Terngiang-ngiang kata ukhti tersayang, Haridah bahawa ujian itu amatlah manis bagi umat Islam. Dalam peperanganpun sekiranya kita menang kita mendapat ganjaran daripada Allah yang pastinya janji Allah itu adalah benar. Siapakah yang lebih menepati janjinya selain dari Allah [at-Taubah:111]. Tetapi sekiranya kita kalah kita akan mendapat ganjaran sebagai syuhada, syurga menanti di sana. Begitulah istimewanya Islam.
Dunia ini jika kita terlalu memikirkannya maka hati kita akan sakit, dengan kerenah manusia yang pelbagai kerana dunia ini hakikatnya adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Kalau asyik ingatkan dunia maka dunialah yang kita cinta. Contohnya orang sekarang nie mementingkan kemewahan dan keselesaan sedangkan nabi kita sendiri berimpian untuk berdampingan dengan orang-orang miskin. Kita sampai terlupa tujuan sebenar kita hidup di dunia ni. Peringatan untuk diri sendiri :)
Aku punya satu impian yang belum lagi kesampaian iaitu menjadi seorang surirumah yang berjaya :D Tak tahulah bila akan terlaksana. Semakin anak aku membesar semakin aku rasa bertambah jauh impianku untuk dicapai. Dulu sebelum kahwin aku tak penah terfikirpun nak jadi surirumah tetapi sejak dah ada anak, aku rasa nak benti keja je dan tumpukan pada anak aku. Nie baru seorang nanti lagi seorang camna nak handle kalau kerja nanti. Lagipun suami aku memberi galakan 100%. Cuma masalah-masalah sekeliling yang menjadi isu. Biasalah tu, kalau hidup nie senang je tentu tak mencabar, tentu tak happening kata orang. Masih ingat kata-kata seorang ukhti tersayang, hamba bertaqwa, hebat ujiannya, adakala kita bersedih, susah hati, tersisih, adakala menyebabkan air mata mengalir. Bukan duniaMu yang dicari tapi redha Mu Ya Allah. Berikan kami petunjuk dan rezeki mujahadahMu, ameen. Kata-kata itu menjadi penguat semangat, sebagai bonus untuk lebih tabah menghadapi dugaan.
Friday, March 25, 2005
Ujian itu amatlah manis
Posted by am0i Ida at 11:52 AM 0 comments
Labels: personal
Wednesday, March 23, 2005
Al-fatihah
Nenda tersayang telah ke rahmatullah pada 20 Mac pada 11.33 malam. Waktu tu aku sekeluarga kat umah, kami baru je sampai kl pagi ahad tu. Alhamdulillah dapat jumpa dan bersalaman sewaktu arwah tenat. Cuma tak dapat borak masa tu, tak tahula napa kelu lidah nak berkata-kata. Mungkin kerana melihat keadaan arwah pada masa tu. Alhamdulillah, semua adik-beradik aku dan ipar duai ada untuk memberi penghormatan terakhir. Anak-anak Tok Mi pun ada yang paling jauh di Sarawak sempat balik dan cium arwah sebelum disemadikan. Arwah berumur 87 tahun. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama golongan yang bertaqwa, ameen. Berpisahnya ruh dan jasad adalah lumrah kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti mati [29:57]
Posted by am0i Ida at 10:48 AM 0 comments
Wednesday, March 16, 2005
Mengidam
Baca blog aini tentang dia mengidam dunkin donut. Teringat masa aku pregnant dulu, dunkin donut tu jugala yang aku teringin nak makan. Asal singgah stesen minyak Shell je mesti tanya, "Ada dunkin donut tak?" Tapi takdelah sampai nak beli setiap kali singgah Shell. Boleh gakla kawal hehe. Tapi ada skali tu masa balik keja aku nak makan putu piring yang dijual dekat kawasan rumah ku. Masa tu ayah aku tak lalu situ. Boleh pulak aku nangis sebab tak dapat makan putu piring. Kelakar betul. Tapi aku rasa yang buatkan aku nangis sebab ayah aku tanak singgah kejap untuk beli. Nangispun kontrol tanak bagi mami dan abah aku nampak. Sedih sangat masa tu sampaikan aku cakap dalam hati lepas nie aku tanak mintak apa-apa kat derang. Sanggup tunggu suami aku balik cuti untuk belikan. Tapi kalau aku lalu aku beli, makan puas-puas :)
Ada skali tu aku dengan hubby jenjalan kat kedai..ada jual coklat kat situ. Aku memang hantu coklat. Apalagi nampak coklat tu coklat nie rasa nak beli. Tunjuk kat hubby dan hubby kata, "Takpe, nafsu je tu..insya Allah..." Hubby senyum..maksud hubby tu boleh makan menda lain selain coklat. Aku sengih je..syukurlah tak teringat-ingat sebab kekadang bila tak dapat apa yang kita nak makan, asik dok teringat je...selagi tak beli selagi tu la dok sebut je makanan tu.
