Monday, April 17, 2006

Pening

Assalamualaikum semua...
afwan...sebab jarang sgt dpt update blog dan bercerita cam dulu..tp kira alhamdulillah sb dpt gak update walaupun skali skaler..just nak bgtau yang penting2 jer utk sahabat2 tersayang..

Dah tukar plan..nampaknya bersalin kat kl jugak jawabnya sebab dua2 family dah bising..bukan sebab penjagaan pas bersalin tetapi lebih kepada risiko menanti kelahiran...yg aku tak sampai hati tu bila mak aku kata tiap2 malam nak tido mak aku mesti risaukan aku...sbrnya ada lagi citer tapi takpela, akupun nak cepat nie...Iemaan ada nie sib baik tengah main (mainan hello kitty) cam pompuan lak..dah tu modal yg ada kat sini...

Syukurlah waktu aku nak bersalin nie student U pun tengah bz exam..so tak kaco derang..pada mulanya dah plan akhwat nak jaga masa pantang nanti..tp yg availablenya sorang je..bukan apa takut terbersalin awal..memang tak sama anak 1st dan anak ke2..mana nak bawak perut lagi, nak dukung si abang lagi..maklumlah kelahiran rapat...mmglah seronok tp risikonya abang tak faham lagi...tp takpe insya Allah tarbiyah buat si ibu...

Tadi baru balik cek up sebenarnya...kat KBMC (Kg Baru Medical Centre)..tu pun last minit teringat KBMC..kalo tak dah nak pegi Pusrawi Jalan Tun Razak tp tah napa asik dok pening..takut kena operate lagi..alhmdlh doc kat KBMC nie ok sesangat...dia byk tanya kat aku pasal kelahiran anak pertama, dia berpendapat aku operate bukan sebab fetal distress tapi failure induced..adalg mcm2 dia interview aku tapi masa tengah sakit tu mana ingat sgt...insya allah mintak kalian doakan...

Friday, February 03, 2006

Pengalaman mengandungkan anak kedua

Haritu masa kandungan 2bln lebih, doc kata tak kesah kalau baby besar janji bukaan ok so takde masalah nak deliver baby..tp doc yang aku pegi nie (insya allah nak bersalin kat sini) kata kena jaga diet supaya baby tak besar..mungkin maksud dia kalau baby tu kecik sket so nak bersalin secara normal tu lagi mudahla kot...

Doc kata masa skang nie takleh tahu baby tu besar mana..standard cam orang lain..bila masuk 7 bln baru tahu, so dia kata masa nie makanla apa nak makan tp masuk 7 bln kena jaga makan..doc kata kalau dia bagi ubatpun just nak bagi baby sehat je dan bukan ada vitamin..lagi doc pesan elakkan makan mcm nasik lemak, roti canai (nie makanan favourite nie) dan minum susu rendah lemak. Lepas makan nasik tu tak yah makan kuih ke apa...

Doc ada tanya family ada sejarah kencing manis ke, aku cakap setakat nie memang takde...tp tak dinafikan aku memang suka makan coklat dan ais krim...tp sejak lahirkan Iemaan aku dah kurang makan coklat sebab gigi aku ngilu dan sakit bila kena manisan. Skang nie tengok camna. Slalunya baby kedua dan seterusnya akan lebih besar dari yang sebelumnya... Kawan opis lama aku kata nampak perut aku macam tak sebesar masa pregnantkan Iemaan dulu.

Yang pasti azam kali nie nak bagi susu badan sepenuhnya sehingga anak 2 tahun atau lebih insya Allah...Hari tu jumpa sorang kawan dia citer dengan bersemangat tentang susu ibu nie..walaupun keja takde alasan tak dapat bagi susu badan sepenuhnya. Sebab ada akak kat opis tempat dia keja outstation sebulan tapi anak dapat minum susu badan selama dia outstation tu..(dengan memperbanyakkan stok susu) so takde yang mustahil lebih-lebih lagi orang yang tak keja cam aku nie :) Sapa nak consultant percuma tentang susu badan boleh contact kawan aku nie...Sampai kat tempat keja dia akak nie memperjuangkan hak utk mengadakan bilik khas untuk ibu perah@pam susu. Hebatkan?

Aku cadangkan sapa nak dapatkan pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak bole ke Ummikusayang.com

Bertemu kembali

Assalamu'alaikum semua..

Alhamdulillah dapat gak aku menjengah ke blog nie dan blog sahabat2 tersayang..sebenarnya sejak aku pindah ke utara bukan takde tempat nak online tapi rasa macam tak berpeluang jer nak peruntukkan masa betul-betul untuk update blog nie...so kesempatan yang ada di kl aku tak lepaskan peluang nak update.

Alhamdulillah kehidupan aku bertambah bahagia dan seronok skali. Nak citer tak tercerita rasanya. Pengalaman yang aku baru dapat sebagai seorang surirumah amat berharga sekali. Ditambah pula dengan kehadiran orang baru dalam perut nie...Iemaanpun nampaknya suka nak dapat adik...skang nie isu baru ialah nak bersalin kat mana..suami nak aku bersalin di kedah je tapi family aku dah cakap awal2 soh bersalin sini, senang nanti apa-apa derang leh tengok..hmm nie pun satu problem gak nie tapi takpe ada caranya :)

Okla akupun tak leh lama sebab Iemaanpun ada kat sini..dia nie apa ummi dia buat diapun nak buat gak..jazakumullah pada semua yang rajin datang sini tapi takde perkembangan apa-apa, nie pun sekadar menyinggah kejap..Moga jumpa lagi Insya Allah...doakan...

Thursday, August 18, 2005

Perpisahan sementara

Entry terakhir ku di atas kerusi biru ini, di sini dunia yang ku pijak sekian lama akan ku tinggalkan tak lama lagi, menuju ke dunia baru...moga sinar tarbiyyah akan menerangi dunia baru ku insya Allah...

