Thursday, August 11, 2005

Gelombang tsu-mawi

Mengunjungi blog ukhti fillah, Rin, membuatkan diri ingin juga menyelit di sini. Semalam masa aku sampai umah, dah pasang ASTRO rupanya! Gara-gara mawi la nie. Penangan mawi. Betul, diri kita sendiripun terikut-ikut untuk mengetahui citer tentang mawi, tentang AF. Mana-mana orang memperkatakannya. Makcik-makcik, yang lelaki pun tak lepas sebut nama Mawi. Alangkah indahnya jika Mawi bertukar jadi pendakwah, tiba-tiba dengan spontan mengajak manusia kepada kebenaran..terus pengsan agaknya peminat2nya...

Yang pasti gelombang tsu-mawi merupakan salah satu budaya hedonisme. Ye ke? Mari baca nie...


assalamualaikum.
hari ini kita dikejutkan dengan budaya hedonisme yang boleh dianggap sebagai melampau yang dianjurkan oleh pihak2 yang hanya mementingkan keuntungan daripada memikirkan kesan yang akan diperolehi terutamanya terhadap golongan muda-mudi(melayu-islam).soalan saya,sejauh manakah peranan ulama' dalam menanggani permasalahan ini?



Jawapan:
Ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan memberi nasihat yang berguna kepada masyarakat melalui pelbagai saluran yang ada. Samada melalui ceramah, penulisan dan sebagainya.

Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budaya hedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja. Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.

Sungguhpun keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, namun bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dan membudaya dalam masyarakat kita. Ini kerana budaya hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonisme juga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan hakikinya sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun anggota masyarakat.

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah, kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di ka-langan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang, berpuasa dan sebagainya di samping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti memberi perhatian yang sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan anak-anak.

Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan. Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat sementara ini. Firman Allah:--

Maksudnya:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakah kamu mahu berfikir?"
(Q.s. Al-An'am: 32).


Firman-Nya lagi:
"...Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya."
(Q.s. Ali Imran: 185).


Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya berhibur ini turut dikesan semakin menjadi kegemaran di kalangan kaum remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat dan membimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda yang bakal mewarisi dan memimpin negara ini pada masa depan. Justeru, pembabitan semua pihak perlu dalam mengatasi budaya ini tanpa diletakkan di atas bahu kerajaan semata-mata. Ia boleh dibendung jika semua pihak berganding bahu kerana kerajaan atau remaja tidak dapat mengatasi semua masalah berkenaan secara bersendirian.

Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait rapat dengan pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah. Sehubungan itu, para ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya hidup yang tidak sihat seperti budaya bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan yang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di samping menimbulkan banyak masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sungguhpun ada di kalangan saudara-saudara yang barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja kepada anak-anak, namun perbuatan menyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai kemewahan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan menyayangi mereka kerana ia boleh menjadikan mereka materialistik dan lalai. Sebaliknya, suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja kita dengan iman dan takwa melalui didikan yang sempurna serta pemberian kasih sayang yang secukupnya.

Selain tugas ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan perlu digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh. Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moral serta kupasan masalah sosial daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan sosial perlu diterapkan kepada remaja secara berterusan. Ini penting kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan moral di kalangan remaja semakin terasa di negara ini sejak kebelakangan ini.

Justeru itu, cara terbaik dan mustajab bagi menangani gejala sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan Rasul-Nya harus kita ambil perhatian dan hayati sungguh-sungguh ke arah membentuk diri lebih beriman dan bertakwa. firman Allah:

Maksudnya:
"Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya)."
(Q.s. Al-Qiamah: 20-21).


Wallahu a'alam

sumber: e-ulama.org

Hijrah satu wawasan

Saje je letak tajuk hijrah satu wawasan, memetik tajuk nasheed kumpulan Inteam rasanya. Aku pun tak ingat.

Sebenarnya, pagi nie aku ngantuk betul..dahla suasana kat opis nie berasap je..walaupun aku kat tingkat 21 tapi dah cukup berasap kat sini..kut mana udara tu masuk kut situla asap jerebu nie masuk yer tak...apapun, semalam buat pertama kalinya aku berniqob depan public..tp menggunakan topeng jerebu tu la! ehe..aku rasa macam sorang doktor yang nak bedah patient...dalam buspun aku tak bukak, setat aku beli menda tu kat mydin aku terus pakai sampai la aku menjejakkan kaki ke umah.

Ada ke nak darurat bila IPU dah cecah paras bahaya? Tahapahapa tah gomen nie. Nak tunggu spital penuh dah tak muat baru nak darurat agaknya. Yang pasti family day opis aku ditangguhkan. Alhamdulillah...macam aku nak pegi pun :)

Tak lama lagi, seminggu lagi aku akan meninggalkan tanah kelahiran ku ini untuk bertukar angin ke belah utara pulak. Kali nie aku seolah-olah tak rasa apa-apa, tak rasa excited nak pindah dan tak rasa sedih nak pindah. Aku rasa cam takde paper berlaku. Tapi yang pasti aku akan bagi notis 24 jam, sebab dulu aku dah bagi notis 3 bulan tapi mak aku suruh tarik balik. Bapa kali nak tebalkan muka jumpa bos ye tak. Bayarpun bayar la..lagipun sebulan gaji, tak macam sesetengah company 3 bln gaji...lagipun mak abah aku bagi lampu hijau. Tunggu dapat gaji baru aku blah.

Aku ingat sampai opis kul 6.55 pagi nie aku nak tido jap tapi terfikir nak update blog nie. Pas nie aku rasa aku tak mungkin cam skang. Mungkin aku update sebulan skali atau tak update langsung. Pc aku kat umah tu ada problem, kena set up balik intenet sume tu..so aku tak pasti CC ada ke kat sana. Lagipun macam aku nak pegi CC. So aku rasa pasnie blog nie menyepi dan bersawang tidak lama lagi, ehe....

Doakan kebahagiaan dan keistiqamahan aku di mana saja aku berada. Aku tak pasti tapi mungkin permulaan aku akan kekok dok tempat yang asing dan sunyi. Tapi yang pasti keja-keja kat umah nu akan bertukar tangan kepada adik-adik aku yang rajin tu. Bila dah jauh nie leh bajet mesti rindu-rindunya derang nie. Masa dekat nak bercukau je...suami akupun dah dapat umah sewa dan tinggal nak pindah je. Patut semalam dah pindah tapi dia kena stayback kat opis so tu yg tertangguh tu. Suami aku siap lukih pelan umah. Murah tu sewa kat sana..umah teres setingkat 3 bilik baru rm250, kalau kat kl jangan harap...

Ini semua akan terjadi dengan izin Allah. Jika takde aral melintang, mudah-mudahan takde masalah. Aku akan berangkat betul-betul pas walimah abang aku selesai.

Wednesday, August 10, 2005

Berhati-hati di jalan raya!

Skill memandu Iemaan semasa menggunakan kenderaan pacuan tiga roda iaitu roda troli :)

Ummi, Iemaan dah besar...
Ummi, betul ke Iemaan bawak keta nie?

Tuesday, August 09, 2005

Rumahku syurgaku?

Tak dapat nak update kerana keadaan tak mengizinkan. Kena buat keja triple tu. Kalau tak, memang dah panjang berjela citer aku pasal family aku yang huru hara skang.

Ingat baru nie dah ok. Tapi mana nak ok kalau bapak aku dah ada orang baru. Mana pandang dah orang lama dan anak-anak dia nie. Tapi ok lagi sebab dia still balik umah. Cuma menda nie dah sampai libatkan pejabat agama dan polis. Jangan tak tahu sampai ugut mengugut tu. Dasyat betul ehe...

Malas aku nak citer apa yang berlaku. Takkan aku nak aibkan mak bapak aku sendirikan. Kalau aku citerpun untuk pengajaran semua. Inilah risiko. Setiap apa yang kita buat memang ada risiko sampai ada kursus pengurusan risiko, risk management. Kalau bercinta dengan manusia risiko dia akan dikecewakan oleh manusia itu sendri. Pengajaran yang bagus buat aku, jangan cakap besar dan jaga mulut bila bercakap. Kalau aku citer, bole buat filem. Penuh tragis dan dramatik.

Hari tu abang, aku dan adik2 pegi umah mak ayah angkat aku. (Selepas ini disebut sebagai mak ayah). Memula aku tak citer tapi abang aku yang bukak citer. Menangis ayah dengar. Mak pun sama. Ayah ingat dah ok dah sebab derang tahu citer2 lama mak ayah kandung aku (selepas ini disebut mami dan abah). Tak sangka derang abah aku buat camnie. Bayangkan mak ayah yang takde talian darah dgn kitorangpun menangis apalagi sedara mara kalau derang tahu. Tapi aku rasa kalau sedara mara abah aku tahu derang takkan nangis. Sebab derang bkn rapat macam serapat mak ayah aku nie. Aku cam biasa kontrol macho, tak nangis depan derang. Ayah memang terkenal dgn sifat penyedih dia. Mak yang kebalpun nangis. Derang pesan kat adik lelaki aku (sebab dia sorang je lelaki tak kahwin lagi, abg aku bakal kahwin), jaga adik2 baik2..kalau dah jadi apa-apa sok, jangan pegi tempat lain, datang sini, ayah terima. Sebab adik2 aku tak rapat dgn derang, yang rapat aku dengan abang aku je sebab kami je yg derang bela sejak kecik.

Mengimbas kisah kecik2 dulu, abg aku sampai kena ikat nak suruh balik umah. Punyalah akrabnya dengan mak ayah angkat nie. Derang pegi memana tak penah tak bawak kami. Mana tak kamcing. Bila dah besar aku dah reti malu nie tu yg segan nak tido umah derang. Yelah, derang bukan muhrim. Tapi aku bersyukur sebab aku ada 2 mak dan ayah. Kandung dan angkat. Syukurlah mak aku ada tempat nak mengadu. Kesian mak aku. Tapi aku rasa bila abah aku nikah dengan Indon, mak aku dapat banyak kelebihan.

Jazakumullah pada semua yang kasik support kat aku. Lumrah kehidupan manusia. Adik ipar aku sndiri pun dah mengalami. 3 tahun tak mengaku bapak tu. Aku? Dulu aku penah berpendirian macam tu tapi skang takde pekdahnya sebab bapak tetap bapak. Ujian itu manis kerana hikmah yang kita dapat sebenarnya adalah untuk kebaikan kita sendiri. Antaranya ialah aku dapat ikut suami aku bila-bila yang aku suka. Alhamdulillah. :)

Wednesday, July 27, 2005

Sebuah pengertian

Akupun tatau nak boh tajuk apa kat atas. Aku tengah banyak keja nie. Mungkin sebab Allah kesiankan aku, tanak aku dok pikir sgt masalah nie. Skang aku tengah kemaruk sms dgn mak dan abah aku, cuba pulihkan apa yang patut. Jari2 nie dah sakit dok tekan2 nie. Sms adik2 aku lagi. Cam ketua keluarga skang nie. Hikmah yang paling berharga lam hidup aku skang..aku akan manfaatkan sebaik2nya. Doakan. Nak sambung keja..

Tuesday, July 26, 2005

Mengapa tergamak dirimu?

Saat nie aku rasa cam nak nangis, walaupun aku cuba tahan dari menangis. Aku benci nangis. Bukan aku sombong, tapi aku tak mahu menangis kerana ia takde kena mengena dengan Allah, walaupun hal yang terjadi nie datangnya dari Allah. Akukah yang pura-pura bertahan, kononnya ego untuk mempamerkan kelemahan aku sebagai wanita yang terkenal dengan air matanya. Bukan apa, aku tak mahu cepat putus asa, sebab tu aku tak suka dan tak nak nangis.

Masa mula-mula menda nie terjadi, aku pikir satu kebaikan buat aku ialah aku dapat segera pindah ke Kedah, ikut suami aku di sana. Tapi skang aku rasa tafsiran aku silap. Perkara nie menyebabkan plan dan strategi aku berubah. Aku tak leh lepas tangan, aku ada tanggungjawab sebab aku kakak sulong. Dahla abang aku nak kahwin bulan depan, jadi lak hal camnie.

