Saturday, April 23, 2005

Salam Maulidur Rasul 2 R.Awal 1426 : 21 April 05

Al-Mu'allim by Sami Yusuf

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better And made us better creatures,
Oh Allah we've shamed ourselves
We've strayed from Al-Mu'allim,
Surely we've wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah's creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others sleptWhile others ate he'd fast,
While they would laugh he weptUntil he breathed his last,
His only wish was for us to beAmong the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad (O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad (O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad (O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad (The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad (Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kindAnd to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan childAnd to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina (O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Lyrics and Composition: Sami Yusuf
Producer: Sami Yusuf

**Ya Rasulullah, betapa kami merinduimu :( ...

Tuesday, April 19, 2005

Senyum

Nasheed juga adalah hiburan. Ia boleh melalaikan dan ia juga boleh menaikkan semangat seseorang. Hiburan tidak dilarang dalam Islam asalkan ia tidak mealpakan kita dari mengingati Allah. Waktu down, waktu hati marah, geram, apabila terdengar nasheed rasa macam tiba-tiba sejuk ati. Rasa semangat sket. Subuh tadi Iman dah bangun dan bermain-main sendiri. Ummi dia bz siap-siap nak gi keja. Ingatkan nak agah dia lepas mandi sekali nenek dah amik bawak turun bawah. Tak bagipun susu lagi. Pasang nasheed Raihan..ohh senyum. Dengar je senikata rasa cam ceria sket. Maklumlah semalam emosi kurang stabil..dengan tension dan sakit kepala. Semalam lak tu hari lahir aku. Heh, ingat ke hubby tak ingat..dah nak majuk (majuk dah pun) tapi rupanya dia wish lambat sb nak cakap dlm phone instead of sms. Memanglah perempuan nie bab sabar 'kureng' sket. Afwanli habibi. Ujian itu meneguhkan lagi kasih-sayang antara kita, moga bertambah kebal dan kalis dari input2 yg tak sehat, ghazwul fikr.

Senyum [Raihan]

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah

Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah
Senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah senyumlah

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
Senyumlah senyumlah

Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah
Senyumlah senyumlah...

:) :) :)

Wednesday, April 13, 2005

Ada dalam tiada

Aku tak tahulah kenapa sejak kebelakangan nie menjadi-jadi sakit kepala aku. Nak kata sebab asyik ngadap komputer, aku dah pasang skrin untuk mengurangkan rintangan cahaya. Nak kata tak tengok komputer, aku baca paper pun sakit kepala..tapi sakit kepala tu datang bila aku concentrate terhadap sesuatu. Mungkin tanda-tanda mata nak rabun kut. Tapi mungkin jugak sebab aku nie buat keja dalam keadaan stress. Agaknya la..sebab aku tahu jasad aku kat opis tapi fikiran dan hati aku menerawang kat tempat lain. Macam-macam yang aku fikir. Aku akui aku tak tenang dok kat opis sekarang. Bukan sebab environment kat opis nie tapi aku sniri yang bermasalah. Bila aku nak buat keja je aku buat keja separuh jalan. Pastu masuk internet jap nak carik input-input yang bermanfaat untuk relakskan otak tapi still hati aku tak tenang. Kadang-kadang tu berat nak dhuha..tapi alhmdulillah bila dah buat tu rasa ada 'kekuatan' yang Allah beri dalam diri ku.

Asal ada masa sket je pasti tak akan lepaskan peluang untuk syura apa yang patut. Kena catit apa option yang ada untuk digunapakai di waktu kecemasan..hehe..biasala tu...

Monday, April 11, 2005

Semoga mendung berarak pergi

Alhamulillah khabar gembira yang aku dapat bebaru nie telah menceriakan aku yang kebelakangan nie mungkin boleh dikatakan sedih. Walaupun aku cuba sembunyikan tapi bagi yang diberi kelebihan dapat melihat kesedihan yang dipamerkan oleh wajahku. Syukur ku panjatkan walaupun ia belum pasti tetapi berita tersebut seakan membuatkan aku agak excited. Berita ini mampu mengubah kehidupan ku yang ku rasakan jumud nie. Tapi mungkin ada ujian yang bakal aku hadapi disebalik kegembiraan ini. Pasti ada kesedihan. Tak mengapa, setiap yang berlaku pasti ada pro dan kontranya.

Ya Allah, janganlah Kau tarik hidayah setelah Kau berikannya kepada kami, ameen.

Friday, April 08, 2005

Ceria

Wajah-wajah ceria Iman apabila diagah. Yang pasti mulut mesti nganga bila suka :)

diagah oleh Pak Long masa kat R&R Temerloh

diagah oleh Ummi dia dalam keta..seronok bila atuk pegang

diagah oleh Ummi dia lagi...