Semalam sorang kawan opis aku dah mengalirkan airmata, walaupun bukan yang rapat tetapi kami penah rapat satu waktu dulu, zaman poya-poya aku dulu :)

Sahabat, dimana-mana bisa punyai sahabat, namun sahabat sejati dan sahabat hakiki itu amat payah dan tidak ternilai, untuk ditandingkan dengan apa-apa saja di dunia ini..itulah teman sejatimu, yang menegur jika tersilap, yang gagah berkata benar walaupun pahit untuk di dengar, demi kebaikanmu...tetapi erti sahabat sekarang nie sebaliknya, di depanmu manis bak tebu tetapi di belakangmu pisau dalam lipatan...

Aku nukilkan kata-kata yang tidak dapat tidak aku sebut sebagai ucapan selamat tinggal sementara, kerana destinasi seterusnya tak tahu bagaimana perjalanannya, walaupun di minda sudah tersusun strategi-strategi yang ingin di kecap bersama...lazimnya selagi kita di dunia ini kita pasti akan berpisah sama ada berpisah hidup atau berpisah mati kerana yang kekal dan abadi hanyalah di 'sana' nanti...afwan katheera semua yang setia menjengah di blog yang tak seberapa ini, andainya mengganggu emosi pembacanya, andai terluka pada yang menatapnya, maafkan diri ini yang serba lemah...kerana satu saja tujuan blog ini diteruskan dan masih bernyawa iaitu untuk berkongsi akan manfaat yang ada dan utk sempadan akan segala keburukannya...

Di bawah nie aku sertakan kata-kata semangat, penguat hati dari sorang sahabat sejati..jazakillah ukhti...hati ini syahdu dan sebak membaca bait bicara ukhti dan maaf kerana mencopy pastekannya di sini, tidak ada niat lain melainkan utk sama-sama kita hisab diri kita agar selalu kembali pada jalan yang benar dan lurus...

Sekian saja buat kali ini..insya Allah jumpa lagi..tidak ada yang bergerak walau sekecil zarahpun melainkan dengan izin Allah...ucapan perpisahan, selawat beramai-ramai ke atas junjungan Rasulullah SAW... :)

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang yang beriman," (Adz-Dzaariyat : 55)


habibatil kareemah,
alhamdulillah ukhti akan ke Kedah dalam masa yg singkat ini ... ana yakin inshaALlah - ukhti, suami dan Iman akan tiba ke "your new jannah" as you've mentioned in your blog berpayung lindungan barakah dan redhaNya jika langkah ukht dalam niat dan cara yg menepati kehendakNYA ...

ukht yg dikasihi,
ana sebenarnya tak tahu apa yg boleh ana kongsikan dgn ukht, demi khaeer dan demi menceriakan hati seorang sahabat yg sangat ana kasihi ... sehari demi sehari, ingin ana balas email ukhti segera tapi mungkin masa, mungkin kemudahan, mungkin juga 'aql dan hati yg lemah tak mampu mencoretkan apa-apa yg bermanfaat buat teman yg dikasihi ... ukhti sayang, ana harap ukhti berangkat ke bait baru dgn penuh harapan dan husndzonn pd ALlah begitu juga ingatan terhadap tanggungjawab dan perjanjianNya dengan kita ... ukhti melangkah ke arah bahagia, kebebasan dan inshaAllah kebaikan demi kebaikan di utara sana ... moga ukhti juga ingat ukhti sedang melangkah ke alam baru, "negeri orang" dan mungkin peranan "baru" sebagai surirumah sepenuh masa ... usah terleka dengan tanggapan yg segalanya akan indah dan mungkin "kerjaya" baru ukht adalah jauh lebih mudah ...

ukhtil kareemah,
sudah biasa dengan jadual kerja dan wang sendiri, ana harap ukht akan cepat "mesra" dgn jadual kerja baru : 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 365 setahun :) selamat datang ke dunia kami, para ibu yg meraikan malam dan hari bersama-sama dan demi anak-anak serta suami ... tanpa mengharapkan gaji, sekadar nafqah yg mencukupi ... istimewanya kerjaya ini ukht, ana tinggalkan pd ukht untuk mencari dan merasainya sendiri - selain drpd apa yg telah dinukilkan dari seerah dan pengalaman-pengalaman ibu-ibu yg lain ...

ukht ...
ana dah tulis banyak sebenarnya, tapi lepas tulis dan fikir balik ... ana rasa sangat lemah untuk terus "menasihati" ... cukuplah setakat ini buat masa ini ... ana rasa ukht juga sudah banyak dibekalkan dengan kata nasihat dan perangsang inshaALlah ... ana mendoakan yg terbaik untuk ukht dan moga panduan serta pengalaman ukht dapat ukht gunakan sebaiknya dalam menempuhi hidup ukhti esok hari dan hari-hari yg seterusnya ... doakanlah ana juga ye ukht ... ana suka untuk terus berkongsi dgn ukht, cuma masa ini ana malu pd ALlah Taala dan juga ukht, ana malu pd diri ana sendiri kerana kdg2 ana rasa 'aql ana lebih kuat dari hati & amal yg terlalu sedikit! allahummaghfirli ... tapi ukht jgn serik bercerita dan berkongsi tazkeer dgn ana ye! :)

satu perkara mungkin - ana ada ceritakan kisah ukhti secara am dan anonymous pd seorg kawan ana yg terpisah jauh dgn suami sbb masa dan jarak ... i told her that, ukht dan suami dekat saja - dlm Malaysia - tapi begitu banyak yg menghalang antuma, and you're strong and getting stronger inshaALlah ... so keep it up ya! macam tulah hidup ni kan ukht, sometimes we feel that we have the biggest problems on earth tapi hakikatnya ada org yg lebih merana dr kita kerana dunia, apalagi yg merana kerana tak dapat hidayah! para kekasih ALlah pun diuji hebat, inikan kita? moga ALlah lindungi kita dengan hidayah dan keredhaanNya sentiasa ...

tabahlah ukht, dan terus tabah ... kami mengiringimu dengan du'a, ALlah bersamamu setiap ketika!

