Sabar dan manusia memang seharusnya umpama diri dan bayang-bayang. Tanpa sifat sabar tidak akan menjamin pekerti seorang manusia itu untuk menjadi seorang yang berbudi luhur. Sabar diperingkat paling tinggi ialah sewaktu seorang itu cuba menahan marahnya dan sewaktu dia ditimpa musibah atau ujian dari Allah. Mungkin adakala kita tak sedar kita sedang bersabar dan adakalanya kita sendiri cuba mencipta sabar itu walaupun hakikatnya kita memberontak untuk melampiaskan apa yang terbuku di dada kita.
Aku sendiri bukanlah jenis penyabar orangnya. Aku akui aku mudah give up dan hilang sabar. Ada masa tu menda yang remehpun boleh hilang sabar tetapi ada masa jugak menda yang sepatutnya aku marah tapi boleh pulak aku sabar. Mungkin bergantung kepada apa punca kemarahan itu tercetus. Inilah bagusnya Islam kerana ia mendidik hati manusia agar mampu mengawal sifat marahnya dengan cara bersabar. Benar, mukmin yang berjaya menjadi seorang yang sabar ialah yang mempunyai iman yang teguh. Apalagi sekiranya dia berhadapan dengan dugaan yang amat berat dalam hidupnya.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa suka bersabar, nescaya Allah akan memperteguh hatinya. Dan tidak seorangpun diberi kurnia yang lebih baik dan lebih luas daripada sifat sabar."
"Sifat sabar itu cangkul seorang Mukmin. Dan sifat sabar juga panglima tentera Mukmin."
"Bersabar terhadap hal-hal yang engkau tidak menyukainya, terkandung kebaikan yang banyak."
Di dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa Iman itu terbahagi kepada dua iaitu sabar dan syukur.
Aku rasa nak mendidik hati untuk menjadi seorang yang penyabar memerlukan seseorang itu mengetahui matlamat dan fitrah dirinya sendiri selain dari ketulusan dan keikhlasan hati. Sekiranya dia sedar bahawa semua yang terjadi adalah daripada Allah maka dia sendiri akan sedar semua yang terjadi juga akan kembali kepada Allah.
Peringatan untuk diri sendiri dan bagi yang mahu mengambil peringatan.
Wednesday, April 27, 2005
Sabar
Posted by am0i Ida at 7:09 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)