Ya Allah, Kau tunjukkanlah..berilah hidayahMu pada kami semua. Aku buntu. Pagi tadi aku rasa nak mengamuk je bila keadaan semakin tak stabil. Aku rasa kalau aku mengamuk baru mak aku cool kut. Tapi kalau cool pun kejap je sebab penangan kali nie amat berat. Terlalu berat bagi seorang wanita. Masa mula-mula kejadian nie meletus, aku kecut perut dan skang aku menaip dalam keadaan jari yang terketar-ketar. Seolah-olah aku sedang takutkan sesuatu. Tadi panggilan telefon dari adik aku sudah cukup buat aku cemas, walaupun aku dah tahu perkara nie. Cuma aku harap mak aku tak buat sesuatu yang tak sepatutnya. Beginilah jadinya bila sunnah itu disalahgunakan. Inilah jadinya kalau tak nak berbincang atau syura. Beginilah jadinya bila kecintaan itu pada manusia. Manusia sifatnya sementara dan berubah-ubah sedangkan Allah itu bersifat kekal. Mak dan pak aku kena tukar konsep. Kalau anaknya ini boleh melakukannya mengapa tidak ibu bapa kandungnya.

Rumah aku huru-hara. Lengang dan membisu. Adik ipar aku kata selenga. Namun kadang-kadang tak semena-mena bergegar dengan 'ledakan bom' yang bertalu-talu lalu mencetuskan kekecohan. Mengapa bapak aku tergamak melakukan ini semua walaupun aku dah tahu menda nie satu ari akan berlaku? Mengapa ketika ini dan di waktu-waktu ini? Zaman kamu sudah senja bapak, mengapa kau biarkan nafsu bermaharaja lela. Di sebelah mak aku pula, aku nie cakap senang la itu ini tapi tak kena batang hidung aku sniri. Ia tak salah tapi caranya saja tak kena, pada keadaan, masa dan tempatnya. Skang nak tarik balik camna? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Inilah jadinya bila bapak aku kahwin lagi satu...

Monday, July 25, 2005

Pesan ikhwan buat akhwat

Sebenarnya aku ada berita tergempar tapi aku tengah tunggu dan lihat. Sekarang nie aku ada something nak bagi. Buat tatapan ukhti fillah yang ku sayangi di luar sana, yang masih harum mekar belum di petik orang...ana doakan agar antum akan disatukan dengan ikhwah yg berada di jalan ini..di jalan onak dan duri..walaupun begitu manisnya tidak terperi...hanya bagi yang mengerti :) Kredit kepada Nailofar.


Ukhtifillah..
(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati
ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak
ada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua
lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kaubangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar
pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada
keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih
Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan
menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.


---

Adapted from article : Wanita Suci
In Asih Retno

(dapat daripada Diana Bandung)

Friday, July 22, 2005

Kisah mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut

Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari madu yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut."

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. "Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut".

Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, "SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehalai rambut". Wallahhualam..

credit to ukhwah.com

Thursday, July 21, 2005

Mak dan Ayah

Kebelakangan nie agak sibuk sket. Bukan sibuk apa, sibuk siapkan bunga telur untuk perkahwinan abang aku tak lama lagi. Setiap kali aku buat bunga telur untuk abang aku, setiap kali tu aku rasa sedih. Sebab terkenangkan gubahan bunga telur abang aku. Sedih tengok. Macam tak caya je tu abang aku buat. Ada ke nak kasik orang camtu. Aku tergelak masa abang aku tunjuk. Abang aku kata dia saja je nak test buat sendiri. Sampai cair warna riben yang nak dibuat bunga tu, sebab lama dok terperap lam keta dia.

Minggu lepas la, aku pegi ziarah abang aku kat Sg. Siput. First time aku pegi umah abang aku sejak dia keja kat sana. Nyaman dan segar..tapi segar lagi suasana kat umah bakal wife dia. Bestnya umah lam kawasan dusun tu! Sampai naik 'se-eh' aku makan durian n buah-buahan. Free of charge. Kalau jualpun sebiji durian baru lima ploh sen. Kat kl tak merasa harga camtu.

Hari tu Iemaan pegi telan skru belakang jam alarm. Aku terkejut gak sebab takde lak dia tercekik. Patut aku tengok beria-ia dia gigit skru lagi satu. Tengok-tengok satu lagi dah takde. Ayah aku kata takpe nanti kuar balik bila dia buang air besar. Setakat nie tisu dan kertas dah makan. Isk...kitapun tak terhandle dibuatnya. Kadang-kadang tak pasan. Ada skali tu masa aku lam bilik, iron yang panas tu dia nak pegi usik. Syukurlah nenek dia nampak. Kalau tak, hmmm...

Tadi aku tergerak nak call mak ayah angkat aku, sebab semalam abah aku mention pasal nak jemput derang. Derang bela aku dan abang aku masa kecik. Last time aku gi umah derang masa aku nak nikah dulu. Alhamdulillah mak bagi positif response. Risau gak kot2 derang kecik ati ke sebab lama dah aku tak kontek. Nak cerita pasal hubungan kami agak komplikated. Bukan ada talian darahpun tapi hubungan yg pernah terjalin dulu begitu akrab. Tapi sayang dah tak seperti dulu disebabkan hal-hal tertentu. Aku tanya skali salah sorang anak mak angkat aku yang dok kat kedah. Bestnya sebab dah ada sedara, takla rasa terpencil nanti. Rindu lak kat mak dan ayah. Ayah angkat aku baru operation masuk besi lam kaki. Umah derang tu dalam proses mahkamah, sebab area umah tu nak robohkan oleh kerajaan. Tapi derang bukan umah setinggan tapi tanah lot. Akupun tatau citer sebenar. Yang aku tahu nanti situ nak buat projek kerajaan dan derang diberi pampasan. Tapi pampasan sket je. Skang nie tunggu dan lihat. Mak kata, tanah terlebih tu derang akan buat rumah untuk derang berdua. Alhamdulillah, aku gembira sangat sebab dapat cakap dengan derang. Risau gak, takut tak sempat sebelum masanya. Yelah, derang dah tua, harapnya aku dapat jumpa derang, nak bawak Iemaan.

Mak seprais bila tahu aku dah ada anak satu. Jangan kata Iemaan, suami akupun derang tak tengok lagi...

Wednesday, July 20, 2005

Ok dah!



"Ummi..Iemaan tak masam dah.." Pulak.. Yerla, dapat main pokok bunga nenek.. :) Gambar nie amik semalam, ehsan neneknya handset chokia.

Monday, July 18, 2005

Nak pegi mana tu?


Nak pegi mana tu?
Originally uploaded by amoisy.
Bukti Iemaan masam bila dok dalam stroller.

Friday, July 15, 2005

Derita Pelarian Palestin

An Israeli army soldier aims his weapon at Palestinian youth during clashes in the West Bank town of Tsurif Wednesday April 13, 2005.Merujuk kepada entry Bilamana hak manusia diperlekehkan oleh kuasa besar, di bawah nie rujukan bagi yang terlepas tengok Majalah 3 mengenai rencana tersebut.

Menyusur derita rakyat Palestin

Thursday, July 14, 2005

Kisah benar

Berikut merupakan reply email dari seseorang kepada seseorang. Kandungan e-mail tersebut berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam kehidupan berumahtangga. Nama yang dipaparkan telah diubah dan diharap menjadi pengajaran kepada semua.

wswbt seri

alhmdh saya sehat dan saya harap awakpun begitu juga..
saya harap awak bykkan bersabar dan istighfar...Allah nak uji tu dan kita sbg manusia kena terima semua tu dgn tenang..saya tahu perasaan awak..saya rasa awak dgn saya sama je perangai..maklumla anak kedua..atas awakpun abg awak kan, lelaki..bawah ada lagi adik2..pastu kita nie anak pompuan sulong..hehe biasalah tu..

jgn kata awak singa betina sayapun lebih singa dr awak..cuma bila dah kawen nie saya jrg menyinga (saya menyinga dulu kat adik beradik saya)...

saya faham..sayapun mmg tak suka org campur tgn dlm hal keluarga walaupun derang tu family kita sniri..sbrnya menda nie mmg kalau tak dikawal bole bawak kepada 'peperangan meletus' antara husband and wife..saya rasa awak lagi penyabar dari saya..saya nie menda kecikpun kdg2 cepat je nak ngamuk, kesian kat suami saya walaupun saya tak tunjuk tp dia bole agak...

saya tak marah atau kecik ati langsung awak tak jadi nak beli umah..mmg tak de rezeki kita nak berjual beli..umah sayapun setakat nie takde org seres nak bayar lg..

saya tanak keruhkan keadaan dgn menyatakan apa2 tentang abg ipar awak tu..cuma pendpt saya mmg umah kat kl byk tapi byk umah bukan atas tanah..maksud saya umah flat, apartment bykla..umah atas tanah mcm teres, banglo mmg sket je..ada pun mmg mahal giler...kdg2 harga tak masuk akal pun ada...tp itula kenyataan umah kat kl...

seri saya sebenarnya nak ucap terima kasih byk2 sb sudi kongsi masalah awak dgn saya..saya mmg perlukan kawan mcm awak sb kita sama2 dah kawin dan ada anak dan ada masalah yg lebih kurang sama...at least awak atau saya sama2 dpt release tension dgn menceritakan masalah masing2...walaupun takde penyelesaian tapi at least hati kita cool sket...

itulah gunanya sahabtkan..bersama di waktu senang atau susah...

bila saya dah kawen, baru saya sedar dan perasan..kita kena belajar how to give and take..sb kita skang nie perlukan persepakatan utk hidup bersama..tak mcm masa bujang dulu bole buat keputusan sniri walaupun parents ada tapi hak kita, kita punya suka nak camne..

tp bile dah married, kena ikut ckp suami..tp saya fikir kita masih bole dikategorikan sbg isteri yg bertuah sb dpt suami yg ada pelajaran dan at least dpt bagi kita nafkah kalau nak dibandingkan org lain yg suaminya takde pelajaran dan kais pagi makan pagi...dgn berfikir mcm tu kita dpt kurangkan rasa depress kita...

saya tengok kat majalah 3 kat tv3, sebuah keluarga daif, duduk kat tepi sebuah kilang lama..dekat sarawak..makanan harian derang nasik berlaukkan sayur dan siput babi...mcm tak percaya tapi itulah hakikatnya..kesian tgk..anak2 derang mandi kat sungai yg tatau bersih ke tak air tu...suami dia keja buruh je..isteri jadi housewife..daif dan harapkan belas org..isteri dia anak 5, sanggup jaga semua anak dan redha dgn ketentuan...kalo saya agaknya tataula...mungkin cam org lain lari tinggalkan suami sb tak sanggup susah dgn dia...

tp bila kita dah kwen dgn dia,kenala terima buruk baik dia kan...mmgla kdg2 rasa tak fair, tak puas hati tp itula lumrah umahtangga..kdg2 geram sb dia tak ikut ckp kita..mentangla isteri yer tak..tp itula hikmah jadi isteri...isteri senang masuk syurga (walaupun kaum pompuan lebih byk dok dlm neraka),,suami nie byk tanggungjwb sb derang pemimpin...kita nie amanah derang dan derang kena jaga..

mcm saya skang nie..ikutkan nak pindah cepat tp sebabkan suami saya byk keperluan tak beli dan rumahpun tak der lagi so terpaksa tunggu..saya nie pun semput...nama je dok ngan mak bapak tapi duitpun cepat abih..saya lagila segan..dahla bagi duit kat mak 50 je sebulan..manala cukup..gaji saya walaupun dah seribu tapi potong tu potong nie..saya ada buat loan utk family saya tak abih byr lagi..dan potong bayaran masa operation bersalin..last2 tinggal rm200 je..cukup2 nak bayar babysitter anak saya...

dulukan seri sebelum suami saya dpt keja lagila depress and very tension...hari2 kena sindir dgn bapak saya sb suami saya tanam anggur dan tak carik keja...mcm2la sampai suami saya kecik ati..kdg2 nak cakap pun serba tak kena...yerla sorang tu suami sorang tu bapak kita..

patutla org kata kalau dah kawin pergi dok sniri, belajar bedikari so nak buat keputusan pun takde campur tgn org lain..dan kitapun dpt rasa susah senang dok berkeluarga...

saya rasa buat masa nie kalau keadaan awak dan suami masih tegang biarkan dulu reda..sb org laki nie bukan cam org pompuan..org pompuan kalau rajuk time tu jugak nak pujuk tapi org laki nie dia nak kena tunggu dia cool dulu..so bila dah ok cuba awak bincang baik2..slow talk org kata...mungkin suami awak tanak ayah awak uruskan sb dia tanak keputusan dia nanti dpt pengaruh dr bapak awak pulak..mmgla kita sniri selesa dgn darah daging kita sniri kan...

awak ada jelaskan tak kat suami awak, awak buat semua nie sb utk keselesaan suami dan kebahagiaan korang? kdg2 suami nie dia tak faham kalau kita tak cakap terus terang..derang bukan cam kita tahu berkias2..kalau kita bagi hintpun derang tak leh tangkap..silap2 derang ingat lain...

tp kalau awak dah bincang tp dia berkeras skang nie terletak pd tgn dia nak buat apa..at least awak dah cuba..dan kalau jadi apa2 nanti dia sniri akan ingat dan sedar balik.."oo nyesal tak ikut ckp isteri aku dulu"..walaupun dia tak ckp kat kita tapi masa tu dia sedar yg kita nie syg kat dia...

saya hrp awak bersabar yer...saya doakan yg terbaik buat awak...jgn layan sgt emosi tu nnt effect kesihatan dan komunikasi awak suami isteri..salam sayang dari saya sahabt awak..

