Monday, April 07, 2008

Anak-anak ku dan masa depan

Kadangkala aku merasakan hendak melakukan semuanya dalam masa sehari walaupun aku tak mampu. Pernah hati rasa sayu, sedih melihat anak-anak yang kadangkala tidak seperti yang diharapkan. Mengoreksi diri sendiri, seperti itulah gamaknya ibu ku yang berkorban mengasuh dan mendidik ku sejak lahir hingga dewasa, melayan kerenah ku yang degil dan bermacam-macam hal. Tidak dinafikan sehingga kinipun aku masih memerlukan sentuhan ibu ku, nasihatnya, ketenangan dan kekuasaan seorang ibu yang tidak mungkin dapat dicari ganti, walaupun 'sekiranya' punya ibu tiri.

Aku memikirkan lagi sepuluh tahun akan datang, apakah acuan yang berjaya aku terapkan pada anak-anak ku? Adakah mereka bisa mengerti dan membezakan kehidupan mereka dengan kehidupan kanak-kanak yang lain, walaupun aku seperti tidak pernah memikirkan tentang itu, aku lebih mementingkan keperibadian mereka daripada memikirkan pertanyaan yang bakal mereka soalkan pada ku kelak, "Ummi, kenapa rumah kita takde tv macam rumah Atuk?" Oh ya, aku baru teringat baru-baru ini si abang menonton video "Sinchan" melalui you tube. Dalam tu menggambarkan keluarga Sinchan sedang duduk mengerumuni meja, tanpa kerusi memandangkan Sinchan adalah warga Jepun. Tiba-tiba Iemaan bertanya, "Ummi, kenapa takde kerusi?" Aku menjawab, "Rumah kitapun takde kerusi." "Rumah kita ada kerusi la..." "Kat mana?" Aku bertanya walaupun aku sudah dapat meneka jawapannya. "Kat dapur." Aku sengih. Kerusi makan yang dibeli oleh ibubapa ku sewaktu kami baru berpindah di utara ini.

Walaupun takde tv aku sudah risau memikirkan abang yang tak henti-henti menonton ultraman di you tube. Lebih kurang saja fungsi you tube dengan tv, malah dapat ditonton hari-hari cerita yang menjadi kegemarannya. Aku tahu salah aku juga kerana memberi peluang dia mengenali watak-watak kartun seperti itu. Walaupun tidak menonton tv di rumah tetapi dia mampu membezakan ultraman, superman, spiderman, doraemon, sinchan mahupun garfield. Tapi aku tahu kanak-kanak perlukan permainan sebagai hiburannya, sedangkan Aisyah isteri Rasulullah saw pun punya anak patung. Komputer nie sekarang memang dimonopoli oleh si abang sorang. Yang membimbangkan video di you tube bukan semua baik isinya. Silap-silap yang tak sepatutnya turut terselit dan memang bahaya membiarkan si abang menggunakannya seorang diri, walaupun dia tahu dimana hendak tekan play dan kat mana nak cari video seterusnya, mana nak close window, minimize dan log off. Dia tak pandai lagi membaca tapi dia menghafal setiap perbuatan ku.

Dahla aritu masuk nursery selama 4 hari je, sekarang di usia 3 tahun 4 bulan aku memikirkan hendak menghantarnya kembali ke nursery. Tapi bila difikir semula kesan sampingan yang akan dia dapat di sana membuatkan aku berasa bimbang dan berfikir lagi dan lagi. Sedangkan di bawah asuhan ku sendiri dia bertindak tidak wajar apatah lagi jika di bawah asuhan orang lain. Walaupun begitu aku perlu akur satu hari nanti aku pasti terpaksa melepaskan anak-anak ku mengharungi dan mentafsir kehidupannya sendiri. Satu hari aku pasti akan hanya mampu berdoa setelah puas ku tanamkan harapan dan 'tanam pancang'. Ya, aku perlu bersedia menghadapi semua itu. Satu yang aku harapkan aset terbesar ku ini akan mampu menjadi seorang yang mampu 'bekerja' dan mencorakkan dunia ini yang sudah tandus dengan sentuhan tarbiyah acuan Rasulullah saw dan para sahabat.

 
design by Free Blogger Designs