Tuesday, August 16, 2005

Tepuk dada tanya...

Tepuk dada, tanya iman kita kan Ummi?

Teringat kata-kata ayah (ayah angkat) ku sewaktu aku dan adik-beradik singgah di rumah ayah. Pasal citer Ayah Pin. Apa yang ayah kata tu memang masuk akal. Mesti orang cakap, kenapa yang jadi pengikut Ayah Pin tu kebanyakannya orang-orang terpelajar, skolah agama dan alim kata orang...tapi mengapa sampai bole sesat sebegitu? Sebab mereka mendalami ilmu ghaib. Manusia nie bila dah bersahabat dengan syaitan dan jin, maka secara tak langsung mereka tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan kejahatan serta kewarasan. Ini adalah kerana mereka telah dibutakan dan dikelirukan oleh makhluk yang telah berjanji untuk menyesatkan umat Muhammad, selain dari diri mereka sendiri yang menjadikan hawa nafsu sbg tuhan mereka. Ini pendapat peribadi aku berdasarkan pertimbangan yang aku telah lihat dan pengalaman abang aku sendiri yang pernah belajar kat skolah pondok. Memang tidak dinafikan kat skolah-skolah agama ada je citer pasal nie. Tapi masyarakat yang melihat hanya mengatakan, "Tengok, skolah agama.." Perkara sebegini perlu dilihat dengan teliti dan cuba kita ambil pengajaran dan panduan bagaimana mengatasi daripada kita sekadar melempar tuduhan dan menyalahkan pihak itu dan ini. Jangan kerana title belajar agama, skolah agama terus kita tutup pintu hati kita untuk hantar anak-anak kita belajar agama di skolah agama takut anak kita sesat macam mereka yang sesat. Sebenarnya perkara nie terletak pada nawaitu kita. Apa matlamat kita pegi belajar, adakah betul-betul nak belajar mendalami ilmu atau sekadar ikut orang atau kena paksa dengan ibubapa. Memang latar belakang skolah dan guru juga memainkan peranan tapi kita yang berpihak sebagai majoriti yang melihat lagilah memainkan peranan. Ummun Madrasatun (Ibu itu sekolah).


"Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai sebagai nabi dan rasulku,"


Wallahu'alam.

Hati aku gelisah, buat kejapun takde mood. Terkenangkan bonda tersayang yang amat tertekan di saat ini. Mehla mami, ikut Ida kita pegi dok Kedah. I will take u to my new jannah, insya Allah to my biah solehah. Tanpa terjemahan Al-Quran buat aku tercari-cari. Betapa lemahnya aku dalam ingat mengingati.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir," - Al-Baqarah : 284-286

Thursday, August 11, 2005

Gelombang tsu-mawi

Mengunjungi blog ukhti fillah, Rin, membuatkan diri ingin juga menyelit di sini. Semalam masa aku sampai umah, dah pasang ASTRO rupanya! Gara-gara mawi la nie. Penangan mawi. Betul, diri kita sendiripun terikut-ikut untuk mengetahui citer tentang mawi, tentang AF. Mana-mana orang memperkatakannya. Makcik-makcik, yang lelaki pun tak lepas sebut nama Mawi. Alangkah indahnya jika Mawi bertukar jadi pendakwah, tiba-tiba dengan spontan mengajak manusia kepada kebenaran..terus pengsan agaknya peminat2nya...

Yang pasti gelombang tsu-mawi merupakan salah satu budaya hedonisme. Ye ke? Mari baca nie...


assalamualaikum.
hari ini kita dikejutkan dengan budaya hedonisme yang boleh dianggap sebagai melampau yang dianjurkan oleh pihak2 yang hanya mementingkan keuntungan daripada memikirkan kesan yang akan diperolehi terutamanya terhadap golongan muda-mudi(melayu-islam).soalan saya,sejauh manakah peranan ulama' dalam menanggani permasalahan ini?



Jawapan:
Ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan memberi nasihat yang berguna kepada masyarakat melalui pelbagai saluran yang ada. Samada melalui ceramah, penulisan dan sebagainya.

Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budaya hedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja. Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.

Sungguhpun keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, namun bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dan membudaya dalam masyarakat kita. Ini kerana budaya hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonisme juga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan hakikinya sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun anggota masyarakat.

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya di samping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti memberi perhatian yang sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan anak-anak.

Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--

Maksudnya:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?"
(Q.s. Al-An'am: 32).


Firman-Nya lagi:
"...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya."
(Q.s. Ali Imran: 185).


Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya berhibur ini turut dikesan semakin menjadi kegemaran di kalangan kaum remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat dan membimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda yang bakal mewarisi dan memimpin negara ini pada masa depan. Justeru, pembabitan semua pihak perlu dalam mengatasi budaya ini tanpa diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata. Ia boleh dibendung jika semua pihak berganding bahu kerana kerajaan atau remaja tidak dapat mengatasi semua masalah berkenaan secara bersendirian.

Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait rapat dengan pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah. Sehubungan itu, para ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya hidup yang tidak sihat seperti budaya bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan yang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di samping menimbulkan banyak masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sungguhpun ada di kalangan saudara-saudara yang barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja kepada anak-anak, namun perbuatan menyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai kemewahan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan menyayangi mereka kerana ia boleh menjadikan mereka materialistik dan lalai. Sebaliknya, suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja kita dengan iman dan takwa melalui didikan yang sempurna serta pemberian kasih sayang yang secukupnya.

