Thursday, June 02, 2005

Tudung labuh?

Allahu Akbar!Seronok baca entry kat blog kak aida mengenai isu tudung labuh. Terpanggil untuk bercerita tentang pengalaman aku yang mengenakan tudung labuh. Sebenarnya bukan nak citer aib sendiri tapi untuk pengajaran bersama mudah-mudahan dapat diambil iktibar.

Sesuai dengan perintah Allah dalam surah An-Nuur ayat 31 seperti yang tertera dalam blog kak Aida tu, seharusnya kita sedar bahawa pertama sekali menutup aurat adalah wajib bagi perempuan Islam. Jadi bila kita tutup aurat tu sudah semestinya syarat menutup aurat itu sendiri dipenuhi iaitu menutup seluruh bahagian badan kecuali muka dan telapak tangan. Pakaian kita itu sendiri juga perlulah longgar dan tidak ketat serta tidak menampakkan bayang-bayang atau bentuk tubuh badan kita.

Tapi sekarang nie bertudung bukan kerana tuntutan menutup aurat tetapi sekadar berfesyen. Berapa banyak kaum perempuan di luar sana yang menutup aurat tetapi jelas menampakkan susuk tubuh dan tanpa segan silu melakukan perbuatan terlarang oleh Islam.

Ketepikan perkara itu kerana ia memerlukan penjelasan yg lebih terperinci. So sekarang bila dah tutup aurat tapi timbul pula soal tudung labuh atau tak? Tudung labuh nie biasanya orang sebut juga tudung bulat atau tudung besar yang bidang 60 inci tu. Kenapa orang kata si pemakai tudung labuh tu alim dan sampai ada yang kata riak pula?

Sebenarnya kita fikir camnie jelah. Bila seseorang itu dah pakai tudung labuh, mestilah pakaian diapun jenis labuh jugak dan ada tak kita pernah tengok perempuan yang mengenakan tudung labuh buat perkara2 terlarang seperti yang biasa kita tonton kat shopping complex dan tepi2 jalan? Rasanya aku belum tengok lagi. Tak tahulah kalau ada orang lain pernah tengok. So maknanya bila seseorang itu sudah bersedia pakai tudung labuh secara otomatisnya dia akan jaga perangai dan tingkah dia agar tidak dipandang tak molek oleh orang lain. Kita bukan bercakap soal hipokrit, tetapi apabila kita menjaga tingkah laku kita dek kerana tudung labuh itu menjadi hijab atau pelindung kita dari melakukan maksiat so kita dah ada point kat situ kelebihan orang bertudung labuh ni. Allahu'alam.

Aku nie cakapla fesyen tudung apa semua aku dah pakai. Samalah pakaianpun. Boleh dikatakan perempuan bertudung zaman ni pakai aku dah try dah dulu. Bila aku dah berubah..niat aku nak bertudung labuh datang sendiri. Kenapa aku nak pakai tudung labuh? Tak cukup ke tudung 3 segi yang aku pakai? Dah tutup dada, baju dah longgar, sarung kaki dan sarung tangan dah pakai. Tapi kenapa aku masih diganggu?

Pernah sekali aku hampir kena raba dalam bus padahal aku pakai baju kurung dan aku pakai tudung tutup dada serta aku tak mekap langsung. Kalau nak kata warna baju yang aku pakai, aku ingat lagi aku pakai baju kaler hitam putih (orang kata baju warna tahi cicak) So apa tak kena dengan diri aku? Itu salah satu sebab aku nak pakai tudung labuh. Lagi satu, dari segi peribadi aku rasakan kalau aku bertudung labuh aku akan lebih menjaga tingkah laku aku, sebab aku tahu diri aku nie camne dan ntahla..aku sendiri nak tudung labuh. Aku fikir, kalau orang lain boleh pakai tudung labuh, kenapa aku tak cuba?