Bilamana hak manusia diperlekehkan oleh kuasa besar

Sebenarnya aku nak menyatakan rasa geram dan menyampah dekat berita yang aku baru baca pagi tadi (tapi paparan berita tersebut adalah paper semalam) mengenai remaja 15 tahun yang dirogol berkali-kali oleh ahli keluarga sniri (bapa saudara dan sepupu) sehingga melahirkan anak. Yang sadisnya ramaja tersebut melahirkan anak dalam tandas asrama sebuah sekolah agama di Kuala Pilah.

Aku tak pasti tapi berkemungkinan besar remaja terbabit tidak tahu dia mengandung. Rakan asrama terkejut tak sangka kawan sniri mengandung disebabkan remaja tersebut berbadan gempal. Sebelum itu, dia dipercayai mengadu sakit perut dan mahu membuang air besar di tandas asrama sekolah itu. Difahamkan mangsa dipercayai dirogol 2 bapa saudara dan 2 sepupunya itu sejak pelajar terbabit berusia 10 tahun hingga 14 tahun iaitu antara 2000 hingga September tahun lalu. Siasatan polis mendapati pelajar itu dipercayai dirogol setiap kali mangsa tinggal di rumah neneknya pada musim cuti sekolah.

Macam tak percaya je zaman yang dikatakan bertamadun tapi masih ada lagi yang berperangai jahiliyah. Aku rasa ikutkan hati nak seksa manusia berperangai haiwan (nak sebut haiwanpun tak sampai hati sebab haiwanpun tak 'makan' anak) daripada hukum penjara (seperti yang selalu dikenakan pada perogol). Setakat sebat tak jadi apa. Nak kata tak educated, orang dulu2pun tak belajar tinggi tapi boleh bezakan mana baik dan mana buruk. Inilah agaknya jenis manusia yang tidak dapat menguasai diri lalu menjadikan hawa nafsu sebagai raja dalam diri mereka.


"Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran." (Al-Jaatsiyah:23)


Lagi satu apabila aku tengok Majalah 3 pasal kemelut yang melanda pelarian Palestin di Kem Sabra & Shatila dimana situ pernah terjadi peristiwa penyembelihan beramai-ramai terhadap rakyat Palestine 23 tahun yang lalu. Klik sini untuk BM dan klik sini untuk BI. Sedih tengok. Sesiapa yang terlepas tengok leh pegi baca pengembaraan wartawan tv3 dalam Mingguan Malaysia baru-baru ni. Betapa manusia sekarang sudah hilang perasaan belas kasihan dan akibat tamakkan kuasa dan harta maka berlakulah penindasan dan kekejaman. Apa yang berlaku di Palestin sesuai dengan tahap keimanan mereka iaitu jihad dengan senjata. Kita nie agaknya kalau terjadi peperangan alamak mau lari dulu. Tidak dinafikan isu Palestine-Israel yang tidak berkesudahan merupakan satu daripada punca kemunculan kumpulan radikal Islam. Sesetengah penganalisis berpendapat ia juga sebagai punca London menjadi serangan bom Khamis lalu. Bagi mereka, serangan itu berlaku kerana penyerang marah terhadap nasib malang rakyat Palestine. Baca lagi...

Berkata seorang penyair, "Kita menampal dunia kita dengan mengoyakkan agama kita, tapi tidak satu pun yang kekal baik dunia atau agama kita"

"Dan orang-orang kafir itu bersenang-lenang (di dunia) dan mereka makan seperti binatang-binatang makan dan neraka adalah tempat mereka tinggal" (Muhammad:12)

Sesungguhnya dunia adalah tempat kita yang sementara, penuh rintangan, ujian dan kesedihan yang memerlukan daya tahan dan kesabaran yang tinggi. Memanglah yang kuffar itu selalunya menang kerana dalam al-quran telah mengatakan dunia ini tempat enak-enak bagi mereka tapi bukan untuk kita kerana kita tempatnya di sana kelak insya allah.

"Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"(Riwayat Muslim)

Apa yang mampu aku dan kita lakukan jika benar kita nie umat Islam dan mengaku bersaudara? Wallahu'alam.

Tuesday, July 12, 2005

Istimewa

Tukar template lain. Tak sangka tengah search jumpa template yang direka oleh orang dari Indonesia. Sapa yang berminat nak cuba sila ke Isnaini.com. Memang senang nak guna. Yang menarik tu dalam BM. Kalau dah boring sok tukar lak.

Kenapa aku pilih tajuk istimewa? Nie bukan istimewa lagu kumpulan Indigo tu seperti dalam tv iklan Sunsilk tu tapi istimewa lain. Istimewa lagu tersebut adalah mengenai seorang wanita tapi istimewa nie masih mengenai manusia tetapi wanita mahupun lelaki bisa saja memperolehinya. Tapi awas kerana bukan calang-calang orang mampu memiliki title istimewa nie. Aku sniripun belum tentu tetapi insya Allah kita berusaha ke arah itu. Yakinilah, setiap dari kita Allah telah ciptakan kelebihan untuk berada di jalan istimewa ini, walaupun susah, walaupun getir untuk dilalui.

"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan..." (At Taubah:42)

Marilah kita bercita-cita menjadi umat yang disayangi Allah.

Dari Anas RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang pada umatku suatu zaman saat itu orang berpegang teguh kepada agama laksana menggenggam bara api." (Riwayat Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia." (Riwayat Muslim)

Wallahu'alam.

Tuesday, July 05, 2005

Setiap kesulitan...

Alhamdulillah..tiada apa yang boleh menggambarkan kegembiraan ku. Baru-baru nie Allah telah temukan aku dengan seseorang yang merupakan salah seorang sahabat baik mak aku. Dia telah bagi aku kata-kata semangat yang aku sniri tak sangka keluar dari mulutnya. Semalam pulak, sorang kawan baik aku yang tinggal di London telefon. Kami berbual dalam 40 minit dan akupun tak sangka jugak rupanya dia penah berada dalam situasi ku. Dia kata, "Ida, tolonglah jangan tinggalkan suami awak." Beberapa kali dia sebut tang tu je. Dia kata kat sini dah 2 couple yang sorang sana sorang sini last-last jadi haru biru. Kawan aku nie dia dapat tentangan yang hebat sebab dia benti belajar semasa baru kahwin. Mana taknya, kawan aku nie study kat Perak pastu husband keja kat kl, hari minggu lak husband dia kena pegi Johor (sebab sambung Master kat situ)..so masa bila nak jumpa?

Memang, benti belajar adalah satu kerugian tetapi skang nie kita perlu lihat situasi. Kalau ada rezki kawan aku nie bole further balik study dia. Jodoh dia dah sampai dan hasil persepakatan dia perlu benti study untuk ikut suami dia. Masa dia nak ikut suami dia pegi London dulupun dapat tentangan gak dari parents sniri. Alasannya biar suami dapat umah dulu, stable dulu dan so on. Tapi yang menariknya, suami dia just cakap, "Susah senang biar kami bersama," Dan agak lama jugakla krisis antara anak beranak. Hmm...at least aku tahu kawan aku sniripun mampu hadapi dengan jayanya skang..mengapa tidak akukan?

Bukan ketepikan keluarga sniri tapi tengok pada keutamaan. Bestfren mak aku yang merupakan sorang officer lak cakap, "Akak sanggup benti keja kalau nak ikut suami," "Duit leh carik" Sebenarnya...aku dah tahu dah semua tu tapi aku tak dapat cukup support dari orang-orang keliling ku. Bukan takde, tapi tak cukup (tamak ke?) Sebenarnya apa yang aku inginkan adalah orang-orang terdekat ku. Lebih bagus lagi kalau sedara mara sniri. Mungkin kawan takleh tolong tapi sedara mara leh kan..tapi takpe..menda nie aku akan setel tak lama lagi...so soon..insya allah..doakan kami. Aku percaya setiap kesulitan ada kemudahan...

Memang complicated aku nak citer..sebab aku tahu ada yang tak paham sangat dan judge macam-macam. Tapi aku tak kisah...dan sori kalau ada yg contra dengan pendapat aku nie. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Cuma bila kawan aku kata, lelaki nie dia ada ego dia sniri..buat aku terpk...hmmm.... -__*

Friday, July 01, 2005

Biasalah tu

Sebenarnya, bukan tanak update..tergendala kerana..

-Nak tukar lay out baru tapi tak reti
-Bz lak tiba-tiba ngan keja sb assistant officer takde, so kena buat keja dia dan keja campur2 (rojak)
-Since PKS (Pekerja Khidmat Singkat) di lantik lagi, so kena prepare gaji derang
-Keja-keja lain yang important and urgent tapi aku mmg suka bz ngan keja dari takde keja
-Baca blog orang lain lagi best dari update blog sniri

Semalam, aku tension balik..sebenarnya aku bukan apa, cuma menda nie balik-balik ulang menda yang sama..aku tahu parents aku sayang kat aku, lebih-lebih lagi anak aku cucu pertama derang, tapi tolonglah bagi aku hak sebagai anak dan juga sebagai isteri kepada menantu derang (betul ke ayat aku nie)..

Isu nie timbul balik sebab hal lain..tapi aku terkena skali tempiasnya..

Mak pak aku tak leh accept anak derang nie dah besar dan leh buat keputusan sniri (lebih-lebih lagi sudah berumahtangga dan kena ikut cakap suami)..

Dan yang obvious, derang tak leh terima anak derang akan dok jauh dari derang..dan merekapun akan berjauhan dengan cucunda tersayang...

Ada sorang akak nie, husband dia baru tukar ke Sudan, asalnya keja kat kl..so derang ingat nanti husband akupun sama kena pegi overseas..ayah aku kata kat mak aku , nanti suami aku transfer Sudah, aku dok sorang2 kat kedah..memangla sebab dia keja camna nak ikut, camtu aku kena benti keja so dpt ikut (ayat baik punyer)...tapi sebenarnya mana sama, companypun tak sama pastu bidangpun lain...apapun, sebabnya satu je, berat hati nak lepaskan anak cucu dok jejauh...

Memang menda nie hikmahnya banyak sgt tapi tamparan yang diterima lebih terasa kepada suami, dan aku sniripun ada masanya mengalirkan air mata..aku tanak dikatakan anak derhaka (seperti orang-orang yang mendengar dari sebelah pihak shj) dan dlm masa yang sama aku mahu taat kepada suami ku...masalahnya bukan kami mahu berjauhan tapi tuntutan tugas dan keadaan memaksa...

Bukankah kita perlu berhijrah kerana banyak kebaikan hijrah nie...macam lagu hijrah tu..Rasulullah sniripun berhijrah...memang ada risikonya tapi bukankah apa saja kita lakukan memang ada risiko..kalau kita lapar, kita makan..kalau tak makan nanti sakit, kalau makan nanti kenyang tapi kalau salah makan sakit perut..