Selain tugas ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan perlu digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh. Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moral serta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan sosial perlu diterapkan kepada remaja secara berterusan. Ini penting kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan moral di kalangan remaja semakin terasa di negara ini sejak kebelakangan ini.

Justeru itu, cara terbaik dan mustajab bagi menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan Rasul-Nya harus kita ambil perhatian dan hayati sungguh-sungguh ke arah membentuk diri lebih beriman dan bertakwa. firman Allah:

Maksudnya:
"Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya)."
(Q.s. Al-Qiamah: 20-21).


Wallahu a'alam

sumber: e-ulama.org

Hijrah satu wawasan

Saje je letak tajuk hijrah satu wawasan, memetik tajuk nasheed kumpulan Inteam rasanya. Aku pun tak ingat.

Sebenarnya, pagi nie aku ngantuk betul..dahla suasana kat opis nie berasap je..walaupun aku kat tingkat 21 tapi dah cukup berasap kat sini..kut mana udara tu masuk kut situla asap jerebu nie masuk yer tak...apapun, semalam buat pertama kalinya aku berniqob depan public..tp menggunakan topeng jerebu tu la! ehe..aku rasa macam sorang doktor yang nak bedah patient...dalam buspun aku tak bukak, setat aku beli menda tu kat mydin aku terus pakai sampai la aku menjejakkan kaki ke umah.

Ada ke nak darurat bila IPU dah cecah paras bahaya? Tahapahapa tah gomen nie. Nak tunggu spital penuh dah tak muat baru nak darurat agaknya. Yang pasti family day opis aku ditangguhkan. Alhamdulillah...macam aku nak pegi pun :)

Tak lama lagi, seminggu lagi aku akan meninggalkan tanah kelahiran ku ini untuk bertukar angin ke belah utara pulak. Kali nie aku seolah-olah tak rasa apa-apa, tak rasa excited nak pindah dan tak rasa sedih nak pindah. Aku rasa cam takde paper berlaku. Tapi yang pasti aku akan bagi notis 24 jam, sebab dulu aku dah bagi notis 3 bulan tapi mak aku suruh tarik balik. Bapa kali nak tebalkan muka jumpa bos ye tak. Bayarpun bayar la..lagipun sebulan gaji, tak macam sesetengah company 3 bln gaji...lagipun mak abah aku bagi lampu hijau. Tunggu dapat gaji baru aku blah.

Aku ingat sampai opis kul 6.55 pagi nie aku nak tido jap tapi terfikir nak update blog nie. Pas nie aku rasa aku tak mungkin cam skang. Mungkin aku update sebulan skali atau tak update langsung. Pc aku kat umah tu ada problem, kena set up balik intenet sume tu..so aku tak pasti CC ada ke kat sana. Lagipun macam aku nak pegi CC. So aku rasa pasnie blog nie menyepi dan bersawang tidak lama lagi, ehe....

Doakan kebahagiaan dan keistiqamahan aku di mana saja aku berada. Aku tak pasti tapi mungkin permulaan aku akan kekok dok tempat yang asing dan sunyi. Tapi yang pasti keja-keja kat umah nu akan bertukar tangan kepada adik-adik aku yang rajin tu. Bila dah jauh nie leh bajet mesti rindu-rindunya derang nie. Masa dekat nak bercukau je...suami akupun dah dapat umah sewa dan tinggal nak pindah je. Patut semalam dah pindah tapi dia kena stayback kat opis so tu yg tertangguh tu. Suami aku siap lukih pelan umah. Murah tu sewa kat sana..umah teres setingkat 3 bilik baru rm250, kalau kat kl jangan harap...

Ini semua akan terjadi dengan izin Allah. Jika takde aral melintang, mudah-mudahan takde masalah. Aku akan berangkat betul-betul pas walimah abang aku selesai.

Wednesday, August 10, 2005

Berhati-hati di jalan raya!

Skill memandu Iemaan semasa menggunakan kenderaan pacuan tiga roda iaitu roda troli :)

Ummi, Iemaan dah besar...
Ummi, betul ke Iemaan bawak keta nie?

Tuesday, August 09, 2005

Rumahku syurgaku?

Tak dapat nak update kerana keadaan tak mengizinkan. Kena buat keja triple tu. Kalau tak, memang dah panjang berjela citer aku pasal family aku yang huru hara skang.

Ingat baru nie dah ok. Tapi mana nak ok kalau bapak aku dah ada orang baru. Mana pandang dah orang lama dan anak-anak dia nie. Tapi ok lagi sebab dia still balik umah. Cuma menda nie dah sampai libatkan pejabat agama dan polis. Jangan tak tahu sampai ugut mengugut tu. Dasyat betul ehe...

Malas aku nak citer apa yang berlaku. Takkan aku nak aibkan mak bapak aku sendirikan. Kalau aku citerpun untuk pengajaran semua. Inilah risiko. Setiap apa yang kita buat memang ada risiko sampai ada kursus pengurusan risiko, risk management. Kalau bercinta dengan manusia risiko dia akan dikecewakan oleh manusia itu sendri. Pengajaran yang bagus buat aku, jangan cakap besar dan jaga mulut bila bercakap. Kalau aku citer, bole buat filem. Penuh tragis dan dramatik.