Tuesday, April 05, 2005

Iman dan buai

Sekarang iman dah pandai sebut 'ba-ba' selain daripada 'ager-ager' dan juga ayat favourite dia waktu nangis iaitu 'nenek'. (Nenek kemain suka lagi, berkat tunjuk ajar yang tidak berbelah bagi :)) Pastu dah leh meniarap sniri dan baring semula. Mungkin dia tak berapa nak meniarap sebab tak larat nak angkat sangat kepala dia yang berat tu :) Nampaknya dia dah ketagih buai semenjak penjaga dia letak dia dalam buaian. Akupun faham penjaga tak leh nak jaga dia sentiasa disebabkan ada kerja lain nak buat. Penjaga dia kata kalau tidur buai lama sket dia lena.Buat masa nie kat umahpun tak bagi buai walaupun kekadang susah gak nak tidurkan dia semenjak dia dah seronok dok buai. Atukpun tak bagi takut nanti nak bawak jenjalan payah.

Lena tido atas Pak Long dia :)

Monday, April 04, 2005

Bukan sebarang ibu

Alhamdulillah hari Sabtu baru-baru nie dapat jua menjalinkan tautan ukhuwah yang sekian lama tidak bertaut ke rumah rin. Dapat juga tengok Handzalah yang comey tu. Rasa macam nak kasik anak aku kembali jadi baby yg baru dilahirkan je. (Macam-macam). Sama-sama kongsi pengalaman memasing sewaktu melahirkan anak sulong memasing :) Tak dapat hendak diceritakan secara terperinci. Yang pasti pengalaman kami amat berharga kerana pengalaman melahirkan tidak sama antara seorang ibu ke ibu yang lain. Pejam celik dah jadi ummi dah rin nie :). Pasni turn sapa lak ye? Oh ya, turn zaujah Aseel;)

Bila baca cerita Abu Handzalah mengenai peristiwa tersebut, hati nie dapat merasakan seperti berada pada situasi itu. Teringat saat-saat cemas sewaktu Iman hendak dilahirkan. Tapi rasa rugi sket sebab tak dapat berada dalam keadaan sedar masa tu. Tak tahulah kenapa sedangkan doktor kata aku separuh sedar apabila dibius nanti. Mungkin badan aku tak tahan dengan dos ubat tersebut atau mungkin kesan ubat tahan sakit. Macam-macam aku teka. Tak kisahla, tapi aku dapat juga saksikan anak aku buat pertama kali walaupun dalam keadaan antara sedar tak sedar (mamai).

Tapi benarlah, walaupun dah sakit dan penat tapi tak lekang dok tanya keadaan anak kita. Tak kisah dah sakit ke apa ke walaupun memang tak tahan dengan kesakitan tu tapi tetap tak lupakan anak. Bila dia ada dalam dakapan kita, perasaan tu tak tahulah nak cakap camna. Kalau boleh nak dia berkepit je dengan kita. Tak sanggup tengok nurse amik dia bawak pegi bilik baby tu. Masa tengah tido dengar suara baby nangis je mesti risau takut anak kita yang nangis. Mesti fikir, "Eh anak aku ke nangis..cian dia..mesti dia lapar nak susu."

Mudah-mudahan kita akan jadi seorang ibu yang bukan sebarang ibu. Ibu yang mampu mengatasi apa jua cabaran duniawi dalam membesarkan anak-anak. Dapat menjadi tulang belakang anak kita dan suami kita, sentiasa memberikan support yang tidak berbelah bagi kpd mereka agar menjadi mutiara yang bersinar, low profile di bumi tetapi famous dikalangan 'orang-orang' langit...

Doa buat Handzalah, moga menjadi anak yang berbakti kepada abi + ummi mu dan pejuang Islam yang agung kepada Tuhanmu. :)

*First time bawak Iman naik putra lrt. Tercengang-cengang muka dia tengok org tu, pandang orang nie. :) Diam je.. masa perjalanan balik barulah dia nak cakap-cakap tapi bahasa dia je yang paham.

Friday, April 01, 2005

Mari caj bateri!

Semangat..semangat. Bersemangat apabila membaca blog sahabat-sahabat nie. Dapat caj bateri iman yang kadangkala turun naik. Jejak semula link2 yang terputus masa kat sodeeq dan blogspot lama (amoi.blogspot.com). Try nak guna blog amoi tu balik tapi dah dicurik orang! Tulah, sapa suruh terminate. Best baca citer nie amik kat blog Ummu..paste cni..takpe ya Ummu. Citer2 lama diapun tahun 2003 tak jemu baca. Bacalah cerita beliau kat sana..best.

ketika satu panggilan jihad menyapa ke seluruh pelusuk negeri, Hubaib bin Maslamah turut tak ketinggalan mempersiapkan diri. seperti biasa, isternya yang setia membantu si suami yang seolah tak sadar menyahut seruan. lalu bertanyalah si isteri:
"dimanakah kita akan bertemu lagi?"

jawab Hubaib, "di tenda panglima pasukan musuh, atau di syurga.. insyaAllah"

ketika perang sedang berada di kemuncak, tentera Islam pun berjaya menawan khemah panglima pasukan kuffar. dengan bangga, tentera Islam bersama dgn Habib menyerbu masuk khemah tersebut. tiba2, langkah Hubaib terhenti, terkejut! terlihat seseorang yg sangat dikenali. seorang wanita memegang sebilah pedang sedang berdiri di tengah khemah.

wanita itu berkata, "Mengapa terkejut? bukankah kita berjanji akan bertemu di tengah khemah panglima pasukan musuh? nah, janji itu skrg telah kita kotakan. ayuh, teruskan langkah agar dpt bertemu di syurga!"

tanpa berlengah, Hubaib meneruskan langkah. dgn rasa syukur di hati atas kurniaan Allah seorg mujahidah pendamping hidup. Hubaib tidak menyangka kata-katanya menjadi suatu cabaran yang disahut!


