Tuesday, March 15, 2005

Menjadi daie, susah sangatkah?

Jzk kepada contributors di tazkirah berantai kerana menyajikan input yg amat bermanfaat skali agar aku dpt caj iman nie. Tak sangka dpt link nie asalnya lepas menjelajah ke blog Aini dan Ummu Nufayl. Walaupun dah lama post entry nie tapi aku tetap nak copy ke sini untuk tatapan diri sniri dan sesiapa yang mahu mengambil manfaat darinya insya Allah :)


JIKA BOLEH BUAT YANG PAYAH KENAPA BUAT YANG MUDAH ??


Beberapa waktu yang lalu, ketika saya mengambil masa untuk
membaca surat khabar, saya terbaca sebuah kata-kata
sindiran yang cukup unik, sebagaimana yang dapat kita baca
pada judul diatas. Kata-kata diatas dimaksudkan untuk
menyindir birokrasi kerajaan yang dianggap terlalu rumit.
Tetapi dalam hal ini, saya tidak akan membahas
mengenai permasalahan birokrasi kerajaan dengan segala
kerumitannya, akan tetapi saya hanya akan cuba melihat
fenomena dakwah yang kelihatannya agak terkait dengan kata-kata
diatas.



Jika dikatakan bahawa dakwah itu hal yang wajib bagi
tiap-tiap muslim, mungkin semuanya sepakat. Kitapun
seringkali juga mendengar sabda Nabi, yang isinya perintah
untuk menyampaikan risalah Islam ini, walaupun hanya satu
ayat saja. Sedangkan di dalam Al Qur'an sendiri , perintah
untuk berdakwah itu bukan main banyaknya. Misalnya dalam
Ali Imran 110, Allah telah memberikan motivasi dan menyatakan
bahawa kita itu (kaum muslimin) adalah ummat yang terbaik
yang selalu menyeru kepada kebajikan dan mencegah kepada
kemungkaran. Oleh sebab itulah, sebenarnya setiap kita adalah
para da'i (penyeru),tidak terlepas dari kapasiti seruan yang
mampu kita sampaikan.


Tetapi kenyataannya, nampaknya perintah dakwah
ini tidak banyak difahami oleh kita; terbukti jika ada seruan
untuk menjadi naqib naqibah misalnya, kita banyak yang melakukannya dengan mahu tidak mahu,
padahal saya yakin seyakin – yakinnya, bahawa di
kampus ini banyak orang yang kalau hanya menjadi naqib naqibah
saja mampu. Alasan yang paling sering kita jumpai adalah alasan
takut, ilmu kita belum seberapa kenapa sudah mahu
berdakwah. Kalau urusan berdakwah kan seharusnya
diserahkan kepada ahlinya, ya seperti ustaz atau tok guru, padahal
sebenarnya kita sudah tahu, apakah ada ustaz atau tok guru yang
sanggup menjadi naqib di kampus kita. Lalu akhirnya diri kita
lepas tangan dan tidak mahu tahu, apakah kampus kita akan
jadi Sosial, Liberal dan yang
sewaktu dengannya.


Fikiran kita biasanya memang begitu. Kita seringkali
menimpakan tanggung jawab kita kepada orang lain, padahal
dalam kenyataannya, orang yang kita harapkan itu belum tentu
mampu memenuhi harapan kita. Kita tidak pernah berfikir bahawa
diri kita itu sebenarnya merupakan SDD (Sumber Daya Da'i)
yang amat berpotensi. Ya kalau merasa belum cukup persediaan,
bukannya alasan untuk kita lepas tangan dari tanggung jawab, tetapi
seharusnya kita berfikir bagaimana agar kita mempunyai
persiapan untuk itu.


Menjadi da'i, susah sangatkah ?



Jika kita ditanya tentang hal diatas, saya yakin (semoga
ini hasil kekeliruan kita) bahawa jawapannya adalah "sangat susah". Kenapa ?
Kerana menurut anggapan kita, da'i itu harus, pertama mempunyai
ilmu-ilmu yang hebat, seperti kemampuan berbahasa arab,
ilmu hadist, ilmu tafsir, ilmu mantiq, ilmu fiqih. Sedangkan
Fiqih sendiri masih terdiri dari fiqih daulah, fiqih sholat, ......,
fiqih munakahat dan sebagainya. Ini tentu menjadi beban
tersendiri bagi kita, kerana mustahil kita menguasai
semua ilmu itu sekarang, padahal kita dalam kuliah juga masih
dituntut dengan ilmu-ilmu akademik dan sebagainya.
Kedua, mengenai tangung jawab kita terhadap apa yang
kita sampaikan; ertinya sebagai da'i tentu akhirnya hidup kita
akan terbatas, kerana da'i itu adalah contoh bagi yang di
dakwahi. Betapa membebankan jika kita bertemu dengan rakan sepatutnya
ber "Assalamu 'alaikum", padahal kita telah terbiasa dengan
hai hello. Sementara itu kita juga tidak lagi mampu bebas bercinta
dengan bergandingan tangan berdua, kerana jika demikian
orang akan berkata, "Wah, da'i pun berpegangan tangan
dengan teman wanita".


