Monday, March 28, 2005

Bertemu dan berpisah

Pening, sakit kepala dok betulkan template nie. Last-last guna yg asal lagi senang, hehe. Rasa macam nak letak je semua archive file dari zaman yg dulu-dulu tapi tak rajin pulak. Tunggulah sodeeq baru best.

Syukur pada Allah dapat jumpa suami tersayang walaupun cuma 3 hari. Menjadi kebiasaan lepas jumpa je mesti rasa sedih, rasa rindu sgt padahal baru pas jumpa. Itulah rahmat dari Allah terhadap pasangan suami isteri agaknya. Terkadang aku fikir aku dah lepaskan masa berharga dengan suami. Setiap kali mesti fikir camtu. Tapi bila jumpa akupun tak pasti adakah aku manfaatkan ia ataupun aku dah lepaskannya? Bila tak jumpa rasa macam banyak sangat yang hendak diceritakan, diadukan, dilaporkan atau dicurahkan. Masih ingat kata-katanya, "Berjumpa dan berpisah itu adalah lumrah kehidupan lebih-lebih lagi bagi para daie." Cukuplah ia untuk tenteramkan jiwa. Kepada Allah tempat ku pohonkan segala-galanya. Moga Dia memelihara rumahtangga kami. Moga Dia sentiasa memandang kami dengan pandangan rahmat dan kasih-sayangNya. Teringat kata-kata seorang ustaz dalam kaset, disyurga nanti istana yang Allah bina untuk hambaNya amatlah besar. Di dalam sebuah bilik ada bilik lagi, siap ada 70 orang bidadari yang akan menemani penghuninya namun semua itu terlalu kecil bagi Allah melainkan keredhaan Allah. Maknanya semua material disyurga tidak 'heran' bagi Allah melainkan Allah redha ke atasnya. Apalagi material di dunia nie ye tak?

Teringat masa pregnant dulu, selalu membuang airmata. Namapun mengandung, sensitif manjang. Walhal tinggal ditinggalkan sudah biasa sejak bernikah lagi. Ada je yang buatkan hati terusik especially time mabuk dan pening dulu. Hanya telefon dan sms sebagai pengganti. Syukurlah masih bersama keluarga jadi takla rasa kesunyian sgt. Sekarang bila iman dah lahir sunyi tu berkurangan sket. Lebih-lebih lagi wajah iman persis abinya. Dulu masa iman dalam perut rajin bagi tazkiroh. Ni dah kuar berkurangan lak. Balik keja dah penat. Skang nie lak atuk dia suruh bagi makan bubur nasik lak. Atuk kata tak cukup nestum, lembik je rasa budak iman nie. Takde karbohidrat dan sbnya. So sebelum Subuh masak bubur nasik. Bukan pengasuh tu takleh buatkan tapi atuk kata tanak susahkan dia. Nanti demand itu ini kita yang susah. Asalkan atuk bahagia. Aku siap lenyek-lenyek lagi bubur tu biar hancur betul. Rajin lagi blenderkan aje. Cucu kesayangan. Tapi yg sedih tu dengan atuk sebelah sana lak kurang mesra. Jarang jumpa. Imanpun dah kenal orang. Kdg-kdg rasa tak adil je tapi nak buat camna. Sok lusa kalau berdikari sok kena gak berjauhan dengan atuk nenek sini. Semua tu lumrah kehidupan manusia. Hari nie bertemu, sok berpisah. Itu cumalah berpisah di dunia, perpisahan sementara tapi bagaimana bila berpisah jasad dan ruh nanti? Yang penting biarlah bertemu dan berpisah kerana Allah. Mudah-mudahan...ameen.

 
design by Free Blogger Designs