Monday, March 14, 2005

Keluarga bahagia


keluarga bahagia :)



Kiut tak lukisan nie?  Adik aku yang 2nd last yang ku panggil 'kakak' yang lukihkan.  Dia memang ada bakat jadi pelukis.  Cool je aku tengok lukisan nie.  Nampak happy je kami :)  Semoga berbahagia dan sentiasa dalam peliharaan Allah, doaku hari-hari :)

Saturday, March 12, 2005

Kenikmatan yang harus dipertahankan

Astaghfirullah..aku harus berbaik sangka pada Allah. Menda yang aku taip panjang lebar tadi hilang dek tersilap tekan butang untuk 'copy' apa yang aku taip. Mungkin aku perlu baca Quran dulu tadi barulah menulis. Memang kelalaian aku sniri :)

Sebenarnya rasa bertuah dan bersyukur sangat sebab iman nie dah recaj lagi. Alhamdulillah bertambah semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Semuanya kerana Allah yang mengizinkan semua ini berlaku. Ya Allah aku ini hamba-Mu yang slalu melupakan Engkau namun Kau tidak pernah melupakan daku.

Friday, March 11, 2005

Seorang lagi bergelar ibu

Tahniah kepada nurin dan abu handzalah atas kehadiran cahaya mata pertama pada 1 Mac 2005 yang diberi nama HANDZALAH. Memang sesuai sangatlah panggil abu handzalah skang ya..nurin lak ummu handzalah :) Semoga menjadi anak yang soleh lagi mujahid insya Allah.

Dah dapat keizinan dari rin untuk ziarah tapi tak tahu bila nak pegi..hmm..insya Allah soon.

Alhamdulillah keadaan genting yang berlaku kebelakangan nie dah reda sket. Pening gak dibuatnya. Biasalah manusia mana yang takde masalah. Kalau takde masalah tu satu masalah gak tu :) Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada ku ameen.

Friday, March 04, 2005

Akhirnya saya tahu

Suatu hari, ayah dari suatu keluarga yang sangat sejahtera membawa anaknya melawat ke sebuah negara yang sebahagian besar penduduknya hidup dari hasil pertanian, dengan niat untuk menunjukkan bagaimana kehidupan orang-orang yang miskin kepada anaknya.

Mereka menghabiskan waktu seharian di sebuah tanah pertanian milik keluarga yang kelihatan sangat miskin. Apabila pulang dari perjalanan tersebut, sang ayah bertanya kepada
anaknya.

"Bagaimana perjalanan tadi?"
"Sungguh luar biasa, Pa."
"Kamu lihat kan bagaimana kehidupan mereka yang miskin?"tanya sang ayah.
"Iya, Pa," jawabnya.
"Jadi, apa yang dapat kamu pelajari dari perjalanan ini?" tanya ayahnya lagi.

Si anak menjawab,

"Saya melihat kenyataan bahawa kita mempunyai seekor haiwan peliharaan sedangkan mereka memiliki empat ekor.

Kita miliki sebuah kolam yang panjangnya hanya sampai ke tengah-tengah taman, sedangkan mereka memiliki sungai kecil yang tak terhingga panjangnya.

Kita memasang lampu taman yang dibeli dari luar negeri dan mereka memiliki bintang-bintang di langit untuk menerangi taman mereka.

Beranda rumah kita begitu lebar mencapai halaman depan dan milik mereka seluas horizon.

Kita tinggal dan hidup di tanah yang sempit sedangkan mereka mempunyai tanah sejauh mata memandang.

Kita memiliki pelayan yang melayani setiap keperluan kita tetapi mereka melayani diri mereka sendiri.

Kita membeli makanan yang akan kita makan,tetapi mereka menanam sendiri.

Kita mempunyai dinding indah yang melindungi diri kita dan mereka memiliki teman-teman untuk menjaga kehidupan mereka."

Dengan cerita tersebut, sang ayah tidak dapat berkata apa-apa.

Kemudian si anak menambah,

"Terima kasih, Pa, akhirnya saya tahu betapa miskinnya diri kita."