Tapi aku tanak mudah melatah, biasalah tu ibu bapa mana tak sayang anak..cuma cara dan pemikiran mereka berbeza-beza...

Thanks blog sebab kau menjadi pendengar setia dari dulu...

Monday, June 27, 2005

Cerita hari minggu

Alhamdulillah dah dapat ING. member card. Punyalah tunggu mana pegi post express dari abi nie, rupanya akak despatch nie separatekan. Pas nie dah senang, ada kemudahan nak dapatkan rawatan sekiranya sakit. Tapi aku lum try lagi. Ingat nanti nak call tanya dulu. Sebelum nie kalau panel, claim je kat boss (masa kat firm lama). Skang nie kat opis gomen, kalau nak pegi klinik kena pegi kat Cheras tu yang untuk staff. (Alhamdulillah, bulan depan Sabtu dah tak keja, yahoo!) Dulu ada klinik kat bawah nie, ada ke derang tutup. Nak pegi Cheras kena naik bus. Tu yang prefer pegi Pusrawi (naik bus gak tapi dekat je). Lagipun best sebab islamic. Yang panel abi nie aku tengok list banyak sangat tapi pusat rawatan Islam ada satu je kat Kelana Jaya. Kalau dok sana dekat la.

Hari Sabtu aritu bawak Iemaan pegi pasar malam dekat area umah. Jalan kaki 15 ke 20 minit. Iemaan sukala bab jalan-jalan nie. Dukung atau stroller dia tak kesah janji dapat jalan. Yang pelik tu bila bawak dia duk dlm stroller dia takmo senyum. Seres dan masam je muka dia. Dah lama-lama baru ok. Samala kalau dalam lrt ke atau transit memana, dalam keta..mula-mula mesti muka masam. Ingat nak dukung je tapi nenek kata larat ke nak dukung, dah ada stroller tu guna la...So bawakla stroller tu. Last masa balik bukan Iemaan yang dok dalam stroller tu tapi makanan pasar malam. Okla tu takdela nenek nak pegang banyak barang. Nenek beli bunga lagi (agak dah).

Masa kat pasar malam, ada sorang anak Cina tu dalam umur 4 ke 5 thn agaknya, elok je dia pegi kat Iemaan yang masih dok dalam stroller. Dia usap-usap kepala Iemaan pastu dia cium mulut Iemaan! Ingat ke nak cium pipi. Sebab anak Cina tu lelaki. Masa tu aku benti kat satu gerai nie tengok barang. Pastu aku cakap kat nenek. Nenek Iemaan gelak je. Masa tu mak kepada budak Cina nie pun kat gerai yang sama. Sekali dia pegi kat Iemaan dan dia buat lagi. Iemaan lak diam je. Aku nak tergelak pulak. Agaknya dia ingat Iemaan nie anak Cina kut. Balik umah aku basuh muka dan tangan Iemaan. Nak mandi dah malam.

Kat umah bila atuknya balik, bagitau dia bawak cucu pegi pasar malam. "Patutla bau asap je cucu atuk nie,"

Teringat citer minggu lepas, bawak Iemaan gi daurah untuk pertama kalinya sejak dia lahir ke dunia. Perjalanan ke bangi menaiki komuter biasa je bagi Iemaan, sebab sebelum nie pun dia dah biasa naik putra. Iemaan nie alhamdulillah setakat nie boleh dikatakan dia jenis tak meragam kalau bawak berjalan. Atuk dia la yang kata. Aku nak komen aku pun tak tahu sebab tak penah ada pengalaman, Iemaan adalah yang pertama. Atuk kata kalau nak compare dengan kami adik-beradik memang problem je kalau bawak jenjalan. Nie kira dah cukup baikla tak meragam walaupun dia panas dan berpeluh. Minggu aritupun abi balik umah. Dia kata Iemaan dah berubah lagi wajah. Nampak cam anak Murabbi dia. Idah ngan Aishah kata cam muka anak kak Anfal. Tapi takde orangpun kata cam muka ummi dia huhu. Atuk cakap, "Anak bapak" (Like father like son).

Friday, June 24, 2005

Mungkin

Tengah fikir nak tukar server lain yang lebih banyak function eg tblog, blogsome, blogspirit..hmm..

Wednesday, June 22, 2005

Am i a bad mom?

Malam semalam Iemaan terjatuh dari katil buat pertama kalinya. Aku pegi bilik air masa tu, kejap je skali time aku masuk bilik tu aku nampak anak aku berguling nak jatuh. Memang tak sempat nak sambut..agaknya time tu aku tengah cemas. Tapi syukurla dia jatuh atas alas kaki tebal (macam karpet tu)..Menangis of course, aku pujuk dia dan agah dia, "Mana bird?" Dia diam kejap pastu nangis balik. Tangisannya jelas menunjukkan dia sakit dan terkejut. Berpeluh kepala dia. Time tu cantik-cantik je ayah aku baru balik dari kerja. Ingat ke dia nak marah. (Muka dah cuak) Tapi sib baik tak. Cuma ayah aku cakap mujurlah sniri yang buat, kalau orang lain dah bergaduh dah... (kui kui)..Lelama terus tertidur atuk dalam pelukan atuk.

Dahla semalam aku bagi dia minum susu yang dibancuh menggunakan termos yang sudah pecah. Sebenarnya tatau termos tu dah pecah kat dalam. Bila nak bagi susu kali kedua baru aku pasan macam ada bunyi dalam termos tu. Bila aku tengok, "Ya Allah, dah pecah..abih aa kalau anak aku termakan kaca dalam termos nie."

Carelessnya aku..ampeh.

Sib baik hubby aku tak marah. "Dia semakin aktif, kalau jatuh sket-sket tu biasala." "Kena berhati-hati" Memang dia jenis cool. Tapi kalau suami aku yang careless aku marah ehehe...

Pengajaran:

1) Jangan letak bayi anda yang sudah pandai meniarap dan berguling berseorangan atas katil walaupun dah kepung dengan bantal.
2) Dah tahu termos tu dah jatuh, periksa dalam sama ada pecah atau tidak termos tu!


Skang nie memang anak aku sorang nie dah mula tunjukkan 'taring' dia. Kalau letak kat tengah toto tu, jap gi dah terkeluar dari toto tu. Kalau bagi hisap puting, dia akan tunjuk skill meniup. (Yang nie tak tahu sapa yang jadi cikgu) Dan kalau cakap "Bird", dia akan pandang langit dan cakap "Eihh eihh" Dah pandai angkat tangan mintak orang dukung. Pastu kalau dukung dia dan berdiri depan pintu, dengan khusyuknya dia tengok alam sekitar. Bila bawak masuk umah balik dia nangis. Tapi yang paling aku perasan Iemaan nie dari dulu suka tengok cermin. Agah dia kat cermin dia mesti tersengih dan gelak mengekek (kena ada skill nak agah). Pastu menda yang dia paling suka sangat yang kaler terang-terang (sudah tentu) dan yang dia suka main ialah alas meja, plastik dan dia paling suka gigit dan makan buku, paper atau majalah. Jimat nie hehe. Sebab menda-menda camtu keluarkan 'bunyi' (menarik perhatian dia).

Kalau tidur suka meniarap. Bila kita telentang dan ngiringkan dia, nanti dia sniri meniarap. Tapi yang kelakar tu masa tidur malam bila nak bancuh susu nak bagi dia, dia nangis macam sedih sangat. Agaknya dia nak cakap, "Lambat aa ummi nak bagi susu" Sebab dulu masa dia nak menyusu badan, tak yah nak bancuh-bancuh, terus bagi. Senang dan cepat. Kita pun sambil tu tertido terus :D

Friday, June 17, 2005

Kawan baru

Tadi berkenalan dengan kawan baru. Dengan sedikit keberanian aku menegurnya dan diapun menunjukkan minat untuk berkawan. Rupa-rupanya dia dah lama memerhatikan aku. Tak sangka pulak..aku yang tak penah perasan kehadirannya. Dia kata slalu nampak aku minum atau lunch kat sini. Kadang-kadang dia nampak aku dengan suamiku. Hmm..rupa-rupanya dia ada kembar seiras dan kembar dia tu nak masuk 3 dah anak. Kawan baru aku nie baru je abih pantang, anak perempuan...alhamdulillah..dan yang tak sangka tu dia cam aku jugak kronologi kelahiran baby dia tu..cuma beza anak dia pompuan anak aku lelaki dan berat baby dia 3.25kg dan baby aku 3.45kg. Overdue 3 hari sama cam aku dan sebab caesarpun sama cam aku. Oh ya bersalin pun kat tempat yang sama cuma doktor lain..oh ya dia murah sket dari aku (tu yang untung tu) :)

Dia yang bukak citer pasal bab anak nie. Dia tanya aku dulu pregnant kan? Hmm caring gak dia nie. Akupun tertanya dia dah kahwin ke lom..tapi aku tengok bag plastik yang dia bawak ada baju baby..banyak gak. So aku rasa mungkin anak dia dah lebih sorang. Akupun tanyalah anak bapa orang..Rupanya baru je abih pantang anak sulong :) So akupun kongsila apa yang patut, makan jeli gamat dan jaga tempat yang operate tu dan sebagainya :)

Alhamdulillah bila niat ukhuwah kerana Allah, Diapun telah mudahkan. Teringat pulak masa kat kawasan opis aritu. Tak sangka dua-dua nak bagi salam antara satu sama lain sedangkan tak penah kenal, bukan satu opispun. Hmm agak-agak kawan baru aku nie ada potensi tak? ;)

Terbiasa dengan kebiasaan

Bila baca "Mahu menangkah kita?" (entry di bawah), terlintas di fikiran nie, apa yang aku dah buat? Aku masih lagi seperti biasa. Nak kata aku buat sesuatu pada agamaku, takde apa sangat yang aku buat. Tak seperti dia tu. Setiap hari dia hidup bersama dakwahnya. Dia boleh menjadi seorang yang lebih profesional dalam kerjayanya, mampu hidup mewah dan mudah tetapi dia pilih kerjaya yang susah, yang incomenya tak seberapa. Dia ketepikan bekerja di bawah hawa dingin dan memilih kerja yang biasanya dilakukan oleh seorang pendidik sedangkan dia bukan dalam bidang ini. Mungkin kelebihan dia dalam berbicara mendorong dia ke arah ini dan minat merupakan satu bonus baginya. Kerjaya yang nampak seperti biasa tetapi impaknya luar biasa. Kerjaya yang bukan terhangat di pasaran tetapi membawa pulangan akhirat yang lumayan.

Aku bukan mempersoalkan mengenai kerjaya sedangkan kerja akupun adalah satu jihad dan ibadah juga cuma aku mahu mengambil kesungguhan dan pengorbanan seseorang itu sebagai contoh yang patut aku ikut. Betapa dia sudah berjaya keluar dari kebiasaan kita yang biasa dan melakukan sesuatu yang kelak akan membawa perubahan yang besar dalam masyarakat. Kita perlu pandang dengan mata hati kita baru kita dapat merasa sesuatu yang orang anggap tiada yang luar biasa. Kenapa aku boleh duduk diam sedangkan masyarakat di sekeliling aku semakin lama semakin rosak akhlaknya. Kalau dalam majalah Mastika tu dah macam-macam cerita. Itu belum lagi yang terpapar dalam internet. Oh ya dalam tvpun sama. Kadang-kadang aku tengok aku semacam pelik, kenapa iklan tak senonoh camnie pun boleh lepas? Bukan nak kata iklan, cerita yang ada skangpun yang dilakonkan oleh pelakon luar juga tak kurang hebatnya. Sehinggakan skang baru nak buat pendidikan seks untuk pelajar sekolah, penapisan internet dan skang nie nak bagi jarum dan kondom percuma pulak. Mewahnya negara kita nie ya ehee...tapi sayangnya sudah terhantuk baru terngadah. Dari segi positifnya kita boleh katakan, belajar dari pengalaman dan kesilapan.