Subhanallah!!

Thursday, March 31, 2005

Degil atau tegas?

Andai dilayan perasaan ini, menitiklah air mata. Andai ku biarkan, bertambah berkecamuk fikiran. Sedihkah aku tika ini? Apa yang aku mahu? Aku mahu anak aku dalam dakapanku? Sudah tentu. Mahukan suami disisi menemani. Mahukan suasana yang solehah. Mahukan apa yang dimahukan Tuhan. Aku tahu aku akan mati. Arwah nenda ku sudah mendahului, aku bila lagi? Terkenangkan arwah aku terasa macam-macam. Mungkin kerana arwah antara orang yang rapat denganku yang telah pergi. Sebelum nie dengar berita pemergian si polan polan. Kini sudah tiba giliran kaum keluargaku. Esok lusa belum tahu siapa. Aku pandang wajah arwah. Ku kucup dahinya. Sejuk ku rasakan. Sesudah itu air mata ku menitis laju tanpa ku pinta. Spontan. Tangisan adik mengiringi tangisan ku. Lagi deras dan tersedu sedan hinggakan dia sendiri enggan mengucup arwah nendanya buat kali terakhir. Dia takut air mata dia akan tumpah ke wajah bersih Tok Mi. Dia ingat pesan abah, jaga air mata tu.

Setiap kali arwah Tok Mi terbayang, aku akan hadiahkan Al-fatihah buatnya. Tak tahulah kenapa aku nak bercerita tentang nenek ku sedangkan pada awalnya aku sedih tentang diri ku. Aku mahu bercerita mengenai kesedihan ku yang datang secara tiba-tiba dek kerana satu panggilan. Bukan serius apapun panggilan tersebut cuma ia akan saling kait-mengait. Akan saling luka melukai. Sebenarnya aku sudah bosan untuk mengulangi kesedihan ini. Bukan aku yang jadi penyebab walaupun memang akulah puncanya. Aku tersepit, aku serba salah. Perlukah aku katakan pada diri ku, "Lantaklah!" Betul ke aku nie degil? Walaupun untuk kebaikan aku tetap dianggap degil. Aku dan degil sudah sebati nampaknya. Apa saja yang aku lakukan yang tidak dipersetujui tetapi aku tetap melakukannya maka aku akan dicop degil. Sebenarnya perkara ini kecil je tapi akibat aku yang degil ini yang tidak mahu beralah dengan orang-orang yang juga degil maka beginilah jadinya. Baru aku teringat, patutlah aku degil. Acuan yang sama rupanya. Mungkin lebih sesuai kalau aku katakan tegas. Tegas di sini maknanya tetap dengan pendirian bukan. Betul lah tu aku ni tegas orangnya rupanya. Agaknya la...Berbelit-belit ayat... :)

Perjuangan

Dapat download nasheed nie dari seorang sahabat. Tak tahu apa tajuknya, perjuangan agaknya dan tak pasti dari kumpulan The Zikr atau Raihan tapi yang pasti Nazrey yang melagukannya. Rasanya masa nie Nazrey dengan The Zikr kut. First time dengar tersentuh hati. Meremang bulu roma dengar.

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya Engkau yang tahu

Ingatan anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Diwaktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang dimanapun ada ketenangan
Dimanapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada tuhan
Kasih-sayang dan pembelaanNya
Bagi insan yang menyerahkan jiwa dan raga, anak dan isteri kepada Allah

Monday, March 28, 2005

Bertemu dan berpisah

Pening, sakit kepala dok betulkan template nie. Last-last guna yg asal lagi senang, hehe. Rasa macam nak letak je semua archive file dari zaman yg dulu-dulu tapi tak rajin pulak. Tunggulah sodeeq baru best.

Syukur pada Allah dapat jumpa suami tersayang walaupun cuma 3 hari. Menjadi kebiasaan lepas jumpa je mesti rasa sedih, rasa rindu sgt padahal baru pas jumpa. Itulah rahmat dari Allah terhadap pasangan suami isteri agaknya. Terkadang aku fikir aku dah lepaskan masa berharga dengan suami. Setiap kali mesti fikir camtu. Tapi bila jumpa akupun tak pasti adakah aku manfaatkan ia ataupun aku dah lepaskannya? Bila tak jumpa rasa macam banyak sangat yang hendak diceritakan, diadukan, dilaporkan atau dicurahkan. Masih ingat kata-katanya, "Berjumpa dan berpisah itu adalah lumrah kehidupan lebih-lebih lagi bagi para daie." Cukuplah ia untuk tenteramkan jiwa. Kepada Allah tempat ku pohonkan segala-galanya. Moga Dia memelihara rumahtangga kami. Moga Dia sentiasa memandang kami dengan pandangan rahmat dan kasih-sayangNya. Teringat kata-kata seorang ustaz dalam kaset, disyurga nanti istana yang Allah bina untuk hambaNya amatlah besar. Di dalam sebuah bilik ada bilik lagi, siap ada 70 orang bidadari yang akan menemani penghuninya namun semua itu terlalu kecil bagi Allah melainkan keredhaan Allah. Maknanya semua material disyurga tidak 'heran' bagi Allah melainkan Allah redha ke atasnya. Apalagi material di dunia nie ye tak?

