Monday, January 14, 2008

Study Lillahi Ta'ala

Tidak dapat dinafikan pelajar mempunyai peranan yang besar dalam mewarnai ketamadunan sesebuah masyarakat terutama dari sudut ilmu pengetahuan. Selain itu, para pelajar merupakan agen perubah masyarakat itu sendiri dari sudut sosial dan akhlak.

Berjaya dalam konteks ini bukan sekadar berjaya dari sudut keduniaan sahaja, bahkan kejayaan di akhirat juga. Dalam hubungan ini golongan yang diharapkan itu, mestilah mengetahui matlamat pembelajaran mereka, tuntutan –tuntutan ke atas mereka dan memelihara disiplin-disiplin tertentu sejak daripada menuntut ilmu sehingga menyebarkan dan mengembangkan ilmu tersebut yang menjadi tanggungjawab mereka.

Manusia dilahirkan tanpa dibekali dengan ilmu tetapi Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk yang mempunyai perasaan untuk mengetahui dan mengkaji sesuatu yang tidak ia ketahui. Firman Allah berbunyi:

والله أخرجكم من بطون أمهاتكم لا تعلمون شيأ وجعل لكم السمع والبصر والأفئدة لعلكم تشكرون.
سورة النحل أية 78

Maksudnya: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan memberi kepada kamu pendengaran , penglihatan dan hati agar kamu bersukur." (An-Nahl:78)

Penumpuan kita terhadap peperiksaan tidak bererti akan membatasi penumpuan kita terhadap ilmu-ilmu di luar “muqarrar”. Biarlah kecemerlangan kita dalam peperiksaan menjadi perangsang kepada kita untuk menguasai bidang-bidang lain dan menunaikan risalah kehadiran kita ke bumi Anbiya ini.

Berani dan yakin diri untuk berjaya

Kegagalan seseorang mungkin berpunca dari sini – gagal mengambil langkah pertama kerana kurang keyakinan diri dan takut tidak berani. Akhirnya apa yang dicita-cita, walau sebaik mana sekalipun akan mati ditengah jalan dan hidup tidak akan diubah ke satu tahap yang lebih baik.

Perubahan akan dicapai hanya dengan berusaha. Usaha pula perlu disandarkan kepada ilmu, keyakinan diri dan sikap berani. Setelah itu, bertawakal kepada Allah kerana Dia tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia mengubahnya dahulu.

Anda boleh membina keyakinan diri dan bersikap berani untuk berjaya. Apa yang penting ialah:

1) Yakinlah Allah (SWT) sentiasa bersama anda setiap masa. Sekiranya usaha yang anda lakukan itu adalah pekerjaan yang halal dan tidak melanggar perintahNya, insya-Allah, Dia akan sentiasa bersama anda.

2) Mulakan langkah pertama walaupun anda mungkin tidak yakin atau tidak berani. Tolaklah perasaan was-was. Langkah pertama itu penting, kerana jika anda tidak memulakannya, bagaimana anda akan tahu tahap kemampuan anda?

3) Tolak pandangan negatif orang lain terhadap anda. Mungkin pandangan-pandangan seumpama itulah yang akan membuatkan anda memandang kecil kemampuan diri sendiri. Tonjolkan diri anda yang selama ini belum orang kenali. Anda berani, anda boleh dan anda mampu.

4) Jangan mudah putus asa. Anda mungkin akan menghadapi masalah dalam usaha yang anda jalankan, tetapi masalah itulah yang akan membantu anda.


Bagaimanakah hendak menjadi seorang pelajar yang baik? Mungkin perkara-perkara di bawah akan membantu para pelajar mengenal taraf mereka sebagai seorang pelajar yang baik.Apakah anda mempunyai ciri-ciri ini?

1) Anda mestilah mempunyai rangka kerja untuk setiap hari.
2) Anda benar-benar mengiku rangka kerja yang telah dibuat .
3) Anda sentiasa bersedia memulakan sesuatu matapelajaran.
4) Anda sentiasa menyiapkan kerja yang diberi pada waktunya.
5) Anda merasa kerja-kerja yang dilakukan amat menarik.
6) Anda gemar duduk dibarisan hadapan dan tidak menyorok di belakang.
7) Anda sering merujuk kepada guru mengenai perkara-perkara yang anda tidak faham.
8) Anda satukan nota-nota bagi setiap matapelajaran .
9) Anda membuat nota-nota ringkas dari kuliah yang dihadiri .
10) Anda membuat carta dan rajah sendiri untuk meringkaskan bahan-bahan yang telah dibaca.
11) Anda tidak berjaga malam untuk menghadapi peperiksaan .
12) Anda mendapat tidur yang cukup.





(Klik untuk paparan yang lebih besar)


EMPAT CARA UNTUK MENYELESAIKAN ‘STRESS’.

DIMENSI OTAK.

Dimensi otak memperlakukan secara positif iaitu anda mempunyai potensi otak dan minda yang amat menakjubkan yang di luar anggapan anda . Mengkaji semula perancangan akademik anda dari segi perkembangan ilmu , pengetahuan , kemahiran berfikir, kemahiran dalam menyelesaikan masalah , pembacaan dan penulisan. Peringkat kemahiran dalam diri dari segi perancangan matlamat jangka pendek dan jangka panjang pengurusan, pengurusan masa yang berkesan dan sebagainya. Dengan mengamalkan pengurusan ‘stress’ yang amat berharga.

DIMENSI EMOSI ATAU SOSIAL.

Dimensi emosi dan sosial adalah cara anda membuat perhubungan dalam masyarakat .Kebijaksanaan anda menyeimbangkan emosi dan perhubungan anda yang erat sesama manusia adalah antara perkara yang boleh membantu anda untuk mencapai prestasi optimum dalam keadaan ‘stress’

DIMENSI JASMANI.

Anda perlu menilai kesihatan diri dari masa ke masa sama ada anda sentiasa dalam keadaan sihat atau tidak. Gangguan kesihatan boleh menyebabkan ‘stress’. Antara yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan anda termasuklan yang berikut;
· Makanlah yang perlu dengan cara yang sederhana.
· Rancangkan program riadah yang berterusan .
· Adakan sedikit masa untuk istirehat fizikal dan mental.

DIMENSI ROHANI.

Dimensi rohani adalah yang terpenting, kerana ia merupakan sistem nilai kepada diri seseorang individu. Termasuk dalam sistem ini adalah nilai murni yang berkaitan dengan akhlak mulia seperti sabar, jujur, ikhlas, cermat, redha, amanah dan nilai kepercayaan dan keimanan . Dalam Islam sudah lengkap dengan latihan untuk mendapatkan ketenangan jiwa khususnya semasa menghadapi kesusahan atau ‘stress’.Allah s.w.t telah menfirmankan di dalam Al-Quran yang bermaksud:Ingatlah , dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. Sabda Rasulullah s.a.w pula yang bermaksud:Sesungguhnya sembahyang itu ketenangan dan keredhaan hati serta permohonan jiwa.
Adalah menjadi amalan orang mukmin untuk meminta kepada yang Esa agar dikabulkan permintaannya. Maka mintalah kepadaNya supaya diberi kesihatan yang mantap baik dari segi mental mahupun fizikal untuk melepasi peperiksaan di dunia ini.


sumber: Risalah Ar Raudhah mingguan

 
design by Free Blogger Designs