Monday, April 28, 2008

Teman sebaik-baiknya

Manusia yang cenderung melakukan kejahatan
Bagi mereka, mereka tak jahat mana
Sebab mereka tak bunuh orang, tak rompak orang...
Mereka cuma merosakkan iman mereka sahaja
Mereka inginkan syurga juga
Tapi mereka nak enjoy lagi...

Bagi yang sukakan kebaikan
Mereka cenderung melakukan amal-amal soleh
Bagi mereka, dunia ini sementara
Mereka takut terpesona dengan keindahan dunia
Lalu mereka sering menangis kerana takutkan Allah...

Mereka yang cenderung berbuat maksiat,
Mereka pernah jua buat amal soleh
Tapi mereka acapkali gagal untuk istiqamah
Mereka digagalkan oleh nafsu,
Oleh kawan-kawan yang sedunia dengan mereka...

Mereka sukakan santai-santai
Suka berhibur dan berpesta
Mereka menjadikan nafsu tuhan mereka
Mereka menjadikan artis idola dan kesayangan mereka
Mungkin mereka belum terfikir
Idola mereka itu belum tentu menjadi penolong buat mereka kelak

Bagi yang cenderung kepada kebaikan
Mereka sukakan jalan yang susah
Mereka tidak kisah dianggap pelik
Mereka memang lain dari yang lain
Kerana mereka golongan minoriti
Mereka hanya suka diperdengarkan ayat-ayat Allah
Mereka menjadikan Allah dan Rasul tujuan hidup mereka
Mereka menyayangi ulama' dan orang-orang beriman
Tidak mengapa mereka berkorban di dunia
Mereka yakin akan janji ALlah buat mereka

Di dunia ini...
Mereka sekadar musafir yang singgah di sepohon pokok
Lalu akan meneruskan perjalanan lagi...
Satu perjalanan yang panjang, yang sukar
Penuh ujian, penuh rintangan
Mereka tak harapkan redha manusia
Hanyalah redha Allah mereka dambakan...

Mereka kadangkala terlalai jua
Terjatuh lalu bangun kembali meneruskan langkah
Dalam perjalanan mereka
Ada saja diantara mereka yang tidak dapat meneruskan perjalanan itu
Lantaran sudah luntur nikmat iman
Lantaran tidak berdaya dan berputus asa

Tinggallah mereka yang masih lagi tegar
Mereka tetap teruskan perjalanan
Walaupun mereka juga mahukan kerehatan
Tapi mereka yakini rehat yang abadi hanya di sana....

"Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (yaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (An-Nisa : 69)

Jika terdesak boleh je...

Baru-baru nie buat pertama kalinya aku memandu seorang diri dari Penang ke Kedah yang memakan masa lebih kurang satu jam setengah atau bersamaan lebih kurang 90km lebih. Maksud aku, aku seorang yang dewasa ini memandu ditemani hanya anak-anak ku yang kecil nie. Aku tak punya pilihan sebenarnya walaupun aku boleh saja menaiki bus. Sebab dah kelam kabut waktu itu. Kalau ikutkan aku tak menggunakan kereta kerana tingkap cermin telah pecah akibat terkena batu sewaktu pakcik mesin rumput menjalankan tugasnya. Tapi selepas ditampal dengan plastik pembalut buku, takde masalah lagi jika terlopong atau terkena hujan. Cuma bunyi agak bising apabila memandu.

Dengan mengantuknya toksah cakap tapi syukurlah sewaktu dalam perjalanan pulang, kurang pulak rasa mengantuk tu. Perasaan? Takut dan agak risau tak sempat sampai rumah kerana tak bercadang membawa laju walaupun ada jugak terlajak hingga 130km. Aku dah set dalam kepala kalau ngantuk sangat aku akan benti kat RnR tapi syukurlah selamat juga sampai rumah dengan sorang anak sudah terlelap atas pangkuan ketika menyusu dan sorang lagi disebelah tempat duduk pemandu.

Tapi keberanian ini terjadi disebabkan atas keadaan yang mendesak, boleh je walaupun agak takut. "Kak ida bawak sorang?" Terbeliak mata sorang akhawat tu. "Terpaksa," Maklumlah aku sorang je yang available time tu. Pernah juga terdetik apa-apa terjadi terhadap kereta kepada siapa aku hendak minta tolong di tengah-tengah jalan raya yang gelap gelita tu, lebih-kebih lagi aku pulang pada waktu malam tapi syukurlah takde apa yang berlaku, hanya tawakal kepada ALlah yang ku sandarkan.

Tapi aku tak bercadang pula menjadikan pengalaman pertama ini sebagai perkara biasa walaupun mungkin if terdesak aku akan mengulanginya...

 
design by Free Blogger Designs