Teringat masa pregnant dulu, selalu membuang airmata. Namapun mengandung, sensitif manjang. Walhal tinggal ditinggalkan sudah biasa sejak bernikah lagi. Ada je yang buatkan hati terusik especially time mabuk dan pening dulu. Hanya telefon dan sms sebagai pengganti. Syukurlah masih bersama keluarga jadi takla rasa kesunyian sgt. Sekarang bila iman dah lahir sunyi tu berkurangan sket. Lebih-lebih lagi wajah iman persis abinya. Dulu masa iman dalam perut rajin bagi tazkiroh. Ni dah kuar berkurangan lak. Balik keja dah penat. Skang nie lak atuk dia suruh bagi makan bubur nasik lak. Atuk kata tak cukup nestum, lembik je rasa budak iman nie. Takde karbohidrat dan sbnya. So sebelum Subuh masak bubur nasik. Bukan pengasuh tu takleh buatkan tapi atuk kata tanak susahkan dia. Nanti demand itu ini kita yang susah. Asalkan atuk bahagia. Aku siap lenyek-lenyek lagi bubur tu biar hancur betul. Rajin lagi blenderkan aje. Cucu kesayangan. Tapi yg sedih tu dengan atuk sebelah sana lak kurang mesra. Jarang jumpa. Imanpun dah kenal orang. Kdg-kdg rasa tak adil je tapi nak buat camna. Sok lusa kalau berdikari sok kena gak berjauhan dengan atuk nenek sini. Semua tu lumrah kehidupan manusia. Hari nie bertemu, sok berpisah. Itu cumalah berpisah di dunia, perpisahan sementara tapi bagaimana bila berpisah jasad dan ruh nanti? Yang penting biarlah bertemu dan berpisah kerana Allah. Mudah-mudahan...ameen.

Saturday, March 26, 2005

Oh anak ummi!

Semalam semasa tengah attend kelas arabic aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari ibuku yang mengatakan anak aku menangis tak henti-henti. Aku terus cemas dan kata aku akan balik umah segera sesudah abis kelas. Kebetulan waktu tu pun dah nak pukul 2. Dalam keadaan gelisah tu, apa yang ustazah dok cakap kat depan aku tak concentrate langsung..aku sms suami dan bagitau aku akan pulang ke rumah setelah menceritakan apa yang terjadi. Kebetulan suami on the way untuk menemui ku. Tak lama pastu aku dapat sms dari mak yang mengatakan anak aku dah diam. Tidur dalam buaian (dia tidak diajar tidur dalam buai tapi emergency la tu :)). Alhamdulillah lega rasanya.

Sampai di opis aku call babysitter dan tanya apa terjadi. Dia kata anak aku menangis dalam setengah jam. Tak tahu kenapa. Mungkin perut sebu (masuk angin). Kalau setakat masuk angin aku lega sket. Bukan apa, manalah tahu dia ada terhantuk ke atau terjatuh ke. Aku tak berprasangka pada penjaga anak aku tu tetapi aku terfikirkan adik aku yang mungkin dalam perjalanan ke rumah babysitter, anak aku ada terhantuk ke apa ke. Maklumlah aku kuar keja awal pagi jadi terpaksa mintak tolong adik aku yang hantarkan sebelum dia ke sekolah. Aku tak terfikir dia terjatuh kat umah penjaga sebab aku rasa kalau apa-apa jadi mak cik yang jaga anak aku tu sure bagitau sebab sebelum nie dia penah jaga adik aku. Bukan orang lainpun dah anggap macam sedara. Sedih je aku kenangkan anak aku. Kan bagus kalau dia dapat membesar depan mata aku. Maksud aku, 24 jam dia dok ngan aku. Sebab tu aku rasa sapa yang dok umah jaga anak memang dia bertuah sangat sebab dapat tengok perkembangan anak dia dengan sempurna. Yelah, masa dia kecik nie lah kita dapat jaga dia, tengok dia..dah besar sok dia dok jejauh takde can lagi..nanti bila dia dah kahwin nanti dah jadi half milik orang lain. Cewah jauhnya aku fikir tapi memang betulpun. Memasing ada pendirian memasing.