Hari tu abang, aku dan adik2 pegi umah mak ayah angkat aku. (Selepas ini disebut sebagai mak ayah). Memula aku tak citer tapi abang aku yang bukak citer. Menangis ayah dengar. Mak pun sama. Ayah ingat dah ok dah sebab derang tahu citer2 lama mak ayah kandung aku (selepas ini disebut mami dan abah). Tak sangka derang abah aku buat camnie. Bayangkan mak ayah yang takde talian darah dgn kitorangpun menangis apalagi sedara mara kalau derang tahu. Tapi aku rasa kalau sedara mara abah aku tahu derang takkan nangis. Sebab derang bkn rapat macam serapat mak ayah aku nie. Aku cam biasa kontrol macho, tak nangis depan derang. Ayah memang terkenal dgn sifat penyedih dia. Mak yang kebalpun nangis. Derang pesan kat adik lelaki aku (sebab dia sorang je lelaki tak kahwin lagi, abg aku bakal kahwin), jaga adik2 baik2..kalau dah jadi apa-apa sok, jangan pegi tempat lain, datang sini, ayah terima. Sebab adik2 aku tak rapat dgn derang, yang rapat aku dengan abang aku je sebab kami je yg derang bela sejak kecik.

Mengimbas kisah kecik2 dulu, abg aku sampai kena ikat nak suruh balik umah. Punyalah akrabnya dengan mak ayah angkat nie. Derang pegi memana tak penah tak bawak kami. Mana tak kamcing. Bila dah besar aku dah reti malu nie tu yg segan nak tido umah derang. Yelah, derang bukan muhrim. Tapi aku bersyukur sebab aku ada 2 mak dan ayah. Kandung dan angkat. Syukurlah mak aku ada tempat nak mengadu. Kesian mak aku. Tapi aku rasa bila abah aku nikah dengan Indon, mak aku dapat banyak kelebihan.

Jazakumullah pada semua yang kasik support kat aku. Lumrah kehidupan manusia. Adik ipar aku sndiri pun dah mengalami. 3 tahun tak mengaku bapak tu. Aku? Dulu aku penah berpendirian macam tu tapi skang takde pekdahnya sebab bapak tetap bapak. Ujian itu manis kerana hikmah yang kita dapat sebenarnya adalah untuk kebaikan kita sendiri. Antaranya ialah aku dapat ikut suami aku bila-bila yang aku suka. Alhamdulillah. :)

Wednesday, July 27, 2005

Sebuah pengertian

Akupun tatau nak boh tajuk apa kat atas. Aku tengah banyak keja nie. Mungkin sebab Allah kesiankan aku, tanak aku dok pikir sgt masalah nie. Skang aku tengah kemaruk sms dgn mak dan abah aku, cuba pulihkan apa yang patut. Jari2 nie dah sakit dok tekan2 nie. Sms adik2 aku lagi. Cam ketua keluarga skang nie. Hikmah yang paling berharga lam hidup aku skang..aku akan manfaatkan sebaik2nya. Doakan. Nak sambung keja..

Tuesday, July 26, 2005

Mengapa tergamak dirimu?

Saat nie aku rasa cam nak nangis, walaupun aku cuba tahan dari menangis. Aku benci nangis. Bukan aku sombong, tapi aku tak mahu menangis kerana ia takde kena mengena dengan Allah, walaupun hal yang terjadi nie datangnya dari Allah. Akukah yang pura-pura bertahan, kononnya ego untuk mempamerkan kelemahan aku sebagai wanita yang terkenal dengan air matanya. Bukan apa, aku tak mahu cepat putus asa, sebab tu aku tak suka dan tak nak nangis.

Masa mula-mula menda nie terjadi, aku pikir satu kebaikan buat aku ialah aku dapat segera pindah ke Kedah, ikut suami aku di sana. Tapi skang aku rasa tafsiran aku silap. Perkara nie menyebabkan plan dan strategi aku berubah. Aku tak leh lepas tangan, aku ada tanggungjawab sebab aku kakak sulong. Dahla abang aku nak kahwin bulan depan, jadi lak hal camnie.

Ya Allah, Kau tunjukkanlah..berilah hidayahMu pada kami semua. Aku buntu. Pagi tadi aku rasa nak mengamuk je bila keadaan semakin tak stabil. Aku rasa kalau aku mengamuk baru mak aku cool kut. Tapi kalau cool pun kejap je sebab penangan kali nie amat berat. Terlalu berat bagi seorang wanita. Masa mula-mula kejadian nie meletus, aku kecut perut dan skang aku menaip dalam keadaan jari yang terketar-ketar. Seolah-olah aku sedang takutkan sesuatu. Tadi panggilan telefon dari adik aku sudah cukup buat aku cemas, walaupun aku dah tahu perkara nie. Cuma aku harap mak aku tak buat sesuatu yang tak sepatutnya. Beginilah jadinya bila sunnah itu disalahgunakan. Inilah jadinya kalau tak nak berbincang atau syura. Beginilah jadinya bila kecintaan itu pada manusia. Manusia sifatnya sementara dan berubah-ubah sedangkan Allah itu bersifat kekal. Mak dan pak aku kena tukar konsep. Kalau anaknya ini boleh melakukannya mengapa tidak ibu bapa kandungnya.

Rumah aku huru-hara. Lengang dan membisu. Adik ipar aku kata selenga. Namun kadang-kadang tak semena-mena bergegar dengan 'ledakan bom' yang bertalu-talu lalu mencetuskan kekecohan. Mengapa bapak aku tergamak melakukan ini semua walaupun aku dah tahu menda nie satu ari akan berlaku? Mengapa ketika ini dan di waktu-waktu ini? Zaman kamu sudah senja bapak, mengapa kau biarkan nafsu bermaharaja lela. Di sebelah mak aku pula, aku nie cakap senang la itu ini tapi tak kena batang hidung aku sniri. Ia tak salah tapi caranya saja tak kena, pada keadaan, masa dan tempatnya. Skang nak tarik balik camna? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Inilah jadinya bila bapak aku kahwin lagi satu...