Orang tua-tua kata kalau tak tunaikan apa yang orang mengandung nak makan nanti anak yang lahir meleleh je air liur. Patutlah iman air liur meleleh je hehe. Aku tak caya sangat menda tu tapi kekadang tu rasa macam ada kaitan je. Lagi satu pasal kalau anak kita sembur-sembur air liur dia nanti rambut kita gugur. Aku tak caya sebab aku rasa dah memang time rambut kita gugur tu memang perkembangan anak kita macam tu..dia tak pandai kawal air liur dia lagi. Sampai skangpun takde fakta kukuh atau saintifik mengenai mengidam dan kaitannya dengan perubatan. Kekadang kalau aku nak cover aku cakap kat suami, "Bukan Ida nak makan, baby yang nak makan.." :P
Tapi bila bab produk yang ada kait mengait dengan Israel nie, memang aku kalah sebab tak dapat control. Sedih aa gak..ada kontrol tapi terbabas kekadang tu. Insya Allah next baby akan jaga bab yang mendatangkan syubhah nie. Yelah, nanti jadi darah daging, nak kawal camne sebab dah sebati dalam badan. Nanti nak beramalpun malas dan imanpun turut terganggu. Senang cerita bila kita fikir kalau negara kita nie dalam situasi Palestin contohnya, adakah kita sanggup makan makanan yang sebahagian hasil tersebut disalurkan untuk bunuh umat Islam di Malaysia?
Posted by am0i Ida at 3:28 PM 0 comments
Labels: personal
Tuesday, March 15, 2005
Menjadi daie, susah sangatkah?
Jzk kepada contributors di tazkirah berantai kerana menyajikan input yg amat bermanfaat skali agar aku dpt caj iman nie. Tak sangka dpt link nie asalnya lepas menjelajah ke blog Aini dan Ummu Nufayl. Walaupun dah lama post entry nie tapi aku tetap nak copy ke sini untuk tatapan diri sniri dan sesiapa yang mahu mengambil manfaat darinya insya Allah :)
JIKA BOLEH BUAT YANG PAYAH KENAPA BUAT YANG MUDAH ??
Beberapa waktu yang lalu, ketika saya mengambil masa untuk
membaca surat khabar, saya terbaca sebuah kata-kata
sindiran yang cukup unik, sebagaimana yang dapat kita baca
pada judul diatas. Kata-kata diatas dimaksudkan untuk
menyindir birokrasi kerajaan yang dianggap terlalu rumit.
Tetapi dalam hal ini, saya tidak akan membahas
mengenai permasalahan birokrasi kerajaan dengan segala
kerumitannya, akan tetapi saya hanya akan cuba melihat
fenomena dakwah yang kelihatannya agak terkait dengan kata-kata
diatas.
Jika dikatakan bahawa dakwah itu hal yang wajib bagi
tiap-tiap muslim, mungkin semuanya sepakat. Kitapun
seringkali juga mendengar sabda Nabi, yang isinya perintah
untuk menyampaikan risalah Islam ini, walaupun hanya satu
ayat saja. Sedangkan di dalam Al Qur'an sendiri , perintah
untuk berdakwah itu bukan main banyaknya. Misalnya dalam
Ali Imran 110, Allah telah memberikan motivasi dan menyatakan
bahawa kita itu (kaum muslimin) adalah ummat yang terbaik
yang selalu menyeru kepada kebajikan dan mencegah kepada
kemungkaran. Oleh sebab itulah, sebenarnya setiap kita adalah
para da'i (penyeru),tidak terlepas dari kapasiti seruan yang
mampu kita sampaikan.