Aku tak jadi balik umah, tunggu lepas abih waktu pejabat. Dah sampai umah petang cam biasa, aku tengok anak aku. Aku tanya walaupun aku tahu dia tak boleh bagi jawapan. Tengok muka dia sayu je hati aku. Muka takde mood je aku tengok. Yerla kut sakit perut, pujuk hati aku. Tak ceria je aku tengok. Kalau orang agah dia, nak tanak je dia senyum. Syukurlah suami aku ada hari nie so rasa cam tenteram sket. Aku terfikir gak kot-kot anak aku tensen dok umah orang tu sebab aritu aku tengok video camera dalam handset jiran aku tu, anak aku kena buli ngan anak makcik tu. Saja kasik anak aku nangis pastu pujuk balik. Syukurlah aku nie leh bersabar..sangka baik. Lagipun takleh la nak layan sangat perasaan. Cakap pun kena pandai nanti kecik ati babysitter kita gak yang susah nanti. Sabar je yang termampu disamping berdoa moga anak aku takde masalah. :)

Friday, March 25, 2005

Ujian itu amatlah manis

Terngiang-ngiang kata ukhti tersayang, Haridah bahawa ujian itu amatlah manis bagi umat Islam. Dalam peperanganpun sekiranya kita menang kita mendapat ganjaran daripada Allah yang pastinya janji Allah itu adalah benar. Siapakah yang lebih menepati janjinya selain dari Allah [at-Taubah:111]. Tetapi sekiranya kita kalah kita akan mendapat ganjaran sebagai syuhada, syurga menanti di sana. Begitulah istimewanya Islam.

Dunia ini jika kita terlalu memikirkannya maka hati kita akan sakit, dengan kerenah manusia yang pelbagai kerana dunia ini hakikatnya adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Kalau asyik ingatkan dunia maka dunialah yang kita cinta. Contohnya orang sekarang nie mementingkan kemewahan dan keselesaan sedangkan nabi kita sendiri berimpian untuk berdampingan dengan orang-orang miskin. Kita sampai terlupa tujuan sebenar kita hidup di dunia ni. Peringatan untuk diri sendiri :)

Aku punya satu impian yang belum lagi kesampaian iaitu menjadi seorang surirumah yang berjaya :D Tak tahulah bila akan terlaksana. Semakin anak aku membesar semakin aku rasa bertambah jauh impianku untuk dicapai. Dulu sebelum kahwin aku tak penah terfikirpun nak jadi surirumah tetapi sejak dah ada anak, aku rasa nak benti keja je dan tumpukan pada anak aku. Nie baru seorang nanti lagi seorang camna nak handle kalau kerja nanti. Lagipun suami aku memberi galakan 100%. Cuma masalah-masalah sekeliling yang menjadi isu. Biasalah tu, kalau hidup nie senang je tentu tak mencabar, tentu tak happening kata orang. Masih ingat kata-kata seorang ukhti tersayang, hamba bertaqwa, hebat ujiannya, adakala kita bersedih, susah hati, tersisih, adakala menyebabkan air mata mengalir. Bukan duniaMu yang dicari tapi redha Mu Ya Allah. Berikan kami petunjuk dan rezeki mujahadahMu, ameen. Kata-kata itu menjadi penguat semangat, sebagai bonus untuk lebih tabah menghadapi dugaan.

Wednesday, March 23, 2005

Al-fatihah

Nenda tersayang telah ke rahmatullah pada 20 Mac pada 11.33 malam. Waktu tu aku sekeluarga kat umah, kami baru je sampai kl pagi ahad tu. Alhamdulillah dapat jumpa dan bersalaman sewaktu arwah tenat. Cuma tak dapat borak masa tu, tak tahula napa kelu lidah nak berkata-kata. Mungkin kerana melihat keadaan arwah pada masa tu. Alhamdulillah, semua adik-beradik aku dan ipar duai ada untuk memberi penghormatan terakhir. Anak-anak Tok Mi pun ada yang paling jauh di Sarawak sempat balik dan cium arwah sebelum disemadikan. Arwah berumur 87 tahun. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama golongan yang bertaqwa, ameen. Berpisahnya ruh dan jasad adalah lumrah kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti mati [29:57]

Wednesday, March 16, 2005

Mengidam

Baca blog aini tentang dia mengidam dunkin donut. Teringat masa aku pregnant dulu, dunkin donut tu jugala yang aku teringin nak makan. Asal singgah stesen minyak Shell je mesti tanya, "Ada dunkin donut tak?" Tapi takdelah sampai nak beli setiap kali singgah Shell. Boleh gakla kawal hehe. Tapi ada skali tu masa balik keja aku nak makan putu piring yang dijual dekat kawasan rumah ku. Masa tu ayah aku tak lalu situ. Boleh pulak aku nangis sebab tak dapat makan putu piring. Kelakar betul. Tapi aku rasa yang buatkan aku nangis sebab ayah aku tanak singgah kejap untuk beli. Nangispun kontrol tanak bagi mami dan abah aku nampak. Sedih sangat masa tu sampaikan aku cakap dalam hati lepas nie aku tanak mintak apa-apa kat derang. Sanggup tunggu suami aku balik cuti untuk belikan. Tapi kalau aku lalu aku beli, makan puas-puas :)

Ada skali tu aku dengan hubby jenjalan kat kedai..ada jual coklat kat situ. Aku memang hantu coklat. Apalagi nampak coklat tu coklat nie rasa nak beli. Tunjuk kat hubby dan hubby kata, "Takpe, nafsu je tu..insya Allah..." Hubby senyum..maksud hubby tu boleh makan menda lain selain coklat. Aku sengih je..syukurlah tak teringat-ingat sebab kekadang bila tak dapat apa yang kita nak makan, asik dok teringat je...selagi tak beli selagi tu la dok sebut je makanan tu.

