Apa perasaan anda sekiranya orang yang anda sangkakan baik atau 'perfect' di mata anda, tiba-tiba melakukan perkara di luar jangkaan? Aku rasa perkara seperti ni biasa berlaku dalam masyarakat kita. Selalunya dalam bersahabat la kan? Aku pernah mengalaminya dulu sejak sekolah rendah lagi. Tapi itu zaman budak-budak. Bukan nak highlight sesapa dalam hal nie juz nak share tentang bagaimana kita hendak berhadapan situasi begini. Yang kita perlu buang dalam pemikiran kita ialah daripada menganggap dia perfect kepada biasa-biasa saja. Kerana dia juga manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Cuma apa yang menyebabkan sesetengah dari kita sukar menerimanya ialah bentuk kesalahan yang dilakukan. Mungkin si A nie pada kita seorang yang alim yang selalu menasihati kita dan menegur kita. Selama kita berkawan dengan dia, tak pernah kita nampak dia buat perkara yang tidak manis dipandang. Satu hari kita ternampak dia berdua-dua dengan seorang yang bukan mahramnya, berpegangan tangan pula tu? So apa yang kita akan buat di waktu itu? Marah dia selepas itu? Mendiamkan diri tanda protes? Atau bertanya dengan sapa dia di waktu itu? Mata kita sendiri melihatnya, seolah-olah tidak memerlukan penjelasan kerana mata menceritakan segala-galanya, kata orangla.
Waktu itu kita tidak lagi mempercayai dia seratus-peratus dan persepsi kita terhadapnya sudah berubah. Kita merasakan kita tertipu dengan tingkah lakunya sebelum ini. Hanya kerana satu kesilapan yang dia telah lakukan. Atau mungkin kita belum kenal siapa dia sebenarnya. Aku rasa perkara nie mungkin perlukan penelitian yang mendalam, sebelum menilai seseorang itu. Sama seperti diri kita sendiri, dulu mungkin kita tidak seperti sekarang. Kita akan berubah mengikut dengan sapa kita berkawan, environment disekeliling kita. Masa akan terus berjalan dan teknologi akan terus maju ke hadapan. Dengan kita kita sekalipun akan turut merasai dan mengikuti gelombangnya. Kerana itulah Rasulullah saw bersabda bahawa sesiapa yg berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah, dia tidak akan sesat selama-lamanya. Jadi sejauh mana kita mempraktikkannya akan menyelamatkan diri kita.
Menda-menda macam ni nampak je remeh bagi kita tetapi sebenarnya membawa impak yg besar. Contohnya jika seseorang itu ketagih merokok, sudah pasti dia mengalami kesukaran untuk membuang habit itu walaupun dia sendiri tahu merokok itu haram. Setiap hal yang membawa kepada kemusnahan diri adalah haram. Contoh yang lain jika seseorang itu ketagihan pornografi. Tentu tidak ada sesiapa pun yang dapat menyekat ketagihannya itu melainkan jika dia merasa ALlah itu maha melihat apa yg dia kerjakan. Kita disuruh menyuruh yang makruf dan mencegah pada yang mungkar tetapi pelaksanaannya sudah tentulah diri kita sendiri. Jangan pula kita hanya menyuruh orang berbuat kebaikan tetapi kita pula sebaliknya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (61:1-2)
Walaupun begitu bukan bermakna kita lepas tangan kerana kita disuruh untuk saling nasihat menasihati kepada kebaikan, kebenaran dan kesabaran seperti dalam surah Al-Asr. Cuma yang paling selalu kita dengar orang selalu berkata, "Aku tak layak lagi nak berdakwah, banyak yang kurang, tak mampu..." dan sebagainya. Takkan kita nak tunggu ilmu penuh di dada baru nak menasihati orang? Sampai kiamatpun ilmu Allah itu tidak akan habis. (18:109)
Bukankah kita ini umat terbaik yang diciptakan Allah, kerana kita disuruh untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran (3:110) Jadi tugas berdakwah bukan hanya terletak di bahu ustaz, ustazah semata-mata tetapi tanggungjawab setiap hamba Allah yang berada di muka bumi ini.
Jadi berbalik kepada isu di atas, janganlah hanya kerana seseorang itu yang kita nampak pada pandangan kita baik seperti malaikat tetapi hanya kerana satu kesilapan yang dia lakukan kita terus sisihkan dia dan berprasangka yang bukan-bukan terhadapnya. Dia juga manusia biasa. Sedangkan Nabi Yusuf a.s pun jika tidak mendapat teguran dari Allah sudah pasti melakukan zina. (12:24) Wallahu'alam
Wednesday, September 12, 2007
Kita ummat terbaik
Posted by am0i Ida at 4:44 PM 0 comments
Labels: tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)