Setelah beberapa hari akhirnya aku abis membaca Ayat-ayat cinta versi Bahasa Melayu. Perasaan? Hati aku gerimis membacanya. Malah sehingga kini aku terbayang-bayang kisah itu. Dan tak dinafikan keromantikan novel itu turut mempengaruhi aku untuk berintonasi yang sama.
Kawan aku kata dia menangis waktu Fahri diseksa di dalam penjara. Tapi aku nangis sewaktu Fahri terlantar sakit, bibirnya tidak henti mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dalam keadaan diluar sedar. Bermimpi bertemu sahabat Nabi, Abdullah bin Mas'ud. Dan sewaktu Aisha menyuruh Fahri berkahwin dengan Maria, demi menyelamatkan nyawa Maria dan suaminya sendiri. Juga yang menyebakkan sewaktu Maria menceritakan mimpinya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan sempat berwudhu'. Betul-betul memberi penangan yang hebat bagi siapa yang membaca novel ini. Ada akhawat tanya, "Akak, kalau kita baca kita sedihla kan..tapi kalau orang biasa-biasa baca agaknya derang sedih tak?" Akupun tak tahu nak jawab apa. Tapi yang pastinya sejak aku baca Ayat-ayat cinta, aku jadi lebih bersemangat untuk menjadi seorang muslimah sejati, dan mempertahankan nikmat Iman dan Islam yang Allah bagi padaku.
Memang tak mudah menjadi sang Fahri. Tapi tak mudah menjadi seorang mukmin sejati andainya memahami Islam. Kebijaksanaan Kang Abik mengolah watak Fahri benar-benar membuat hati aku luluh. Salah satunya sewaktu dia terlantar sakit dan Maria menyentuh pipinya, lantas cepat-cepat Fahri kata, "Jangan Maria tolong, ja..jangan sentuh!"
Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang selayaknya buat Kang Abik yang mencipta novel sebagus ini. Aku sarankan sapa yang tak baca lagi, bacalah kerana anda pasti tidak rugi memilikinya. Sekarang ia telah difilemkan dan akan menyusul tak lama lagi, Ayat-ayat Cinta The Movie. Sudah tentu aku takkan ke panggung semata-mata nak menonton filem ini. Matlamat tak menghalalkan cara. Yang pasti trailernya memang best banget! Oleh kerana aku menyaksikan trailernya terlebih dahulu dari membaca novel ini, aku kerap dibayangi perjalanan filem itu sendiri.
Thanks to Aida sebab bagi link pengarah filem ini iaitu Kisah di balik Ayat-ayat Cinta. Terkesan aku membaca blog dia.
Terasa kerdilnya hamba Allah di muka bumi ini. Apabila aku baca novel tu, aku terasa seolah-olah aku berada di Mesir, menjadi Fahri Abdillah. Dan perjalanan Fahri sebagai seorang muslim yang menjaga akhlak sangat aku kagumi. Teringat sewaktu mula-mula aku dapat hidayah dulu, asalnya aku termasuk blog seorang ikhwah. Buat pertama kalinya aku tergamam membaca ayat-ayatnya yang sungguh terjaga tata tertibnya. Sampai aku tergerak untuk bertanya dengan lebih lanjut kepada beliau supaya aku dapat seorang kawan perempuan dari kalangan beliau. Dan aku terkejut dengan budi bahasanya yang sopan sekali. Tatkala tu aku jadi malu sendiri dan hati aku berkata, "Masih ada rupanya lelaki yang baik kat muka bumi ni"
Dan aku suka dengan watak Fahri yang menjaga masa dan berdisiplin. 10 tahun kehadapan sudah disiapkan perancangan hidupnya.
Kisah Fahri bertemu dengan Aisha juga buat aku teringat sewaktu aku bertemu dengan suami ku. Cara yang sama tapi situasi yang berbeza. Oh ya cuma yang bezanya Fahri pernah bertemu Aisha tapi aku tak pernah bertemu suami aku. Tidak bercinta apalagi tak wujud istilah couple. Lantas aku bersyukur kerana melalui semua ini. Yang diharapkan pernikahan yang barakah dan suci.
Jika aku ditempat Aisha aku juga akan melakukan hal yang sama. Benar apa yang diceritakan Penulis, sebaik-baik Aisha yang mengizinkan Fahri menikah dengan Maria, pasti cemburu tetap ada kerana itulah fitrahnya wanita. Maria seorang gadis kristian yang bertingkahlaku seperti wanita Islam. Di sinilah Penulis berupaya menawan hati non-Muslim untuk mendekati Islam yang mulia. Novel ini banyak menjelaskan kekeliruan mengenai wanita dalam Islam. Hakikatnya Islam memandang mulia kaum wanita dan mengangkat taraf wanita yang dulunya dijadikan hamba, dijadikan objek seks dan ditanam hidup-hidup. Subhanallah, indahnya Islam digambarkan penulis.
Syabas buat Kang Abik atau Habiburrahman el-Shirazy, novelis Sarjana Al Azhar University Cairo. Semoga sentuhan beliau lebih kreatif dan menarik ramai lagi masyarakat khususnya golongan belia untuk membaca karya beliau seterusnya memperolehi 'sesuatu' yang ingin disampaikan oleh penulis..
Jazakallah buat suami tersayang yang menghadiahkan novel ini sebagai tanda ingatan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 pada 26 Disember 2007. Dapat 2 hadiah dan of course yang ini paling bermakna. Hadiah yang ada 'ruh'nya tersendiri.
Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah. Ya Allah, aku mohon redhaMu dan syurgaMu. Amiin.
Sunday, December 30, 2007
Ayat-ayat Cinta
Posted by am0i Ida at 9:28 PM 0 comments
Labels: books, mardhatillah, personal, tazkirah
What did you have for breakfast?
Kena tag dengan Rin mengenai topik di atas. Afwan katheera sebab lambat bonar yer Rin :)
Best juga topik nie. Walaupun kebiasaan kat rumah masa bujang dulu selalu ambil sarapan berat macam nasik lemak segera yang dibeli di kedai :) Kalau tak makan nasik rasa macam tak cukup kenyang. Mungkin sebab aku nie memang jenis kena makan nasik, kalau tak cepat lapar semula. Mungkin juga disebabkan aku ada gastrik dan lebih-lebih lagi EBM.
Tapi kalau pagi sediakan sarapan roti, so lunch kena awal. Dulu roti sandwich tu just disapu dengan kaya tapi sekarang nie minat benar disapu dengan telur hancur@scrambled eggs yang dicampur dengan mayonis dan sedikit lada hitam sebagai perisa (tak buhpun takpe). Kalau abi ada di rumah, abi prefer buat sendiri roti yang dicelup dalam telur dan digoreng menggunakan mentega.
Paling senang nak cepat quaker oat perisa strawberry bubuh dengan susu + air suam. If nak makan nasik lemak jugak malam sebelum tu kena siap-siap buat sambal dan nasik so sok pagi just panaskan je dan just prepare telur rebus, ikan bilis goreng dan timun. Tapi kadang-kadang kukus pau segerapun ok juga. Maklumlah kanak-kanak mudah jemu so kena variasikan sarapan.
Nak tag sapa ya? Takde sapa :)
Posted by am0i Ida at 8:44 PM 0 comments