Orang tua-tua kata kalau tak tunaikan apa yang orang mengandung nak makan nanti anak yang lahir meleleh je air liur. Patutlah iman air liur meleleh je hehe. Aku tak caya sangat menda tu tapi kekadang tu rasa macam ada kaitan je. Lagi satu pasal kalau anak kita sembur-sembur air liur dia nanti rambut kita gugur. Aku tak caya sebab aku rasa dah memang time rambut kita gugur tu memang perkembangan anak kita macam tu..dia tak pandai kawal air liur dia lagi. Sampai skangpun takde fakta kukuh atau saintifik mengenai mengidam dan kaitannya dengan perubatan. Kekadang kalau aku nak cover aku cakap kat suami, "Bukan Ida nak makan, baby yang nak makan.." :P

Tapi bila bab produk yang ada kait mengait dengan Israel nie, memang aku kalah sebab tak dapat control. Sedih aa gak..ada kontrol tapi terbabas kekadang tu. Insya Allah next baby akan jaga bab yang mendatangkan syubhah nie. Yelah, nanti jadi darah daging, nak kawal camne sebab dah sebati dalam badan. Nanti nak beramalpun malas dan imanpun turut terganggu. Senang cerita bila kita fikir kalau negara kita nie dalam situasi Palestin contohnya, adakah kita sanggup makan makanan yang sebahagian hasil tersebut disalurkan untuk bunuh umat Islam di Malaysia?

Tuesday, March 15, 2005

Menjadi daie, susah sangatkah?

Jzk kepada contributors di tazkirah berantai kerana menyajikan input yg amat bermanfaat skali agar aku dpt caj iman nie. Tak sangka dpt link nie asalnya lepas menjelajah ke blog Aini dan Ummu Nufayl. Walaupun dah lama post entry nie tapi aku tetap nak copy ke sini untuk tatapan diri sniri dan sesiapa yang mahu mengambil manfaat darinya insya Allah :)


JIKA BOLEH BUAT YANG PAYAH KENAPA BUAT YANG MUDAH ??


Beberapa waktu yang lalu, ketika saya mengambil masa untuk
membaca surat khabar, saya terbaca sebuah kata-kata
sindiran yang cukup unik, sebagaimana yang dapat kita baca
pada judul diatas. Kata-kata diatas dimaksudkan untuk
menyindir birokrasi kerajaan yang dianggap terlalu rumit.
Tetapi dalam hal ini, saya tidak akan membahas
mengenai permasalahan birokrasi kerajaan dengan segala
kerumitannya, akan tetapi saya hanya akan cuba melihat
fenomena dakwah yang kelihatannya agak terkait dengan kata-kata
diatas.



Jika dikatakan bahawa dakwah itu hal yang wajib bagi
tiap-tiap muslim, mungkin semuanya sepakat. Kitapun
seringkali juga mendengar sabda Nabi, yang isinya perintah
untuk menyampaikan risalah Islam ini, walaupun hanya satu
ayat saja. Sedangkan di dalam Al Qur'an sendiri , perintah
untuk berdakwah itu bukan main banyaknya. Misalnya dalam
Ali Imran 110, Allah telah memberikan motivasi dan menyatakan
bahawa kita itu (kaum muslimin) adalah ummat yang terbaik
yang selalu menyeru kepada kebajikan dan mencegah kepada
kemungkaran. Oleh sebab itulah, sebenarnya setiap kita adalah
para da'i (penyeru),tidak terlepas dari kapasiti seruan yang
mampu kita sampaikan.


Tetapi kenyataannya, nampaknya perintah dakwah
ini tidak banyak difahami oleh kita; terbukti jika ada seruan
untuk menjadi naqib naqibah misalnya, kita banyak yang melakukannya dengan mahu tidak mahu,
padahal saya yakin seyakin – yakinnya, bahawa di
kampus ini banyak orang yang kalau hanya menjadi naqib naqibah
saja mampu. Alasan yang paling sering kita jumpai adalah alasan
takut, ilmu kita belum seberapa kenapa sudah mahu
berdakwah. Kalau urusan berdakwah kan seharusnya
diserahkan kepada ahlinya, ya seperti ustaz atau tok guru, padahal
sebenarnya kita sudah tahu, apakah ada ustaz atau tok guru yang
sanggup menjadi naqib di kampus kita. Lalu akhirnya diri kita
lepas tangan dan tidak mahu tahu, apakah kampus kita akan
jadi Sosial, Liberal dan yang
sewaktu dengannya.


Fikiran kita biasanya memang begitu. Kita seringkali
menimpakan tanggung jawab kita kepada orang lain, padahal
dalam kenyataannya, orang yang kita harapkan itu belum tentu
mampu memenuhi harapan kita. Kita tidak pernah berfikir bahawa
diri kita itu sebenarnya merupakan SDD (Sumber Daya Da'i)
yang amat berpotensi. Ya kalau merasa belum cukup persediaan,
bukannya alasan untuk kita lepas tangan dari tanggung jawab, tetapi
seharusnya kita berfikir bagaimana agar kita mempunyai
persiapan untuk itu.


Menjadi da'i, susah sangatkah ?