Monday, July 25, 2005

Pesan ikhwan buat akhwat

Sebenarnya aku ada berita tergempar tapi aku tengah tunggu dan lihat. Sekarang nie aku ada something nak bagi. Buat tatapan ukhti fillah yang ku sayangi di luar sana, yang masih harum mekar belum di petik orang...ana doakan agar antum akan disatukan dengan ikhwah yg berada di jalan ini..di jalan onak dan duri..walaupun begitu manisnya tidak terperi...hanya bagi yang mengerti :) Kredit kepada Nailofar.


Ukhtifillah..
(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati
ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak
ada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua
lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kaubangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar
pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada
keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih
Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan
menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.


---

Adapted from article : Wanita Suci
In Asih Retno

(dapat daripada Diana Bandung)

Friday, July 22, 2005

Kisah mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut

Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari madu yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut."

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. "Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut".

Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, "SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehalai rambut". Wallahhualam..

credit to ukhwah.com

Thursday, July 21, 2005

Mak dan Ayah

Kebelakangan nie agak sibuk sket. Bukan sibuk apa, sibuk siapkan bunga telur untuk perkahwinan abang aku tak lama lagi. Setiap kali aku buat bunga telur untuk abang aku, setiap kali tu aku rasa sedih. Sebab terkenangkan gubahan bunga telur abang aku. Sedih tengok. Macam tak caya je tu abang aku buat. Ada ke nak kasik orang camtu. Aku tergelak masa abang aku tunjuk. Abang aku kata dia saja je nak test buat sendiri. Sampai cair warna riben yang nak dibuat bunga tu, sebab lama dok terperap lam keta dia.

Minggu lepas la, aku pegi ziarah abang aku kat Sg. Siput. First time aku pegi umah abang aku sejak dia keja kat sana. Nyaman dan segar..tapi segar lagi suasana kat umah bakal wife dia. Bestnya umah lam kawasan dusun tu! Sampai naik 'se-eh' aku makan durian n buah-buahan. Free of charge. Kalau jualpun sebiji durian baru lima ploh sen. Kat kl tak merasa harga camtu.

Hari tu Iemaan pegi telan skru belakang jam alarm. Aku terkejut gak sebab takde lak dia tercekik. Patut aku tengok beria-ia dia gigit skru lagi satu. Tengok-tengok satu lagi dah takde. Ayah aku kata takpe nanti kuar balik bila dia buang air besar. Setakat nie tisu dan kertas dah makan. Isk...kitapun tak terhandle dibuatnya. Kadang-kadang tak pasan. Ada skali tu masa aku lam bilik, iron yang panas tu dia nak pegi usik. Syukurlah nenek dia nampak. Kalau tak, hmmm...

Tadi aku tergerak nak call mak ayah angkat aku, sebab semalam abah aku mention pasal nak jemput derang. Derang bela aku dan abang aku masa kecik. Last time aku gi umah derang masa aku nak nikah dulu. Alhamdulillah mak bagi positif response. Risau gak kot2 derang kecik ati ke sebab lama dah aku tak kontek. Nak cerita pasal hubungan kami agak komplikated. Bukan ada talian darahpun tapi hubungan yg pernah terjalin dulu begitu akrab. Tapi sayang dah tak seperti dulu disebabkan hal-hal tertentu. Aku tanya skali salah sorang anak mak angkat aku yang dok kat kedah. Bestnya sebab dah ada sedara, takla rasa terpencil nanti. Rindu lak kat mak dan ayah. Ayah angkat aku baru operation masuk besi lam kaki. Umah derang tu dalam proses mahkamah, sebab area umah tu nak robohkan oleh kerajaan. Tapi derang bukan umah setinggan tapi tanah lot. Akupun tatau citer sebenar. Yang aku tahu nanti situ nak buat projek kerajaan dan derang diberi pampasan. Tapi pampasan sket je. Skang nie tunggu dan lihat. Mak kata, tanah terlebih tu derang akan buat rumah untuk derang berdua. Alhamdulillah, aku gembira sangat sebab dapat cakap dengan derang. Risau gak, takut tak sempat sebelum masanya. Yelah, derang dah tua, harapnya aku dapat jumpa derang, nak bawak Iemaan.

Mak seprais bila tahu aku dah ada anak satu. Jangan kata Iemaan, suami akupun derang tak tengok lagi...

Wednesday, July 20, 2005

Ok dah!



"Ummi..Iemaan tak masam dah.." Pulak.. Yerla, dapat main pokok bunga nenek.. :) Gambar nie amik semalam, ehsan neneknya handset chokia.

Monday, July 18, 2005

Nak pegi mana tu?


Nak pegi mana tu?
Originally uploaded by amoisy.
Bukti Iemaan masam bila dok dalam stroller.

Friday, July 15, 2005

Derita Pelarian Palestin

An Israeli army soldier aims his weapon at Palestinian youth during clashes in the West Bank town of Tsurif Wednesday April 13, 2005.Merujuk kepada entry Bilamana hak manusia diperlekehkan oleh kuasa besar, di bawah nie rujukan bagi yang terlepas tengok Majalah 3 mengenai rencana tersebut.