Sebenarnya kitalah yang perlu kawal semua tu. Kalau kita kuat kita boleh tepis semua tu. Memanglah kalau hendak dihapuskan sebatang pokok perlu dari akarnya. Tetapi jika berjaya mencantas dahan-dahan yang kering dan rosak, sekurang-kurangnya pokok tersebut mampu hidup dan kelihatan cantik. Aku pernah baca kisah betapa seorang lelaki sanggup membakar tangannya sendiri dari melakukan zina dengan seorang wanita yang menggodanya kerana takutnya dia kepada Allah. Tapi sekarang nie jangan kata nak bakar tangan, untuk berkata "Tak nak!" (macam iklan tanak merokok)pun susah. Tengokla keruntuhan akhlak dan moral muda-mudi skang. Nak kata tak de pendidikan, student U yang paling top ceritanya. Dengan apa kita nak hadapi semua tu kalau tak dengan iman kita. Oh iman, kasihan sungguh kau sudah tidak dipedulikan lagi. Nafsu saja yang menang sedangkan kau selalu kalah...

Tak boringkah kita dengan kebiasaan kita. Kalau tidak takkan ada orang kata, "Boringlah takde apa nak buat.."

Mahu menangkah kita?

Bicara Bani Israil di gerbangan pintu
Tanah Palestin:
Berikan kami mentimun
Berikan kami bawang
Berikan kami makanan kami di Mesir
Di bawah jajahan Firaun laknatullah

Walaupun mereka sudah dikurnia
Manna-was-salwa

Engkau mahu mengganti dengan lebih rendah
Dan kau tak sanggup berkorban
Padahal kita di depan pintu Baitul-Muqaddis

Apa kau mahu segalanya datang percuma
Pembebasan ini perlukan pengorbanan

Kembali kepada umat Islam kini
Jangan sampai jadi Bani Israil itu
Lantaran tidak sanggup berkorban
Makanan yang biasa
Kebiasaan selama ini
Tidak sanggup berkorban sedikitpun
Untuk mencapai kemenangan

Berkorbanlah sedikit
Manakan boleh kemenangan datang percuma
Kalau masih mahu santai di depan komputer
Diberi kata manis IRC
Solat diwenang-wenang
Ilmu Islam tahap taski sahaja

Jangan harap untuk menang!
Tetapi akan Allah gantikan
Dengan kaum
Yang mereka cinta Allah
Dan Allah cinta mereka
Lemah lembut dengan mukmin
Tegas pada kuffar
Jihad di jalan-Nya
Dan tidak khuatir celaan.

Mahu menangkah kita?

*credit to Akh Fazrul@westlafayette atas artikel2 yg diimport

Wednesday, June 15, 2005

Hendak seribu daya


Sejauh mana sumbangan kita dalam memastikan umat Islam di seluruh dunia terbela? Di Palestine masih tiada kesudahan. Di Iraq ada saja berita kematian. Begitu juga di negara-negara yang tertindas umat Islamnya. Adakah melalui kudrat kita atau peluh kita? Adakah melalui suara kita? Atau adakah selera kita? Dimanakah kita sewaktu mereka memerlukan pertolongan kita?

Tidak perlu hulurkan tangan, ringankan beban (macam pernah dengar tapi di mana ya?) tetapi dengan memboikot produk dan company yang support Israel, kita telah banyak membantu. Bayangkan setiap seorang dari kita melakukannya, boleh bankrupt depa nie...hmmm tepuk dada tanya imaan kita. Insya Allah kita mampu melakukannya!

Monday, June 13, 2005

Berusahalah!

Pagi nie aku seperti diawang-awangan sebab tidur tak cukup nyenyak malam tadi. Kejap-kejap aku terbangun. Nak kata sebab anak aku bangun mintak susu, sebelum nie pun dah biasa camtu. Kalau nak kata sebab tahajud, itu bukanlah alasan. Kena istiqomah untuk melakukannya setiap malam. Walaupun hanya 2 rakaat. Teringat pesanan seseorang yang hebat, "Bangunlah malam solat untuk doakan anak kita.." Sebenarnya bangun malam bukan setakat time ditimpa masalah je. Bukan setakat time susah je.

Sejak anak aku dah tanak susu badan nie, susu pun otomatik dah kurang. Memangla aku dah senang sebab tak payah risau bila susu penuh atau pasang, tetapi bila tido malam aku kena bangun bancuh susu. Sedih gak sebab susu ibu banyak khasiat. Nampaknya harapan aku nak susukan anak aku sampai umur dia 2 tahun tak kesampaian, cuma 6 bulan je. Sedih sebab nie anak sulong aku. Tapi aku masih menerima rangsangan susu. Aku tetap berharap anak aku akan menyusu badan walaupun dah kurang sangat.

Ukhti Ana nama mujahidah kecil dia RUHUL SYAHIDAH. Ramai gak suka makna syaheedah nie ya. Anak webmaster Sodeeq AMAANI SYAHEEDA. Alhamdulillah, moga yang terbentuk nanti adalah seindah namanya. Rindunya ukhuwwah fillah. Ukht Ana, rindu nak jumpa baby ukht. Sedih rasanya sebab tak dapat jumpa. Sebak pulak rasanya... :(

Dalam diriku, merekalah yang menaikkan semangat ku disaat aku tersungkur. Aku bangun semula untuk teruskan perjuangan ini seorang diri bersama-sama anak ku. Bila suami ku sms kata takut anak dia dah tak kenal dia lagi, akupun terdiam. Aku faham kesedihan dan kesunyian yang ditanggung oleh suami ku. Allah maha mengetahui. Mungkin sekarang belum masanya Dia berikan kami apa yang kami mahu. Dia mahu kami menghargai perhubungan ini. Kerna Dialah, aku memilih suami ku. Mungkin Dia mahu aku sedar dan ingat betul-betul matlamat aku dulu akan pernikahan ini.

Setiap manusia diberikan Allah ujian dalam pelbagai bentuk. Dan kitapun masing-masing diberikan Allah kelebihan serta kekurangan. Kitalah yang akan menentukan adakah kelebihan yang Allah anugerahkan itu kita manfaatkan atau kita bazirkan. Menjengah ke blog Kamalsan membuatkan aku berfikir, "Ya, akupun ada sesuatu yang boleh aku manfaatkan untuk orang lain. Mungkin aku tak berpeluang menyumbang terang-terangan seperti orang lain. Tak bisa ikut program, tak bisa ke situ tak bisa ke sini. Hanya melalui hujung jari sahaja. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk mengajak manusia kepada kebenaran dan kebaikan. Walaupun bahasa aku tak berilmiah, pakai hentam keromo je.

Tertarik dengan ayat Kamalsan, "Yes,each person has their own ability and weaknesses. Even the chosen one also imperfect. It is just matter of how the person use it.

Maybe there are some abilities yet to be unlocked. It is just the matter of finding the right key."

Thursday, June 09, 2005

Cahaya yang menerangi

Sekilas rentetan dari blog aida mengenai Menjadi da'ie.

"Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tiada kuasa dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Muslim)


Mereka berpegang bahawa firman Allah ("Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan") sebagai bayan atau penjelasan.

"Dan orang-orang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar" (At-Taubah:71)


Jelas ayat tersebut Allah telah menjadikan amar makruf dan nahi mungkar sebagai pembeza di antara golongan orang yang beriman dan golongan orang munafiq. Orang-orang yang beriman selalu menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar dan puncaknya ialah menyeru manusia ke jalan Allah- dan untuk mewarisi jalan Rasulullah saw.

"Hai Nabi Kami mengutuskan engkau sebagai saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru (daie) kepada (Din) Allah dengan seizin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi." (Al-Ahzab:45-46)


Betapa indahnya ayat-ayat tersebut bukan? :)

(Dari buku Konsep-konsep Umum Islam oleh Abu 'Urwah)

*Mabruk kepada Ukhti Ana kerana melahirkan seorang mujahidah pagi semalam. Semoga keberkatan Allah sentiasa bersama-sama antum sekeluarga...

Monday, June 06, 2005

Pesanan untuk si kecil

4/6/2005, 9:50:06AM

"Umi...tlg bgitau Iemaan yg abi bkn saja2 tgglkn dia.sntiasa ingtkn dia abi pg dkwh n jhd k.cian dia, msh blum mengerti..."

[Ummi...tolong beritahu Iemaan yang abi bukan saja-saja tinggalkan dia. Sentiasa ingatkan dia abi pergi dakwah dan jihad ok. Kesian dia, masih belum mengerti...]

Thursday, June 02, 2005

Tudung labuh?

Allahu Akbar!Seronok baca entry kat blog kak aida mengenai isu tudung labuh. Terpanggil untuk bercerita tentang pengalaman aku yang mengenakan tudung labuh. Sebenarnya bukan nak citer aib sendiri tapi untuk pengajaran bersama mudah-mudahan dapat diambil iktibar.

Sesuai dengan perintah Allah dalam surah An-Nuur ayat 31 seperti yang tertera dalam blog kak Aida tu, seharusnya kita sedar bahawa pertama sekali menutup aurat adalah wajib bagi perempuan Islam. Jadi bila kita tutup aurat tu sudah semestinya syarat menutup aurat itu sendiri dipenuhi iaitu menutup seluruh bahagian badan kecuali muka dan telapak tangan. Pakaian kita itu sendiri juga perlulah longgar dan tidak ketat serta tidak menampakkan bayang-bayang atau bentuk tubuh badan kita.

Tapi sekarang nie bertudung bukan kerana tuntutan menutup aurat tetapi sekadar berfesyen. Berapa banyak kaum perempuan di luar sana yang menutup aurat tetapi jelas menampakkan susuk tubuh dan tanpa segan silu melakukan perbuatan terlarang oleh Islam.

Ketepikan perkara itu kerana ia memerlukan penjelasan yg lebih terperinci. So sekarang bila dah tutup aurat tapi timbul pula soal tudung labuh atau tak? Tudung labuh nie biasanya orang sebut juga tudung bulat atau tudung besar yang bidang 60 inci tu. Kenapa orang kata si pemakai tudung labuh tu alim dan sampai ada yang kata riak pula?

Sebenarnya kita fikir camnie jelah. Bila seseorang itu dah pakai tudung labuh, mestilah pakaian diapun jenis labuh jugak dan ada tak kita pernah tengok perempuan yang mengenakan tudung labuh buat perkara2 terlarang seperti yang biasa kita tonton kat shopping complex dan tepi2 jalan? Rasanya aku belum tengok lagi. Tak tahulah kalau ada orang lain pernah tengok. So maknanya bila seseorang itu sudah bersedia pakai tudung labuh secara otomatisnya dia akan jaga perangai dan tingkah dia agar tidak dipandang tak molek oleh orang lain. Kita bukan bercakap soal hipokrit, tetapi apabila kita menjaga tingkah laku kita dek kerana tudung labuh itu menjadi hijab atau pelindung kita dari melakukan maksiat so kita dah ada point kat situ kelebihan orang bertudung labuh ni. Allahu'alam.

Aku nie cakapla fesyen tudung apa semua aku dah pakai. Samalah pakaianpun. Boleh dikatakan perempuan bertudung zaman ni pakai aku dah try dah dulu. Bila aku dah berubah..niat aku nak bertudung labuh datang sendiri. Kenapa aku nak pakai tudung labuh? Tak cukup ke tudung 3 segi yang aku pakai? Dah tutup dada, baju dah longgar, sarung kaki dan sarung tangan dah pakai. Tapi kenapa aku masih diganggu?

Pernah sekali aku hampir kena raba dalam bus padahal aku pakai baju kurung dan aku pakai tudung tutup dada serta aku tak mekap langsung. Kalau nak kata warna baju yang aku pakai, aku ingat lagi aku pakai baju kaler hitam putih (orang kata baju warna tahi cicak) So apa tak kena dengan diri aku? Itu salah satu sebab aku nak pakai tudung labuh. Lagi satu, dari segi peribadi aku rasakan kalau aku bertudung labuh aku akan lebih menjaga tingkah laku aku, sebab aku tahu diri aku nie camne dan ntahla..aku sendiri nak tudung labuh. Aku fikir, kalau orang lain boleh pakai tudung labuh, kenapa aku tak cuba?