Jika kita ditanya tentang hal diatas, saya yakin (semoga
ini hasil kekeliruan kita) bahawa jawapannya adalah "sangat susah". Kenapa ?
Kerana menurut anggapan kita, da'i itu harus, pertama mempunyai
ilmu-ilmu yang hebat, seperti kemampuan berbahasa arab,
ilmu hadist, ilmu tafsir, ilmu mantiq, ilmu fiqih. Sedangkan
Fiqih sendiri masih terdiri dari fiqih daulah, fiqih sholat, ......,
fiqih munakahat dan sebagainya. Ini tentu menjadi beban
tersendiri bagi kita, kerana mustahil kita menguasai
semua ilmu itu sekarang, padahal kita dalam kuliah juga masih
dituntut dengan ilmu-ilmu akademik dan sebagainya.
Kedua, mengenai tangung jawab kita terhadap apa yang
kita sampaikan; ertinya sebagai da'i tentu akhirnya hidup kita
akan terbatas, kerana da'i itu adalah contoh bagi yang di
dakwahi. Betapa membebankan jika kita bertemu dengan rakan sepatutnya
ber "Assalamu 'alaikum", padahal kita telah terbiasa dengan
hai hello. Sementara itu kita juga tidak lagi mampu bebas bercinta
dengan bergandingan tangan berdua, kerana jika demikian
orang akan berkata, "Wah, da'i pun berpegangan tangan
dengan teman wanita".


Intinya kehidupan kita menjadi sempit dan terbatas. Mahu
berpakaian yang terbuka jadi tidak kena, mahu beli majalah
yang berunsur lucah jadi malu, mahu komen pasal orang di belakang rasa tak patut dan
lain-lain. Padahal kalau kita tidak menjadi da'i, kan kita mampu
menyatakan "Ya...no problem".



Kalau kita terus memikirkan anggapan-anggapan yang
ada di kepala kita, dan anggapan-anggapan orang lain, tentu
kita tidak akan pernah menjadi da'i, tidak akan pernah menjadi
naqib naqibah, tidak akan pernah menjadi penggerak muslim. Kita
akhirnya hanya santai-santai dan kehidupan kita akan datar
dan tidak berwawasan. Akhirnya orientasi kita terlalu duniawi,
padahal visi dunia itu kan tidak seberapa, kerana kata Allah,
akhirat itu lebih baik dan lebih kekal, wal akhiiraatu khairu wa
abqa.



Tentang anggapan bahawa untuk menjadi da'i mesti
seorang ustaz yang memang mendalami Islam secara khusus,
saya rasa tidak patut; kerana sebenarnya berdakwah itu sesuai
dengan kemampuannya. Kalau kita baru mampu membaca
Alqur'an misalnya, ya itu yang kita sampaikan. Bukankah kata
Rasul, sampaikan dariku walau satu ayat.



Jika membahas masalah ini, saya jadi teringat dengan
peristiwa Pengajian Iktikaf Ramadhan beberapa waktu
yang lalu. Saat itu rakan saya berbincang dengan ustaz
Ibnu Jhuraimi, yang dasar perbincangannya itu tentang ketakutan
berdakwah, kerana menganggap dirinya kurang ilmu. Tetapi
jawapan singkat dari Ustad Jhuraimi menjawab semua
ketakutan itu. Beliau hanya menyatakan "Tidak usah menjadi Nabi
dahulu baru berdakwah". Ertinya apa yang kita punyai, ya
itulah yang akan kita sampaikan. Atau jika kita ingin
menyampaikan sesuatu yang belum kita ketahui, ya kita mesti
belajar dahulu. Tidak perlu menunggu kita menjadi "Nabi" baru
kita berdakwah. Kerana itu merupakan suatu hal yang
mustahil.


Oleh sebab itulah kita tidak usah menyusahkan diri dengan
syarat yang terlalu tinggi sehingga susah untuk mencapainya untuk menjadi seorang da'i,
cukuplah dengan apa yang kita punyai dan tekad membaja
yang ada dalam dada kita. Atau jika kita merasa bahawa
menjadi da'i akan membuat kita terbelenggu, sebenarnya hal
itu menunjukkan bahawa diri kita belum mempunyai iktikad
yang benar untuk berbuat baik. Kita masih ingin bernikmat-nikmat
dengan nafsu duniawi.


Oleh sebab itulah menjadi da'i itu sebenarnya bukanlah
pekerjaan yang sulit, pekerjaan yang tidak mungkin dilakukan,
kerana jika demikian, Allah tentu tidak akan memerintahkan
semua muslim untuk berdakwah ?



Menjadi dai sebenarnya ya menjadi manusia biasa, ya
mempunyai keterbatasan ilmu, ya mempunyai keterbatasan
yang lain; tetapi mungkin satu hal yang perlu di catat adalah,
para da'i mempunyai semangat untuk berbuat baik dan
memperbaiki diri, semangat untuk melaksanakan aktiviti
positif. Sebagaimana di zaman Rasulullah para sahabat juga
beraktiviti secara manusawi, sambil terus memperbaiki diri.



Jadi kalau begitu kenapa kita tidak mengubah paradigma
yang ada di kepala kita, bahawa menjadi da'i itu sulit menjadi
mudah ? Memudahkan bukan bererti memudah-mudahkan,
atau bererti menganggap enteng, tetapi memudahkan ertinya
tidak membuat sesuatu yang pada dasarnya biasa saja menjadi
sesuatu yang terasa sangat sulit, dengan berbagai aturan
yang membuat orang menjadi jauh atau bahkan lari dari
"dakwah".


