kita umpama satu badan..saling memerlukan antara satu sama lain.

Sebelum pergi sempat aku menyiapkan task yang diberi iaitu sirah sahabiyah..Aku pilih Zainab binti Jahsy..Insya ALlah if berkesempatan bolehla aku post kat cni..cantik, siap buat jadi risalah tu..tapi tak sempat nak difotocopy untuk akhwat. Lagi satu task, bedah buku tapi syukurlah aku dah siap.

Paling best skali time perjalanan pulang semula ke utara iaitu teka nombor surah dalam Quran. Maklumlah aku tak hafal semua lagi. Puas dok teka surah tu, surah nie. Pastu kami mathurat bersama-sama. Memang tak mengantuk dan memberi semangat untuk hapal balik umah nanti. Dan juga nak memastikan barang-barang yang diborong di Klate untuk bisnes di sini mencapai matlamatnya. Sambil jaulah, kepala ligat pikir bisnes. Itulah dia akhwat. :)

Akhir skali penutup bicara, renung-renungkan ayat berikut di bawah, walaupun ia turun berkenaan peristiwa perang di zaman Rasulullah saw tapi maksud tersirat yang terkandung di dalamnya yang perlu kita fikirkan. Ayat-ayat di dalam Al-Quran bukanlah di turunkan untuk zaman Rasulullah saw sahaja tapi untuk setiap manusia, sepanjang zaman..takde out of date atau ketinggalan zaman. Hanya manusia yang berfikiran singkat, kurang cerdas akalnya dan tak memahami serta tidak mahu memahami Al-Quran yang menyebabkan mereka boring dan tak sudi tadabbur ayat-ayat Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat mu? Adakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit" (At-taubah: 9)

 
design by Free Blogger Designs