Monday, June 13, 2005

Berusahalah!

Pagi nie aku seperti diawang-awangan sebab tidur tak cukup nyenyak malam tadi. Kejap-kejap aku terbangun. Nak kata sebab anak aku bangun mintak susu, sebelum nie pun dah biasa camtu. Kalau nak kata sebab tahajud, itu bukanlah alasan. Kena istiqomah untuk melakukannya setiap malam. Walaupun hanya 2 rakaat. Teringat pesanan seseorang yang hebat, "Bangunlah malam solat untuk doakan anak kita.." Sebenarnya bangun malam bukan setakat time ditimpa masalah je. Bukan setakat time susah je.

Sejak anak aku dah tanak susu badan nie, susu pun otomatik dah kurang. Memangla aku dah senang sebab tak payah risau bila susu penuh atau pasang, tetapi bila tido malam aku kena bangun bancuh susu. Sedih gak sebab susu ibu banyak khasiat. Nampaknya harapan aku nak susukan anak aku sampai umur dia 2 tahun tak kesampaian, cuma 6 bulan je. Sedih sebab nie anak sulong aku. Tapi aku masih menerima rangsangan susu. Aku tetap berharap anak aku akan menyusu badan walaupun dah kurang sangat.

Ukhti Ana nama mujahidah kecil dia RUHUL SYAHIDAH. Ramai gak suka makna syaheedah nie ya. Anak webmaster Sodeeq AMAANI SYAHEEDA. Alhamdulillah, moga yang terbentuk nanti adalah seindah namanya. Rindunya ukhuwwah fillah. Ukht Ana, rindu nak jumpa baby ukht. Sedih rasanya sebab tak dapat jumpa. Sebak pulak rasanya... :(

Dalam diriku, merekalah yang menaikkan semangat ku disaat aku tersungkur. Aku bangun semula untuk teruskan perjuangan ini seorang diri bersama-sama anak ku. Bila suami ku sms kata takut anak dia dah tak kenal dia lagi, akupun terdiam. Aku faham kesedihan dan kesunyian yang ditanggung oleh suami ku. Allah maha mengetahui. Mungkin sekarang belum masanya Dia berikan kami apa yang kami mahu. Dia mahu kami menghargai perhubungan ini. Kerna Dialah, aku memilih suami ku. Mungkin Dia mahu aku sedar dan ingat betul-betul matlamat aku dulu akan pernikahan ini.

Setiap manusia diberikan Allah ujian dalam pelbagai bentuk. Dan kitapun masing-masing diberikan Allah kelebihan serta kekurangan. Kitalah yang akan menentukan adakah kelebihan yang Allah anugerahkan itu kita manfaatkan atau kita bazirkan. Menjengah ke blog Kamalsan membuatkan aku berfikir, "Ya, akupun ada sesuatu yang boleh aku manfaatkan untuk orang lain. Mungkin aku tak berpeluang menyumbang terang-terangan seperti orang lain. Tak bisa ikut program, tak bisa ke situ tak bisa ke sini. Hanya melalui hujung jari sahaja. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk mengajak manusia kepada kebenaran dan kebaikan. Walaupun bahasa aku tak berilmiah, pakai hentam keromo je.

Tertarik dengan ayat Kamalsan, "Yes,each person has their own ability and weaknesses. Even the chosen one also imperfect. It is just matter of how the person use it.

Maybe there are some abilities yet to be unlocked. It is just the matter of finding the right key."

 
design by Free Blogger Designs