Alhamdulillah sejak aku pakai tudung labuh aku tak penah lagi kena menda2 tak elok tu. Cuma aku akuilah ada gakla yang masih usik2 mcm "Assalamualaikum kak long" dan sebagainya. Akupun pelikla dengan manusia nie. Dia tak nampak ke aku nie takde buat apa2 yang menarik perhatian dia. Kadang-kadang rasa nak flying kick je sapa yang kurang ajar tu. Dan aku rasa insya allah aku selamat sangat bila mengenakan tudung labuh. Banyak kelebihannya..aku boleh sorok beg tangan aku nie dalam tudung apa... :)

Dulu aku pernah tergerak nak pakai niqob/niqab..alah yang tutup muka nampak mata je tu. Tapi mak aku tak kasik. Sebab nampak pelik kat Malaysia nie walaupun bukan takde manusia pakai. Tapi bila dah kahwin nie suami aku tak suruh aku pakai walaupun kalau teringin tu aku pakai gak kat dalam bilik. Saje2 tengok kat cermin...seorang sahabat pernah hadiah pulak kat aku.. :)

Samalah macam niqob nie..tak semestinya kita kena pakai 24 jam.. ada sesetengah tempat kalau kita pergi rasa tak selamat kita bolehla pakai. Islam itukan mudah dan indah. Yang bab gosok tudung tu aku rasa macam nak gelak pulak. Aku akui memang nak pakai tudung labuh nie kena extra rajin sketla sebab kena iron dulu baru leh pakai. Lainlah macam tudung turki semua tu ada yang tak payah gosok pun takpe, tak nampak kedut :) Semua nie terletak pada kemahuan kita.

Kalau nak cepat atau misalnya nak ke pasar ke tak semestinya kena tudung labuh. Tudung tiga segi yang 60 inci tu boleh pakai. Jahit tengah dia dan pakai. Takde la susah sangat pun daripada nak pin dengan brooch nanti berlubang sana sini. Terpulang pada masing-masing. Yang penting perbetulkan niat kita biar bertudung tu menjadi sebahagian dari ibadah. Sematkan dalam hati kita betapa indahnya bertudung nie. Aku start pakai tudung labuh pun pertengahan 2003, sampai sekarang aku masih merasakan indahnya aku bertudung labuh. Sampai sekarangpun bila aku tengok diri aku kat cermin aku akan kata, "Eh nie ker aku yang dulu nie?"

Sebenarnya kalau nak bincangkan hal dengan masyarakat kita hari nie, panjang penjelasannya. Ada orang pernah kata, "Alaa pompuan pakai tudung pun tapi kena rogol jugak," "Alaa pakai tudungpun tapi perangai buruk buat hapa," Sebenarnya setakat pemakaian tetapi tingkah laku dan pembawakan diri kita tidak dijagapun tidak bermakna.

Dalam surah An-Nuur ayat 30-31 telah ditekankan oleh Allah bahawa lelaki dan wanita itu perlulah menahan pandangan mereka yakni menundukkan pandangan dari memandang kepada yang haram dan memelihara apa yang sepatutnya mereka pelihara. Bukan itu sahaja, keadaan persekitaran kita sekarang nie pun bukanlah mencerminkan Islam. Kalau kita tengok kat pasar malam contohnya percampuran lelaki perempuan adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Bukan nak cakap pasar malam sahaja, kat sekolah, kat IPT kita nampak pergaulan lelaki perempuan secara bebas sudah berlaku. Sedangkan Rasulullah saw pun cakap perempuan Islam lebih baik solat di rumah dari solat di masjid. Punyalah Islam nie jaga betul-betul kaum wanitanya tetapi kita nie tatau nak hargai semua tu. Hinggakan dalam Quranpun ada surah Nisaa' tapi surah Rijal tak de. (rujuk Arah Wanita Islam - Asy-Syahid Hassan Al-Banna- buku nie Ustazah Bhs Arab kasik kat aku masa aku form 2..alhamdulillah masih simpan sampai skang..walaupun masa tu tak insaf2 lagi) ..Wallahu'alam.

Wednesday, June 01, 2005

I look I See

I Look I See

Klik sini untuk dengar sample tracks

Sekarang nie kat mana-mana ada dengar nasheed "Your Mother" :) Dengar suara budak-budak nyanyi rasa rileks je..ada skali masa dalam kelas arab, Ustazah pasang nyanyian dari kanak-kanak Madinah. Best sangat dengar! Walaupun tak paham sebab bahasa Arab tapi kelembutan dan melodi yang dilagukan oleh kanak-kanak tersebut membuatkan hati ku terusik. Mintak tolong Ustazah tolong belikan untuk aku.

Your Mother - Rasheed A Bhikha

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick - stay up all night
Holding you tight?
That's right, no other -
My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell
Who'd pick you up?
Clean your cut?
No one but your mother -
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried
Who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank You Allah
Thank You Allah for my mother

You can click here to listen and read the lyrics as well.

Semalam anak aku sembelit lagi. Aku salahkan diri aku yang cuai dalam menjaga pemakanan dia. Aku tahu skang apa nak buat untuk atasi masalah ini insya Allah. Semalam kena bawak dia pegi klinik mintak tolong doctor. Kesian tengok dia. Maafkan Ummi sayang! Ke sebab aku bagi dia makan Dumex? Tapi makcik2 nie cakap bagi yang mahal2 tak jalan so kasik dumex je. Memang ada kes dah tukar dumex baru ok tu yang aku cuba tu. Lagipun family aku mahupun husband semua kecik2 makan dumex. Tapi kalau dia memang serasi makan novalac tu aku tak kisah. Betul doctor cakap dalam hal nie kita kena trial and error baru kita tahu mana yang terbaik buat dia.

Semalam husband aku sudah berangkat menyahut panggilan tugas di Kedah. Hari nie dia akan lapor diri dan bermulalah episod tinggal berasingan antara suami isteri. Walaupun ini bukan sesuatu yang baru bagi kami tapi kami tetap merasakan kehilangan. Apatah lagi sejak ada mujahid kecil yang dah mengubah 80% corak kehidupan kami berdua. Suami aku pasti akan merindui si kecil nie. Cuma aku bertuah dan bersyukur kerana masih tinggal dengan ibu bapa so takde banyak masalah. Masalah tetap ada tapi insya Allah dapat diatasi tapi lambat lagi. Akupun sebenarnya dalam dilema. Aku ada jugak kepentingan diri sendiri yang aku target nak capai dan apa yang aku nak capai tu ada di sini. Bila aku membuat keputusan untuk utamakan keinginan ku, aku terpaksa lepaskan keinginan ku yang lain dan keinginan tu juga sama pentingnya malah aku rasa lebih penting dari diri aku sendiri. Anak dan rumahtangga aku serta dakwah dan tarbiyyah!

Aku tahu aku boleh handle menda nie sebab keinginan aku tu takde lah bermakna sangat. Dari segi peribadi mungkin ya sebab aku akan dapat kepuasan atas segala usaha aku selama nie walaupun usaha aku tu takla bersungguh2 sangat. Tapi aku tahu aku perlu utamakan rumahtangga dan dakwah. Anak akupun masih kecil so masa nie lah aku nak bentuk dia jadi apa yang sepatutnya dia jadi nanti. Aku tahu daie itu dimana2 dia berada, walau dimana dia 'tercampak' dia sepatutnya dapat atasi apa jua cabaran disekelilingnya. Tapi aku? Mampu ke aku buat sedangkan cabaran tu datangnya dari keluarga aku sendiri?

Aku dah mula memeningkan kepala aku semula...

Friday, May 27, 2005

Confuse

Semalam, pegi bawak anak tersayang pegi Pediatrik HKL untuk jumpa Profesor Dr. X sebab last time masa iemaan 3 bulan, Doktor kat klinik DBKL incidentally mendapati jantung anak aku bunyi lain dari biasa. So dengan tak berdebar-debar aku pun pegi bersama husband. Ingat ke lama tunggu walaupun dah fix appoinment tapi kejap je. Prof tu cakap masih ada bunyi tapi soft so dia berani cakap yang insya allah anak aku takde apa2..lagipun sampai skangpun berat badan dia sangat bagus dan tanda-tanda biru pun takde. So dia nasihatla apa yang patut in case kalau something terjadi kat anak aku iaitu tanda-tanda sakit jantung (jantung berlubang) seperti kebiruan pada kuku, bibir serta tercungap2 dan berpeluh2 semasa atau sesudah menyusu. So dia kata untuk confirmation dia akan buat temujanji dan anak aku akan direfer ke doktor jantung. Yang aku agak terkejut tu derang nak teropong jantung anak aku menggunakan satu alat dan lepas tu x-ray. Sebelum tu dia akan bagi anak aku ubat tidur untuk memudahkan proses tersebut. Ya allah tergamak ke aku tengok semua tu?

Sebenarnya aku agak keliru dengan perkara yang berlaku terhadap anak aku. Aku faham bilamana mereka mengatakan, menda nie normal sebab sesetengah bayi lubang di jantung akan tertutup sniri bila dia besar nanti. Akupun ada tengok medic TV dua ke tiga minggu lepas mengenai pembedahan ke atas kanak-kanak jantung berlubang. Apa yang doktor dalam TV tu cakap serupala cam derang cakap. Yang menghairankan aku lagi aku dah bawak anak aku bebaru nie berjumpa pakar kanak-kanak dan pakar jantung kanak-kanak PUSRAWI iaitu Doktor Kamaruddin yang merangkap pengarah PUSRAWI tapi dia kata jantung anak aku normal. Akupun ada bawak anak aku jumpa doktor private lain. So keputusannya takde apa2 masalah. Sepanjang anak aku membesar nie pun tak de tanda-tanda yang mengaitkan dia dengan jantung berlubang. So aku berat hati nak biarkan derang menjalankan ujian seperti itu untuk memastikan anak aku benar-benar takde masalah jantung. Bukan apa menda tu terlalu besar risikonya bagi bayi berumur 6 bulan, walaupun ujian tersebut akan dibuat bila dia setahun nanti.

Bila aku cakap kat kedua orang tua ku seperti yang aku jangka derang tak bagi. Sebab ada kes orang dewasa dia buat ujian seperti itu tak lama kemudian dia menerima risiko yang menyebabkan bertambah rumit masalah yang dia hadapi dan akhirnya dia meninggal dunia. Memanglah ajal di tangan Allah tetapi membiarkan sesuatu yang membahayakan anak aku sniri aku tak sanggup. Abah aku cakap nanti macam2 eksperimen derang buat dan seperti biasa doktor pelatih pun amik kesempatan sama. Aku tahu tu keja derang sebagai menjalankan tugas sbg seorang doktor tapi aku berat sgt nak buat. Abah aku cakap lagi baik aku buat solat hajat banyak2 tu lagi bagus. Dia takut nanti elok2 anak aku sehat nanti dah buat test tu ini dapat sakit lain pulak.

Kalau nak ikut perubatan, jantung nie bukanlah penyakit keturunan dan sebelah aku memang takde penyakit jantung. Tapi sebelah suami memang ada. Aku berharap dan berdoa anak aku memang selamat dan bebas dari penyakit tersebut. Kesian pulak tengok dia yang tak mengerti apa2 tu. Naluri aku sendiri mengatakan anak aku takde apa2 masalah. Mintak doa dari semua sama ya. Mungkin aku akan bawa anak aku refer ke hospital pakar lain pulak atau hospital kerajaan negeri lain.

Thursday, May 26, 2005

Tunjukkan aku jalan yang lurus!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Selawat kepada Nabi Junjungan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"(Ya Allah) Tunjukkan aku jalan yang lurus!" (Qur'an 1:6)

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,

Bertemu kembali setelah lama tidak menulis untuk menjadi tazkirah dan tazkiyah diri dan rakan sekelian.

Kekadang kita teralpa bahawa kita memohon Allah minimum 17 kali sehari untuk ditunjukkan jalan yang lurus. Namun kekadang kita terlupa bahawa bagaimanakah jalan yang lurus tersebut?

Allahu a'lam. Allah Maha Mengetahui jawapan tersebut. Cuma dalam kita menerawang dan meneruskan kehidupan, maka kita perlulah menggunakan akal yang ada untuk mengkaji ayat ini lantaran Fatehah itu adalah surah yang merangkumi segala ajaran di dalam Quran dan ia dikenal sebagai Ummul-Kitaab. Jika kita melihat kepada konsep UMM, maka ia adalah pusat asal segala-galanya. Dan kalau kita melihat kepada konsep IMAM, maka ia membawa implikasi bahwa Fatehah itu adalah pemimpin yang perlu dibereskan pemahamannya
dan praktisnya agar terang jalan Islam yang kita lalui.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Qur'an 3:31)

Maka jalan yang lurus itu adalah jalan Nabi Muhammad sebagaimana diterangkan dalam ayat di atas. Cuma dalam perjalanan di atas muka bumi, terlampau banyak manusia yang mengatakan mereka mengikut Rasul, maka bagaimana kita berdepan dengan hal ini?