Tetapi kenyataannya, nampaknya perintah dakwah
ini tidak banyak difahami oleh kita; terbukti jika ada seruan
untuk menjadi naqib naqibah misalnya, kita banyak yang melakukannya dengan mahu tidak mahu,
padahal saya yakin seyakin – yakinnya, bahawa di
kampus ini banyak orang yang kalau hanya menjadi naqib naqibah
saja mampu. Alasan yang paling sering kita jumpai adalah alasan
takut, ilmu kita belum seberapa kenapa sudah mahu
berdakwah. Kalau urusan berdakwah kan seharusnya
diserahkan kepada ahlinya, ya seperti ustaz atau tok guru, padahal
sebenarnya kita sudah tahu, apakah ada ustaz atau tok guru yang
sanggup menjadi naqib di kampus kita. Lalu akhirnya diri kita
lepas tangan dan tidak mahu tahu, apakah kampus kita akan
jadi Sosial, Liberal dan yang
sewaktu dengannya.
Fikiran kita biasanya memang begitu. Kita seringkali
menimpakan tanggung jawab kita kepada orang lain, padahal
dalam kenyataannya, orang yang kita harapkan itu belum tentu
mampu memenuhi harapan kita. Kita tidak pernah berfikir bahawa
diri kita itu sebenarnya merupakan SDD (Sumber Daya Da'i)
yang amat berpotensi. Ya kalau merasa belum cukup persediaan,
bukannya alasan untuk kita lepas tangan dari tanggung jawab, tetapi
seharusnya kita berfikir bagaimana agar kita mempunyai
persiapan untuk itu.
Menjadi da'i, susah sangatkah ?
Jika kita ditanya tentang hal diatas, saya yakin (semoga
ini hasil kekeliruan kita) bahawa jawapannya adalah "sangat susah". Kenapa ?
Kerana menurut anggapan kita, da'i itu harus, pertama mempunyai
ilmu-ilmu yang hebat, seperti kemampuan berbahasa arab,
ilmu hadist, ilmu tafsir, ilmu mantiq, ilmu fiqih. Sedangkan
Fiqih sendiri masih terdiri dari fiqih daulah, fiqih sholat, ......,
fiqih munakahat dan sebagainya. Ini tentu menjadi beban
tersendiri bagi kita, kerana mustahil kita menguasai
semua ilmu itu sekarang, padahal kita dalam kuliah juga masih
dituntut dengan ilmu-ilmu akademik dan sebagainya.
Kedua, mengenai tangung jawab kita terhadap apa yang
kita sampaikan; ertinya sebagai da'i tentu akhirnya hidup kita
akan terbatas, kerana da'i itu adalah contoh bagi yang di
dakwahi. Betapa membebankan jika kita bertemu dengan rakan sepatutnya
ber "Assalamu 'alaikum", padahal kita telah terbiasa dengan
hai hello. Sementara itu kita juga tidak lagi mampu bebas bercinta
dengan bergandingan tangan berdua, kerana jika demikian
orang akan berkata, "Wah, da'i pun berpegangan tangan
dengan teman wanita".
Intinya kehidupan kita menjadi sempit dan terbatas. Mahu
berpakaian yang terbuka jadi tidak kena, mahu beli majalah
yang berunsur lucah jadi malu, mahu komen pasal orang di belakang rasa tak patut dan
lain-lain. Padahal kalau kita tidak menjadi da'i, kan kita mampu
menyatakan "Ya...no problem".
Kalau kita terus memikirkan anggapan-anggapan yang
ada di kepala kita, dan anggapan-anggapan orang lain, tentu
kita tidak akan pernah menjadi da'i, tidak akan pernah menjadi
naqib naqibah, tidak akan pernah menjadi penggerak muslim. Kita
akhirnya hanya santai-santai dan kehidupan kita akan datar
dan tidak berwawasan. Akhirnya orientasi kita terlalu duniawi,
padahal visi dunia itu kan tidak seberapa, kerana kata Allah,
akhirat itu lebih baik dan lebih kekal, wal akhiiraatu khairu wa
abqa.