Alhamdulillah sejak aku pakai tudung labuh aku tak penah lagi kena menda2 tak elok tu. Cuma aku akuilah ada gakla yang masih usik2 mcm "Assalamualaikum kak long" dan sebagainya. Akupun pelikla dengan manusia nie. Dia tak nampak ke aku nie takde buat apa2 yang menarik perhatian dia. Kadang-kadang rasa nak flying kick je sapa yang kurang ajar tu. Dan aku rasa insya allah aku selamat sangat bila mengenakan tudung labuh. Banyak kelebihannya..aku boleh sorok beg tangan aku nie dalam tudung apa... :)

Dulu aku pernah tergerak nak pakai niqob/niqab..alah yang tutup muka nampak mata je tu. Tapi mak aku tak kasik. Sebab nampak pelik kat Malaysia nie walaupun bukan takde manusia pakai. Tapi bila dah kahwin nie suami aku tak suruh aku pakai walaupun kalau teringin tu aku pakai gak kat dalam bilik. Saje2 tengok kat cermin...seorang sahabat pernah hadiah pulak kat aku.. :)

Samalah macam niqob nie..tak semestinya kita kena pakai 24 jam.. ada sesetengah tempat kalau kita pergi rasa tak selamat kita bolehla pakai. Islam itukan mudah dan indah. Yang bab gosok tudung tu aku rasa macam nak gelak pulak. Aku akui memang nak pakai tudung labuh nie kena extra rajin sketla sebab kena iron dulu baru leh pakai. Lainlah macam tudung turki semua tu ada yang tak payah gosok pun takpe, tak nampak kedut :) Semua nie terletak pada kemahuan kita.

Kalau nak cepat atau misalnya nak ke pasar ke tak semestinya kena tudung labuh. Tudung tiga segi yang 60 inci tu boleh pakai. Jahit tengah dia dan pakai. Takde la susah sangat pun daripada nak pin dengan brooch nanti berlubang sana sini. Terpulang pada masing-masing. Yang penting perbetulkan niat kita biar bertudung tu menjadi sebahagian dari ibadah. Sematkan dalam hati kita betapa indahnya bertudung nie. Aku start pakai tudung labuh pun pertengahan 2003, sampai sekarang aku masih merasakan indahnya aku bertudung labuh. Sampai sekarangpun bila aku tengok diri aku kat cermin aku akan kata, "Eh nie ker aku yang dulu nie?"

Sebenarnya kalau nak bincangkan hal dengan masyarakat kita hari nie, panjang penjelasannya. Ada orang pernah kata, "Alaa pompuan pakai tudung pun tapi kena rogol jugak," "Alaa pakai tudungpun tapi perangai buruk buat hapa," Sebenarnya setakat pemakaian tetapi tingkah laku dan pembawakan diri kita tidak dijagapun tidak bermakna.

Dalam surah An-Nuur ayat 30-31 telah ditekankan oleh Allah bahawa lelaki dan wanita itu perlulah menahan pandangan mereka yakni menundukkan pandangan dari memandang kepada yang haram dan memelihara apa yang sepatutnya mereka pelihara. Bukan itu sahaja, keadaan persekitaran kita sekarang nie pun bukanlah mencerminkan Islam. Kalau kita tengok kat pasar malam contohnya percampuran lelaki perempuan adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Bukan nak cakap pasar malam sahaja, kat sekolah, kat IPT kita nampak pergaulan lelaki perempuan secara bebas sudah berlaku. Sedangkan Rasulullah saw pun cakap perempuan Islam lebih baik solat di rumah dari solat di masjid. Punyalah Islam nie jaga betul-betul kaum wanitanya tetapi kita nie tatau nak hargai semua tu. Hinggakan dalam Quranpun ada surah Nisaa' tapi surah Rijal tak de. (rujuk Arah Wanita Islam - Asy-Syahid Hassan Al-Banna- buku nie Ustazah Bhs Arab kasik kat aku masa aku form 2..alhamdulillah masih simpan sampai skang..walaupun masa tu tak insaf2 lagi) ..Wallahu'alam.

 
design by Free Blogger Designs