Dalam bukunya yang berjudul Fiqul Aulawiat, Dr Yusuf
Qardhawy mengatakan bahawa diantara prioriti yang
ditekankan, terutama dibidang fatwa dan dakwah adalah
mendahulukan untuk meringankan dan memudahkan, daripada
memberatkan dan mempersulitkan.



Rosulullah jika ditawarkan untuk memilih antara dua
perkara, maka beliau mengambil yang paling mudah diantara
keduanya selama tidak berdosa, tetapi jika itu berdosa maka
beliau orang yang paling menjauhi daripadanya, begitulah
sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim dari
Aisyah ra.



Jika begitu kenapa kita harus takut dengan bayangan
sendiri, atau takut dengan orang yang menakut-nakuti.
Mulailah azzam itu dalam dirimu dan berkatalah dalam hatimu
"Jadi da'i,.....hmmm .... siapa takut?"

Monday, March 14, 2005

Keluarga bahagia


keluarga bahagia :)



Kiut tak lukisan nie?  Adik aku yang 2nd last yang ku panggil 'kakak' yang lukihkan.  Dia memang ada bakat jadi pelukis.  Cool je aku tengok lukisan nie.  Nampak happy je kami :)  Semoga berbahagia dan sentiasa dalam peliharaan Allah, doaku hari-hari :)

Saturday, March 12, 2005

Kenikmatan yang harus dipertahankan

Astaghfirullah..aku harus berbaik sangka pada Allah. Menda yang aku taip panjang lebar tadi hilang dek tersilap tekan butang untuk 'copy' apa yang aku taip. Mungkin aku perlu baca Quran dulu tadi barulah menulis. Memang kelalaian aku sniri :)

Sebenarnya rasa bertuah dan bersyukur sangat sebab iman nie dah recaj lagi. Alhamdulillah bertambah semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Semuanya kerana Allah yang mengizinkan semua ini berlaku. Ya Allah aku ini hamba-Mu yang slalu melupakan Engkau namun Kau tidak pernah melupakan daku.

Friday, March 11, 2005

Seorang lagi bergelar ibu

Tahniah kepada nurin dan abu handzalah atas kehadiran cahaya mata pertama pada 1 Mac 2005 yang diberi nama HANDZALAH. Memang sesuai sangatlah panggil abu handzalah skang ya..nurin lak ummu handzalah :) Semoga menjadi anak yang soleh lagi mujahid insya Allah.

Dah dapat keizinan dari rin untuk ziarah tapi tak tahu bila nak pegi..hmm..insya Allah soon.

Alhamdulillah keadaan genting yang berlaku kebelakangan nie dah reda sket. Pening gak dibuatnya. Biasalah manusia mana yang takde masalah. Kalau takde masalah tu satu masalah gak tu :) Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada ku ameen.

Friday, March 04, 2005

Akhirnya saya tahu

Suatu hari, ayah dari suatu keluarga yang sangat sejahtera membawa anaknya melawat ke sebuah negara yang sebahagian besar penduduknya hidup dari hasil pertanian, dengan niat untuk menunjukkan bagaimana kehidupan orang-orang yang miskin kepada anaknya.

Mereka menghabiskan waktu seharian di sebuah tanah pertanian milik keluarga yang kelihatan sangat miskin. Apabila pulang dari perjalanan tersebut, sang ayah bertanya kepada
anaknya.

"Bagaimana perjalanan tadi?"
"Sungguh luar biasa, Pa."
"Kamu lihat kan bagaimana kehidupan mereka yang miskin?"tanya sang ayah.
"Iya, Pa," jawabnya.
"Jadi, apa yang dapat kamu pelajari dari perjalanan ini?" tanya ayahnya lagi.

Si anak menjawab,

"Saya melihat kenyataan bahawa kita mempunyai seekor haiwan peliharaan sedangkan mereka memiliki empat ekor.

Kita miliki sebuah kolam yang panjangnya hanya sampai ke tengah-tengah taman, sedangkan mereka memiliki sungai kecil yang tak terhingga panjangnya.

Kita memasang lampu taman yang dibeli dari luar negeri dan mereka memiliki bintang-bintang di langit untuk menerangi taman mereka.

Beranda rumah kita begitu lebar mencapai halaman depan dan milik mereka seluas horizon.

Kita tinggal dan hidup di tanah yang sempit sedangkan mereka mempunyai tanah sejauh mata memandang.

Kita memiliki pelayan yang melayani setiap keperluan kita tetapi mereka melayani diri mereka sendiri.

Kita membeli makanan yang akan kita makan,tetapi mereka menanam sendiri.

Kita mempunyai dinding indah yang melindungi diri kita dan mereka memiliki teman-teman untuk menjaga kehidupan mereka."

Dengan cerita tersebut, sang ayah tidak dapat berkata apa-apa.

Kemudian si anak menambah,

"Terima kasih, Pa, akhirnya saya tahu betapa miskinnya diri kita."

Ihsan dari usrah@rpi

 
design by Free Blogger Designs