Tentang anggapan bahawa untuk menjadi da'i mesti
seorang ustaz yang memang mendalami Islam secara khusus,
saya rasa tidak patut; kerana sebenarnya berdakwah itu sesuai
dengan kemampuannya. Kalau kita baru mampu membaca
Alqur'an misalnya, ya itu yang kita sampaikan. Bukankah kata
Rasul, sampaikan dariku walau satu ayat.
Jika membahas masalah ini, saya jadi teringat dengan
peristiwa Pengajian Iktikaf Ramadhan beberapa waktu
yang lalu. Saat itu rakan saya berbincang dengan ustaz
Ibnu Jhuraimi, yang dasar perbincangannya itu tentang ketakutan
berdakwah, kerana menganggap dirinya kurang ilmu. Tetapi
jawapan singkat dari Ustad Jhuraimi menjawab semua
ketakutan itu. Beliau hanya menyatakan "Tidak usah menjadi Nabi
dahulu baru berdakwah". Ertinya apa yang kita punyai, ya
itulah yang akan kita sampaikan. Atau jika kita ingin
menyampaikan sesuatu yang belum kita ketahui, ya kita mesti
belajar dahulu. Tidak perlu menunggu kita menjadi "Nabi" baru
kita berdakwah. Kerana itu merupakan suatu hal yang
mustahil.
Oleh sebab itulah kita tidak usah menyusahkan diri dengan
syarat yang terlalu tinggi sehingga susah untuk mencapainya untuk menjadi seorang da'i,
cukuplah dengan apa yang kita punyai dan tekad membaja
yang ada dalam dada kita. Atau jika kita merasa bahawa
menjadi da'i akan membuat kita terbelenggu, sebenarnya hal
itu menunjukkan bahawa diri kita belum mempunyai iktikad
yang benar untuk berbuat baik. Kita masih ingin bernikmat-nikmat
dengan nafsu duniawi.
Oleh sebab itulah menjadi da'i itu sebenarnya bukanlah
pekerjaan yang sulit, pekerjaan yang tidak mungkin dilakukan,
kerana jika demikian, Allah tentu tidak akan memerintahkan
semua muslim untuk berdakwah ?
Menjadi dai sebenarnya ya menjadi manusia biasa, ya
mempunyai keterbatasan ilmu, ya mempunyai keterbatasan
yang lain; tetapi mungkin satu hal yang perlu di catat adalah,
para da'i mempunyai semangat untuk berbuat baik dan
memperbaiki diri, semangat untuk melaksanakan aktiviti
positif. Sebagaimana di zaman Rasulullah para sahabat juga
beraktiviti secara manusawi, sambil terus memperbaiki diri.
Jadi kalau begitu kenapa kita tidak mengubah paradigma
yang ada di kepala kita, bahawa menjadi da'i itu sulit menjadi
mudah ? Memudahkan bukan bererti memudah-mudahkan,
atau bererti menganggap enteng, tetapi memudahkan ertinya
tidak membuat sesuatu yang pada dasarnya biasa saja menjadi
sesuatu yang terasa sangat sulit, dengan berbagai aturan
yang membuat orang menjadi jauh atau bahkan lari dari
"dakwah".
Dalam bukunya yang berjudul Fiqul Aulawiat, Dr Yusuf
Qardhawy mengatakan bahawa diantara prioriti yang
ditekankan, terutama dibidang fatwa dan dakwah adalah
mendahulukan untuk meringankan dan memudahkan, daripada
memberatkan dan mempersulitkan.
Rosulullah jika ditawarkan untuk memilih antara dua
perkara, maka beliau mengambil yang paling mudah diantara
keduanya selama tidak berdosa, tetapi jika itu berdosa maka
beliau orang yang paling menjauhi daripadanya, begitulah
sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim dari
Aisyah ra.
Jika begitu kenapa kita harus takut dengan bayangan
sendiri, atau takut dengan orang yang menakut-nakuti.
Mulailah azzam itu dalam dirimu dan berkatalah dalam hatimu
"Jadi da'i,.....hmmm .... siapa takut?"