Perlulah kita memahami bahawa kita disatukan atas kalimah Tauhid(laila ha illallah) berasaskan minhaj Rasulullah (muhammadan rasulullah), maka ia perlu diletakkan sebagai kalimatul-ulya (kalimah yang diatas) dalam menaakul hal ini agar amal yang kita teruskan adalah dalam kehatian laksana melalui jalan yang berduri ( definisi taqwa Saidina Umar).

Bila memahami kalimah tauhid dan melaksanakannya, sudah pasti kita akan lebih menuju kaedah Rasulullah sebagai satu-satunya jalan selamat dan lurus menuju Allah. Pemahaman kalimah tauhid ini penting lantaran pertelagahan yang banyak berlaku di kalangan umat Islam sekarang ini adalah disebabkann pemahaman berbeza dalam kalimah tauheed ini yang menjadi asas perubahan (asas-ul-inqilaab) dalam masyarakat, sebagaimana yang ditunjukkan generasi di zaman Rasulullah.

Cukuplah untuk renungan kita hari ini untuk mencontohi kaedah sahabat Rasulullah: Huzaifah yang sentiasa bertanyakan sesuatu yang buruk dari Rasulullah agar beliau terjauh dari melaksanakannya. Konsep al-bara' (berlepas diri dari sesuatu) yang wujud dalam kalimah tauheed, sebagai asas penaakulan kita, adalah paralel dengan kaedah ini.

Sebagai seorang Islam, seseorang perlu berlepas diri dan jauh dari individu serta kumpulan yang mempunyai ciri-ciri di bawah yang tercatat dalam Surah Ibrahim (Quran, 60:4) dan Surah Al-A'raf (Quran 7:59)

1) Melakukan kekufuran
2) Menimbulkan permusuhan
3) Menimbulkan kebencian sesama sendiri
4)Memutuskan silaturrahim

Itulah antara perkara yang perlu kita perhatikan dalam kita memohon kepada Allah jalan yang lurus. Tiada seorang pun manusia yang boleh mengaku dia berada di jalan yang lurus kecuali setelah dia disaksikan oleh ALlah. Lantaran itu kepada sahabat sekelian, marilah kita bertolongan atas kebajikan dan taqwa, dan kita tidak akan membantu sama sekali hal yang membawa dosa dan permusuhan agar jalan lurus yang satu daripada 72 golongan itu adalah milik kita.Kita wajib mencari dan mengkaji hal ini lantaran menuntut
ilmu adalah wajib dan kita akan disoal di akhirat nanti masa yang ada samada digunakan untuk mempelajri ilmu Allah atau disiakan dalam ilmu duniawi semata-mata.

Ameen!

tasbeeh kaffarah

West Lafayette

Wednesday, May 25, 2005

Kenali Sahabat - ar-Rabi' Ibn Khutaymn

Kisah tersebut pernah aku baca sebelum nie tapi sekali lagi untuk peringatan diri dan orang-orang yang mengambil peringatan, bahawa dosa yang kita lakukan sama ada kita sedari atau tidak, sekiranya tidak dicegah dan dihapuskan maka ia akan terus bertambah dan bertambah seterusnya mengotorkan hati kita. Apabila hati kita sudah kotor maka sudah pasti kita sudah jadi malas untuk beramal dan lama kelamaan kita akan bertambah jauh dari Allah swt. Selepas nie insya Allah aku akan paste artikel yang bermanfaat untuk charge iman kita yang slalu turun naik. Perlu dijaga. Jazakallah kepada penulis asal artikel tersebut. Tak pernah jemu review.

Rakan sahabat sekelian,

Salah seorang at-Taabi'in(generasi selepas sahabat Nabi) ialah ar-Rabi'
Ibn Khutaym. Marilah bersama kita mengenali tokoh lampau sebagai contoh
kita dan bersamalah kita menyedari bahawa minda kita adalah bakkan
bejana yang akan penuh samada dengan dengan kebaikan atau keburukan.
Satu bejana yang berair bersih tidak akan bersih kecuali diisi dengan
air yang bersih. Dan air yang bersih dalam roh kita ialah fikrah dan
ilmu yang sahih yang perlu kita usahakan dengan bantuan dan izin Allah.

Tadabburkan kisah ar-Rabi' Ibn Khutaym:

When ar-Rabi' grew into manhood, his piety grew with him, and he became
more deeply conscious of and awed by the might of Allah. Many times he
would awaken his mother at night with the sound of his sobbing and his
supplications to Allah, when everyone was sleeping. She began to suspect
that something was wrong, and asked him:

"What has happened to you, son? Did you commit a crime? Have you killed
someone?"

"Yes, mother, I have killed someone"

"Who is it?" she cried out anxiously. "Son, we can send intermediaries
to his family, and perhaps they will pardon you. If the people of the
dead man know how grieved you are over him and how you are unable to
sleep at night, they will have mercy on you,"

"Do not speak to anyone," answered ar-Rabi', "for I have killed , my own
soul with my sins"

(dari buku Suwar min Hayat al-Tabi'in atau Portraits of the Life of The
Successors to the Companions of Prophet Muhammad by Abdul Rahman
al-Basha)

West Lafayette
Indiana

Syuh sembelit daripada anak ku!

Alhamdulillah, anak ummi dah tak sembelit lagi. Tak pasti apakah punca sebenar menyebabkan dia sembelit. Susu formula yang diberi disamping susu badan rasanya macam tak de kena mengena sebab masa nak mula keja dah kasik susu tu so far ok je dia buang air besar...sejak makan bubur nasik nie memang keras je najis dia...tu yang terpaksa stop bagi nasi tu. Tapi rasanya mungkin jugak sebab susu kot. Skang atas nasihat doktor pakar dah tukar susu Novalac khas untuk baby yang mengalami sembelit. Pastu kasik dia jus buah-buahan dan bagi dia bijirin Dumex. Kadang-kadang tukar Gerber dan Nutricia supaya dia tak boring sebab Dumex perisa dia terhad. Lagi satu yang membantu pembuangan najis dia ialah bagi dia makan ubat Lactulose Syrup berfungsi sebagai pelembut najis. Kalau enema tu setakat merangsang supaya nak buang air besar je. Alhamdulillah hari Ahad dah cucuk Enema tu (kalau tak cucuk memang susah nak buang air) dan hari Isnin dia buang air lagi (balance semalam) dan semalampun dia buang air besar. Kiranya memang memeranjatkan ummi dan abi dia lah sebab susah dia nak buang air besar hari-hari. Dia bukan jenis baby yang camtu. Dia jenis yang 3 atau 4 hari baru dia buang air besar. Kesimpulannya seminggu skali la :)

So hari nie balik keja ummi ingat nak kasik dia orange juice sebab dia pun dah 6 bulan rasanya perut dah kuat makan buah oren nie. Cuma yang quite sad tu sebab dia dah takmo susu badan except kalau dia tido. Tu pun ummi yang cuba kasik. So bila baby dah tak hisap otomatik susu pun dah kurang. Ni sebab susu campurla nie. Diapun dah sedap minum dalam botol. Kalau aku perah dan letak dalam botol dia mesti nak. Azam next baby nak exclusive breasfeed insya Allah. Masuk kali nie dah 6 kali bengkak susu tapi sayang anak punya pasal tahan segala macam sakit tu.

Wednesday, May 18, 2005

Cayang dia

Air mata yang berlinang bertambah laju mengalir apabila dipujuk oleh sang suami. Rasa sedih, terharu dan macam-macam perasaan. Ku sorok wajah ku dengan bantal kerana aku malu untuk menangis di depan suami ku. Kata-kata semangat seperti sabar dan sebagainya menambahkan lagi sayu di hati. Suami lantas membuka terjemahan al-Quran dan memberi sedikit tazkiroh kat aku. Tiba-tiba aku terdengar suara suami ku bergetar-getar dan aku intai di sebalik bantal. Ku lihat suami aku menyeka air matanya. Lagi aku bertambah syahdu. Hari itu tangisan aku agak lama dan buat pertama kalinya di hadapan suami sendiri. Sebenarnya sebelum nie aku belum pernah menangis depan suami sebab aku tak suka. Akupun tak tahu kenapa, mungkin aku nie memang jenis camtu. Bukan suami ku je, dekat orang lainpun air mata aku nie mahal nak tunjuk kat orang. Bukan ego tetapi mungkin aku tidak mahu merasakan diri aku nie sudah mengaku kalah walaupun menangis bukan beerti kalah atau putus asa. Rasulullah SAWpun menangis. Tapi yang pasti menangis di depan Allah memang tak malu. Manusia, dah susah baru nak nangis mintak tolong Allah. Bila dah senang susah nak nangis.

Bila tengok wajah anak, rasa terubat hati. Sekarang dia dah 6 bulan. Besar dah dia. Bila menerap dah pandai nak pegi amik tu la, capai ni la. Semua masuk mulut. Air liur meleleh je. Pengasuh dia kata dia sakit gusi sebab budak ada gigi memang camtu. Hari tu demam 3 ari, kesian betul. Yang aku pelik tu gigi dah lama tumbuh baru demam. Kawan aku cakap basahkan kepala dengan bancuhan air asam jawa tapi pengasuh aku cakap jangan nanti sejuk sangat. Sedangkan orang tuapun tak tahan nie kan pulak budak-budak. Rasa bersalah sangat. Maafkan Ummi nak..jahil bab-bab tradisional nie.

Hari tu dia sembelit sampai buang air besarpun berdarah. Akupun tengok nangis sama. Sampai bawak dia pegi jumpa pakar kanak-kanak. Tapi doc pakar tu rilek je aku tengok. Yelah dia dah biasa handle menda nie sumer kan. Kena banyak bagi jus buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi aku semua aku dah kasik. Aku bagi jus epal, pisang, betik yang aku buat sniri. Pastu kasik jus prun yang aku beli siap. Pastu aku letak bayam dalam bubur dia. Skali aku baca web site Dr. Hamid Arshat dia kata bayam tu kanji yang boleh menyebabkan najis keras! Tapi pakar kanak-kanak nie kata bayam bagus. Mana satu fatwa nak pakaipun aku tak tahu!

Tapi aku percaya cakap doc Hamid Arshat tu sebab aritu aku kasik bayam memang keras najis dia. Banyak lak tu aku letak. Maafkan Ummi..cian anak aku..

Syukurlah skang dah ok..Tapi baru skali ok..Mudah-mudahan pasni okla Insya Allah. Cian anak ummi...

Tuesday, May 17, 2005

Bukan sepi takde berita

Rindu pula pada blog yang sepi nie. Apa nak buat, keadaan tak mengizinkan untuk aku mencoret. Terlalu banyak peristiwa dan hal-hal berbangkit yang berlaku dan aku sniri dalam keadaan kelam kabut sket. Mungkin sekarang ujian Allah telah tiba buat ku. Ujian yang getir sehingga akupun tak tentu arah dibuatnya. UJIAN adalah TARBIYYAH dari ALLAH. Cuma dalam aku cuba tabah dan cekal akhirnya menitik juga air mata. Sedih sebab tak dapat lagi nak kawal. Mahu je aku sound orang-orang yang banyak mulut nie biar derang diam sket dari menjaja-jaja cerita tentang ku. Aku tahu manusia hipokrit memang sentiasa ada di mana-mana. Akupun hipokrit jugak sebab pura-pura takde apa-apa berlaku. Boleh bercakap cam biasa cuma yang aku sedari mulut aku tak becok cam dulu. Samalah kat umahpun aku jadi patung cendana.

