Thursday, March 31, 2005

Degil atau tegas?

Andai dilayan perasaan ini, menitiklah air mata. Andai ku biarkan, bertambah berkecamuk fikiran. Sedihkah aku tika ini? Apa yang aku mahu? Aku mahu anak aku dalam dakapanku? Sudah tentu. Mahukan suami disisi menemani. Mahukan suasana yang solehah. Mahukan apa yang dimahukan Tuhan. Aku tahu aku akan mati. Arwah nenda ku sudah mendahului, aku bila lagi? Terkenangkan arwah aku terasa macam-macam. Mungkin kerana arwah antara orang yang rapat denganku yang telah pergi. Sebelum nie dengar berita pemergian si polan polan. Kini sudah tiba giliran kaum keluargaku. Esok lusa belum tahu siapa. Aku pandang wajah arwah. Ku kucup dahinya. Sejuk ku rasakan. Sesudah itu air mata ku menitis laju tanpa ku pinta. Spontan. Tangisan adik mengiringi tangisan ku. Lagi deras dan tersedu sedan hinggakan dia sendiri enggan mengucup arwah nendanya buat kali terakhir. Dia takut air mata dia akan tumpah ke wajah bersih Tok Mi. Dia ingat pesan abah, jaga air mata tu.

Setiap kali arwah Tok Mi terbayang, aku akan hadiahkan Al-fatihah buatnya. Tak tahulah kenapa aku nak bercerita tentang nenek ku sedangkan pada awalnya aku sedih tentang diri ku. Aku mahu bercerita mengenai kesedihan ku yang datang secara tiba-tiba dek kerana satu panggilan. Bukan serius apapun panggilan tersebut cuma ia akan saling kait-mengait. Akan saling luka melukai. Sebenarnya aku sudah bosan untuk mengulangi kesedihan ini. Bukan aku yang jadi penyebab walaupun memang akulah puncanya. Aku tersepit, aku serba salah. Perlukah aku katakan pada diri ku, "Lantaklah!" Betul ke aku nie degil? Walaupun untuk kebaikan aku tetap dianggap degil. Aku dan degil sudah sebati nampaknya. Apa saja yang aku lakukan yang tidak dipersetujui tetapi aku tetap melakukannya maka aku akan dicop degil. Sebenarnya perkara ini kecil je tapi akibat aku yang degil ini yang tidak mahu beralah dengan orang-orang yang juga degil maka beginilah jadinya. Baru aku teringat, patutlah aku degil. Acuan yang sama rupanya. Mungkin lebih sesuai kalau aku katakan tegas. Tegas di sini maknanya tetap dengan pendirian bukan. Betul lah tu aku ni tegas orangnya rupanya. Agaknya la...Berbelit-belit ayat... :)

Perjuangan

Dapat download nasheed nie dari seorang sahabat. Tak tahu apa tajuknya, perjuangan agaknya dan tak pasti dari kumpulan The Zikr atau Raihan tapi yang pasti Nazrey yang melagukannya. Rasanya masa nie Nazrey dengan The Zikr kut. First time dengar tersentuh hati. Meremang bulu roma dengar.

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya Engkau yang tahu

Ingatan anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Diwaktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang dimanapun ada ketenangan
Dimanapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada tuhan
Kasih-sayang dan pembelaanNya
Bagi insan yang menyerahkan jiwa dan raga, anak dan isteri kepada Allah

 
design by Free Blogger Designs