Posted by am0i Ida at 10:46 AM 0 comments
Labels: dakwah
Monday, March 14, 2005
Keluarga bahagia
Kiut tak lukisan nie? Adik aku yang 2nd last yang ku panggil 'kakak' yang lukihkan. Dia memang ada bakat jadi pelukis. Cool je aku tengok lukisan nie. Nampak happy je kami :) Semoga berbahagia dan sentiasa dalam peliharaan Allah, doaku hari-hari :)
Posted by am0i Ida at 4:11 PM 0 comments
Saturday, March 12, 2005
Kenikmatan yang harus dipertahankan
Astaghfirullah..aku harus berbaik sangka pada Allah. Menda yang aku taip panjang lebar tadi hilang dek tersilap tekan butang untuk 'copy' apa yang aku taip. Mungkin aku perlu baca Quran dulu tadi barulah menulis. Memang kelalaian aku sniri :)
Sebenarnya rasa bertuah dan bersyukur sangat sebab iman nie dah recaj lagi. Alhamdulillah bertambah semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Semuanya kerana Allah yang mengizinkan semua ini berlaku. Ya Allah aku ini hamba-Mu yang slalu melupakan Engkau namun Kau tidak pernah melupakan daku.
Posted by am0i Ida at 7:13 AM 0 comments
Friday, March 11, 2005
Seorang lagi bergelar ibu
Tahniah kepada nurin dan abu handzalah atas kehadiran cahaya mata pertama pada 1 Mac 2005 yang diberi nama HANDZALAH. Memang sesuai sangatlah panggil abu handzalah skang ya..nurin lak ummu handzalah :) Semoga menjadi anak yang soleh lagi mujahid insya Allah.
Dah dapat keizinan dari rin untuk ziarah tapi tak tahu bila nak pegi..hmm..insya Allah soon.
Alhamdulillah keadaan genting yang berlaku kebelakangan nie dah reda sket. Pening gak dibuatnya. Biasalah manusia mana yang takde masalah. Kalau takde masalah tu satu masalah gak tu :) Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada ku ameen.
Posted by am0i Ida at 3:32 PM 0 comments
Friday, March 04, 2005
Akhirnya saya tahu
Suatu hari, ayah dari suatu keluarga yang sangat sejahtera membawa anaknya melawat ke sebuah negara yang sebahagian besar penduduknya hidup dari hasil pertanian, dengan niat untuk menunjukkan bagaimana kehidupan orang-orang yang miskin kepada anaknya.
Mereka menghabiskan waktu seharian di sebuah tanah pertanian milik keluarga yang kelihatan sangat miskin. Apabila pulang dari perjalanan tersebut, sang ayah bertanya kepada
anaknya.
"Bagaimana perjalanan tadi?"
"Sungguh luar biasa, Pa."
"Kamu lihat kan bagaimana kehidupan mereka yang miskin?"tanya sang ayah.
"Iya, Pa," jawabnya.
"Jadi, apa yang dapat kamu pelajari dari perjalanan ini?" tanya ayahnya lagi.
Si anak menjawab,
"Saya melihat kenyataan bahawa kita mempunyai seekor haiwan peliharaan sedangkan mereka memiliki empat ekor.
Kita miliki sebuah kolam yang panjangnya hanya sampai ke tengah-tengah taman, sedangkan mereka memiliki sungai kecil yang tak terhingga panjangnya.
Kita memasang lampu taman yang dibeli dari luar negeri dan mereka memiliki bintang-bintang di langit untuk menerangi taman mereka.
Beranda rumah kita begitu lebar mencapai halaman depan dan milik mereka seluas horizon.
Kita tinggal dan hidup di tanah yang sempit sedangkan mereka mempunyai tanah sejauh mata memandang.
Kita memiliki pelayan yang melayani setiap keperluan kita tetapi mereka melayani diri mereka sendiri.
Kita membeli makanan yang akan kita makan,tetapi mereka menanam sendiri.
Kita mempunyai dinding indah yang melindungi diri kita dan mereka memiliki teman-teman untuk menjaga kehidupan mereka."
Dengan cerita tersebut, sang ayah tidak dapat berkata apa-apa.
Kemudian si anak menambah,
"Terima kasih, Pa, akhirnya saya tahu betapa miskinnya diri kita."