Menyusur derita rakyat Palestin

Thursday, July 14, 2005

Kisah benar

Berikut merupakan reply email dari seseorang kepada seseorang. Kandungan e-mail tersebut berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam kehidupan berumahtangga. Nama yang dipaparkan telah diubah dan diharap menjadi pengajaran kepada semua.

wswbt seri

alhmdh saya sehat dan saya harap awakpun begitu juga..
saya harap awak bykkan bersabar dan istighfar...Allah nak uji tu dan kita sbg manusia kena terima semua tu dgn tenang..saya tahu perasaan awak..saya rasa awak dgn saya sama je perangai..maklumla anak kedua..atas awakpun abg awak kan, lelaki..bawah ada lagi adik2..pastu kita nie anak pompuan sulong..hehe biasalah tu..

jgn kata awak singa betina sayapun lebih singa dr awak..cuma bila dah kawen nie saya jrg menyinga (saya menyinga dulu kat adik beradik saya)...

saya faham..sayapun mmg tak suka org campur tgn dlm hal keluarga walaupun derang tu family kita sniri..sbrnya menda nie mmg kalau tak dikawal bole bawak kepada 'peperangan meletus' antara husband and wife..saya rasa awak lagi penyabar dari saya..saya nie menda kecikpun kdg2 cepat je nak ngamuk, kesian kat suami saya walaupun saya tak tunjuk tp dia bole agak...

saya tak marah atau kecik ati langsung awak tak jadi nak beli umah..mmg tak de rezeki kita nak berjual beli..umah sayapun setakat nie takde org seres nak bayar lg..

saya tanak keruhkan keadaan dgn menyatakan apa2 tentang abg ipar awak tu..cuma pendpt saya mmg umah kat kl byk tapi byk umah bukan atas tanah..maksud saya umah flat, apartment bykla..umah atas tanah mcm teres, banglo mmg sket je..ada pun mmg mahal giler...kdg2 harga tak masuk akal pun ada...tp itula kenyataan umah kat kl...

seri saya sebenarnya nak ucap terima kasih byk2 sb sudi kongsi masalah awak dgn saya..saya mmg perlukan kawan mcm awak sb kita sama2 dah kawin dan ada anak dan ada masalah yg lebih kurang sama...at least awak atau saya sama2 dpt release tension dgn menceritakan masalah masing2...walaupun takde penyelesaian tapi at least hati kita cool sket...

itulah gunanya sahabtkan..bersama di waktu senang atau susah...

bila saya dah kawen, baru saya sedar dan perasan..kita kena belajar how to give and take..sb kita skang nie perlukan persepakatan utk hidup bersama..tak mcm masa bujang dulu bole buat keputusan sniri walaupun parents ada tapi hak kita, kita punya suka nak camne..

tp bile dah married, kena ikut ckp suami..tp saya fikir kita masih bole dikategorikan sbg isteri yg bertuah sb dpt suami yg ada pelajaran dan at least dpt bagi kita nafkah kalau nak dibandingkan org lain yg suaminya takde pelajaran dan kais pagi makan pagi...dgn berfikir mcm tu kita dpt kurangkan rasa depress kita...

saya tengok kat majalah 3 kat tv3, sebuah keluarga daif, duduk kat tepi sebuah kilang lama..dekat sarawak..makanan harian derang nasik berlaukkan sayur dan siput babi...mcm tak percaya tapi itulah hakikatnya..kesian tgk..anak2 derang mandi kat sungai yg tatau bersih ke tak air tu...suami dia keja buruh je..isteri jadi housewife..daif dan harapkan belas org..isteri dia anak 5, sanggup jaga semua anak dan redha dgn ketentuan...kalo saya agaknya tataula...mungkin cam org lain lari tinggalkan suami sb tak sanggup susah dgn dia...

tp bila kita dah kwen dgn dia,kenala terima buruk baik dia kan...mmgla kdg2 rasa tak fair, tak puas hati tp itula lumrah umahtangga..kdg2 geram sb dia tak ikut ckp kita..mentangla isteri yer tak..tp itula hikmah jadi isteri...isteri senang masuk syurga (walaupun kaum pompuan lebih byk dok dlm neraka),,suami nie byk tanggungjwb sb derang pemimpin...kita nie amanah derang dan derang kena jaga..

mcm saya skang nie..ikutkan nak pindah cepat tp sebabkan suami saya byk keperluan tak beli dan rumahpun tak der lagi so terpaksa tunggu..saya nie pun semput...nama je dok ngan mak bapak tapi duitpun cepat abih..saya lagila segan..dahla bagi duit kat mak 50 je sebulan..manala cukup..gaji saya walaupun dah seribu tapi potong tu potong nie..saya ada buat loan utk family saya tak abih byr lagi..dan potong bayaran masa operation bersalin..last2 tinggal rm200 je..cukup2 nak bayar babysitter anak saya...

dulukan seri sebelum suami saya dpt keja lagila depress and very tension...hari2 kena sindir dgn bapak saya sb suami saya tanam anggur dan tak carik keja...mcm2la sampai suami saya kecik ati..kdg2 nak cakap pun serba tak kena...yerla sorang tu suami sorang tu bapak kita..

patutla org kata kalau dah kawin pergi dok sniri, belajar bedikari so nak buat keputusan pun takde campur tgn org lain..dan kitapun dpt rasa susah senang dok berkeluarga...

saya rasa buat masa nie kalau keadaan awak dan suami masih tegang biarkan dulu reda..sb org laki nie bukan cam org pompuan..org pompuan kalau rajuk time tu jugak nak pujuk tapi org laki nie dia nak kena tunggu dia cool dulu..so bila dah ok cuba awak bincang baik2..slow talk org kata...mungkin suami awak tanak ayah awak uruskan sb dia tanak keputusan dia nanti dpt pengaruh dr bapak awak pulak..mmgla kita sniri selesa dgn darah daging kita sniri kan...

awak ada jelaskan tak kat suami awak, awak buat semua nie sb utk keselesaan suami dan kebahagiaan korang? kdg2 suami nie dia tak faham kalau kita tak cakap terus terang..derang bukan cam kita tahu berkias2..kalau kita bagi hintpun derang tak leh tangkap..silap2 derang ingat lain...

tp kalau awak dah bincang tp dia berkeras skang nie terletak pd tgn dia nak buat apa..at least awak dah cuba..dan kalau jadi apa2 nanti dia sniri akan ingat dan sedar balik.."oo nyesal tak ikut ckp isteri aku dulu"..walaupun dia tak ckp kat kita tapi masa tu dia sedar yg kita nie syg kat dia...

saya hrp awak bersabar yer...saya doakan yg terbaik buat awak...jgn layan sgt emosi tu nnt effect kesihatan dan komunikasi awak suami isteri..salam sayang dari saya sahabt awak..