Aku rasa hati aku dah keras macam batu. Aku tahu aku perlu memaafkan orang lain supaya aku dapat ketenangan. Tapi kesakitan yang aku rasakan mengatasi segala-galanya kerana aku tak lepaskan kat orang yang berkenaan. Aku sedang cuba mengatasi masalah aku dengan mendiamkan diri. Ku fikir dengan berdiam diri aku akan dapat atasinya tapi bila aku diam seperti biasa aku di anggap keras kepala. Tapi bila aku bercakap dikatakan cakap besar pulak. Kalau aku balas cakap orang nanti runtuh langit nie. Api takkan dilawan dengan api. Baik aku jadi air..tapi bila dah jadi air orang tak takut, malah diperlakukan sesuka hati. Astaghfirullah...mudah-mudahan aku diampunkan Nya.

Thursday, May 05, 2005

Sendiri mau ingat!

Noor Fansyurina Muhammad tidak menduga impian yang disemai sejak kecil terpaksa dilepaskan begitu sahaja. Namun yang demikian dia pasrah. Semua yang dilakukan atas dasar kasih sayang terhadap anak-anak. Biarpun berkelulusan undang-undang daripada Bristol University of West of England, personaliti kali ini tidak sesekali menyesal dengan keputusan yang diambil.

"Tugas sebagai peguam menuntut waktu yang banyak. Tentu sekali saya akan sibuk dengan tugas seharian. Tambahan pula, kerjaya suami sebagai ahli perniagaan yang sentiasa sibuk membuatkan saya beralah. Saya tidak mahu anak-anak kehilangan kasih sayang apabila ibu dan ayah terlalu sibuk dengan tugas pejabat. Mungkin saya tidak berpeluang menjadi wanita berkerjaya seperti yang diimpikan selama ini, tetapi saya puas sebab dapat jaga anak-anak dengan baik," sambung Rina.

Walaupun impian tidak kesampaian, namun dia tidak suka membuang masa begitu sahaja. Berbekalkan minat, Rina menceburkan diri dalam perniagaan.

"Dengan melibatkan diri dalam perniagaan, saya punya waktu fleksibel untuk anak-anak. Saya boleh balik jenguk anak-anak bila-bila masa yang saya suka. Lagipun saya juga boleh bawa anak bersama-sama ke tempat bekerja," terang Rina yang berkongsi membuka syarikat pengurusan aset bersama tiga orang temannya. -Keratan PA&MA edisi Mei 2005.

There...! Now u see what exactly im talking about!

Mungkin target aku tak sama tapi itu adalah salah satu sebab.

Insya Allah malam nie aku akan pulang ke umah mak mertua. Lama dah nenek sana tak tengok cucu tersayang. Kebetulan lak sepupu hubby ada orang masuk merisik so kami akan konvoi skali i.a

Ehmm..banyak menda nak cerita tapi tahla...rupa2nya aku pening bukan sebab rabun (walaupun mata power dah naik) tapi sebab kepala dok pk masalah. Macam bos lama aku lak sampai masuk spital sb peningnya pasal. Dia kata dia takut dengan kerja. Sabar jela bos nie. Dah masuk gred pengurusan n professional mmg camtu. Bukan aku ye, tapi bos kita nie orang bawahan je...

Afwanli ukhti Idah sebab tak dapat ikut liqa' walaupun muka ana nie muka susah nak muncul ehe...semoga berjalan lancar dan keberkatan Allah bersama-sama akhawat sekalian.

Friday, April 29, 2005

Cukupkah masa yang ada buat kita?

Bila hati cintakan Islam, masa terlalu singkat buatmu kerana gerak kerja Islam terlalu banyak menantimu...

Manusia mempunyai perasaan suka membandingkan tetapi sekiranya apa yang dibandingkan itu adalah satu kebaikan buat dirinya makan alhamdulillah tetapi sekiranya dia membandingkan dengan sesuatu yang sebaliknya, maka dia pasti akan menganggap dirinya sudah cukup perfect atau bagus.

"Eh ok apa, aku sembahyang 5 waktu, posa tak tinggal dan aku buat yang wajib..nak dibandingkan dengan orang lain yang tak penah pijak sejadah dan tahapa hapa tah tu..."

Sebenarnya kita lupa banyak lagi tugasan lain yang perlu kita maintain, tingkatkan dan sempurnakan. :)

Kita nie nampak je macam kita dah cukup canggih dan maju tetapi yang maju dan canggih itu adalah teknologi tapi minda kita masih tertutup dan dijajah. Perlu kita sedari bahawa hidup kita di atas muka bumi ini mempunyai misi yang perlu disempurnakan. Kita diberikan al-Quran dan sunnah untuk kita jadikan panduan dan akal yang diberi Allah untuk diaplikasikan. Bukannya kita hidup sekadar makan tidur makan tidur je..kalau camtu samalah kita macam hidupan lain yang tidak diberikan akal. Bukankah kita nie khalifah dan tugas khalifah ialah mentadbir bumi ini dengan acuan yang sepatutnya?

Kita rasa kita dah betul, kerja dan pulang kerja. Cukup bulan dapat gaji. Ada duit lebih pegi holiday..ada masa enjoy dengan kawan-kawan. Zaman muda-mudi memang biasalah menda tu sumer tapi kita lupa...di sekeliling kita masih ada yang sakit, ada yang perlukan bantuan kita. Kita diberikan kelebihan oleh Allah untuk memberi pertolongan kepada mereka. Bukankah orang Islam itu bersaudara?

Tetapi yang kelakar tu bila kita amik berat tentang ini maka kita akan dianggap 'tunjuk alim' atau digelar 'ekstrimis'. Tetapi bagaimana dengan orang² yang langsung tidak amik berat tentang ini semua? Apakah gelaran yang mereka dapat? Ketahuilah bahawa mempersendakan muslim kerana Islamnya adalah perbuatan kufur, kerana pada hakikatnya perbuatan ini adalah mempersendakan Islam itu sendiri dan mempersendakan Islam beerti mencela Allah yang telah mensyariatkan Islam. Sila rujuk Al-Mutaffifin:29-33) (Kasi rajin sket bukak al-Quran :))

Sesungguhnya iman itu ada batas-batasnya jadi berhati-hatilah kita agar kita tidak menjerumuskan iman kita ke arah kebinasaan kerana imanlah yang akan memandu kita kepada kebaikan. Sayangilah iman kita sebagaimana kita kasihkan diri kita dan orang-orang yang kita kasihi. Bak kata Raihan, Iman adalah Mutiara.

Wallahu'alam

Wednesday, April 27, 2005

Sabar

Sabar dan manusia memang seharusnya umpama diri dan bayang-bayang. Tanpa sifat sabar tidak akan menjamin pekerti seorang manusia itu untuk menjadi seorang yang berbudi luhur. Sabar diperingkat paling tinggi ialah sewaktu seorang itu cuba menahan marahnya dan sewaktu dia ditimpa musibah atau ujian dari Allah. Mungkin adakala kita tak sedar kita sedang bersabar dan adakalanya kita sendiri cuba mencipta sabar itu walaupun hakikatnya kita memberontak untuk melampiaskan apa yang terbuku di dada kita.

Aku sendiri bukanlah jenis penyabar orangnya. Aku akui aku mudah give up dan hilang sabar. Ada masa tu menda yang remehpun boleh hilang sabar tetapi ada masa jugak menda yang sepatutnya aku marah tapi boleh pulak aku sabar. Mungkin bergantung kepada apa punca kemarahan itu tercetus. Inilah bagusnya Islam kerana ia mendidik hati manusia agar mampu mengawal sifat marahnya dengan cara bersabar. Benar, mukmin yang berjaya menjadi seorang yang sabar ialah yang mempunyai iman yang teguh. Apalagi sekiranya dia berhadapan dengan dugaan yang amat berat dalam hidupnya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa suka bersabar, nescaya Allah akan memperteguh hatinya. Dan tidak seorangpun diberi kurnia yang lebih baik dan lebih luas daripada sifat sabar."

"Sifat sabar itu cangkul seorang Mukmin. Dan sifat sabar juga panglima tentera Mukmin."

"Bersabar terhadap hal-hal yang engkau tidak menyukainya, terkandung kebaikan yang banyak."

Di dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa Iman itu terbahagi kepada dua iaitu sabar dan syukur.

Aku rasa nak mendidik hati untuk menjadi seorang yang penyabar memerlukan seseorang itu mengetahui matlamat dan fitrah dirinya sendiri selain dari ketulusan dan keikhlasan hati. Sekiranya dia sedar bahawa semua yang terjadi adalah daripada Allah maka dia sendiri akan sedar semua yang terjadi juga akan kembali kepada Allah.

Peringatan untuk diri sendiri dan bagi yang mahu mengambil peringatan.

Monday, April 25, 2005

Dah tumbuh gigi!

Iemaan menggunakan NUK PacifiersAnak kesayangan ummi dah tumbuh gigi! Mabruk sayang! Atuk yang perasan masa dia masuk tangan atuk lam mulut dia...memula aku tengok ada sebatang je tapi rupa-rupanya ada 2 batang gigi susu..tapi gigi tu belum complete kuar lagi..rasanya standardla time nie gigi tumbuh..hmm..camna ngan pacifier ya bila dah tumbuh gigi nie..tapi doc kata takpe asal jangan isap jari...tapi kalau ngan kami time dia nak tido baru bagi..hmm dah besar dah anak ummi nie.. :)

Semalam merupakan hari yang paling berkualiti bagi aku sebab time tu lah dapat meluangkan masa dengan anak. Dapat suapkan dia makanan, memain ngan dia dan tengok keletah dia yang menghiburkan. Yang lawak tu time makanla dia paling suke bercakap...aku terfikir, "Eh akunya perangai ke nie?" :P Maklumlah anak itukan cermin ibu bapanya. Disebabkan pengasuh dia yang banyak waktu bersama dia so aku tanyalah jadual anak. Kul bapa dia makan dan so on. Orang tu kata pagi biasa bagi makan biskut yang dicairkan dicampur dengan susu dan dimasukkan dalam botol. Biasanya iman dah bangun subuh so dia tidur balik dalam kul 8 atau 9 lebih, pas bagi acuan dalam botol tu dia tido. Pas tu dah bangun baru bagi makan makanan berat sket tapi dalam kul 1 lebih. Aku rasa dalam waktu tu dia bagi air susu perahan yang aku dah perah semasa di opis.

makanan gerber Pengasuh aku kata iman nie selagi dia tak tutup mulut dia selagi tu dia akan makan. Biasanya makan nasik berselang dengan makan nestum (sebenarnya bukan nestum tapi gerber yang dibancuh dengan air tu). Kena selang sebab anak aku nie jenis susah nak buang air besar. Seminggu sekali rutin dia. Nasi tu bubuh sket je tapi lebihkan sayur-sayuran (contoh bayam) dan campur dgn kentang dan carrot. Patutla aku tengok kaler hijau bubur tu. Pas rebus baru blend kasi hancur. Hari Sabtu hari tu pengasuh tu dah siapkan ramuan yang diblend tapi tak sempat nak bagi sebab dia tido so bawak balik umah bubur tu. Kat umah dia makan punyalah berselera sampai aku terpaksa stop sebab aku takut perut anak aku buncit. Sampai atuk dia kata dahla tu kang muntah penat je makan. Tapi pengasuh aku cakap kalau anak aku tanak dia akan benti sniri. Kuatnya anak aku makan..patutlah anak pengasuh tu kata kat aku "Tak tahu bila dia tak lapar." Tapi anak aku tak obes. Berat badan diapun takla cam dulu sebulan naik sekilo. Takpelah asalkan dia sihat dan ceria akupun dah senang hati. Sekarang nie malampun kasik dia makan tapi takla bagi banyak. Yang best tu kalau dia betul-betul kenyang senang dia nak tido. Maklumlah dah kenyang senang hati kata orang.

**www.gerber.com

Saturday, April 23, 2005

Salam Maulidur Rasul 2 R.Awal 1426 : 21 April 05

Al-Mu'allim by Sami Yusuf

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better And made us better creatures,
Oh Allah we've shamed ourselves
We've strayed from Al-Mu'allim,
Surely we've wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah's creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others sleptWhile others ate he'd fast,
While they would laugh he weptUntil he breathed his last,
His only wish was for us to beAmong the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad (O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad (O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad (O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad (The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad (Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kindAnd to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan childAnd to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina (O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Lyrics and Composition: Sami Yusuf
Producer: Sami Yusuf

**Ya Rasulullah, betapa kami merinduimu :( ...

 
design by Free Blogger Designs