Ihsan dari usrah@rpi
Posted by am0i Ida at 10:48 AM 0 comments
Thursday, March 03, 2005
Di persimpangan
Tukar template lain lak. Rasanya nie ceria sket dari sebelum nie. Aku suka putih sebagai background walaupun hitampun tak kurang cantiknya. Sebenarnya tak lengkap lagi blog nie tapi buat masa nie inilah dulu yg larat. Itupun sebab boss cuti arini dan kejapun dah beres untuk hari ini.
Kenapa tajuk di persimpangan? Sebab skang nie aku sedang berada di persimpangan bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapak. Siapa sangka hari ini aku suarakan juga hasrat hati yang terpendam nie. Cewah ayat...
Betul, bila kita dah berumahtangga kita kena ikut cakap suami. Kita akan jadi insan tersepit apabila kehendak suami kita bercanggah dengan kehendak ibubapa kita. Sebenarnya masing-masing ada alasan tersendiri tetapi hanya kita yang berhak tentukan sebab ini adalah rumahtangga kita. Lagipun inilah antara tujuan berkahwin selain menambahkan bilangan umat Baginda di muka bumi ini tetapi juga melatih kita mentadbir sendiri rumahtangga kita mengikut acuan kita sendiri tanpa mengetepikan syariat.
Semoga Allah bagi kekuatan kat aku untuk menghadapi dugaan ini.
Posted by am0i Ida at 4:07 PM 0 comments
Labels: personal
Monday, February 28, 2005
Wajah baru
Bismillah..
Alhamdulillah dapat gak aku siapkan blog sementara yang masih diberi nama Perindu Cinta Ilahi (PCI) menggunakan blogspot sebagai menggantikan sodeeq yang dalam proses pembinaan system yang lebih mantap dan jitu. So untuk pembaca setia PCI selepas ini anda kena tukar url nie ya. Maaf diatas sedikit kesusahan yang tidak disengajakan. Sodeeqian yang lainpun turut tukar ke blogspot macam Raiyan dan Hukamak (tak ingat apa url dia). Insya Allah lepas nie sapa yang dah tukar tu sila inform di tagboard ok!
Seronok baca citer kak Raiyan pasal anak dia bernama Nusaibah yang dah pejam celik pejam celik dah 5 bulan. Anak aku lak 3 bulan. Kat sodeeq aku dah letak dah gambar anak aku tapi tak dapat view lak ya skang. Untuk tidak menghampakan kak Raiyan dan sahabat lelain yang tak dapat tengok lagi akupun letak skali lagi gambar Iman Kamil. Rasanya ada lagi yang tak sempat baca citer masa aku bersalin tu kan. Pengalaman berharga tu. Takpelah bila dah on balik sodeeq leh bacakan. Bukan tak leh paste kat sini tapi rasa cam tak best lak nak citer dua kali.
Sebenarnya nak letak template jenis lain tapi disebabkan tak mahir bidang IT nie so amik template yang mudah nak letak. Kalau skali pandang template nie macam tak sesuai je untuk aku walaupun memang ia sesuai untuk wanita. Tapi buat masa nie ini saje yang paling menarik dari yang lain dari kaca mata aku. Bukan apa sampai pening nak pilih template yang menepati citarasa. Kebanyakannya macam budak-budak dan jiwang je aku tengok. Mungkin kalau ter 'rajin' aku akan letak template yang lebih sesuai.
Lama tak blogging rasa banyak menda nak tulih. Cuma yang penting nak sampaikan satu berita sepupu belah suami telah ke rahmatullah pada 26 Februari yang lalu. Sepupu tu lebih kurang baya aku dan masih bujang. Punca kematiannya ialah sakit jantung walaupun sebelum nie dia memang takde masalah jantung mahupun sakit lain. Mulanya terkejut dengar bila suami aku beritahu tapi itulah yang ditakdirkan Allah.
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula mendahulukannya (barang sesaat)" (Yunus:49)
Semoga ruh beliau tergolong didalam orang-orang yang beriman, ameen.
Posted by am0i Ida at 7:42 AM 0 comments
Wednesday, February 23, 2005
Testing testing
Oleh kerana sodeeq mengalami masalah buat sementara waktu nie terpaksalah gunakan blogspot.
Posted by am0i Ida at 3:45 PM 0 comments