Bilamana hak manusia diperlekehkan oleh kuasa besar

Sebenarnya aku nak menyatakan rasa geram dan menyampah dekat berita yang aku baru baca pagi tadi (tapi paparan berita tersebut adalah paper semalam) mengenai remaja 15 tahun yang dirogol berkali-kali oleh ahli keluarga sniri (bapa saudara dan sepupu) sehingga melahirkan anak. Yang sadisnya ramaja tersebut melahirkan anak dalam tandas asrama sebuah sekolah agama di Kuala Pilah.

Aku tak pasti tapi berkemungkinan besar remaja terbabit tidak tahu dia mengandung. Rakan asrama terkejut tak sangka kawan sniri mengandung disebabkan remaja tersebut berbadan gempal. Sebelum itu, dia dipercayai mengadu sakit perut dan mahu membuang air besar di tandas asrama sekolah itu. Difahamkan mangsa dipercayai dirogol 2 bapa saudara dan 2 sepupunya itu sejak pelajar terbabit berusia 10 tahun hingga 14 tahun iaitu antara 2000 hingga September tahun lalu. Siasatan polis mendapati pelajar itu dipercayai dirogol setiap kali mangsa tinggal di rumah neneknya pada musim cuti sekolah.

Macam tak percaya je zaman yang dikatakan bertamadun tapi masih ada lagi yang berperangai jahiliyah. Aku rasa ikutkan hati nak seksa manusia berperangai haiwan (nak sebut haiwanpun tak sampai hati sebab haiwanpun tak 'makan' anak) daripada hukum penjara (seperti yang selalu dikenakan pada perogol). Setakat sebat tak jadi apa. Nak kata tak educated, orang dulu2pun tak belajar tinggi tapi boleh bezakan mana baik dan mana buruk. Inilah agaknya jenis manusia yang tidak dapat menguasai diri lalu menjadikan hawa nafsu sebagai raja dalam diri mereka.


"Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran." (Al-Jaatsiyah:23)


Lagi satu apabila aku tengok Majalah 3 pasal kemelut yang melanda pelarian Palestin di Kem Sabra & Shatila dimana situ pernah terjadi peristiwa penyembelihan beramai-ramai terhadap rakyat Palestine 23 tahun yang lalu. Klik sini untuk BM dan klik sini untuk BI. Sedih tengok. Sesiapa yang terlepas tengok leh pegi baca pengembaraan wartawan tv3 dalam Mingguan Malaysia baru-baru ni. Betapa manusia sekarang sudah hilang perasaan belas kasihan dan akibat tamakkan kuasa dan harta maka berlakulah penindasan dan kekejaman. Apa yang berlaku di Palestin sesuai dengan tahap keimanan mereka iaitu jihad dengan senjata. Kita nie agaknya kalau terjadi peperangan alamak mau lari dulu. Tidak dinafikan isu Palestine-Israel yang tidak berkesudahan merupakan satu daripada punca kemunculan kumpulan radikal Islam. Sesetengah penganalisis berpendapat ia juga sebagai punca London menjadi serangan bom Khamis lalu. Bagi mereka, serangan itu berlaku kerana penyerang marah terhadap nasib malang rakyat Palestine. Baca lagi...

Berkata seorang penyair, "Kita menampal dunia kita dengan mengoyakkan agama kita, tapi tidak satu pun yang kekal baik dunia atau agama kita"

"Dan orang-orang kafir itu bersenang-lenang (di dunia) dan mereka makan seperti binatang-binatang makan dan neraka adalah tempat mereka tinggal" (Muhammad:12)

Sesungguhnya dunia adalah tempat kita yang sementara, penuh rintangan, ujian dan kesedihan yang memerlukan daya tahan dan kesabaran yang tinggi. Memanglah yang kuffar itu selalunya menang kerana dalam al-quran telah mengatakan dunia ini tempat enak-enak bagi mereka tapi bukan untuk kita kerana kita tempatnya di sana kelak insya allah.

"Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"(Riwayat Muslim)

Apa yang mampu aku dan kita lakukan jika benar kita nie umat Islam dan mengaku bersaudara? Wallahu'alam.

Tuesday, July 12, 2005

Istimewa

Tukar template lain. Tak sangka tengah search jumpa template yang direka oleh orang dari Indonesia. Sapa yang berminat nak cuba sila ke Isnaini.com. Memang senang nak guna. Yang menarik tu dalam BM. Kalau dah boring sok tukar lak.

Kenapa aku pilih tajuk istimewa? Nie bukan istimewa lagu kumpulan Indigo tu seperti dalam tv iklan Sunsilk tu tapi istimewa lain. Istimewa lagu tersebut adalah mengenai seorang wanita tapi istimewa nie masih mengenai manusia tetapi wanita mahupun lelaki bisa saja memperolehinya. Tapi awas kerana bukan calang-calang orang mampu memiliki title istimewa nie. Aku sniripun belum tentu tetapi insya Allah kita berusaha ke arah itu. Yakinilah, setiap dari kita Allah telah ciptakan kelebihan untuk berada di jalan istimewa ini, walaupun susah, walaupun getir untuk dilalui.

"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan..." (At Taubah:42)

Marilah kita bercita-cita menjadi umat yang disayangi Allah.

Dari Anas RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang pada umatku suatu zaman saat itu orang berpegang teguh kepada agama laksana menggenggam bara api." (Riwayat Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia." (Riwayat Muslim)

Wallahu'alam.

 
design by Free Blogger Designs