Ihsan dari usrah@rpi

Thursday, March 03, 2005

Di persimpangan

Tukar template lain lak. Rasanya nie ceria sket dari sebelum nie. Aku suka putih sebagai background walaupun hitampun tak kurang cantiknya. Sebenarnya tak lengkap lagi blog nie tapi buat masa nie inilah dulu yg larat. Itupun sebab boss cuti arini dan kejapun dah beres untuk hari ini.

Kenapa tajuk di persimpangan? Sebab skang nie aku sedang berada di persimpangan bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapak. Siapa sangka hari ini aku suarakan juga hasrat hati yang terpendam nie. Cewah ayat...

Betul, bila kita dah berumahtangga kita kena ikut cakap suami. Kita akan jadi insan tersepit apabila kehendak suami kita bercanggah dengan kehendak ibubapa kita. Sebenarnya masing-masing ada alasan tersendiri tetapi hanya kita yang berhak tentukan sebab ini adalah rumahtangga kita. Lagipun inilah antara tujuan berkahwin selain menambahkan bilangan umat Baginda di muka bumi ini tetapi juga melatih kita mentadbir sendiri rumahtangga kita mengikut acuan kita sendiri tanpa mengetepikan syariat.

Semoga Allah bagi kekuatan kat aku untuk menghadapi dugaan ini.

Monday, February 28, 2005

Wajah baru

Bismillah..

Alhamdulillah dapat gak aku siapkan blog sementara yang masih diberi nama Perindu Cinta Ilahi (PCI) menggunakan blogspot sebagai menggantikan sodeeq yang dalam proses pembinaan system yang lebih mantap dan jitu. So untuk pembaca setia PCI selepas ini anda kena tukar url nie ya. Maaf diatas sedikit kesusahan yang tidak disengajakan. Sodeeqian yang lainpun turut tukar ke blogspot macam Raiyan dan Hukamak (tak ingat apa url dia). Insya Allah lepas nie sapa yang dah tukar tu sila inform di tagboard ok!

Seronok baca citer kak Raiyan pasal anak dia bernama Nusaibah yang dah pejam celik pejam celik dah 5 bulan. Anak aku lak 3 bulan. Kat sodeeq aku dah letak dah gambar anak aku tapi tak dapat view lak ya skang. Untuk tidak menghampakan kak Raiyan dan sahabat lelain yang tak dapat tengok lagi akupun letak skali lagi gambar Iman Kamil. Rasanya ada lagi yang tak sempat baca citer masa aku bersalin tu kan. Pengalaman berharga tu. Takpelah bila dah on balik sodeeq leh bacakan. Bukan tak leh paste kat sini tapi rasa cam tak best lak nak citer dua kali.

Iman 3 hari


Iman masih dalam hari

Iman 2 bulan

Sebenarnya nak letak template jenis lain tapi disebabkan tak mahir bidang IT nie so amik template yang mudah nak letak. Kalau skali pandang template nie macam tak sesuai je untuk aku walaupun memang ia sesuai untuk wanita. Tapi buat masa nie ini saje yang paling menarik dari yang lain dari kaca mata aku. Bukan apa sampai pening nak pilih template yang menepati citarasa. Kebanyakannya macam budak-budak dan jiwang je aku tengok. Mungkin kalau ter 'rajin' aku akan letak template yang lebih sesuai.

Lama tak blogging rasa banyak menda nak tulih. Cuma yang penting nak sampaikan satu berita sepupu belah suami telah ke rahmatullah pada 26 Februari yang lalu. Sepupu tu lebih kurang baya aku dan masih bujang. Punca kematiannya ialah sakit jantung walaupun sebelum nie dia memang takde masalah jantung mahupun sakit lain. Mulanya terkejut dengar bila suami aku beritahu tapi itulah yang ditakdirkan Allah.

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula mendahulukannya (barang sesaat)" (Yunus:49)


Semoga ruh beliau tergolong didalam orang-orang yang beriman, ameen.

Wednesday, February 23, 2005

Testing testing

Oleh kerana sodeeq mengalami masalah buat sementara waktu nie terpaksalah gunakan blogspot.

 
design by Free Blogger Designs