Intinya kehidupan kita menjadi sempit dan terbatas. Mahu
berpakaian yang terbuka jadi tidak kena, mahu beli majalah
yang berunsur lucah jadi malu, mahu komen pasal orang di belakang rasa tak patut dan
lain-lain. Padahal kalau kita tidak menjadi da'i, kan kita mampu
menyatakan "Ya...no problem".



Kalau kita terus memikirkan anggapan-anggapan yang
ada di kepala kita, dan anggapan-anggapan orang lain, tentu
kita tidak akan pernah menjadi da'i, tidak akan pernah menjadi
naqib naqibah, tidak akan pernah menjadi penggerak muslim. Kita
akhirnya hanya santai-santai dan kehidupan kita akan datar
dan tidak berwawasan. Akhirnya orientasi kita terlalu duniawi,
padahal visi dunia itu kan tidak seberapa, kerana kata Allah,
akhirat itu lebih baik dan lebih kekal, wal akhiiraatu khairu wa
abqa.



Tentang anggapan bahawa untuk menjadi da'i mesti
seorang ustaz yang memang mendalami Islam secara khusus,
saya rasa tidak patut; kerana sebenarnya berdakwah itu sesuai
dengan kemampuannya. Kalau kita baru mampu membaca
Alqur'an misalnya, ya itu yang kita sampaikan. Bukankah kata
Rasul, sampaikan dariku walau satu ayat.



Jika membahas masalah ini, saya jadi teringat dengan
peristiwa Pengajian Iktikaf Ramadhan beberapa waktu
yang lalu. Saat itu rakan saya berbincang dengan ustaz
Ibnu Jhuraimi, yang dasar perbincangannya itu tentang ketakutan
berdakwah, kerana menganggap dirinya kurang ilmu. Tetapi
jawapan singkat dari Ustad Jhuraimi menjawab semua
ketakutan itu. Beliau hanya menyatakan "Tidak usah menjadi Nabi
dahulu baru berdakwah". Ertinya apa yang kita punyai, ya
itulah yang akan kita sampaikan. Atau jika kita ingin
menyampaikan sesuatu yang belum kita ketahui, ya kita mesti
belajar dahulu. Tidak perlu menunggu kita menjadi "Nabi" baru
kita berdakwah. Kerana itu merupakan suatu hal yang
mustahil.


Oleh sebab itulah kita tidak usah menyusahkan diri dengan
syarat yang terlalu tinggi sehingga susah untuk mencapainya untuk menjadi seorang da'i,
cukuplah dengan apa yang kita punyai dan tekad membaja
yang ada dalam dada kita. Atau jika kita merasa bahawa
menjadi da'i akan membuat kita terbelenggu, sebenarnya hal
itu menunjukkan bahawa diri kita belum mempunyai iktikad
yang benar untuk berbuat baik. Kita masih ingin bernikmat-nikmat
dengan nafsu duniawi.


Oleh sebab itulah menjadi da'i itu sebenarnya bukanlah
pekerjaan yang sulit, pekerjaan yang tidak mungkin dilakukan,
kerana jika demikian, Allah tentu tidak akan memerintahkan
semua muslim untuk berdakwah ?



Menjadi dai sebenarnya ya menjadi manusia biasa, ya
mempunyai keterbatasan ilmu, ya mempunyai keterbatasan
yang lain; tetapi mungkin satu hal yang perlu di catat adalah,
para da'i mempunyai semangat untuk berbuat baik dan
memperbaiki diri, semangat untuk melaksanakan aktiviti
positif. Sebagaimana di zaman Rasulullah para sahabat juga
beraktiviti secara manusawi, sambil terus memperbaiki diri.



Jadi kalau begitu kenapa kita tidak mengubah paradigma
yang ada di kepala kita, bahawa menjadi da'i itu sulit menjadi
mudah ? Memudahkan bukan bererti memudah-mudahkan,
atau bererti menganggap enteng, tetapi memudahkan ertinya
tidak membuat sesuatu yang pada dasarnya biasa saja menjadi
sesuatu yang terasa sangat sulit, dengan berbagai aturan
yang membuat orang menjadi jauh atau bahkan lari dari
"dakwah".


Dalam bukunya yang berjudul Fiqul Aulawiat, Dr Yusuf
Qardhawy mengatakan bahawa diantara prioriti yang
ditekankan, terutama dibidang fatwa dan dakwah adalah
mendahulukan untuk meringankan dan memudahkan, daripada
memberatkan dan mempersulitkan.



Rosulullah jika ditawarkan untuk memilih antara dua
perkara, maka beliau mengambil yang paling mudah diantara
keduanya selama tidak berdosa, tetapi jika itu berdosa maka
beliau orang yang paling menjauhi daripadanya, begitulah
sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim dari
Aisyah ra.



Jika begitu kenapa kita harus takut dengan bayangan
sendiri, atau takut dengan orang yang menakut-nakuti.
Mulailah azzam itu dalam dirimu dan berkatalah dalam hatimu
"Jadi da'i,.....hmmm .... siapa takut?"

 
design by Free Blogger Designs